Monday, August 2, 2010

*


1
Masuk ini dah 2 kali aku tanam uri.

Uri Naufal dulu aku dan mak tanam bawah pokok betik depan rumah di Bandar Seri Damansara.
Kami tanam waktu lewat malam sebab konon taknak orang nampak.

Pukul 11 lebih baru aku dan mak keluar untuk memulakan projek.

Tapi ada budak parking motor tepi jalan. Kemudian dia melintas depan kami.
Idea kami untuk buat 'projek' ni masa sunyi ,bila orang takde nampaknya gagal.
Ini kota beb, orang kehulu kehilir 24 jam.

"Buat apa tu bang?" Tanya budak lelaki tu. Berkerut mukanya. Aku rasa dia orang Kelantan.
"Takde apa"Jawab aku. Apa lagi yang aku nak jawab.
Takut jugak dia ingat kami tengah buat yang bukan-bukan kerana gerak geri kami memang mencurigakan pun.

"Tanam uri ye?" Tanya budak tu balik.
Dalam hati; pandai jugak budak ni.

Mungkin salah seorang keluarganya pernah jadi mak Bidan. Normal mat Rempit tak tahu pasal tanam-tanam uri ni.

Kalau aku jadi dia sudah tentu aku fikir ada orang tengah tanam emas ataupun mayat.

2
Lepas Amir Isfahan dilahirkan, aku bawak urinya balik. Tersimpan baik dalam kertas teball dan plastik.

Aku kena tanam sebaik sahaja aku sampai rumah. Right here right there.

Aku sebenarnya dah lupa apa aku kena masukkan sekali dalam uri itu sebelum ianya dibungkus dengan kain putih. Garam? kemeyan? asam keping? Apa entah. Aku dan ego aku yang malas untuk bertanya.

Aku bentang uri atas singki dan basuh. Terkejut jugak tengok betapa besarnya uri ni. Patutlah perut Jaja besar, fikirku.

Takut ada geli pun ada. Ini benda dari dalam perut manusia ok. Naif.

Aku cuci uri tu sampai bersih dan balut dengan kain putih.

Aku terus kedepan rumah pakai penyodok yang memang dah ada.

Ini pertama kali aku korek tanah setelah bertahun lamanya.

Entah kenapa bila aku korek tanah tu tiba-tiba aku teringat Henry Hill, Jimmy dan Tommy ketika mereka korek tanah untuk tanam Billy Bratts secara senyap-senyap. Dan juga babak dalam Millers Crossing.

Dalam kata lain tiba-tiba aku rasa aku ni part of Gambino famili.

Tapi instead of tanam mayat Alberto Anastasia, aku hanya tanam uri.

Bukan gengster America;gengster kampung maybe.

3
Ada lagi 5 season Sopranos yang aku kena tengok.
Aku nak kira berapa kali karakter dalam episod ni mention Godfather dan Goodfellas.

6 comments:

razin salleh said...

dah konfirm ke nama Amir Isfahan tu?
cam susah jek budak tu nk ke Amerika nanti tak lepas border hehehe...

saat omar said...

hmmm...belum confirm lagi.

its ok Ajin. Aku rasa bila budak tu dah besar, US dah lupa pasal 9/11 kot...lol

ryann said...

tahniah dpt baby.

saat omar said...

Ty Ryan

saat omar said...
This comment has been removed by the author.
Sally said...

suka nama tu sedap..didengar