Tuesday, March 30, 2010

Livin la Diva Loca


Ricky Martin dah mengaku gay.

Kau bila lagi?

Sunday, March 28, 2010

Jalak Lenteng



Aku tak sure samada ini good idea atau tidak, tapi kalau dapat anak laki aku nak namakan dia Jalak Lenteng.
Nama klasik Melayu lama yang gagah berani.
Nampak macam samseng sikit tapi friendly.
Cikgu disekolah tentu suka sebut nama dia.
“Jalak Lenteng!”
“Ye cikgu”
“Homework tak siap lagi ke?”
“tak siap lagi cikgu”
“yelah kau Jalak Lenteng kan?”
Rakan-rakan pun tentu akan lebih adil dengannya.
“Jalak. Jom berkubang”
“tak bolehlah ayah aku tak bagilah”
“Alahai nama Jalak Lenteng takkan nak ikut cakap mak bapak”
Kalau disekolah pun sudah tentu cikgu akan lebih memihak pada Jalak.


“Siapa yang tumpahkan susu kat meja Andrea ni?”
“Daniel cikgu” kata murid lain.
“Takkanlah Daniel. Ni mesti kerja Jalak Lenteng ni”

Atau;
“Daniel?”
“Datang cikgu”
"Andrea?"
" Andrea datang cikgu"
“Jalak Lenteng?”
“Jalak Lenteng ponteng cikgu! ”
rhyme.

Jalak Lenteng. Aku nak nama tu.
Barulah kuat status aku sebagai artist, as u know artist namakan anaknya dengan nama yang pelik-pelik.


Tapi sure ibunya tak bagi. Dia cakap bunyinya macam ayam.
Actually aku pun rasa macam tu jugak.

Thursday, March 25, 2010

Forrest Gump


Kadang-kadang aku pun terasa mau lari dan terus berlari dan terus berlari.
Macam Forrest Gump dalam Forrest Gump.

Tanpa ada sebab. Lari dan lari. Berhari-hari.berbulan bulan dan bertahun tahun.
Lari dan terus lari.
Lalri melintasi sawah padi. Lari melintasi gandum emas. Lari sampai ke jeti. Dan lari sampai satu Malaysia. Dari Perak sampai ke Sabah. Dari Johor sampai ke Singapore.
Dari Kelantan sampai haddyai. Pastu terus masuk ke Vietnam. Terus ke China dan terus ke Antartika pastu balik ke Indonesia.

Itulah yang aku pikir malam tadi. Tiba-tiba aku rasa macam nak lari.
Tapi tak boleh buat macam tu sebab sekarang aku tengah pakai kain pelikat.

Wednesday, March 24, 2010

Shah Moloko the future father


Shah Moloko selalu puji aku dalam blog dia.Mungkin sudah tiba masanya aku juga bercerita tentang dia.

Aku mula kenal Shah ketika duduk menyewa di sek 7 Shah Alam.ketika itu aku baru mendapat kerja di FSP, satu tawaran yang I cant refuse. Mana nak duduk menyewa? Aku Cuma ada sorang in my mind. Mazlisham atau ku panggil dengan nama Oi.
Bukan sebab dia budak skinhead tapi entah kenapa nama tu suit dia.
Aku pun secara gamble terus duduk dirumah itu yang 3 tingkat tingginya.
Ketua rumah adalah senior Grafik yang dikenali sebaga Wamat, seorang yang sukar senyum kalau dia tak kenal kau.
Ada beberapa orang lagi dalam rumah tu, kebanyakannya budak KSPU.
Wamat, Oi dan Shah Moloko adalah satu-satunya budak AD disitu.

Kami duduk dalam bilik besar . tak ada idea privasi, spendar bersepah dan takada .peribahasa melayu yanng paling sesuai adalah sehelai sepinggang.
Kami semua mengadap ke tv Wamat.

Aku memang tak berapa rapat dengan Shah sebelum ini. Biasalah senior dengan junior bawah satu semester memang tak ngam (sama kesnya dengan pelajar2 TEKA ni) Ada macam satu gap antara masing-masing. Padahal takde apa pun. Satu-satunya byudak batch Shah yang aku kenal dan rapat adalah Zek, seorang punk old school yang obsess dengan band The Addict.
Tapi sudah tentu aku slelau berselisih dengan Shah Moloko ditepi2 jalan. Dia selalu berada dalam keadaan serius. Geng2 dia budak Indon yang pandai nyanyi lagu Stone Temple Pilot. Itu sahaja sedangkan aku berada dibawah sayap Ujang dan juga Aldrain yang lebih kepada brit Pop.
Memang jarang bertegur dan Shah akhirnya rapat dengn Che Ma, awek hot batch dia yang cun. Semenjak itu mereka asyik berdua walau kemana pergi. Shah dan Che Ma adalah versi Ujang dan Aida. Ehek.
Selain dari itu dengar juga ceita yang Shah ni garang orangnya. Dia berani tengking senior waktu induction dan juga kerana ketika present artwork depan lecturernya.
So in my mind, Shah adalah lelaki garang dan cepat marah.
Hanya bila aku tinggal di Seksyen 7 (ke 9? Aku selalu counfuse 7 dan 9) dia ada moment of comedynya. Especially bila kami menonton Adam Sandler’s Anger Managament di Bukit raja.
Shah sebenarnya seorang yang pandai bercerita dan pandai express dirinya. Bila dia bercerita kamu akan terpegun mendengar dia mengutarakan kisahnya. Satu skill yang jarang ada pada budak2 lain di rumah sewa itu.
Shah ada skill macam Aldrain. Dia boleh tukar kisah yang kurang menarik jadi menarik.

Tanpa Shah, rumah seksyen 7 tu lebih individual. Ini nampak bila Shah pindah ke Klang. Bila Shah ada, setiap malam kami akan keluar menaiki keretanya dan mencuba setiap resotran yang ada di Shah Alam sambil mendengar lagu Pink Floyd. Bila Shah takde, masing-masing buat hal sendiri.

Memang banyak aktiviti dibawah pengaruh Shah ni . tak macam ketika aku duduk dirumah sewa yang lain.

Selain itu dia juga yang mula mencadangkan kemestirusan jai pada kami dulu.

Aku rasa ada 5 tahun aku duduk kat rumah tu. Hampir setiap bilik kat rumah tu aku pernah duduk
Sedikit demi sedikit budak-budak menyewa kawin dan tinggalkan rumah itu. Batch yang terakhir antaranya adalah aku, Wamat dan Puad.
Lepas rumah tu kena potong elektrik aku dah mula hilang minat pada rumah itu dan pengurusannya. 2 malam kami tidur kepanasan.
Bila fakulti Seni Persembahan bertukar ke Puncak Perdana, aku pun tiada pilihan lain kecuali tinggal menyewa di sana dan tinggalkan rumah seksyen 7 itu.

Fakta rumah sewa seksyen 7
* Hari kedua aku tinggal disitu aku tertinggal kunci, aku terpaksa masuk menyelinap naik atas bumbung.


*Tv Wamat yang kena letrik dia jual kat aku. Dan tv itu aku pakai sampai sekarang.


* Ketika tinggal disinilah aku menjadi pelanggan setia di Restoran Hakim ketika zaman kegemilangannya dulu. Sekarang mandrem dia dah kurang sikit. Sampai sekarang kalau aku pergi seksyen 2 aku akan singgah restoran tu untuk makan nasi dan ayamnya.


*Air bilik air atas slow ya amat . Aku sebenarnya tak pernah puas bila mandi ketika tinggal dirumah itu.


*Yang best duduk kat sana kalau boring2 tak buat apa aku akan pergi ke Bukit Raja dan tengok wayang. Dah faham sangat bau busuk cineplex tu.


*Rumah tu tak pernah ada dapur. Wamat tak benarkan. Hari2 makan luar.


* Sepanjang duduk disitu memang kami tak pernah bertegur dengan jiran sebelah menyebelah.


*Sebab masa tu aku takde girlfriend, ada juga aku bayangkan aku akan spend hari tua berdua dengan Abang Wamat.
* Sepanjang duduk disini tak sekali pun aku terserempak dengan Ziana Zain, walaupun diaorang cakap rumah aku sebaris dengan rumah Zain.


*Kalau FSP tak pindah ke Puncak Perdana, aku mungkin akan terus tinggal dirumah tu sampai sekarang.
Opps aku dah melalut kelain. Ok back to Shah Moloko.

Semalam ada good news katanya. Chema ,his loving wife for 8 years akhirnya berbadan dua. Wallawey! Tahniah tahniah kerana banyak bersabar. Aku rasa Shah Moloko akan menjadi loving father.I know he would.

And that’s another advanture ahead my friend.

Tuesday, March 23, 2010

Hitchcock, kate Moss dan Guru Besar Sekolah kau.




Seorang kawan mengadu pada aku, katanya orang gemuk tak pernah diambil serius oleh orang lain.
Dalam hati aku terus mencercanya dengan berkata ” Padan muka kau haha”
Kemudian aku terhenti.Niat aku untuk terus mencacinya tak kesampaian.
Kenapa dalam banyak-banyak orang dia mengadu pada aku? Mungkinkah dia mengangap aku pun sama tergolong dalam lelaki gemuk. Sejenis dengannya?

Kemudian aku pun mengeluh. Aku mengucap panjang. Aku terlupa, buat seketika aku macam tak sedar diri. Ya aku sama macam kau, fikir ku. Ya aku akui Kita lelaki gemuk.
Dalam diri seakan berkata Welcome to the club.
Apa lagi kata-kata semangat yang boleh aku katakan pada dia?
Tapi siapa yang harus mengucap perkataan itu? Aku atau dia.
Siapa yang dulu gemuk.
Akhirnya aku yang tua mengalah, aku bersalam dengannya dan berkata ”Welcome to the club”
“Club? Club apa? Ada kelab untuk orang gemuk?”
Oh you......dah lah gemuk, blur pulak tu” hati yang jahat aku berkata.



Tapi ada logiknya disebalik kata-kata dia itu.
Ada kelab ke untuk orang gemuk?

Ya takde kelab untuk orang gemuk.
Manusia didunia yang fana ni ada macam-macam kelab. Ada lefthanded Club (Aku join kelab ni). Ada kelab 3 Stooges. Ada kelab Anti Fasha Sandha. Ada kelab Anti Entertainment Reportes. Ada kelab lelaki2 Melayu kahwin perempuan mat Salleh dan kelab perempuan Melayu kawin laki Mat Salleh. Dan ada juga kelab lelaki Melayu khawin lelaki Orang Puteh.
Tapi ada kelab lelaki gemuk? Takde.




Kenapa? Takde lelaki yang nak gemuk. Semua lelaki nak kurus macam Kate Moss.

Aku, tak pernah terfikir yang suatu hari aku akan jadi gemuk. Bila tanya Jerry aku dulu macamana, katanya aku dulu macam penagih dadah. Terima kasih Jerry bagi aku itu satu pujian.

Ye dulu aku macam penagih dadah. Tapi sekarang aku macam pengedar dadah. (Pablo Escobar, anyone?)

Bukan senang nak hidup sebagai lelaki gemuk ni. Selain daripada never been taking seriously, semuanya susah.
Yang paling susah adalah nak ikat tali kasut.
Setiap pagi aku terpaksa mengereng badan kebawah setengah meniarap untuk ikat tali kasut aku.


Tu belum nak cerita camne nak bukak kasut lagi.

Kalau kita nak tumpang kereta kawan untuk kemasjid atau lunch, mereka akan berkata “takpe masuklah. Muat lagi ni”

Kalau kita ke restoran untuk makan, waiter akan bagi cadangan lauk yang banyak.

Kalau kita pergi swimming pool, orang yang mandi akan ketepi sebab mereka ingat kita nak terjun terus ke pool tu.

Kalau kita masih bujang orang akan ingat kita dah khawin.

Orang ingat kalau kita gemuk, kita akan selalunya lucu.

Kalau kita gemuk orang ingat kita ni ketagih main videogame.

Kalau kita gemuk orang ingat kita ni pandai main sexaphone.



Kalau kita gemuk orang mesti ingat kita takde girlfriend.




Kalau kita taknak letak gambar full size kat facebook orang mesti ingat sebab kita gemuk.





Banyak salah anggap terhadap orang gemuk ni.

Dulu mungkin orang gemuk sedang didekati sebab mereka tak dianggap ‘mengancam’ or threaten. Sebab itu semua orang suka berkawan dengan gemuk. Terutama perempuan cantik. Boleh cover. Tak ada pertandingan antara mereka. Tapi sekarang tempat itu dah diambil alih oleh orang gay. Semua orang friendly dengan gay. Dan biasanya orang gay ni boleh buat semua. Mereka tak threatened. Gay boleh buat apa sahaja, boleh pergi ke karaoke dan nyanyi lagu ANuar Zain dan Ziana Zain-takde sape nak complaint. Kalau orang gemuk? Sekali lagi, dalam peradaban dunia, orang gemuk dipencilkan.



Ye akhirnya aku setuju dengan pendapatnya.orang gemuk mmg tak pernah diambil serius.
Ingat kalau Obama gemuk dia boleh jadi negro pertama president US?
Ingat kalau Bush gemuk texas akan sembah dia?
Kalau John Lennon badan macam Afdlin peminat perempuan akan menangis meratap bila dia nyanyi I want To Hold Your Hands?
Tahu kenapa Alfred Hitchcock tak pernah menang oscar?
Tahu kenapa Oprah tak pernah menang Miss Universe?
Tahu kenapa Alex kalah dengan kecik?
Serial killer cun semua perempuan nak kawin. John Wayne gacy ada sesiapa hantar surat cinta pada dia?
Orang gemuk buat apa pun tak kena.
Kalau jogging pun nampak salah. Bila orang gemuk jogging semua ingat nak kuruskan badan. Kalau orang kurus jogging semua ingat nak exercise.

Diaorang siap buat tv show untuk orang gemuk ni;namanya Biggest Loser. Biggest? Loser? Hmm....


Kepada lelaki-lelaki gemuk diluar sana jangan berkecil hati. masih ada tempat untuk anda dihati masyarakat.



Berikut adalah Hero gemuk yang patut jadi inspirasi anda(kalau anda gemuklah) Mereka ini berjaya membuktikan yang berat extra tidak menghalang mereka mencipta nama dan terkenal diseluruh dunia
: Alfred Hitchcock,Winston Churcill, Ronaldo(The Brazilian one), Afdlin, Maradona, Bam Bam Bigelow, Fred Durst, John Travolta, Samuel L Jackson, Al Capone, John Wayne Gacy,Andre the Giant, Oprah Winfrey, Kate Winslet, That fat guy in Three Stooges, That fat guy in Laurel and Hardy, Newman (Seinfeld), R2D2, Guru Besar Sekolah kau, Homer Simpson dan Mary Kate Olsen.


Oh ye, roti tandoori naan kat bandar seri Damansara tu orang cakap sedap. Cubalah try....

Sunday, March 21, 2010

Cover Album Kegemaran

Jangan ambil serius dengan post ni. Ni aku buat masa tengah makan goreng ubi.





yes im attrached to faces.









Thursday, March 18, 2010

Interview Diri Sendiri


Assalamaulaikum Saat
Yo whats up!

he he he
ho ho ho

Apa pendapat anda tentang Raja Lawak musim ke 4?
oh man. Saya sedih sebab Alex tak menang. Alex paling style lawaknya. Bersahaja dan macam gampang kadang-kadang lawaknya. Tapi inilah adatnya realiti tv show. Orang gemuk memang takde can nak menang melalui undian.
Saya tak faham kenapa pengadil join Idlan buat show time final. Bodoh ke ape? Takde cara lain nak tunjuk biased lagi ke?

Anda tak berminat nak masuk Raja Lawak ?
Ada jugak. Tapi bila tengok lawak Zizan dan Johan yang sangat kelakar dan penuh bermakna, saya rasa saya tak boleh beat diaorang-ah.
Baik saya jadi orang serius je.

Apa pendapat anda tentang politik?
Oh my god. Boringlah politik ni. Siapa yang menghalalkan DVD pirate akan sentiasa mendapat sokongan dan undi saya. Tapi mereka tak pernah bincang pun benda ni. Tak diparlimen. Di parlimen mereka sibuk nak bergaduh. Mentang-mentanglah tau ada siaran live kat tv.

Pendapat anda tentang musik Malaysia?
Musik di malaysia ni hampir mati. Saya sekarang pun dengar lagu Arab je sekarang. Orang sekarang hanya denga lagu-lagu yang keluar 20 tahun dulu je. Saya tak nak kupas banyak-banyak, nanti saya tulis kat blog saya bagaimana muzik berkembang dari zaman Pop Yeah Yeah sampailah ke era digital dan kemudian bagaimana ianya mati.

Bagaimana pula dengan filem Malaysia?

Filem Malaysia ada peningkatan. Ada orang nak tengok kembali filem-filem Melayu. Terutama mat-mat rempit tempatan. Kalau dulu mat rempit menyepi dari berkunjung ke panggung wayang. Paling last mereka tengok Azura. Lepas tu dah takde dah. Roda-roda mereka tak tengok sebab tu filem BMX. Filem BMX sape nak tengok, budak bukannya ada duit. Ali Setan? Ali naik scrambler, skrkamblelr time tu orang bawak pi ladang kelapa sawit je. So alhamdulillahlah dengan bersemaraknya budaya mat rempit ni maka filem-filem Melayu pun kembali bernafas.
Namun begitu saya rasa filem Melayu boleh pergi jauh lagi. Skrip-skrip boleh jadi padat lagi. Semua ni boleh terjadi kalau kita ada usaha, rajin, berani. Orang putih pun push diri mereka untuk maju setapak demi setapak. Kalau tak percaya tengok muzik video mereka pada tahun 1980an dan bezakan dengan yang sekarang. Sekarang lebih beriya bersungguh. Semua tu boleh terhasil bila mereka push diri mereka sendiri supaya menjadid lebih baik dari muzik video yang lepas. Filem melayu ada juga peningkatan. Tapi kecil scalenya. Contohnya dalam filem horor, kalau hantu tu ada lidah, next movie mereka duk tambah lidah kasi panjang, tu je.
Apa-apa pun saya tak akan give up dengan filem tempatan, terutama kalau Kak Ruby yang berlakon.

Bagaimana pula dengan teater tempatan saat?
Berbanding 20 tahun dahulu teater tempatan makin ada penontonnya. Anak-anak sudah mula membaca emak-emaknya menonton teater di Istana Budaya. Makin banyak usahawan berani melabur untuk buat teater.
Tapi badan korporat kena banyak membantu teater large scale ni untuk terus hidup dalam bagi sponsor dan sebagainya. Mungkin 10 atau 20 tahun lagi agaknya pengusaha teater boleh hidup dalam senang lenang. Sekarang ni kena suami datuk datin baru boleh tolong.
.
Itu teater besar, teater kecil dan independence makin banyak dan mekar. Banyak nama-nama baru dalam bidang teater ini yang semuanya bersemangat waja dan ada visi masing-masing. Makin banyak fakulti dan school yang ditubuhkan untuk memeriahkan teater tempatan. TEKA juga memainkan peranan besar dalam menyemarakkan teater tempatan. Ini sesuatu yang saya bangga.
Itu yang positif, yg negatif saya malas nak sentuh, sebab memang takde benda perfect kecuali Mr Perfect.

Actually Mr Perfect pun tak perfect.
Mr Perfect pun tak perfect?

Kalau Mr Perfect perfect, mesti ada Mrs Perfect.
Hmm….

Ok. Apa pendapat encik kalau bukan Melayu yang jadi Perdana Menteri Malaysia.
Oh saya takde masalah. Malahan saya memang tunggu saat-saat itu. Saya ada ramai kawan bukan melayu ok. Jadi saya rasa mereka adil dan no problem.
Cuma babi memang tak boleh makan secara open dan digantung depan restoranlah. Itu saya tak setuju! Saya tak suka babi.

Bgaiamana pula dengan universiti melayu yang dibuka pada kaum yang lain?
Saya sebenarnya cukup suka dengan idea itu. Bukannya untuk membalas dendam pada pelajar Melayu yang lembab . tak. Tapi sebab masih banyak ruang untuk semua mendapat pendidik yang baik di Malaysia ini.
Pelajar melayu kena bersaing dengan bangsa lain.Bukan sahaja bersaing tetapi bercampur. Mereka tak boleh merasa selesa dengan kelompok mereka sendiri sahaja sebab bila diluar mereka kena bercampur dengan setiap orang setiap bangsa. Baru tahu karenah masing-masing. Letakkan sorang pelajar Cina atau India atau orang asli atau sesiapa shaja dan kita tengok siapa yang paling rajin. No problem . universiti ini besar dan dekat seratus ribu pelajar. Tak salah rasanya kalau buka pada bangsa lain 5-15%.
Lagipun sudah tiba masanya kita pikir masalah kebangkitan seni tempatan secara global. Contohnya mudah sahaja, peralatan kamera dan juga teater adalah mahal kan?. Jika kita berbelanja semua itu untuk kegunaan sesuatu bangsa sahaja, kita mengharapkan hanya sekelompok manusia sahaja untuk maju dan berkembang. Bagaimana jika sekelompok itu gagal untuk memenuhi tanggungjawabnya kita dah kerugian banyak disitu.
Tapi saya taknak komen banyak-banyak tentang benda ni nanti saya miss soru….

Tapi Universiti ini hak Melayu…
Ye hak Melayu. Dan bila hak Melayu, terpulang kepada kita untuk berkongsi dengan sesiapa yang berhak .kan?
Contohnya aiskrim……

Contoh aiskrim?
Ya contohnya aiskrim, aiskrim berharga 20 sen. Bila saya beli aiskrim itu, secara legalnya ia milik saya kan? Dan bila ianya milik saya terpulang pada siapalah saya nak berkongsinya kan. Kalau saya nak kasi kawan India saya jilat sikit itu hak saya kan? Kenapa tidak? Kita akan jadi orang yang bertimbangrasa jika kita kongsi barang milik kita dengan orang lain kan?
Samalah juga dengan benda-benda yang macam ini.

Kenapa ambil contoh aiskrim ye?
Mungkin kerana sekarang ni musim panas dan saya pun haus ni.

Tapi adakah encik rasa universiti ini akan membuka pintunya kepada orang lain?
Saya optimist dengan idea itu tapi ianya sukar untuk direalisasikan. Bukannya atas dasar politik tetapi mungkin tiada demand dari bangsa lain kot. Universiti ini dah sinonim dengan Melayu jadi bila nak ubah ke lebih terbuka mungkin segan untuk diaorang nak masuk you know .Atau dalam kata yang lain, kebanyakan bangsa lain memang banyak duit dan diaorang boleh hantor anak mereka belajar diluar negara.

Bagi non malay yang tak berduit pula? Bolehkah mereka masuk universiti ini?
Oh mereka boleh masuk universiti ini jika mereka mahu. Sampai kat pintu gate tu, cakap kat pak Guard nak pusing-pusing kejap. Sudah tentu mereka akan bagi no problem. Hanya ambik kad pelawat dibilik pengawal sahaja.

Siapa blogger paling best kat Mesia ni?
AKAB. Dia adalah penulis paling baik di Malaysia ini. The best writer who yet to write his own novel.Sayang dia terlalu cautious dengan audiencenya yang ramai. Dia perlu menulis tanpa peduli tentang sell out and everything. Jangan takut kalau orang minat baca tulisan kita.
Selain dari itu ada banyak, banyak dan tersangat banyak penulis yang baik. Baik blog bola. Blog filem, blog teater blog seni. Malas je sebut nama mereka nanti mereka riak.

Soalan terakhir, kenapa interview diri sendiri? Konon kreatif lah ni?
Dah takde kerja …….




Interview bahagian kedua akan disiarkan pada musim panas 2015.

Tuesday, March 16, 2010

Alfatihah Sahabat

Bila bercakap tentang student fakulti seni Persembahan atau TEKA, ada beberapa wajah akan muncul dalam kotak fikiran kita…..mereka kita akan selalu ingat kerana mereka rajin, berdedikasi, bijak, aktif , bakat dan lain-lain lagi.Antara wajah yang akan kita sentiasa ingat adalah Firdauz Madzlan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Firdauz antara pelajar yang menonjol dalam sepuluh tahun kewujudan fakulti ini. Dia ada dimana-mana sahaja. .yang paling utama ialah dia mengetuai produksi Ram yang sell out di Istana Budaya, membantu produksi PGL yang pertama, produksi filem Wayang, Konvokesyen, dan lain-lain lagi.

Dia memang seorang yang rajin bekerja dan berani mencuba.
Tak banyak pelajar yang sanggup membuat produksi dengan niat untuk menaikkan nama Fakulti. Firdauz adalah salah seorang darinya.Ini dinyatakana dalam blognya pada bulan Ogos 2009.

BATAL...
Dengan hati yang sedih dan pilu saya ingin mengumumkan bahawa pementasan teater KUBUR anjuran Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik di bawah kelolaan Sarjana Muda semester4 telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...
Saya meminta maaf kerana tidak dapat menaikkan nama fakulti TEKA
...”

Sebagai pelajar Management Firdauz memang komited dengan tugasan dan minatnya dalam pengurusan seni . Post akhir beliau dalam blognya juga adalah mengenai projek Degree Showcase semester akhir. Ini dipost pada Isnin 15 mac 2010. Mungkin ini kerja terakhir yang beliau sebelum meninggal dunia (kerana pada petang Isnin aku buka blog dia dan tak nampak post yang ini. Post ini mungkin ditulis pada malam Isnin tersebut, iaitu sebelum pukul 8.00 malam ketika kawan-kawan menelefonnya untuk makan malam)

NAMA..."
KARYA SAMAD"
Nantikan bulan Oktober 2010...”


Antara pengalaman manis aku dengan arwah ialah ketika program Sambutan Malam Merdeka di Segamat. Ketika itu dia baru sahaja semseter 4 rasanya. Walaupun aku dah kenal lama tapi hanya pada program itu kami, Faliq, Is dan yang lain-lain bertungkus lumus membuatp rops untuk [persmebhana itu. Mereka pelajar yng kelakar dan selalu bergurau antara satu sama lain. Dimasa lapang kami bermain teka warna cokelat Nips.
Pengalaman disana secara tak lansung merapatkan lagi hubungan kami.

Bagi aku antara yang menarik pada Fridauz adalah penampilan dirinya. Dia antar manusia paling kemas pernah aku jumpa. Bukan kerana bajunya yang berjenama tetapi kerana ada sesuatu tentang penampilannya yang sentiasa membuatkannya nampak fresh. Rambutnya sentiasa bersikap dan berkrim. Bajunya kemas dan begitu juga dengan seluarnya.Dia lebih nampak macam kanak-kanak 16 tahun dari lelaki matang yang berumur 24 tahun.

Dia baru menyambut hari jadinya yang ke 24 pada 9 Mac lepas.

Sms terkahir yang aku dapat dari beliau adalah bila beliau memberitahu aku tentang kematian Dr Anuar Nor Rai.

kali terakhir aku jumpa beliau ialah pada hari Jumaat lepas bila aku berurau tentang seluar yang baru dibelinya.

Pada pagi Selasa lepas satu fakulti dikejutkan dengan pemergian beliau.

Al Fatihah sahabat….kehilanganmu akan kami rasai.

http://colourfulchicken.blogspot.com/

Sunday, March 14, 2010

Trip ke Balai Seni Lukis Negara dan Bas Jeepers Creepers


Aku dah tahu benda ni akan terjadi tapi aku degil juga nak buat projek ni.

Minggu lepas aku bawak budak part 1 pergi Balai Seni Lukis Negara.
If not now when? Kata Primo Levi.
Diaorang tak pernah jejakkan kaki ke Balai seni Lukis Negara. Kalau program ini berjaya ,inilah kali pertama mereka pergi ke BSLN dan mungkin juga yang terakhir.

Masalah aku satu;kenderaan. Bas UiTM.
Aku ada banyak masalah dengan bas UiTM ni sampai aku fobia. Macam2 masalah yang timbul. Aku rasa 50% bas yg aku pohon tak datang, tak datang tepat pada masanya dan tak datang lansung.

Tahun lalu pun aku buat trip yg sama. Tapi bas tak dtg sebab driver MC dan tak bagitahu pada bossnya suruh ganti orang lain. Melayu, macam tulah kerja.
Jadi tercongoklah kami 2 jam tunggu bas tak datang-datang. Bila dah nak maghrib aku cakap program kensel pada student2 tu. kesian diaorang dah mekap cantik-cantik. aku tahu, bukan mudah nak tinggalkan Puncak Perdana ni. tapi bila ada peluang nak berdandan, program pulak kensel.

Ada jugak driver yg muka macam gampang. Memang kerek nak mampus. Sebelum aku naik bas dia macam-macam yang dia sound aku; dia ada anaklah apa lah. Cakap sekali pun dia tak pandang muka aku. Muka macam Pie dalam filem Z Lokman bas Konduktor. tapi memang kerek. kesian jugak kat dia sebab dia tak enjoy kerja dia.
hari yang ditunggu pun tiba. Aku memakai pakaian tercantik yang aku ada. tapi student part 1 pakai selebet gila.
Semua dress up macam nak pergi gig Meet Uncle Hussein. Tak macam senioro diaorang yang pandai dress up. nak kena belajar groom diaorang ni, fikir aku dalam hati.

Cadangnya perjalanan mula pukul 12. Pukul 11.50 aku dah tercongok tengah panas.
Pukul 12 bas masih tak datang aku mulai tersenyum. “nak kena dah ni” fikir aku dalam hati. "Dah agak akan berlaku benda macam ni"
Lepas tu ada telefon dari pemandu bas India tu.
“Saya ada dekat induk pintu 2. Encik dekat mana?” katanya.

Ah sudah. Aku kat Puncak perdana bas tu dah kat induk.
“Oh kami bukan kat induk. Kami kat Puncak Perdana”
“Puncak Perdana?”
Aiyo dia tatau mana puncak perdana.

Dengar je itu aku tau its not going to be easy trip. Aku pun tatau mana nak tunjuk jalan.
“Puncak Perdana mana ?” Tanya dia lagi.
“Tu tempat bom Altantuya punya lu tau ka?”
Aku harap dia baca kisah politik tempatan. Kalau dia baca dia mesti tau apa yang aku maksudkan ini.

“Bom?”
“ye bom”
“Siapa kena bom?”
Altantuya”
“kena bom?”
“Dulu dulu bukan sekarang. Time cuti raya kot.”
“Altantuya kena bom?”
“Itu Altantuya awek Mongol punya lu tak kenal ka? Itu jalan mau pergi Meru punya”
“kat Mongol?”
“Bukan bukan kat Mongol .kami kat Puncak Perdana bukan kat Mongol” kata aku cuba melawak sambil tersengih-sengih pada student yang mulai kepanasan.
“Ohh itu ikut jalan Meru jugak ka?”
“Ya !kat situ” walaupun aku tau jauh kalau dia nak ikut situ dari induk.
Sukaa hati kaulah. Janji kau sampai disini. Student dah mula gelisah. Ada yang tak sabar balik semula kolej dan tidur.
Lagi sejam dia telefon. Dia kat Puncak Alam.
“Saya sudah sampai Puncak Alam, Sini ka?”
“Jangan masuk jangan masuk. Lagi depan lagi depan”
15 minit dia dia telefon lagi
“Itu dekat petronas ka?”
“Aha sudah mau sampai.sudah dekat. Jalan depan lagi pusing kanan. Lagi 10 km”
Aku suruh budak2 tunggu depan jalan takut bas tu terlajak.
Tapi diaorang bijak Diaorang pergi turut bas tu.

Bila bas tu sampai semua student mengeluh. Bas sekolah kuning rupanya. Tak macam bas sangat. Lebih macam lori Jeepers Creepers.
Harap-harap ada aircond, kata aku pada student. Cubaan aku nak buat lawak tapi sebenarnya lebih menakutkan mereka.
Cita-cita nak naik bas UiTM yang cantik tak kesampaian.
Aku no problem. naik lori pun aku sanggup.
Student nilah kesian. Sekali sekala mereka nak pi trip ke KL, dapat pulak bas sekolah warna kuning. Apa boleh buat, bila dah lalu Istana Budaya nanti boleh main tekan loceng.

Patut program habis pukul 3, bas pukul 2 lebih bas baru sampai.
Tapi bukan salah driber tu. Boss dia yang tak bagi tahu jalan ke puncak perdana
Nasib baik dia pemandu India. Kalau dia pemandu Melayu yg 20an sudah tentu dia give up dan belah. Paling tak pun kita yang kena maki.

Nak ke KL, jem gila babi. Nasib baik dirver tu hiburkan kami dengan Cd lagu Saleem dan Jay Jay yang scratch .
Pi Balai seni Lukis negara banyak galeri tutup.
Cuma ada show Malaysia Open kat tingkat 3, jadilah.

Lepas sejam kami balik, makan aiskrim ramai-ramai.
“Encik Saat belanjalah aiskrim’
“Apa kelas aku belanja ais kerim” jawab aku jual mahal.

Pukul 4 lebih kami balik.
Sampai kat kilang arak bas mula tersentak-sentak. Ah sudah. Bila
smpai kat tol batu 3 bas Jeepers Creepers tu terus rosak.





*Setiap hujung minggu sebanyak 100 bas UiTM keluar untuk program luar. Bas yang ada tak cukup. Kadang2 bas ada pemandu takde. Kadang-kadang pemandu ada tapi bas takde.

Thursday, March 11, 2010

Ucapan Terima kasih, Up In The Air dan Sakit Jantung


I
Aku tak tahu bagaimana nak ucap terima kasih kepada mereka. Tapi selain dari Amirul, bagi aku mereka adalah antara orang paling bekerja kuat di fakulti ini.
Mereka yang aku maksudkan bekerja sebagai cleaner.
Mereka bekerja dari Isnin sampai ke Sabtu. Seawal pagi dan sehingga petang.
Mereka tak pernah membebel dan tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada aku, daan memanggil aku dengan encik.
Hari ni mereka bersihkan bilik air aku. Semua botol-botol Lipton aku mereka buang. Mereka vacuum lantai aku.
Aku hanya keluar sekejap untuk lunch dan bila balik bilik aku bersih. Takde satu habuk pun kat lantai aku ni..
Ye itu tugas mereka. Tapi terima kasih adalah terima kasih.

Aku tak tahu nama mereka. Tapi aku Cuma panggil mereka sebagai kakak cleaner.
Gaji mereka mungkin tak sampai seribu tapi dedikasi mereka tip top.
Masa aku khawin mereka yang beriya kumpul duit sorang sedikit dan belikan aku penggosok baju.
Kawan-kawan aku pun tak peduli pasal wedding aku.

Orang-orang baik macam ni memang selalu buat aku hampir menangis mengingatkan betapa tingginya nilai peribadi mereka sebagai seorang manusia. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka ini.

II

Jason Reitman's Up In The Air(2009) adalah filem Amerika yang paling sesuai untuk pembukaan abad baru. A good movie to welcome a new decade. Bye bye 2000’s and welcome 2010s.and how it was done?

Jika kesan post 9/11 dahulu membuatkan rakyat Amerika semua fobia dengan menaiki kapal terbang (gedik) Up In The Air mengisahkan seorang lelaki yang kerjanya naik kapal terbang kesana kemari. Ianya mencadangkan “eh hello, no more terrorist”. Dan didalam satu babak hero mencadangkan agar lebih mudah (selamat?) jika beratur dibelakang orang Asian diunit pemeriksaan.
Dan kemudian ianya seakan mencadangkan welcome to a new recession kerana hero itu bekerja sebagai tukang pecat orang. This a good metaphor for resemble a new decade dimana semua manusia sedang ketakutan dihambat pemecatan dan ekonomi yang tak menentu.

UP in The Air mencadangkan goodbye to 2000’s and welcome 2010’s. Bye bye fear of Terrorist, our worst nightmare is economy flop. Disatu babak awal, hero sendiri nyaris kehilangan kerja kerana heroin mencadangkan satu sistem baru yang lebih efektif dan jimat belanja untuk memecat pekerja.

Hero ibaratkan tidak berpijak dibumi nyata (as a metaphor for fyling regularly atas awan) , bila affairnya gagal(wanita itu sudahpun berkeluarga) dan begitu juga dengan heroinnya, bila perempuan yang dipecatnya membunuh diri.
Heroin akhirnya berhenti kerja.
Dan hero tiada pilihan kecuali terus bekerja dan bekerja.

Di tangan pengarahnya, Up In The Air bukanlah sebuah filem happy ending. Ianya sebuah filem sedih.

Tapi kerana George Clooney bukanlah pelakon kegemaran aku, aku taknak review filem ni lebih-lebih. Nanti Johny Depp marah, sebab aku belum tengok Alice In Wonderland lagi.


III


Menurut kajian*, pensyarah/cikgu yang mengajar anak murid Melayu lebih mudah mendapat sakit jantung berbanding pensyarah/cikgu yang mengajar anak Cina, India atau yahudi.






*Sample kajian diambil dari sebuah universiti tempatan di sebuah daerah terpencil tak jauh dari Puncak Alam atau lebih dikenali tempat Altantuya dibunuh.

Wednesday, March 10, 2010

Feveret Line dalam Filem Melayu


Jangan ambil serius post ni. Yang ni aku tulis ketika sedang makan goreng pisang.

Feveret line dalam filem Melayu. Black and white or in color.

1)” Ni yang aku marah ni! AKU NI MARAH NI TAU TAK!!!Capati takde garam! Kopi takde gula! “

2) “ Tuah, kau dan aku bagai tangan kiri dan tangan kanan Tuah”

3) “Tapi, I tak suka yang well done”

4) “Tu yang pak Aji suka tu”

5) “ Lepaslah makan malam kita ni ye Zack?”

6) “Saman? Bayor! Undang-undang jangan dilawan”

7) “Cekuh je parang tu. Boleh kita beradu jantan kita”

8) “ Ei apa syush! Kau memang manusia durjana. Berani kau XXXXX . Baik kau minta maap. Kalau kau tak minta maap lebam bijik mata kau!”

9) “Ling ling, jangan lupa beli chewing gum ye”

10) “ Kau tak boleh tinggalkan kami Zack. Kau tak boleh rosakkan perpaduan yang telah lama kita bina”


Yang nombor 10 tu dialog Raffi Hussein ketika sedang berkonfrontasi dengan Jamal Abdillah dan Syed Sobre kerana Zack ingin meninggalkan kumpulan yang sudah rosak akhlaknya.
Zack sebenarnya malu nak cakap yang dia nak quit kumpulan tu sebab Azura yang suruh.

Tuesday, March 9, 2010

Suara Dari Depan, Suara Dari Belakang


Aku dan seorang lelaki dalam satu perjalanan lurus. Dia berjalan didepanku maka aku tak Nampak paras rupanya. Dari susuk tubuhnya dia obleh jadi lebih muda dari aku. Atau mungkin lebih tua. Aku tak tahu.
cahaya terik diatas kepala. sekeliling warna kuning malau, macam dalam lukisan Dali.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara kuat yang menyebabkan aku berpaling.
“Oi Orang tua!”
Kemudian suara itu menjerit lagi.
"Oi! Orang Tua!"

Aku berpaling kebelakang. Adakah suara itu memanggil aku?

AKu tak nampak sesiapapun yang menjerit itu. Disekeliling kami adalah padang jarak padang tekukur. Horizontal line merentasi setiap sudut sampai kehujung yang beribu batu jauhnya.

Sudah tentu suara itu memanggil kami. Hanya kami berdua sahaja yang ada dijalanan itu.

Tapi kemudian baru aku sedar, hanya aku yang berpaling sedangkan lelaki dihadapanku itu hanya terus berjalan kehadapan.
Adakah dia memang tak dengar, atau dia bukanlah seperti apa yang dipanggil oleh suara itu.

“Oi orang tua!”
sekali lagi suara kuat itu menjerit dan aku berpaling. Adakah dia memanggil aku, fikir ku. Dan kali ini hanya aku yang berplaing mencari arah suara itu, sedangkan lelaki itu hanya meneruskan perjalanan seolah-olah dia pekak.
dari mana datangnya suara itu?

Aku berlari mendapatkan lelaki itu.
Kulihat wajahnya ,tapi sukar untuk menyatakan yang dia lelaki tua ataupun tidak.
“kau tak dengarkah suara yang memanggil itu?”
“Suara apa?”

“yang memanggil oi orang tua. Ianya boleh jadi aku ataupun kau. Aku berpaling tapi kau tidak. Adakah kau merasa dirimu tidak tua atau kau merasa panggilan itu bukan untukmu maka kau tak berpaling ?” Tanya aku lagi.
Dia hanya tersenyum, kini menampakkan kedut diwajahnya.

“Aku dengar ada suara memanggil orang tua. Tapi tak seperti engkau, Kau mendengar suara dari belakangmu. Dan aku mendengar suara memangil orang tua dari arah hadapanku.Dan aku sekarang berjalan kearahnya”katanya tenang sambil menguntum senyuman.

“kau tak dengar suara memanggil orang tua itu dari arah hadapanmu?”tanyanya lagi dan aku menggelengkan kepala.

Kemudian dia terus berjalan kehadapan meninggalkan aku.
Apa maksudnya bila dia bercakap begitu.?
Bila aku mula melangkah, aku terus terdengar suara misteri itu dengan kuat dan lantang.
“Oi Orang tua!”

Kali ini aku tak berpaling. Aku yakinkan diri aku yang suara itu bukannya memanggil aku.

Sunday, March 7, 2010

Edward Albee's-The GOAT or Who is Sylvia?







Ada orang telah melakukan sesuatu yang gila.
.
Dia ajak aku present paper kat Hong Kong.
Aku? Present paper?
Di Hong Kong?
Aku bukanlah academik sangat nak present paper ni. Thesis pun tak siap-siap nak present paper....tulis blog bodoh macam ni bolehlah.
.
Hong Kong sudah sekian lama menjadi cathphrase untuk endjoke pada sesuatu yang tak serius. Tak percaya tanya P Ramlee dan Saloma.

SALOMA: nahlah ambiklah (menghulurkan duit pada P Ramlee)
P RAMLEE: Takpe Cik Saloma ayah saya baru kirim dari Hong Kong.

Semua yang tak real, semua yang tak serius berasal dari Hong Kong.

Apa aku nak buat kalau aku jumpa hero aku di Hong Kong? Wong Kar Wai, Tony Leung? Jackie Chan? Chow Sing Chi? Cukupkah dengan sekadar ucapan hello?
Mungkin aku tak akan cakap apa-apa dengan mereka. Sebab aku tak cakap Cantoneese dan mereka pun tak boleh berbahasa melayu. English? Oh were all hate foreign language ok.

Aku masih skeptikal dengan idea ini. Im indoor man. Buat apa aku nak pergi Hong Kong? Aku lebih suka duduk kat rumah dan tengok filem Jackie Chan terbaru.
Sana banyak lanun (Project A)
Banyak gangster ( Election)
hantu pun lompat-lompat (Mr vampire 2)
tapi takpe. Dia ajak aku present paper kat Hong Kong. belum present paper kat Universitiy of Columbia, Preston, Oxford....so mungkin sesuailah standard aku ke Hong Kong tu.

Aku diajak ke Hong Kong untuk present paper berkenaan translation yang aku buat pada Caucation Chalk Circle tahun lalu.
Aku tahu problem yang akan melanda. Nak mintak fund, kena menyembah sana kena menyembah sini. Itu yang leceh. Siapa yang nak uruskan tu? Aku jugak. Ingat sape? Cecillia Chueng? Oh please dia bukan academician ok!

Hong Kong? Jawabnya makan maggilah aku hari-hari. Nak pi McDonald diaraong pun rasa segan silu. Pork free? Yeah. Tapi mereka tak tahu ke aku hanya boleh makan ayam yang disembelih oleh Pak Kassim, Pak Hamid?

Taiwan takpe. Taiwan aku boleh pergi. Taiwan banyak gay sikit....

Pedulikan tentang fund dulu. Yang penting aku kena siap paper tu dulu. Kalau universiti tak bagi duit nak pergi aku boleh naik tongkang no problem.
Walaupun sebenarnya hati meronta-ronta nak duduk kat rumah je.

Lalu aku pun buat apa yang orang nak buat research buat. Aku pergi library. Aku cari buku Brecht. Tapi betapa terkejutnya aku bila dapati hampir kesemua buku Brecht habis dipinjam. Eh sejak bila student Melayu mula baca buku ni?

Jenuh aku cari memang takde buku dia. Sold out.

Ketika aku membelek buku tu aku ternampak sebuah buku yang dulu membuatkan hati aku dicuit dengan penuh gundah gulana. Edward Albee’s The GOAT or Who is Sylvia? .Play ini menang Tony Award for best play pada tahun 2002. that’s like winning best screeplay in Oscar ok. Tahu apa maksudnya? Maksudnya it a must read. Dulu aku skeptikal juga. Kerana setelah Whos Afraid of Virgina Woolf, Zoo Story dan Three Tall Women setakat mana Edward Albee mampu membuat kejutan lagi pada aku.
Lalu aku pun baca buku ni. Dan memang cilake. Edward Albee memang cilake. Sial ah dia ni hebat sial.

Itu tahun lalu.

Hari ini aku terlihat semula buku ini terselit celah-celah buku yang lain. Seolah-olah meminta-minta aku untuk mengambilnya. Well, alang2 aku pergi ke library i must have borrow some books. Aku pun pinjam buku ni. Aku bawaknya ke kaunter pinjaman.
Hanya ada 1 cop pemulangan sahaja pada buku ini. Bermaksud sejak aku pinjamnya pada kali terkahir tahun lepas takde budak Teka yang pinjam buku ni. Budak TEKA tak minat Goat ke? Tajuknya tak seksi ek? (bacalah dulu buku ni ok baru kau tau apa itu seksi sebenarnya ok)

Bila aku sampai kerumah aku belek2 buku ini lagi. Kemudian baru aku perasan sesuatu;sesuatu yang mengejutkan aku.

Tarikh Akhir pinjaman pada tahun lepas ialah 2 April 2009.
Tarikh akhir pinjaman yang dicop oleh pekerja library itu tadi adalah 2 April 2010!


Scary huh? Sekarang baru aku tahu apa rasa Jim Carrey dalam filem Number 23. Suratan atau kebetulan?. beacause Im such a romantic guy, i consider this as faith. A Rendezvous with scary number.



Thursday, March 4, 2010

Maggi Kembang, Pak Kassim dan Orang Kampung




Didalam dunia yang semakin kejam ini, kami tak merasa bersalah untuk ketawa.
Persoalannya sekarang adalah; kami menonton Raja Lawak kerana kami ada Astro, atau kami ada Astro kerana kami nak menonton Raja Lawak?

Sejarah tv dan komedi ditanah Melayu ini memang panjang.Ianya setaraf dan sebaik Bintang RTM, Juara Lagu dan juga Akedemi Fantasi, kerana ianya melahirkan pelawak-pelawak nasional.
Kalau zaman RTM ada bakat TV yang berjaya mencungkil pelawak2 80an macam Ar Badul, Yahya Sulong, Mr. Os dll. TV3 pula dengan Sinaran Paspot Kegemaran pada dekad 90an dan melahirkan Senario, Apek, Shamsul Ghau-Ghau, Yassin dll.

Dan kini tibalah masanya Astro pula meneruskan tradisi menyumbang pelawak-pelawak tempatan untuk berbakti kepada negara sebagai penghibur. Setakat ini dibawah Raja Lawak, ada Nabil, Zizan, Yusri, Angah dan yang lain-lain insyallah. So far so good.

Bagi kami, kalau nak dibandingkan antara Sinaran Paspot Kegemilangan dan juga raja Lawak, Raja Lawak ini lebih gentel lagi. Lebih kaw. Kalau Senario peserta hanya perform sekali sebelum masuk ke final, peserta Raja Lawak pula terpaksa bekerja lebih keras.
Dari siri pertama sampailah yang masuk kefinal, seorang peserta Raja Lawak harus beraksi selama 9 kali. Lunyai dibuatnya.
Maka seharusnyalah peserta yang menjuarai Raja Lawak lebih kental komedinya.

Mana-mana student yang ada bakat sikit untuk jadi pelawak aku cadangkan mereka masuk siri TV ni. Tapi mereka punya malas, nak perrgi audition pun mereka taknak.
Apa tentang mantra usaha tangga kejayaan yang mereka tak faham?

Aku pun kalau dibagi pilihan nak juga jadi pelawak, supaya aku boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Din Beramboi dan Ibrahim Pendek.
Tapi aku tak kelakar. Itu pasal aku memilih untuk menjadi ahli politik sahaja.

Final Raja Lawak musim keempat akan diadakan pada hujung minggu ni.
Kali ini ada 3 peserta iaitu Idzlan, Kecik dan juga Alex.

Ada duo, ada Pak Kassim dan ada si gemuk.

Yang menarik final kali ini adalah ketiga2 peserta yang ada takde yg betul2 outstanding. Tak macam nabil dulu, Jadi kesemua berpeluang untuk menjadi juara Raja Lawak ke 4.


1) Kumpulan Kecik.
Peserta dari Sabah yang lantang suaranya, menginagatkan aku pada lawak pre 80an , lawak2 bangsawan yang hanya berdiri satu tempat dan tak bergerak-gerak untuk meluahkan komedi vocalnya. Mereka ada suara.
Dah 2 kali mereka sebut perkartaan pondan. Itu bukanlah satu perkataan yang lucu. Jadi tak payah sebut.

Idzlan
Aku tak tahu kenapa orang suka Idzlan (Tapi aku tahu kenapa orang suka Mawi)
Dia repeat lawak yang sama setiap masa dan dapat “Woooah!” dari penonton. Itu berlaku setiap kali dia sebut pon-pon.
Dia Selalu terlupa apa dia nak cakap.
Tapi sebab mukanya yang cute dan selamba, dia berdiri tegak je dah boleh buat orang ketawa.

ALEX
Aku suka Alex. Aku harap dia menang. Bukan atas dasar orang gemuk sokong orang gemuk. Bukan juga atas dasar 1 Malaysia, tapi sebab aku rasa dia paling ada bakat.
Lawaknya ditutur dengan wajah yang selamba. Suaranya lancar. Alex memang macam prodfessional.
Cuma kebelakangan ni dia out of form sikit, Magginya mudah kembang sikit berbanding minggu-minggu awal . Tapi Alex masih menjadi pujaan hatiku. Lawaknya jadi pengemis dan cikgu sekolah masih menjadi one of the best performance of this season.

Tapi sukar untuk Alex menang. Sebab undi pecah 2. Undi dari Orang Sabah pecah 2, antara Kecik dan juga Alex. Jika minggu lepas Kecik keluar, Alex mungkin berpeluang untuk juara. Tapi sekarang lebih memihak kepada Idzlan. The idea to put 3 people/tema on the final is still strongly debate. Some show like American Idol, Survovir only put 2 people. Ini atas sebab-sebab pecahan undi yang kuat jika diletakkan 3 peserta akhir.

Unsur2 undian perkauman masih lagi berleluasa dalam reality tv show. Ini salah satu kelemahan tv show. Patut sekurang-kuragnya ada 30% undi datang dari pengadil, baru yg betul2 berbakat boleh menang.

Atau dalam kata lain, I bet my money on Idzlan to win the 4th Raja Lawak.

Tapi stealer of the show sebenarnya datang dari Johan dan Zizan. Lawak bodoh atau tak bodoh aku tak kira, yang penting boleh buat aku ketawa.tapi aku suka. Been a while aku gelak besar bila tengok lawak Melayu . Johan’s Ah Chai memang brilliant. AKu ketawa sampai terkecing. AKu suka, Jaja suka dan Naufal pun suka (Naufal suka sebab tengok aku gelak guling2)

Well anyway, hope the best joker wins. AKu mungkin tak akan mengundi sesiapa weekend ni. paling kuat support pun dengan add Johan dan Zizan kat facebook hari tu.Itu je.

Wednesday, March 3, 2010

Cerita Pendek: Ketagihan dan DVD Ajin


Aku semakin ketagih untuk tekan button Excellent di Cathay Cineleisure itu.

Ini peluang aku untuk berbuat baik sesama manusia dan membuatkan pekerja kaunter itu happy. AKu rasa itu sebahagian kerja aku, bagi manusia lain happy dengan kerja mereka.

Tapi aku hanya boleh berbuat begitu kalau aku nak beratur beli tiket wayang sahaja.

Jadi bila aku tak buat apa-apa kat rumah , aku akan pergi ke Curve, naik tangga yang tinggi tu dan beratur kat q itu. Bukan nak tengok wayang pun, tapi saje nak tekan button Excellent tu. Teknologi akhirnya mampu membantu aku dalam kesungguhan aku untuk membuatkan manusia gembira dengan kerja biasa mereka. Kalau MCDonald ada button Excellent tu hari-hari aku akan McDonald.

Bila sampai disitu, aku bagitahu filem apa yang aku nak tengok. Aku bagitau seat mana aku nak duduk. Dan aku bayar RM10.

Lepas tu aku pun tekan button Excellent tu dan cakap kuat-kuat ”Excellent!”. Bila mereka tersenyum aku pun suka. yes im here to make u happy lady.


Aku pun mula berangan.
Suatu hari nanti, bila tiap2 hari aku tekan button Excellent tu, pekerja kaunter itu akan mula notice aku. Suatu hari nanti mereka akan menanti2 kedatangan aku. Hanya untuk aku tekan button Excellent itu dikaunter mereka.
Dan bila aku muncul di Curve itu mereka akan menjerit nama aku.
“Encik, encik! Pilih kaunter saya encik”
“Encik, kaunter saya, kaunter saya please”
“Panggil saya encik Saat” kataku.
”Encik Saat, mari ke kaunter saya Encik Saat, Encik Saat! Encik Saat!!”
Aku pun tersenyum. Lalu aku berjalan dihadapan kaunter itu dan tekan button Excellent disetiap kaunter yang ada. Adil buat semua. With great power comes great responsibility kan?
U happy? IM happy when I can make u happy.

Suatu hari nanti, nama aku akan menjadi famous. Boss besar Cathay Cineleisure dari Singapore akan turun ke Damansara untuk tengok aku tekan button Excellent tu. Dan bila aku tekan butang tu, mereka semua akan bertepuk tangan. Pada hari aku akan menekan button keseribu, beribu kamera sudahpun bersedia mengambil gambar aku. Bila aku teka nsahaja button itu, Clik! Clik! Bunyi flashnya.Cahayanya membuatkan mata aku kabur.

U happy when I can make u happy,itu yang aku fikir aku ketika aku naik tangga itu dan tak kisah filem apa yang aku tengok.

Aku pun berhadapan dengan pekerja mengoyak tiket itu. Tapi takde button Excellent disisinya. Kerja mengoyak tiket tak perlukan appreciation mungkin?

Bila nombor aku naik, aku pun pergi mengadapnya.

”Tiket encik?”
AKu pun memeriksa poket. Kosong.
”Oh my god lupa nak beli” Aku lupa nak beli tiket. Hanya sibuk nak tekan butang Excellent sampai lupa nak keluarkan RM10 dan bayar tiket.

Aku pun turun kebawah dan terus bergegas ke escalator. Seorang pekerja menegur aku.
”Tak tengok wayang encik Saat?”
”Tak mengapa. Saya dah pun bagi Excellent” Jawabku sambil tersenyum.


Tuan-tuan dan puan-puan, UP In The Air mula ditayangkan Khamis ini di pawagam berdekatan.
Aku tak payah tengok wayang, aku dah tengok DVD Ajin.