Wednesday, August 11, 2010

=


di bulan Ramadhan aku kena berhati-hati dengan pemilihan filem aku.

Baik pada waktu siang dan juga malam.

Beberapa DVD France movie aku sorok jauh-jauh. Dalam sebulan ni aku cadang taknak sentuh lansung filem France (Termasuklah dari Jean Pierre Jeunut)

..............Dan juga filem-filem Spain.

............. Dan juga filem-filem Gywneth Paltrow.

Dan juga err....filem2 Harvey Keitel.

tak kira tahun 60an ,70, terutama 80an. filem-filem ni tak boleh tengok. Naked stuff u know what I mean? Kena berhati-hati nanti pahala puasa kena tolak.

Semalam hari pertama puasa pada 2010. Aku sepatutnya bersahur dan berbuka di rumah seorang diri. Jaja di Penang dalam pantang.

Everbody wants their first day of berbuka to be like a virgin on a weddings night;everybody wants it to be special.

Begitu juga aku.

Sebagai anak seni(self proclaimed title ok) aku ada idea aku sendiri untuk berbuka puasa. Aku bercadang untuk berbuka puasa dipanggung wayang.

its not a bad idea actually.

Aku dah dalam perjalanan ke Cathay Cineleisure dah.
Kemudian aku ubah pikiran aku last minit.
Takkan aku ni sekular sangat nak buat benda macam tu. Kan?
Lebih baik aku berbuka dirumah walau seorang diri. At least aku boleh tergolek depan TV kalau mengah sangat lepas berbuka.
....dan juga pergi terawikh kalau rajin.

Aku belok dan singgah dipasar Ramadhan mini dan beli sate.

Beberapa minit sebelum masuk berbuka dan menunggu azan di tv aku meluangkan masa menonton Sopranos hanya kerana aku pikir I must end what i have started.

Aku skip season 2 dan terus ke season 3.

Tak sampai 5 minit kemudian aku tutup tv dan tepuk dahi.

Hari pertama puasa aku dah pun kena potong pahala ;Aku lupa yang Tony Soprano tu tokey strip club.

1 comment:

SHAH MOLOKO said...

;D hehe...bila dah tertengok, daging pun bergetar bro!