Tuesday, August 10, 2010

R


Kerana Ramadhan dah bermula,Aku rasa aku patut menulis sesuatu. Walaupun aku tak tahu apa nak ditulis.

Writers block aku meleret dari World Cup sampailah ke awal Ramadhan.

Dan rasanya mungkin sampai ke penghujung tahun.

Its ok. yang penting aku kena terus menulis dan menulis.
Mungkin boleh hilang lapar. Insyallah.

1
Ramadhan ini mengingatkan yang aku sebenarnya anak rantau sahaja. berkelana di negeri orang mencnari rezeki.

Aku nak cakap aku rindu pada zaman dahulu ketika masih kecil; menonton cerita Arab ataupun Rumah Kedai ketika terlentang diatas katil kelaparan pada waktu petang, 2-3 jam sebelum mula berbuka.
Diluar mak menumbuk sambal.
Jiran silih berganti datang kedapur menukar-nukar kuih dan lauk pauk untuk berbuka lewat petang. Diluar para bapa akan berlegar-legar dan berbual-bual sesama sendiri sementara menunggu kerantung dibunyikan.Memang riuh rendah dihadapan rumah setiap kali musim Puasa.

Those were the days tajuk filem Wong Kar Wai.

Sekarang ni tak macam tu. bersahur pun tak. Berbuka puasa pun sorang-sorang kat rumah.
Nak makan pun segan. Tal happening ah kata orang KL.
Takkan nak main bunga api sorang-sorang beb?

I know memories to cherish is nothing but a cliche of modern world, but hey! its true.

2 comments:

MOLOKO said...

posa- dah biasa sgt berbuka atau bersahur atau terbuka awal- sorang2 dalam bilik hotel atau dalam van on the way ke klia.

Semoga Ramadhan & Syawal tahun ini membawa NUR yang penuh bermakna buat kita semua.

saat omar said...

Tulah Shah..makin tua rasa makin sunyi plak.