Thursday, August 26, 2010

Oh My Gout




Aku pun tak tau macamana ejaannya tapi itulah yang orang sebut-sebut;

Gawt? Gawd? gaut? Gawt? Goudt? Gawuyt?Qgaut? Goat?Gwyoutd? Gowd?

Kemudian bila aku google, simple je ejaannya ; Gout.

Cuba imej-imej yang ditunjukkan yang gore sikit.

Menurut wikipedia lagi Gout was historically known as "the disease of kings" or "rich man's disease". Ambik kau.

Aku kini rasa tua yang amat sangat.

Tak boleh lagi makan seafood.
Ikan bilis.
Sardin.
Air Soya.
Kacang panjang.
hati.
Limpa. Tak boleh.

KFC dan McDonald masih boleh makan. Ah Lega rasanya.....

2
Aku pun jalan terhencut-hencut.

takdelah sakit sangat. Cuma kadang-kadang rasa bengkak, rasa berangin pun ada. Berdenyut pun ada.

Lepas kena cucuk kat Pusat Kesihatan barulah lega sikit.

"Berapa umur encik" tanya nurse tu.
Slow je aku jawab "33" padahal birthday aku seminggu je lagi. masih aku cuba bundarkan nombor tu ke digit yang paling kecil.

Semalam lagi seronok, Nurse tu panggil aku adik.
Aku keluar klinik senyum sampai ketelinga.

3
aku pun jalan terhenjut-henjut.
Kalau orang tanya kenapa kena kaki aku macam-macam versi aku jawab.

Biasanya aku tak cakap aku ada gout, aku jawab lain.

"Jatuh semalam"
"entahlah"
"Kaki bengkak"
"kena gigit serangga kot"
"Sakah tidur"

Kalau nak nampak macho sikit aku jawab macam ni

"Semalam main futsal"jawab aku.

Padahal dah dekat 3 tahun aku tak jejak padang futsal tu.

5 comments:

Vitamin said...

oh... saya tu antara orang yang diberi jawapan yang palsu la. hahaha

jaga makan dan semoga cepat sembuh

Sally said...

hah..hati2 semua jenis kekacang biasanya tak boleh makan..so ko kn makan satay dgn sos cili la ya..

MOLOKO said...

Dude aku pun dah Ada high blood pressure- need to take the medication as long as I lived. An ideal weight is one of great tips!

Dude- I bought something from you from NZ- Roger aku untuk ambik benda tuh- you gonna be smiling & laughing like Jack Nicholson dude...hehe

saat omar said...

Lol Syali...good luck on degree show.

Salmah...kasitau aku lagi apa yang boleh aku makan, apa yang tak boleh aku makan...aku tak tahu sangat.
Sate tanpa kuah kacang? adeh feveret tu....:(

Shah...kita makin tua, kena ready dengan semua penyakit2 moden ni...
Cant wait for yer surprise Shah

syahrulfikri said...

itula dia susah pon takleh, senang lebih sikit pon takleh kita nih... aku dulu pon ade buat reading pasal penyakit nih... actually ko kena jaga keseimbangan makanan ko... sayur berkacang ko dh takleh makan, so kena makan sayur jenis lain supaya seimbang...