Sunday, August 1, 2010

2nd


Ada burung merpati bertenggek diatas bumbung kosong itu. Tapi bila aku snap ianya dah pun terbang lari. They know its Sunday.

Pemandangan dari tingkap. yang tak kedengaran bunyi Jaja meneran dan suara bayi menangis.

Labor room no. 10. Bila aku nak snap je Nurse keluar. "Encik, tak boleh tangkap gambar disini. Tolong duduk diruang menunggu encik. nanti kami tak bagi masuk kesini lagi"
Gosh I hate digital camera.

Adik Naufal. Belum ada nama.



Aku ada 15 minit untuk menulis tentang ini.
Sebelum aku sibuk dengan hal- hal kerja.

Ok here it goes.

Jaja kejut aku pukul 3.15. Katanya sakit perut.
Bila perempuan mengandung kata dia sakit perut, u only have one thing in mind; masa untuk bersalin.

Aku pun bangun lemah dengan gaya Tony Soprano bangun dari katil (ini bukan kebetulan kerana ketika ini aku memang sibuk melayan siri TV itu)

Sarung baju sarung seluar. Dan kami pun terus ke Hospital Selayang; My favorite Hospital in the World.

.............Dan pukul 8.13, Jaja melahirkan bayi lelaki.

As easy as that. Just like an evening with Bon Iver. Cool, rileks and everything as plan.

Bukannya macam episod of ER. Atau House. Atau semua siri tV tentang hospital dan nurse yang kelam kabut. No not like that. Its as easy as ABC. Almahdulillah.

Jaja pun tak meneran kuat sangat. macam biasa je.

Ketika itu aku hanya diluar bilik, melihat tingkap diluar.

ada seekor burung merpati bertenggek atas bumbung yang rosak. Aku cuba tangkap gambar burung tu tapi ianya cepat terbang.

Bila aku halakan kamera aku ke bilik Jaja melahirkan bayi itu, kebetulan ketika itu nurse keluar.
"Encik tak boleh tangkap gambar disini ya. nanti kami tak bagi encik masuk" Kata nurse muda itu.

Kenapa setiap kali pergi ke hospital aku kena sound dengan nurse?

Its ok she just doing her job. I respek that.

Aku pun terus duduk dimeja menunggu. Ada berlambak buku Readers Digest dihadapan meja. Aku selak satu demi satu sampai aku mengantuk.

Hari ini hari Ahad. 1 Ogos 2010.

Aku keluar dari bilik labor tu dan cuba call Mak. Tapi telefonnya enggage. Buat-buat sibuk.
Kemudian mula terasa lapar.

Jam dah pukul 10 setengah baru nurse tu bawak Jaja naik kerusi roda ke wad 5B.
shes holding the baby in her hand.

Aku hanya melihat dari belakang.

XXXXXXXXX
DI wad 5 B katil, aku beranikan diri untuk dakap bayi itu dan lafazkan Azan.

Hidungnya macam hidung maknya.
Cuma kulitnya putih macam kulit aku. Ewwww.
Rambutnya hitam lebat.
Jarinya panjang.
hes a big boy. Aku bayangkan dia main bola keranjang.

Dia tak tahu lagi sekarang dia dah hidup didunia baru. matanya masih lagi tak terbuka.
Bukan macam Naufal yang terbuka matanya dulu bila aku lafazkan azan ditelinganya.


XXXXXXXXX

Balik dari hospital aku tengok Astro. 7 wonders of Muslim, kalau tak silap aku tajuknya.
Cerita tentang bangunan-bangunan cantik di negara Muslim.
Dari Kaabah ke sebuah masjid tanah liat di Afrika dan macam-macam lagi .

Kemudian ada paparan kisah tentang sebuah masjid di Iran. Di Isfahan.
Ianya sebuah masjid yang penuh sejarah dan tradisi.
Isfahan. ianya memberi aku satu idea.
"Amir Isfahan sedap tak?"aku sms Jaja.
Jaja tak reply. Aku rasa dia tak setuju nama tu.

Jaja dah ada rancangannya sendiri dan aku tak boleh ganggu.

XXXXXXXXXXX

Doakan supaya budak ini mendapat rezeki yang baik.

4 comments:

Sally said...

eh Jaja dah giftbirth ya!..kat mana skrg?SU ker dah sampai kg?..boleh la gi melawat..

saat omar said...

tatau bila boleh keluar...bayi kena kuning. Kena letak bawah lampu lagi.

razin salleh said...

tahniah saad, aku doakan kebahagian utk anak ko hingga akhir hayat..

SHAH MOLOKO said...

Syukur semuanya selamat- both of us so happy for you & family- your writing make it sounds so laid back, calm & cool- I wish I'm in that states too when the moment arrives:)