Tuesday, August 31, 2010

7

Jaka Sembung; I must have watched this 100 times when I was a kid.

ABU dan Bakar Bendera


Abu mencadang agar aku menyertainya untuk projek pijak bendera Indonesia.


Tapi aku ada alasan baik untuk refuse pada cadangannya itu.


“Sorry Abu, kaki aku sakit. Jangankan nak pijak bendera negara orang, jalan pun aku tak larat”

“Ok kalau kau tak larat pijak bendera, jom kita bakar bendera” kata Abu konfident.

”Oh Abu. Tidakkah kau belajar yang kita harus hidup dalam rukun dan saling menghormati?” kata aku mencuri dialog dari filem Braveheart.

”oh saat! U so lame. Fight fire with fire ok Saat!” jerit Abu lagi. Dan ketika itu tahulah aku yang tiada siapa dapat menahan dendam Abu itu.


Dan buat seketika aku tiada alasan untuk menafikan sifat patriotiknya itu.


Entah kenapa Abu begitu terusik dengan peristiwa demonstrasi rakyat Indon membakar jalur Gemilang. Like all Malaysian we all can let the event go and continue with our lifes. Human being burn everything from cigarettes and oil;so why not a flag?


Ianya hanya bendera anyway. Dan bendera takde soul.


But not Abu. He takes this personally.


He love Indonesia and its people. But now he thinks they dragged this conflict far too much.


Mungkin sudah tiba masanya Abu bertindak lebih patriotik, mengikut acuannya sendiri. Aku takde masalah kalau Abu rasa dia patut membalas dendam dengan membuat benda yang sama pada bendera Indonesia. Cuma aku tak boleh menjadi partners in crimenya.


Kalau Abu nak balas dendam dan bakar bendera Indonesia, he have to do it on his own.


Im the next generation of the next generation. I don’t give a fuck about such things.


Abu tak berputus asa untuk meyakinkan aku untuk membantu dia melaksanakan projeknya.


”Abu, aku hormat orang Indonesia dan negaranya. Aku membesar dengan Dukun Lintah, jaka Sembung, Sundel Bolong, Damarwulan, Dono Kasino Indro, Ateng, Sibuta dari Gua Hantu dan lain-lain lagi. Masakan bisa aku memberantakan dengan orang yang aku sayangi” kataku lagi dan kuharep agar Abu faham maksudku ini.

”lagipun kita serumpun deh. Ngapain kita harus merampuk sesama sendiri?”

Tapi akhirnya aku akur pada ajakan Abu bila dia berkata;

“Kalau kau tolong aku Saat, aku upah kau RM5”

Dan hanya dengan itu aku setuju untuk membantu Abu membakar bendera Indonesia.


RM5 memang bukan duit yang banyak, but hey! Money is money.


Lagipun aku tahu, kalau aku ignore Abu dia sudah tentu akan melakukan juga projek itu walau tanpa mendapat bantuan sesiapa.

How can I put his life into risk.


Kami pun mula membuat rancangan. Dan biasanya kalau ianya adalah rancangan Abu, its a very genuine and genius plan.


Kedutaan Indonesia

Malam merdeka, ketika mat-mat rempit bergegas ke Dataran Merdeka, aku dan Abu bergerak ke kedutaan Indonesia.


Tapi rancangan kami mendapat halangan bila kawasan itu dikawal ketat oleh pak polisi.

.

Abu mengeluh panjang. Dia kecewa yang amat sangat.

”Sudahlah Abu, kita lupakan saja rancangan kita ini. Baik kita bakar mercun dari bakar bendera”

”Aku belum give up lagi Saat!”

“JAdi apa yang harus kita buat sekarang”

”Kita akan teruskan rancangan kita untuk bakar bendera negara Joko Suprianto itu”

”Tapi bagaimana Abu? ”

”Kita lukis balik bendera Indonesia tu...dan kita bakar ditengah-tengah Dataran Merdeka! Biar semua orang lihat !” Sungguh bernas idea Abu itu. Dan juga radikal......... Tapi Cuma ada satu masalah.


”Aku lupa macamana bentuk bendera Indonesia” jawab aku sambil tertunduk ketanah, sedikit kesal sebab tak ambil geografi masa SPM dulu.


”Aku pun lupa design benderanya. Kalau tak silap aku, designnya lebih kompleks dari bendera negara kita . Ah sialan! Susah benar nak lukis bendera Indonesia ni, mengalahkan bendera Malaysia lagi” Abu menjerit melepaksan geramnya. Satu alam bergema dengan teriakannya itu.


”Ayuh kita ke construction site, disana pasti ada banyak bendera Indonesia sedang berkibar dirumah plywood itu” Kata Abu melontarkan satu lagi idea bernasnya dan kami terus bergerak laju.

Di langit bunga api besar berteriak dilangit gelap memecah kesunyian malam, tanda jam sudahpun melewati 12 tengah malam.



Dihujung kontena disebuah construction side dihujung bandar berkibar bendera Indonesia dengan megahnya. Abu mula meneyeringai nakal.


Kami telah jumpa apa yang kami cari.

Tanpa membuang masa Abu terus menurunkan bendera itu kebawah tanah,

“ Siapa yang design bendera Indonesia ya? Ianya simple dan cute”kata Abu.

“yeah putih dan merah, warna kegemaran aku ” jawab aku.


Abu mula mengeluarkan mancis api dari kocek seluarnya.

“So whose design bendera Malaysia?” tanya Abu, sempat dia meninjau sekeliling kalau-kalau ada orang Madura yang memerhatikan gerak gerinya.

“Aku tak tahu. Ianya sudah tentu dipengaruhi dari bendera United States of America. Jangan salahkan pereka designnya. Bukan salahnya secara total. Dulu masa ada School Art and Design.

Lagipun produk Malaysia memang tak bagus designnya. Tengok sajalah penerbitan-penerbitan buku utama dinegara ni., sampai sekarang design mereka masih - ”

“OK stop lecturing me about design ok Saat.mari bakar bendera ini sekarang. Hutang darah dibayar dengan darah. Ayuh kita mulakan.”


Tiba-tiba entah dari mana, datang segerombolan pemuda Indonesia mengelilingi kami. Melihat daripada kulit dan rambutnya kami yakin mereka adalah pekerja kontrak disitu dan sudah tentu mereka adalah orang Indonesia yang bangga dengan negaranya serta mungkin juga menghafal lagu-lagu Peter Pan.


“whattafuck! Bung mahu bakar bendera Indonesia ya?! Mahu balas dendam ya? ” Jerit salah seorang dari mereka.

“Buang mancis api itu. Kalau bung nyalakan bendera itu dengan api maka jantung bung jugak kami akan bakar dengan fire ini.” Jerit seorang lagi yang bernama Suhartono Sujoko.

Aku dan Abu mula menggelabah beruk.


Mancis api tejatuh dari tangan Abu. Tangannya terketar-ketar.

Tanpa disedari aku dan Abu mula terkencing dalam seluar.

”Sialan lho!” Jerit salah seorang dari mereka.

”Dasar brengsek Malaysian kapitalist!”

”Maid torture!” Jerit seorang lagi dalam slang Inggeris yang pekat.


Aku dan Abu terus termanggu tak bergerak. Jumlah mereka yang mengepung kami semakin banyak ketika ini.Ada juga yang datang dengan patung Barongan.

Tiada jalan untuk aku dan Abu melarikan diri. Dan air kencing ketakutan yang mengalir semakin kuat sehingga menitis ketanah. Abu menutup seluar dan zip kami yang basah dengan bendera itu. Sudah tentu ianya memalukan kalau pekerja kontrak ini dapat tahu kami terkencing dalam seluar.


Jalan Keluar dari Kepungan Mob Indon

“Tengok! Jaka Sembung!”

tiba-tiba Abu menjerit sambil menunjuk kearah bertentangan. Bila semua pekerja kontrak Indon itu berpaling mencari Barry Prima ,tanpa berlengah lagi aku dan Abu terus melangkah seribu meninggalkan tempat itu. Kami pun berlari sekuat hati.


Sejam berlari kami mula duduk dikedai mamak ditepi kolong dan minum kopi.


Abu tampak kecewa, tapi sesekali dia tersenyum sendirian.


“Maafkan aku Abu sebab aku tak dapat membantu kau membakar bendera Indonesia” ujar aku hampa. Aku harap dengan pujukan itu Abu akan kembali tenang dan melupakan perihal untuk membalas dendam ini.

“Takpe , walaupun aku tak dapat membakar bendera Indon, tapi aku dah terkencing padanya” kata Abu dengan senyum sinis



Siot je Abu.Nakal sungguh…..

Sunday, August 29, 2010

Bast in Lazarides Rathbones






Lazarides Rathbones, London sedang mengadakan exhibition pelukis legend Bast ketika ini.

Ini kali pertama pelukis dari Brooklyn ini mengadakan pameran di London.

Pameran bertajuk Botulism ini berlansung dari 13 Ogos sehingga 13 September.

Open Tuesday until Sunday.11 am-7 pm.

Check it out.

Thursday, August 26, 2010

Oh My Gout




Aku pun tak tau macamana ejaannya tapi itulah yang orang sebut-sebut;

Gawt? Gawd? gaut? Gawt? Goudt? Gawuyt?Qgaut? Goat?Gwyoutd? Gowd?

Kemudian bila aku google, simple je ejaannya ; Gout.

Cuba imej-imej yang ditunjukkan yang gore sikit.

Menurut wikipedia lagi Gout was historically known as "the disease of kings" or "rich man's disease". Ambik kau.

Aku kini rasa tua yang amat sangat.

Tak boleh lagi makan seafood.
Ikan bilis.
Sardin.
Air Soya.
Kacang panjang.
hati.
Limpa. Tak boleh.

KFC dan McDonald masih boleh makan. Ah Lega rasanya.....

2
Aku pun jalan terhencut-hencut.

takdelah sakit sangat. Cuma kadang-kadang rasa bengkak, rasa berangin pun ada. Berdenyut pun ada.

Lepas kena cucuk kat Pusat Kesihatan barulah lega sikit.

"Berapa umur encik" tanya nurse tu.
Slow je aku jawab "33" padahal birthday aku seminggu je lagi. masih aku cuba bundarkan nombor tu ke digit yang paling kecil.

Semalam lagi seronok, Nurse tu panggil aku adik.
Aku keluar klinik senyum sampai ketelinga.

3
aku pun jalan terhenjut-henjut.
Kalau orang tanya kenapa kena kaki aku macam-macam versi aku jawab.

Biasanya aku tak cakap aku ada gout, aku jawab lain.

"Jatuh semalam"
"entahlah"
"Kaki bengkak"
"kena gigit serangga kot"
"Sakah tidur"

Kalau nak nampak macho sikit aku jawab macam ni

"Semalam main futsal"jawab aku.

Padahal dah dekat 3 tahun aku tak jejak padang futsal tu.

Thursday, August 19, 2010


Ayah mertua, Datuk kepada Naufal dan Isfahan, passed away on 17th August 2010 at 3.15 pm.

He was 74 years old.


He work hard through his whole life to put food in the table for all his sons and daughters.

He have 11 kids.

Ketika aku kenal dia pada tahun 2008, dia masih lagi sihat dan bertenaga. At 70s he help to dismantle the kenduri khemah and I remember thinking to maself "This man is strong"

Only few years back kesihatannya mula terjejas. Dia penat dan lain-lain lagi.

On 17 Ogos 2010 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan anak-anaknya.

Naufal dan Isfahan masih kecil ketika tok wannya meninggal dunia. Mereka hanya dapat mengenal datuk mereka melalui gambar sahaja.

U good man sedekahkan doa buat semua saudara-saudara dan kenalan kita yang telah tiada dibulan baik ini.

Al Fatihah.



P/s: takkan ada post baru sampai lepas Raya sebab aku nak biarkan komen AKAB dalam Goodfellas kat bawah tu lama sikit. Heh.

Sunday, August 15, 2010

Now Get Your Shinebox! ( The one with AKAB's comment )



Masih lagi tentang mafia.

Italian mafia maksudku. Kita tinggalkan dulu Russian mafia or Indian mafia or Gagak Hitam whatever.

Tahun ini 20th Anniversary Goodfellas.

As far as I could remember, Good fellas is probably the first mafia movie I watch on VHS. Dan untuk lagi fakta yang memalukan inilah filem pertama martin yang aku tengok. I know the reputation but I dont know whats the fuss, really.

Its early 1990s dan aku telah menonton Home Alone 2 kali di panggung wayang.

Dan bila tahu Joe Pesci, the same wacky thief from Home Alone starring and won Supporting Actor in the movie acting as mafia, ganster, wise guy as u called it;it gaves me giggle.
That Joe Pesci? How could he be violence? hes funny man. I said to myself.
That guy as mob? Its like Tompel as samseng in Malay movie. They will failed in their 'make belive' approach. but of course I havent watched Raging Bull yet.

And boy how I was wrong. How i was fucking wrong.

And the rest is history.


Few facts about The movie and Henry Hill.

-Robert De Niro keeping calling Henry Hill asking him how james would hold his cup and simple things we would ignore but not the respected actor. Forever method man eh?

-He Tommy and Jimmy as psycopath murderer.

- menurut Henry Hill lagi, Goodfellas is 95% accurate . Scary shit huh?

-Means the get your shinebox scene is real.

-And also the "Im funny like what? like clown? I amuse you? Im here to fuckin amuse you?" is real too.Funny shit huh?

Ok now Henry stop fucking talking to press and sell your panting in ebay will ya. Go and do the audio commentary DVD for god sake! Whats the point of celebrate 20th Anniversay without a good audo commentary.

Wednesday, August 11, 2010

=


di bulan Ramadhan aku kena berhati-hati dengan pemilihan filem aku.

Baik pada waktu siang dan juga malam.

Beberapa DVD France movie aku sorok jauh-jauh. Dalam sebulan ni aku cadang taknak sentuh lansung filem France (Termasuklah dari Jean Pierre Jeunut)

..............Dan juga filem-filem Spain.

............. Dan juga filem-filem Gywneth Paltrow.

Dan juga err....filem2 Harvey Keitel.

tak kira tahun 60an ,70, terutama 80an. filem-filem ni tak boleh tengok. Naked stuff u know what I mean? Kena berhati-hati nanti pahala puasa kena tolak.

Semalam hari pertama puasa pada 2010. Aku sepatutnya bersahur dan berbuka di rumah seorang diri. Jaja di Penang dalam pantang.

Everbody wants their first day of berbuka to be like a virgin on a weddings night;everybody wants it to be special.

Begitu juga aku.

Sebagai anak seni(self proclaimed title ok) aku ada idea aku sendiri untuk berbuka puasa. Aku bercadang untuk berbuka puasa dipanggung wayang.

its not a bad idea actually.

Aku dah dalam perjalanan ke Cathay Cineleisure dah.
Kemudian aku ubah pikiran aku last minit.
Takkan aku ni sekular sangat nak buat benda macam tu. Kan?
Lebih baik aku berbuka dirumah walau seorang diri. At least aku boleh tergolek depan TV kalau mengah sangat lepas berbuka.
....dan juga pergi terawikh kalau rajin.

Aku belok dan singgah dipasar Ramadhan mini dan beli sate.

Beberapa minit sebelum masuk berbuka dan menunggu azan di tv aku meluangkan masa menonton Sopranos hanya kerana aku pikir I must end what i have started.

Aku skip season 2 dan terus ke season 3.

Tak sampai 5 minit kemudian aku tutup tv dan tepuk dahi.

Hari pertama puasa aku dah pun kena potong pahala ;Aku lupa yang Tony Soprano tu tokey strip club.

Tuesday, August 10, 2010

R


Kerana Ramadhan dah bermula,Aku rasa aku patut menulis sesuatu. Walaupun aku tak tahu apa nak ditulis.

Writers block aku meleret dari World Cup sampailah ke awal Ramadhan.

Dan rasanya mungkin sampai ke penghujung tahun.

Its ok. yang penting aku kena terus menulis dan menulis.
Mungkin boleh hilang lapar. Insyallah.

1
Ramadhan ini mengingatkan yang aku sebenarnya anak rantau sahaja. berkelana di negeri orang mencnari rezeki.

Aku nak cakap aku rindu pada zaman dahulu ketika masih kecil; menonton cerita Arab ataupun Rumah Kedai ketika terlentang diatas katil kelaparan pada waktu petang, 2-3 jam sebelum mula berbuka.
Diluar mak menumbuk sambal.
Jiran silih berganti datang kedapur menukar-nukar kuih dan lauk pauk untuk berbuka lewat petang. Diluar para bapa akan berlegar-legar dan berbual-bual sesama sendiri sementara menunggu kerantung dibunyikan.Memang riuh rendah dihadapan rumah setiap kali musim Puasa.

Those were the days tajuk filem Wong Kar Wai.

Sekarang ni tak macam tu. bersahur pun tak. Berbuka puasa pun sorang-sorang kat rumah.
Nak makan pun segan. Tal happening ah kata orang KL.
Takkan nak main bunga api sorang-sorang beb?

I know memories to cherish is nothing but a cliche of modern world, but hey! its true.

Thursday, August 5, 2010

`




Ada satu kegilaan tentang menulis blog yang sukar untuk aku jelaskan.

Kerana walaupun tanpa tajuk yang baik, tanpa cerita yang baik aku tetap mahu menulis.

Tapi untuk siapa?

Entah.

Inilah yang terjadi bila aku duduk depan komputer.

gatal tangan kata Shahnon Ahmad.

Aku ada beberapa minit lagi sebelum Rizal memanggil aku untuk sembahyang Jumaat.

2
Tadi aku layan wikipedia lagi, subjek yang sama. Dari Castllemmarresse War ke Maranzoni ke Vito Genevese ke Five Crime Families John Gotti dan akhirnya ke Aryan Brotherhood ke Le Mene dan apa entah lagi.

Persoalan how Mafia family can survive in 21st Century masih menjadi persoalan utama aku. Setakat ini menonton siri Sopranos tak banyak menjawab persoalan itu (Aku baru je habis season 1st)


Kesimpulannya;Ah I wont survive a day in prison. fikirku lagi.

Jadi cita-cita aku nak humban student yang malas dan loya buruk ke luar tingkap mungkin patut aku lupakan saja.

3
Whats next for weekend screening?

Oh no not another French movie. Dah banyak sangat heavy movie. Aku patut hiburkan hati aku dengan filem2 jenaka dan lawak bodoh. Jackass 3 belum tengok lagi. Apa lagi Steve O nak bakar untuk menghiburkan orang yang dahagakan lawak absurd macam aku ni?

Dan wayang? SALT? oh come on. Aku menonton filem Angelina Jolie? kau ingat aku apa? Suhaimi Sukiman?

Takde movie yang menarik perhatian aku lately. tak jugak M Night Shyamalans itu. Ya dulu aku secara overnya meletak pengarah itu sebaris dengan Alfred Hitchcock.

Bila selesai menonton Happening dulu, I told my friend "Aku masih lagi belum give up dengan Night Shyamalam " dan dia pun turut mengangguk iya.
But Last Airbender?
Entahlah. Tak menarik perhatian aku untuk menontonnya.

Oh ya, aku rasa Astro aku dah kena potong.

Hey

"Eh macamana filem tadi? ok tak?" tanya seorang kawan sambil merangkul bahu aku ketika aku keluar dari bilik itu.. Dia eager bertanya pendapat aku tentang filem komedi yang baru aku tonton.

"Manalah aku tahu. Aku tak belajar filem. Aku dulu budak Fine Art"

Bila aku menuruni tangga itu, aku mula merancang untuk menonton Inception sekali lagi esok petang.

Tuesday, August 3, 2010

W


Jaja masih dihospital.

Aku seharusnya mengambil peluang ini dengan menonton filem-filem violence; macam Police Academy 3 dan juga Wrestlemania 3. But no, instead I choose the less violence movie.
A comedy. A highly intellectual comedy.

Oh come on....a Woody Allens comedy.

Apa jadi bila great mind of jews bertemu another great mind of Jews?

A manipulated bank system? no no no...

No sir not Barbara Streisend meets Albert Brooks. Its Woddy Allen meets Larry David im talking about.

Yahudi or tak yahudi. Larry David adalah among writer kegemaran aku. God knows apa yang dia telah buat untuk bagi Seinfeld, Michael Ricahrds dan George Costanza kaya. But Seinfeld is all about him. he made Seinfeld just like Tarantino makes Miramax famous.

Dan Woody Allen? If u like movie u have to respek this man. Fusstop (yes instead of fullstop)
Dia bukan sahaja harus dikenang sebagai film director yang merampas 'hak' Star wars dari menang Oscar in 1977. Tapi juga pengarah filem paling prolifik di Hollywood. since 1969 sehingga sekarang, dia mengeluarkan filem sekali setiap tahun. PM Razak Mohaideen pun tak obleh buat apa yang dia dah buat ok.
Bila ditanya tentang ini, Yahudi ini berkata "Ah pengarah lain saja yang malas" katanya konfident. Lu nak cakap apa?

Ada 'kebangkitan' pada idea filem-filem Woddy Allen kebelakangan ini. Terutamanya dalam Matchpoint. Scarlet Johanson dalam hujan? apa lagi yang kau nak?
Dan taste dia pada hubungan kompleks manusia masih boleh bergerak dalam lingkungan ideal kontemporari.

Gaya Whatever Works memang tak pernah lari dari gaya Anne Hall dan Manhattan(dll). Itu 30 tahun dahulu. Konfliknya tetap sama;relationship sesama manusia. New York style.

Whatever Works sebenarnya didasarkan dari premis lama Woddy Allen. ..yang aku tak pernah jemu untuk menontonnya.

-Watak yang pergi menonton wayang gambar foreign.
-Discussion of existential idea and philosophy.
-New York.
-Art Gallery.
-Old man mumbling.
-sex
Dan apa lagi entah aku dah lupa.

Thats all Woody Allen famous trademark yang tak boleh dianggap sebagai cliche. Its like to stop Tarantino or Charles Bronson holding a gun in their movie! its not gonna happen.

I never tired of watching Woody Allen's work. I cant wait because I know there'll be a new movie from him every year.




Ok dah pi buat kerja.

Monday, August 2, 2010

*


1
Masuk ini dah 2 kali aku tanam uri.

Uri Naufal dulu aku dan mak tanam bawah pokok betik depan rumah di Bandar Seri Damansara.
Kami tanam waktu lewat malam sebab konon taknak orang nampak.

Pukul 11 lebih baru aku dan mak keluar untuk memulakan projek.

Tapi ada budak parking motor tepi jalan. Kemudian dia melintas depan kami.
Idea kami untuk buat 'projek' ni masa sunyi ,bila orang takde nampaknya gagal.
Ini kota beb, orang kehulu kehilir 24 jam.

"Buat apa tu bang?" Tanya budak lelaki tu. Berkerut mukanya. Aku rasa dia orang Kelantan.
"Takde apa"Jawab aku. Apa lagi yang aku nak jawab.
Takut jugak dia ingat kami tengah buat yang bukan-bukan kerana gerak geri kami memang mencurigakan pun.

"Tanam uri ye?" Tanya budak tu balik.
Dalam hati; pandai jugak budak ni.

Mungkin salah seorang keluarganya pernah jadi mak Bidan. Normal mat Rempit tak tahu pasal tanam-tanam uri ni.

Kalau aku jadi dia sudah tentu aku fikir ada orang tengah tanam emas ataupun mayat.

2
Lepas Amir Isfahan dilahirkan, aku bawak urinya balik. Tersimpan baik dalam kertas teball dan plastik.

Aku kena tanam sebaik sahaja aku sampai rumah. Right here right there.

Aku sebenarnya dah lupa apa aku kena masukkan sekali dalam uri itu sebelum ianya dibungkus dengan kain putih. Garam? kemeyan? asam keping? Apa entah. Aku dan ego aku yang malas untuk bertanya.

Aku bentang uri atas singki dan basuh. Terkejut jugak tengok betapa besarnya uri ni. Patutlah perut Jaja besar, fikirku.

Takut ada geli pun ada. Ini benda dari dalam perut manusia ok. Naif.

Aku cuci uri tu sampai bersih dan balut dengan kain putih.

Aku terus kedepan rumah pakai penyodok yang memang dah ada.

Ini pertama kali aku korek tanah setelah bertahun lamanya.

Entah kenapa bila aku korek tanah tu tiba-tiba aku teringat Henry Hill, Jimmy dan Tommy ketika mereka korek tanah untuk tanam Billy Bratts secara senyap-senyap. Dan juga babak dalam Millers Crossing.

Dalam kata lain tiba-tiba aku rasa aku ni part of Gambino famili.

Tapi instead of tanam mayat Alberto Anastasia, aku hanya tanam uri.

Bukan gengster America;gengster kampung maybe.

3
Ada lagi 5 season Sopranos yang aku kena tengok.
Aku nak kira berapa kali karakter dalam episod ni mention Godfather dan Goodfellas.

Sunday, August 1, 2010

2nd


Ada burung merpati bertenggek diatas bumbung kosong itu. Tapi bila aku snap ianya dah pun terbang lari. They know its Sunday.

Pemandangan dari tingkap. yang tak kedengaran bunyi Jaja meneran dan suara bayi menangis.

Labor room no. 10. Bila aku nak snap je Nurse keluar. "Encik, tak boleh tangkap gambar disini. Tolong duduk diruang menunggu encik. nanti kami tak bagi masuk kesini lagi"
Gosh I hate digital camera.

Adik Naufal. Belum ada nama.



Aku ada 15 minit untuk menulis tentang ini.
Sebelum aku sibuk dengan hal- hal kerja.

Ok here it goes.

Jaja kejut aku pukul 3.15. Katanya sakit perut.
Bila perempuan mengandung kata dia sakit perut, u only have one thing in mind; masa untuk bersalin.

Aku pun bangun lemah dengan gaya Tony Soprano bangun dari katil (ini bukan kebetulan kerana ketika ini aku memang sibuk melayan siri TV itu)

Sarung baju sarung seluar. Dan kami pun terus ke Hospital Selayang; My favorite Hospital in the World.

.............Dan pukul 8.13, Jaja melahirkan bayi lelaki.

As easy as that. Just like an evening with Bon Iver. Cool, rileks and everything as plan.

Bukannya macam episod of ER. Atau House. Atau semua siri tV tentang hospital dan nurse yang kelam kabut. No not like that. Its as easy as ABC. Almahdulillah.

Jaja pun tak meneran kuat sangat. macam biasa je.

Ketika itu aku hanya diluar bilik, melihat tingkap diluar.

ada seekor burung merpati bertenggek atas bumbung yang rosak. Aku cuba tangkap gambar burung tu tapi ianya cepat terbang.

Bila aku halakan kamera aku ke bilik Jaja melahirkan bayi itu, kebetulan ketika itu nurse keluar.
"Encik tak boleh tangkap gambar disini ya. nanti kami tak bagi encik masuk" Kata nurse muda itu.

Kenapa setiap kali pergi ke hospital aku kena sound dengan nurse?

Its ok she just doing her job. I respek that.

Aku pun terus duduk dimeja menunggu. Ada berlambak buku Readers Digest dihadapan meja. Aku selak satu demi satu sampai aku mengantuk.

Hari ini hari Ahad. 1 Ogos 2010.

Aku keluar dari bilik labor tu dan cuba call Mak. Tapi telefonnya enggage. Buat-buat sibuk.
Kemudian mula terasa lapar.

Jam dah pukul 10 setengah baru nurse tu bawak Jaja naik kerusi roda ke wad 5B.
shes holding the baby in her hand.

Aku hanya melihat dari belakang.

XXXXXXXXX
DI wad 5 B katil, aku beranikan diri untuk dakap bayi itu dan lafazkan Azan.

Hidungnya macam hidung maknya.
Cuma kulitnya putih macam kulit aku. Ewwww.
Rambutnya hitam lebat.
Jarinya panjang.
hes a big boy. Aku bayangkan dia main bola keranjang.

Dia tak tahu lagi sekarang dia dah hidup didunia baru. matanya masih lagi tak terbuka.
Bukan macam Naufal yang terbuka matanya dulu bila aku lafazkan azan ditelinganya.


XXXXXXXXX

Balik dari hospital aku tengok Astro. 7 wonders of Muslim, kalau tak silap aku tajuknya.
Cerita tentang bangunan-bangunan cantik di negara Muslim.
Dari Kaabah ke sebuah masjid tanah liat di Afrika dan macam-macam lagi .

Kemudian ada paparan kisah tentang sebuah masjid di Iran. Di Isfahan.
Ianya sebuah masjid yang penuh sejarah dan tradisi.
Isfahan. ianya memberi aku satu idea.
"Amir Isfahan sedap tak?"aku sms Jaja.
Jaja tak reply. Aku rasa dia tak setuju nama tu.

Jaja dah ada rancangannya sendiri dan aku tak boleh ganggu.

XXXXXXXXXXX

Doakan supaya budak ini mendapat rezeki yang baik.