Thursday, March 11, 2010

Ucapan Terima kasih, Up In The Air dan Sakit Jantung


I
Aku tak tahu bagaimana nak ucap terima kasih kepada mereka. Tapi selain dari Amirul, bagi aku mereka adalah antara orang paling bekerja kuat di fakulti ini.
Mereka yang aku maksudkan bekerja sebagai cleaner.
Mereka bekerja dari Isnin sampai ke Sabtu. Seawal pagi dan sehingga petang.
Mereka tak pernah membebel dan tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada aku, daan memanggil aku dengan encik.
Hari ni mereka bersihkan bilik air aku. Semua botol-botol Lipton aku mereka buang. Mereka vacuum lantai aku.
Aku hanya keluar sekejap untuk lunch dan bila balik bilik aku bersih. Takde satu habuk pun kat lantai aku ni..
Ye itu tugas mereka. Tapi terima kasih adalah terima kasih.

Aku tak tahu nama mereka. Tapi aku Cuma panggil mereka sebagai kakak cleaner.
Gaji mereka mungkin tak sampai seribu tapi dedikasi mereka tip top.
Masa aku khawin mereka yang beriya kumpul duit sorang sedikit dan belikan aku penggosok baju.
Kawan-kawan aku pun tak peduli pasal wedding aku.

Orang-orang baik macam ni memang selalu buat aku hampir menangis mengingatkan betapa tingginya nilai peribadi mereka sebagai seorang manusia. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka ini.

II

Jason Reitman's Up In The Air(2009) adalah filem Amerika yang paling sesuai untuk pembukaan abad baru. A good movie to welcome a new decade. Bye bye 2000’s and welcome 2010s.and how it was done?

Jika kesan post 9/11 dahulu membuatkan rakyat Amerika semua fobia dengan menaiki kapal terbang (gedik) Up In The Air mengisahkan seorang lelaki yang kerjanya naik kapal terbang kesana kemari. Ianya mencadangkan “eh hello, no more terrorist”. Dan didalam satu babak hero mencadangkan agar lebih mudah (selamat?) jika beratur dibelakang orang Asian diunit pemeriksaan.
Dan kemudian ianya seakan mencadangkan welcome to a new recession kerana hero itu bekerja sebagai tukang pecat orang. This a good metaphor for resemble a new decade dimana semua manusia sedang ketakutan dihambat pemecatan dan ekonomi yang tak menentu.

UP in The Air mencadangkan goodbye to 2000’s and welcome 2010’s. Bye bye fear of Terrorist, our worst nightmare is economy flop. Disatu babak awal, hero sendiri nyaris kehilangan kerja kerana heroin mencadangkan satu sistem baru yang lebih efektif dan jimat belanja untuk memecat pekerja.

Hero ibaratkan tidak berpijak dibumi nyata (as a metaphor for fyling regularly atas awan) , bila affairnya gagal(wanita itu sudahpun berkeluarga) dan begitu juga dengan heroinnya, bila perempuan yang dipecatnya membunuh diri.
Heroin akhirnya berhenti kerja.
Dan hero tiada pilihan kecuali terus bekerja dan bekerja.

Di tangan pengarahnya, Up In The Air bukanlah sebuah filem happy ending. Ianya sebuah filem sedih.

Tapi kerana George Clooney bukanlah pelakon kegemaran aku, aku taknak review filem ni lebih-lebih. Nanti Johny Depp marah, sebab aku belum tengok Alice In Wonderland lagi.


III


Menurut kajian*, pensyarah/cikgu yang mengajar anak murid Melayu lebih mudah mendapat sakit jantung berbanding pensyarah/cikgu yang mengajar anak Cina, India atau yahudi.






*Sample kajian diambil dari sebuah universiti tempatan di sebuah daerah terpencil tak jauh dari Puncak Alam atau lebih dikenali tempat Altantuya dibunuh.

4 comments:

syahrulfikri said...

yes sadly, anak melayu kita pemalas ya amat... limkokwing program felda semua sponsor makan minum, yuran pengajian pon malas nk belajar... sampai semua org taknak ajar dorang sbb bule mati stress layan kemalasan dorang ni... aku pon taknak ajar dorang haha!!

saat omar said...

Ajin gak seronok...dapat kerja Lim Kok Wing..

MOLOKO said...

Ada FACT about mode penerbangan udara..Percaya atau tidak Traveling by air the percentage of Crash is 5 percent..figure ini membuktikan ia mode perjalanan paling selamat berbanding memandu menyusur lebuhraya tanahair..

C@h@ya!!!! @ intan yg cute!!! said...

sya punya ibu angkt keja sbgai cleaner di puncak..
tp sya x malu dgnnya...sya lgi suka pgil dia "ibu" kuat2 dpn org rmai...