Sunday, March 28, 2010

Jalak Lenteng



Aku tak sure samada ini good idea atau tidak, tapi kalau dapat anak laki aku nak namakan dia Jalak Lenteng.
Nama klasik Melayu lama yang gagah berani.
Nampak macam samseng sikit tapi friendly.
Cikgu disekolah tentu suka sebut nama dia.
“Jalak Lenteng!”
“Ye cikgu”
“Homework tak siap lagi ke?”
“tak siap lagi cikgu”
“yelah kau Jalak Lenteng kan?”
Rakan-rakan pun tentu akan lebih adil dengannya.
“Jalak. Jom berkubang”
“tak bolehlah ayah aku tak bagilah”
“Alahai nama Jalak Lenteng takkan nak ikut cakap mak bapak”
Kalau disekolah pun sudah tentu cikgu akan lebih memihak pada Jalak.


“Siapa yang tumpahkan susu kat meja Andrea ni?”
“Daniel cikgu” kata murid lain.
“Takkanlah Daniel. Ni mesti kerja Jalak Lenteng ni”

Atau;
“Daniel?”
“Datang cikgu”
"Andrea?"
" Andrea datang cikgu"
“Jalak Lenteng?”
“Jalak Lenteng ponteng cikgu! ”
rhyme.

Jalak Lenteng. Aku nak nama tu.
Barulah kuat status aku sebagai artist, as u know artist namakan anaknya dengan nama yang pelik-pelik.


Tapi sure ibunya tak bagi. Dia cakap bunyinya macam ayam.
Actually aku pun rasa macam tu jugak.

6 comments:

MOLOKO said...

Aku suka Nama DAMAK!

saat omar said...

Pergh Damak pun cun jugak beb...

lagi jahat lagi sedap haha....

Vitamin said...

pergh... kalau en saat namakan anak Jalak Lenteng, kalau nak panggil dia balik kena belajar berkokok dulu la. hahaha..

sumpah, entry ni lawak...

saat omar said...

Ada satu lagi nama samseng melayu aku lupa..tu pun ganas bunyinya...

MOLOKO said...

MEGAT is a cool name too...or JIMAN!- it's always remind aku lakonan air mata Dato' Jins Shamsudin & Noor Kumalasari. I thought the accident really turned him mentally disable..in reality too...

idmalina mohamad ideris said...

wahahhahahaha....
gelak besar je bc setiap post en saad ni...tetiba trpk nak taruk nama apa anak2 eid nnti..waaah...