Wednesday, July 28, 2010

=


Dunia makin faham kuasa Violence. Kuasa Violence pada filem maksudku.

Bollywood sudah mengasah gaya muzikal dan kasih sayang yang totok antara keluarga dan manusia bertahun-tahun lamanya tapi dimata Amerika, keganasan John Woo juga yang berjaya menambat hati mereka.

Ini berlaku pada pertengahan tahun 1990an bila kontemporari Amerika seakan mula ‘discovered “ The Killers, Hard Boiled dan juga filem2 Jackie Chan.


Dan sekarang Korea pula mengikut jejak langkah Hong Kong dan Jepun; Violence dengan gayanya tersendiri.Lebih sadis, lebih stylo dan lebih bare. Violence dalam movie adalah jalan singkat yang paling mudah untuk menarik perhatian remaja-remaja seperti aku ni .


Dan kerana itu juga sampai sekarang orang Amerika lebih suka Pulp Fiction dari Forrest Gump(dan menyelar kemenangan filem arahan Robert Zemeckis itu dari Tarantino)


Dan begitu juga dengan Goodfellas dan Dances With Wolves. Sampai sekarang orang menyindir Dances With Wolves yang menyatakan Goodfellas lebih berhak menang Best Film in 1991 (memang benar pun tapi bukan itu halnya disini).

Shakespeare in Love dan Saving Private Ryan takperlulah dijadikan contoh kerana Shakespeare in Love lebih kuat sebab Gwyneth banyak bukak baju (tu dah kira habis Violence dah tu)

Semua filem kalau mahu dikenang, harus violence.


Semua filem kalau nak 5 star dari Empire kena harus ada unsur Violence.

Itu ukuran pada mata American dan terpengaruh juga di Eropah.

Hanya Yasmin Ahmad sahaja yang menongkah arus mudah ini. Kasih sayang dalam filemnya digambarkan keterlaluan tetapi bukanlah sesuatu yang menolak realism.(Ayah dan ibunya masih lagi hidup untuk membuktikan suasana ini memang benar berlaku)


Disitulah hebatnya Yasmin Ahmad.


Nak cakap tentang itu sahaja.



2

Apa aksi violence dalam filem tempatan yang kau ingat?

Exactly. Aku dah lupa.

Paling ganas pun terjadi bila Hamid Gurkha gosok gigi ikan dalam Sikit Punya Gila.

But theres a fine line between desperate to make people laugh and animal cruelty. And yes, its cant be considered as Violence at all.



3

Semalam aku tengok Lars Von Tier’s AntiChrist. Seharusnya aku tahu kenapa Lars Von Tiers memilih Willem Da Foe sebagai hero.

Wajahnya yang rakus dan tak peduli apa. Dan bila wajahnya yang rakus, sudah tentu ada banyak adegan sex rakus.

Aku sepatutnya dah jangkakan aksi-aksi macam itu akan berlaku.

……..Tak sesuai tengok.


Tak sesuai tengok tambah bila Jaja pun ada disebelah.


Patutnya Lars Von Tiers harus terus bekerja dengan Bjork, bercerita tentang wanita buta menari-menari dikeretapi blues dengan lagu kolaborasi bersama Thom Yorke.


Anti Christ aku tak tengok lama. Aku forward dari mula sampai tamat filem.








Bila Jaja dah kat hospital bersalin baru aku tengok filem tu full.

10 comments:

Sally said...

"menarik perhatian remaja-remaja seperti aku ni"

statement ker kenyataan ni...hehhe

saat omar said...

yeay salmah!...semalam blackout ye? heh...

Sally said...

hah ah.semalam black out..tapi kejap jer..pristana dekat sejam gak la..rumah ko lama tak?..ni kali 3 or k4 kena..sebelum ni kena dekat 3 jam tu..kul 7.30 sampai 10.30.

saat omar said...

Lama gak..start pukul 8 sampai 10....pastu 10.30 blackout lagi sampai kul 11 kot...selalu ke blackout sana?

syahrulfikri said...

bila jaja dah bersalin aku lepak umah ko kita buat movie marathon tgk sama nofal... ok set?

saat omar said...

OK Ajin good idea...Aku akan line up the best movie for u...

MOLOKO said...

Eraserhead & Pink Flamingos- aku assume itew pun violence tuh- an adventurous viewing experience!

ryann said...

walau tutup mata tengok adegan2 violence. rasa takut-takut suka itu baru thrill

fadz said...

Menarik. Aku suka bhg ni. Kau tak suka violence eh?

saat omar said...

yes Ryan...

fadz..aku tak suka Violence? haha. Statement itu sebenarnya satu sindiran pada diri sendiri actually.
I LUV Violence in Movie.