Wednesday, March 24, 2010

Shah Moloko the future father


Shah Moloko selalu puji aku dalam blog dia.Mungkin sudah tiba masanya aku juga bercerita tentang dia.

Aku mula kenal Shah ketika duduk menyewa di sek 7 Shah Alam.ketika itu aku baru mendapat kerja di FSP, satu tawaran yang I cant refuse. Mana nak duduk menyewa? Aku Cuma ada sorang in my mind. Mazlisham atau ku panggil dengan nama Oi.
Bukan sebab dia budak skinhead tapi entah kenapa nama tu suit dia.
Aku pun secara gamble terus duduk dirumah itu yang 3 tingkat tingginya.
Ketua rumah adalah senior Grafik yang dikenali sebaga Wamat, seorang yang sukar senyum kalau dia tak kenal kau.
Ada beberapa orang lagi dalam rumah tu, kebanyakannya budak KSPU.
Wamat, Oi dan Shah Moloko adalah satu-satunya budak AD disitu.

Kami duduk dalam bilik besar . tak ada idea privasi, spendar bersepah dan takada .peribahasa melayu yanng paling sesuai adalah sehelai sepinggang.
Kami semua mengadap ke tv Wamat.

Aku memang tak berapa rapat dengan Shah sebelum ini. Biasalah senior dengan junior bawah satu semester memang tak ngam (sama kesnya dengan pelajar2 TEKA ni) Ada macam satu gap antara masing-masing. Padahal takde apa pun. Satu-satunya byudak batch Shah yang aku kenal dan rapat adalah Zek, seorang punk old school yang obsess dengan band The Addict.
Tapi sudah tentu aku slelau berselisih dengan Shah Moloko ditepi2 jalan. Dia selalu berada dalam keadaan serius. Geng2 dia budak Indon yang pandai nyanyi lagu Stone Temple Pilot. Itu sahaja sedangkan aku berada dibawah sayap Ujang dan juga Aldrain yang lebih kepada brit Pop.
Memang jarang bertegur dan Shah akhirnya rapat dengn Che Ma, awek hot batch dia yang cun. Semenjak itu mereka asyik berdua walau kemana pergi. Shah dan Che Ma adalah versi Ujang dan Aida. Ehek.
Selain dari itu dengar juga ceita yang Shah ni garang orangnya. Dia berani tengking senior waktu induction dan juga kerana ketika present artwork depan lecturernya.
So in my mind, Shah adalah lelaki garang dan cepat marah.
Hanya bila aku tinggal di Seksyen 7 (ke 9? Aku selalu counfuse 7 dan 9) dia ada moment of comedynya. Especially bila kami menonton Adam Sandler’s Anger Managament di Bukit raja.
Shah sebenarnya seorang yang pandai bercerita dan pandai express dirinya. Bila dia bercerita kamu akan terpegun mendengar dia mengutarakan kisahnya. Satu skill yang jarang ada pada budak2 lain di rumah sewa itu.
Shah ada skill macam Aldrain. Dia boleh tukar kisah yang kurang menarik jadi menarik.

Tanpa Shah, rumah seksyen 7 tu lebih individual. Ini nampak bila Shah pindah ke Klang. Bila Shah ada, setiap malam kami akan keluar menaiki keretanya dan mencuba setiap resotran yang ada di Shah Alam sambil mendengar lagu Pink Floyd. Bila Shah takde, masing-masing buat hal sendiri.

Memang banyak aktiviti dibawah pengaruh Shah ni . tak macam ketika aku duduk dirumah sewa yang lain.

Selain itu dia juga yang mula mencadangkan kemestirusan jai pada kami dulu.

Aku rasa ada 5 tahun aku duduk kat rumah tu. Hampir setiap bilik kat rumah tu aku pernah duduk
Sedikit demi sedikit budak-budak menyewa kawin dan tinggalkan rumah itu. Batch yang terakhir antaranya adalah aku, Wamat dan Puad.
Lepas rumah tu kena potong elektrik aku dah mula hilang minat pada rumah itu dan pengurusannya. 2 malam kami tidur kepanasan.
Bila fakulti Seni Persembahan bertukar ke Puncak Perdana, aku pun tiada pilihan lain kecuali tinggal menyewa di sana dan tinggalkan rumah seksyen 7 itu.

Fakta rumah sewa seksyen 7
* Hari kedua aku tinggal disitu aku tertinggal kunci, aku terpaksa masuk menyelinap naik atas bumbung.


*Tv Wamat yang kena letrik dia jual kat aku. Dan tv itu aku pakai sampai sekarang.


* Ketika tinggal disinilah aku menjadi pelanggan setia di Restoran Hakim ketika zaman kegemilangannya dulu. Sekarang mandrem dia dah kurang sikit. Sampai sekarang kalau aku pergi seksyen 2 aku akan singgah restoran tu untuk makan nasi dan ayamnya.


*Air bilik air atas slow ya amat . Aku sebenarnya tak pernah puas bila mandi ketika tinggal dirumah itu.


*Yang best duduk kat sana kalau boring2 tak buat apa aku akan pergi ke Bukit Raja dan tengok wayang. Dah faham sangat bau busuk cineplex tu.


*Rumah tu tak pernah ada dapur. Wamat tak benarkan. Hari2 makan luar.


* Sepanjang duduk disitu memang kami tak pernah bertegur dengan jiran sebelah menyebelah.


*Sebab masa tu aku takde girlfriend, ada juga aku bayangkan aku akan spend hari tua berdua dengan Abang Wamat.
* Sepanjang duduk disini tak sekali pun aku terserempak dengan Ziana Zain, walaupun diaorang cakap rumah aku sebaris dengan rumah Zain.


*Kalau FSP tak pindah ke Puncak Perdana, aku mungkin akan terus tinggal dirumah tu sampai sekarang.
Opps aku dah melalut kelain. Ok back to Shah Moloko.

Semalam ada good news katanya. Chema ,his loving wife for 8 years akhirnya berbadan dua. Wallawey! Tahniah tahniah kerana banyak bersabar. Aku rasa Shah Moloko akan menjadi loving father.I know he would.

And that’s another advanture ahead my friend.

5 comments:

SHAH MOLOKO said...

If Yesterday I shed my tears due to the wonderful news...here I am today, having almost the same feelings like yeterday after reading this post about me..

It's almost perfect bro...it's full of memories & laughter, with so few of sadness...

Terima Kasih Saat Omar..hang memang Penulis Romantik!
'LET'S BE KIND TO EACH OTHER!'

DEATHSYTHE a.k.a BAT said...

Wei... Aku pun penah tinggal kat sana. Satu bilik ngan wamat lagi le. Rumah tu banyak kenangan wat aku gak... Sama ngan Sham Oi...

saat omar said...

Shah...aku tau camne nak buat hang menangis lol...

BAt is Batman is Mumtaz Haris?

Syidi 0195180463 said...

aku tak pasti hang akan ingat aku atau tidak.. tapi semestinya aku ada kenangan dekat rumah tu..

nak tahu kenapa abang wan tak bagi masak kat dapur tu? sebabnya dulu dapur tu dah jadi sarang ternak ulat2 yang besar2 bila sampai dipenjuru dapur tersimpan sampai paras tingkap dapur.. masa aku cuci aku jumpa ulat2 tu dah seakan2 ulat pokok sagu disarawak.. hehehe

selain itu toilet kat bawah tu cukup mengerikan bila terpandangkan kulat2 yang bermain dibibir toilet bowl dan dekat tile - tile toilet tu.. baunya cukup mengharukan.. dan sapa yang pernah basuh toilet tu akan ingat sampai bila - bila..

saat omar said...

tak ingat ah Syidi...boleh buat reunion ex roommate seksyen 9 ni