If anything Cekik oleh Ridhwan Saidi is a page turner. Dalam kata lain, Cekik membuatkan Ayu Utami kelihatan sebagai hanya seorang sebagai guru sex dikelas tadika.
Tapi cekik tak harus disandarkan pada gambaran erotiknya sahaja. Sebagai novel fiksyen,ianya ditulis dengan baik. tak banyak penulis tempatan yang boleh menulis sebaik ini. Adakah Cekik our own Trophic of Cancer?
satu lagi yang aku suka tentang Cekik adalah watak-watak utamanya yang minimal. Its very opposite Russian 19th Century novel yang penuh dengan watak-watak dengan nama2 yang pelik dan panjang. Ada Warith, ada Suria, Ada Inspektor Cina dan ada Zaidi. Dan bila kau merasakan watak Zaidi tak ada latar belakang yang menarik, kau dikejutkan dengan surat-surat cinta Zaidi untuk Suria (yang kelakar nak mampus). And that makes Zaidi adalah watak paling colourful dan interesting dalam Cekik ini, bagi aku.
Cekik membuka pintu untuk karya-karya shocking dinegara ini (dan menutupnya sekali gus, kerana aku sangsi akan ada karya lain yang lebih ganas darinya) Unless kalau ada orang lain yang boleh buat watak ayahnya kembali hidup dan dia threesome dengan Suria dan Warith lol.
Cekik harus dibaca oleh Ajin dan Shah Moloko. Baca Cekik sambil menonton filem-filem Nagisa Oshima.
Sunday, June 26, 2011
semua orang bercerita tentang seni yang boleh membuatkan manusia berfikir.
tapi apa maksud itu sebenarnya? berfikir? fikir tentang apa? Fikir apa?
Seni sepatutnya educate, katanya lagi. Educate apa? audience teater misalnya, adalah orang-orang yang dah pun bijak, kenapa perlu dieducate lagi? nak dieducate tentang apa?
Bukankaha itu semua angan-angan dan inspirasi kosong?
Ada pintu yang tak boleh dibuka. Dan tak akan dibuka
Picasso cakap art is weapon. Ya,memang benar, tapi karyanya yang berkisar tentang peperangan hanya Guernica dan Massacre in Korea. Selebihnya hanyalaha gambar-gambar gundik dan perempuan simpanannya sahaja.
ya seni mampu untuk membuatkan manusia berifkir. Tapi fikir tentang apa itu yang kita tak pernah persoalkan. dan bagaiaman pemikiran selepas menghayati seni itu jarang kita soalkana kesan dan tujuannya. Akhirnya kita akan bertanya juga ,seni untuk apa? seni untuk siapa? dan fikir? fikir apa?
Mungkin melainkan jika seni, persembahan teater akhirnya mempersolakna tentang graviti misalannya maka akhirnya kita akan menemui satu jalan sains yang lain kepda segala persoalan kita. tetapi seni kini tak lagi menjurus kearah itu. jadi seni supaya manusia berfikir;fikir tentang apa? fikir apa?
Akhirnya seni supaya manusia berfikir akan jadi mantra mitos. Mitos jadi legend. Ianya digunakan untuk menggmabarkan karya yang sukar untuk orang fahami, sehinggakan manusia takde lagi kuasa dan daya untuk berfikir (dan 'berfikir')Dan takde benda yang boleh difikirkan pun.
Aku lebih suka menyatakan seni seharusnya menjana idea-idea baru. Idea baru yang macamana? idea baru tentang fundamental seni itu sendiri which is basically what modern art is all about. Itu struggle artist. Itu struggle seorang pengkarya seni, baik filem, teater ataupun seni catan.
Dan oh ya, kita sebenarnya masih tak jelas lagi apa maksud perkataan kontemporari itu sebenarnya.
its google time yo!
Thursday, June 23, 2011
Now im really have nothing else to say.
Im tired and i just want to fuck off.
If i write something it would sounds phony and pretencious.
But when I said fuck, i dont mean it as harm. Not because Im anger. I just want to be nasty. Like Wrestling in the 80s. Nasty boy there is.
Theres a power with f word. It gave u energy and control. I dont know where it comes from. Shit.
I miss something. Again. As usual. But I dont know what it is.
maybe a person, a father, a tree or a wind. I do miss someone so near to me that they gone now.
A space perhaps. Stupid space that have no face.
Ok let be honest. I think i miss my youth my grass where i play field and socre a lots of goal when im 8 years old. And I miss my mom's cook. I miss my mom. And I miss my son.
All the rest can go fuck themselves.
My job, sometimes its ok and sometimes i just want to do what Forrest once did. Run and run and run. And be rich. And have a boat named Jenny.
My job deals with human being.And I hate human being. Theyre lazy, no dicipline and they just boring. I could say this everyday while eating telur setengah masak. Sometimes I wish im like Syahrulfikri Salleh who once shout at the top of his lung "I love my job! " (or 'I love my fucking job' or either 'I fuckin love my job' im not sure) but theres f word involve. That is fuck.
I wish i could say that but I cant. Love my job? what does it mean anyway. Work is work. Im not Steve Jobs. Im not Steve O.
There is happy ending yes I believe. But its not coming that soon. Many many years from now i'll be dead insyaallah by god's will.
do I sound like im not a happy man? what does it mean anyway, to be unhappy? what does it mean anyway to be happy?
I am a happy man. Im on internet you see.
The students, at least now they know who Picasso is and how good looking he is once. But they dont remember Dora Maar's name. They dont care anyway. Do u think they really care about education? I dont think they do? But its ok anyway, not understand Modern Art doesnt mean u cant live happily ever after.
So many things to do in so little time. So many things to watch but i coose to sleep instead. But sleep is good. When im tired thats the best thing i could do.
That Facebook. That damn facebook. is it a gift from heaven or a sonet from hell? Aku jumpa kawan2 lama balik yang aku tak pernah mimpi aku akan jumpa. Thank god mereka masih ingat aku dan ingat kisah-kisah bodoh dahulu dan dalam masa yang sama bersedia untuk melupakan saat kejahilan aku.
Dan mereka mula melaungkan reunion.
Reunion? i hate that word. Mereka patut melaungkan kenderaan merentas masa dari meminta buat reunion. I will not go to any reunion. Unless theyre doing it in 5 star hotel and paying for all my expense. I want to sit by the pool and be yuppies.
ya kadang-kadang aku pun pikir apa yang aku buat ni betul atau tak. God forgive me god for being an arsehole.
Dah lama tak makan sate.
Aku cuba tengok Bob Dylans Dont Look Back lagi. Lelaki Yahudi ni hensem juga masa 20an sedangkan masa kecil dia macam gemuk rupanya. Mereka menyamakan hasil tulisannya dengan Rimbaud? Aku tak kenal sangat dengan RImbaud punya tulisan. Mungkin suatu hari nanti aku akan baca Rimbaud. tapi sekarang biarlah aku layan Blowin In the Wind dulu.
9 Julai 2011.....bukan, bukan Bersih. Ada konsert SimplySiti. AKu buat keselamatan. Apalah yang aku tahu pasal keselamatan? Tapi sebab aku yang paling bawah dalam foodchain maka itu tugas aku. No problem. tapi pada 9hb yang aku paling kesalkan adalah aku akan ketinggalan konsert Sweet Charity dan Blues Gang. Sebelum aku mati aku pikir nak tengok Ramli Sarip nyanyi live.
Puasa lambat lagi. Tapi aku tak sabar untuk menjemput Ramadhan. Bulan yang aku kena harus sabar dan makan dengan banyak bila waktu berbuka puasa.
Setakat ini pasar Ramadhan di Saujana Utama tak thrill .Peniaga Melayu yg malas menjual air 20 gerai. Jual lauk dan nasi tak sampai 5. Whattafuck. See how powerful I?
Doakan semuanya selamat. Dan khabar-khabar angin mengatakan yang dunia akan berahir pada tahun 2012 mengikut kalender Maya itu hanya bohong semata-mata. Kasi canlah kat Naufal untuk membesar dan menonton teater dan wayang.
ya aku kata ya insyallah ya.
Catch me if you can.
Tuesday, June 21, 2011
A Joke is a very serious thing-Winston Churchill
Minggu ni minggu terakhir Maharaja lawak.
Apakah maharaja Lawak? Maharaja Lawak adalah rancangan Astro yang diadakan untuk Astro untung buat duit. Disamping itu ianya juga digunakan untuk menyungkil bakat pelawak yang dah tersedia tercungkil.
Dipentas akhir Maharaja Lawak ada 3 kumpulan dan 1 solo artist. 3 kumpulan itu adalah Jozan, Jambu dan Sepah pelawak solo adalah Nabil.
JOZAN Jozan adalah bukti penting yang astro buat Maharaja Lawak ni memang sebab nak dapat untung (and i have nothing against it) ketika kumpulan lain dibiarkan mengikut taraf mereka ketika Raja Lawak, Jozan adalah gabungan peserta Johan dan Zizan,perserta akhir Raja Lawak pertama. pada minggu pertama Jozan kurang kick sambil dikritik oleh Mamat Khalid/ "Itu je yang korang boleh buat?" tapi selepas itu Jozan terus perform dengan yalla! Beberapa watak baru muncul. Selain dari Zamri Rockers, yang paling terkenal adalah Mail Lambung. Sketsa Jozan kebanyakannya adalah berdasarkan situasi yang mudah. Mereka banyak bermain dengan karakter development. Mail Lambung contohnya diambil dari sketsa yang hanya 3 minit tapi mampu diangkat untuk jadi karakter yang kebanyakan peminat boleh adapt. Ini sebenarnya hanya boleh dapat diterima penonton kerana Jozan telah lebih dahulu membina dan memperkuatkan personaliti k dilayar tv. Best moment: sketsa dengan vacum Worse moment:first week.
SEPAH Sepah antara yang tak mengecewakan. so far they live up to their title as johan musim ke 3. pada awalnya Sepah banyak bergantung kepada jenaka dan gaya mamat. Jika Three Stooges dia umpama Moe Howrd,watak dominant. tapi semakin lama semakin ada keseimbangan pada watak-watak Jep dan juga Shuib. Best moment: Peah muzikal sktech. Worse moment:Setakat ini Sepah tak pernah mengecewakan.Semua boleh tahanlah.
JAMBU My least favorite group. Jambu ada tema(baju pink)which is the only good thing about this group. Ada serius disitu. Tapi dalam banak-banyk kumpulan Jambu paling dekat dengan idea absurd. Ini bukanlah sesuatu yangm engejutkan kerana Yusri adalah peserta yang paling dekat dengan teater punya gaya. Persembahan awal Jambu takde plot, takde cerita. Mungkin menarik pada mingu2 awal tapi akhirnya Jambu semakin lost dan memualkan. Lawak2 Jambu kasar dan endingnya biasa chaos. Biasanya jenaka sebegitu mudah untuk menambat hati aku, tetapi bila dah banyak sgt Jambu buat, jadi bosan plak. Somehow Jambu kena create sketsa yang ada cerita, ada story ada punchline. Yusry tak boleh bergantung pada jerit-jerit sahaja. Best performance: Swimming mime sketch. Worse performance: the one they did in Penang. Untuk Yusry repeat "Ha! ha!" berkali2 memang membuatkan darah aku naik.
NABIL no komen.
Jadi siapa yang akan menang Maharaja Lawak. Sudah tentu Jozan. Tapi pemenang sebenarnya adalah Astro. Takde siapa boleh halang Astro dari naikkan yuran sewaannya. dan dalam masa yang sama monopoly Asro dan cara mereka manipulate undi peserta amat menyedihkan. Ada beberapa minggu dimana tidak berlaku penyingkiran. Jika tak ada penyingkiran bermakna takde keputusan.jadi apa tujuannya mengundi? Dan untuk akhir sebanyak 4 peserta final ditempatkan instead of the normal 3. More peserta means more sms money coming in.
Astro the swindle.
“There's no damn business like show business -- you have to smile to keep from throwing up.”- Billie Holiday
Aku percaya setiap negara perlu ada filem genre gangsternya sendiri. Bukan sahaja kerana jenayah terancang berlaku disetiap Negara ,tetapi antagonist adalah karakter yang menarik dan ada beza antara samseng disatu Negara berbanding Negara yang lain. Ianya mungkin dipengaruhi mengikut iklim, geografi ,budaya, adat, ekonomi dan juga dasar ekonomi baru.
Russian mob? Sentiasa dengan jeket hitam dan muka macam bulldog.
Itallian mafia? Gemuk sebab banyak makan pasta dan takut bini.
Hong Kong triad? Suka mengejar mangsa masing-masing dengan pisau pemotong daging.
India mobster? Biasanya kaya dan ada helicopter sorang satu.
Yakuza? suka mandi bathtub.
Malaysia? Setakat ini takde imej yang menonjol untuk dijadikan contoh. Tak de identity yang nyata untuk dipersembahkan oleh genster Malaysia dalam filem.
Di Asea Tenggara kepesatan dan kejayaan filem triad Hong Kong membuka mata pada para peminat filem bahawa kebanyakan Negara dunia ketiga ada style samseng masing-masing.
Jadi aku sambut baik segala usaha untuk memilemkan genre genster di Malaysia ini.
Dan kemudian lahirkan KL Gengster ditangan Syamsul Yusouf.
Dan jika mereka melihat Kl Gengster sebagai reference terhadap local punya triad/kongsi gelap/samseng, mereka akan dapati gengester Malaysia ni tak cool.
Genster Malaysia bercakap dnegan high tone sentiasa. Syamsul seharusnya terdedah dengan Election misalannya, even Gengster ada masa untuk slow talk. Show the ‘soft side’ of gangster. Dan aku tak bermaksud hanya watak Malik. Tetapi gangster tegar seperti shark, jai dan lain-lain.
Gengster international (bukan gangster kampong macam yang dalam KL Gengster itu ) menganggap triad ni sebagai satu business dan bukannya thug guy talk shit sahaja. Dan eh! Dalam KL Gengster pun sebenarnya mereka sering menyatakan tentang business. Jadi kenapa perlu keoch sangat.
Namun begitu, ada beberapa yang menarik juga dalam KL Gengster sebenarnya. Beberapa element yang membuatkan Professor dalam filem pun tak dapat buat filem yang menarik menghiburkan ni.
Few interesting about KL Gengster
1)Jai. Adi Putra sebagai Jai adalah hero baru maskulin yang aku puja. Hah! Susuk tubuhnya tak berbaju berjalan macam Liam Gallagher itu mungkin akan terus dikenal sebagai imej classic dalam filem Melayu. Dan seingat aku, takde figure yang lebih cantik dari figure Jai kalau nak dibandingkan natara semua filem triad Hong Kong dan Thailand yang ada tengok. Cakaplah sape sahaja dalam Young and dangerous atau lain-lain, badan Jai paling best! Thank god Im not gay.
Gaya dia mengumpil rokok dimulut yang tak pernah hisap pun aku kategorikan sebagai style, walaupun aku yakin yang idea itu diambil dari filem Hong Kong sebenarnya. Pada Adi Putra aku doakan semoga dia sukses dalam kerjaya lakonannya. Amin.
2)Zizan- Watak Zizan sebenarnya boleh diisi oleh sesiapa sahaja pelawak tempatan- lelaki penakut yang suka cakap besar. Gaya itu mudah untuk membuatkan penonton local yang suka lawak tempatan macam aku ni) ketawa. Tapai ditangan Zizan ianya jadi benar-benar lucu. Adalah Zizan pelawak nombor satu negara? Aku tak tahu tapi 15 minit dengan Zizan dalam KL Gengster adalah lebih lucu dari sepanjang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sekurang-kurangnya Zizan tak perlukan sound effect (oh u know the one that goes swing here and swing there in Ah Pek’s movie) untuk buat dia rasa lucu.
Itu dua benda yang aku boleh highlight pasal benda yang aku suka tentang KL Genster. Yang benda aku tak minat?
1)KL Genster bermula dengan voice over Malek yang manyatakan KL ni jahat, boleh membuatkan manusia mungkar dll.Itu silap bagi aku. KL sebenarnya tak . KL adalah tempat yang baik. Statement menyatakan sebuah Bandar ‘metropolitan” adalah sarang jenayah adalah klise yang merugikan. Dalam Budak Kelantan pengarah berjaya mengimbangi idea bahawa sesuatu Bandar mampu mempengaruhi manusia untuk jadi jahat, ya. Tapi dalam masa yang sama ada juga watak baik yang patuh pada agama dan aturan. Satu contoh lagi adalah aku; aku duduk di KL dan aku adalan anak watan yang baik. Aku tak pernah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Cuma mungkin sekali aku main video game kat Kompleks Kotaraya. Tapi itu dulu.
2)Dialog- maafkan aku tapi dialognya adalah antara dialog paling colorful (atau ‘colorful) dalam filem tempatan. Dialog panas bikin orang panas yang memang jarang kita tonton dalam filem Melayu sebenarnya. Tapi premisnya mudah;
A jumpa B – A cakap dia pangkah B. B balas dia pangkah balik A
B jumpa C –B cakap dia nak belasah C.C Cakap dia potong kote B kasi anjing makan
C jumpa D – C cakap dia sula jubur D. D balas balik dia nak penggal leher C
D jumpa E – C cakap dia menyalak macam anjing. E cakap dia kerat-kerat lidah D.
Gangster kena rileks sikit. Tak boleh nak emo-emo ok.
Kena banyak mengucap dan asthaghafaz sikit ok, bak kata Abang Kus dalam Seniman Bujang Lapok.
Semua orang mahukan Syamsul Yusof supaya jatuh;aku mungkin salah seorang dari mereka. Kenapa? Sebab Syamsul hensem. Dia couple dengan Diana Danielle(dulu dulu). Dia anak orang kaya dan bapanya pengarah filem.
Takpelah. KL GEnster dibuat untuk dapat untung bukan untuk menang Venice.
Sempena hari bapa ni, Syamsul Berjaya bagi hadiah untuk ayahandanya. A 11 million movie!
if anything Super 8 adalah JJ ABram total tribute untuk Steven Spielberg.
Tak perlu tengok banyak. rumahnya sahaja sudah membayangkan ianya tak ubah seperti perumahan dalam filem Spielberg circa ET.
ya saudara dan saudari Super 8 is a nostalgic movie. A tribute not just to Spielberg (its a Jewish thing u people wouldnt understand) its a lso a tribute to what they consider as the best decade of Hollywood.
u may or may not like the 70s decade to enjoy Super 8. and i Do. I love 70s (walau aku hanya ingat secebis dari dekad itu) 70s is certainly better than the 80s, in terms of pop culture, music, movie, hairstyle,
And in doing so Super 8 perlu react everything against whats Spielberg (and all John Hughes movie for that matter) have done with its 'children movies'.
Kenapa perlu menyamakan Super 8 dengan Goonies.
Jadi apa salahnya jika Super 8 bersandarkan pada nostalgia. Hishamudin Rais .for him Unforgiven is anti western. Semua tentang filem itu melawan arus idea of what western movie is all about (particularly Eastwood's movie)
Super 8 juga bergerak dari dasar yang sama.
Dalam Super 8, kisah itu berlaku pada tahun 1979. kenapa 1979? jika ianya tribute untuk dekad 70an kenapa settingnya digunakan pada akhir dekad? its neither Jaws (1975) nor ET (1982). 1979 is in the middle of Spielberg's most famous work.
jadi apa yang berlaku pad tahun 1979? Spielberg buat 1941 lakonan james Belushi. Not a bad movie just not memorable piece of work.
ya Super 8 is a love letter to the 70s and 'children movie'. A nostalgic is the key word. Super 8 penuh dengan karakter-karakter yang familliar. -budak gemuk dan budak jongang. Budak nerd. hero dan gadis idamannya yang berambut emas. polis. bapa yang jahat. Sherif gemuk. Alien. BMX. Cuci filem. ianya tak ubah macam episod dalam siri The Simpson, ya.
pada sesetengah babak memang ianya kelihatan 'dibuat' pada 1970an lebih dari filem-filem 70an sendiri.Its more 70s than the 70s.
Mungkin tak keterlaluan kalau kita boleh bahagikan Super 8 kepada 2 bahagian; 1) naif 2) threat of the Alien.
second phase iaitu ancaman dari Alien adalah bahagian yang terlalu dragging. Semacam sukar untuk kita percayay ang alien yang muncul dipekan itu pemakan manusia! But then again, the Alien in Super 8 seharusnya berlawanan dengan ET yang comel dan fragile.
Jika tidak kenapa Sherif yang hilang diketemu semula di 'gua' itu dan kemudian dimatikan semula untuk dimakan oleh Alien labah-labah itu?(mungkin juga tribute pada Ridley Scott's ALIEN yang keluar pada tahun sama)
Akhirnya Super 8 adalah cubaan JJ Abrams untuk mengembalikan pada satu zaman/period yang penuh dengan cabaran dan harapan. Bila 80an bermula, banyak yang berubah. Punk dikatakan telah mati. New Wave bermaharajalela. McDonald makin melebarkan sayapnya. Wall Street semakin kukuh. Ronald Reagen dan tacher dominate dunia. Dan fesyen rambut dikuasai oleh minyak rambut Brylcreem. It is personal thing. Like most of film being and should being made. Ianya mungkin tak memberi erti pada orang lain. Tapi bagi aku ianya suatu zaman yang amat aku rindui.
Aku mula notice rumah ni 3 tahun dahulu dalam perjalanan dari Batu Kurau ke Penang mengikut jalan lama.
Minggu lepas bila sekali lagi aku mengikut jalan yang sama, aku tahu kali ini aku pasti akan snap beberapa gambar rumah ini.
pada pukul 3 petang aku memberhentikan kereta aku ditepi jalan dan mengambil beberapa keping gambar.
Ianya memang sebuah rumah yang boleh dikategorikan sebagai Visionary environment.(atau Fantasy World)
Ianya mungkin tak seradikal Joe Minter's African Village in America, Ferdinand Cheval's , India's Rock Garden, atau lain-lain Folk Art tapi untuk local art ianya sudah cukup menggiurkan bagi aku.
Peti televisyen dihadapan rumahnya sudah tentunya bertujuan bukan untuk tayangan. ianya diletakkan dihadapan rumah bukan untuk tontonan orang kampung, atau pelanggan dikedai makannya(kalau ada kedai makan waktu malam) kerana tv itu tak berbumbung. Ada beberapa maetrial tergantung diatas peti televisyen itu yang membuatkannya sinonim dengan hasil-hasil kerya Joe Minter misalannya, thus make it dekat dengan gaya dan style pengkarya-pengkarya Folk Art ini.
selain dari peti tv itu aku juga suka warna pada kaki tiang(kuning) , tangga(biru) dan tingkap(putih)
Ini rumah Folk Art pertama dinegara ini? AKu pasti ada banyak lagi folk Art diserata semenanjung ini menunggu untuk dikenal pasti/waiting to be discovered.
Aku tak tahu siapa tuan rumahnya. Tapi aku teringin untuk berbual dengan dia, bersembang tentang apa yang memberi inspirasi kepadanya bila buat 'rumah' macam ni. Aku nak dia tahu yang rumahnya berjaya membuat aku tertawan. :)
Wednesday, June 8, 2011
Bercerita tentang kerja,sesetengah rakan kerja disini memang mengecewakan. jadi kalau ada kata-kata goverment yang lembs, yang makan gaji buta ni, aku takde kuasa untuk menolak kenyataan itu.. Ya goverment servant ni lembs bila bekerja. Sesetengah dari mereka. Mostly lelaki. rakan sekote aku.
Ini contoh beberapa kes klasik yang pernah terjadi pada aku.
Kes 1 Dia seorang office boy. Antara kerjanya photostat surat, tampal poster, dan hantar surat. Itu kerjanya. Suatu hari, aku suruh dia tampal poster pengumuman. Pukul 12 tengahari aku suruh dia buat. pada pukul 5 petang poster aku tu masih belum ditampal. Bila aku pergi kemejanya, poster itu masih ada disana. Dia duk sibuk main internet. Aku ambik poster tu aku tampal sendiri. Susah sangat ke nak tampal poster tu? Motherfucker.
Kes 2 Dia seorang budak grafik. Dia kerja bahagian grafik. Aku tak tahu apa sebenarnya kerja dia tapi dia bahagian grafik. Suatu hari Komputer aku buat hal. Aku mintak orang grafik ni datang tengok kan. Ok dia cakap dia nak datang. sampai kepetang tak nampak batang hidung dia. Akhirnya aku suruh kawan aku Syahrizal datang godek komputer aku. Syahrizal bukan budak grafik. dia jaga kewangan.
Kes 2 Aku nak buat program Sukan Futsal Antara Program. Aku suruh budak grafik buat design poster, sebab aku rasa itu memang kerja dia. Kalau dia bukan buat design untuk program fakulti apa lagi yang dia buat? tapi bila aku suruh dia macam banyak hal. Dia lari2 bila jumpa aku. Perli-perli aku macam aku suruh dia buat kerja. padahal itu kerja dia. Kalau bukan dia yang tolong design poster untuk porgram fakulti apa lagi kerja dia? Kalau student perempuan suruh buat kerja, laju je. Kalau program under big boss laju je kerja. Takde complaint pun. Motherfucker.
Kes 3 Komputer aku bateri kong. bateri jam. Aku mintak budak grafik tolong gantikan bateri. Dia cakap dia nak datang. Sampai sekarang dia tak datang. Dia buat apa kat bilik dia tu? Bukannya buat kerja pun. main game je pun. Dzahran Dzabidee namanya. Kalau diaorang memang takde bateri tu diaorang boleh cakap kat aku yang diaorang takde. Aku sanggup ke Giant Shah Alam nak beli benda tu. Jangan dibiarkan aku digantung tak bercoli!
Kes 4 Ini kes paling berat. Ini bukan berlaku di opis aku tapi di jabatan Air di Kampung Gajah, Perak. Aku mintak tolong pasang air kat rumah lama bapak aku sejak tahun 2009. Sampai sekarang takde berita. Dah 2 tahun lebih.
namun begitu tak semua gomen servant ni lembs*. Ada yang bekekrja dengan baik. Antaranya yang boleh aku highlight adalah Amirul dan Syarizal dan beberapa orang lain lagi.
sementara itu di Cannes beberapa minggu lalu Lars Von Tiers pengarah yang pernah membuatkan Bjork menari direl keretapi dalam Dancer In the Dark itu telah dihalau dari Cannes kerana menjadi pro Nazi.
Di Newsweek akhirnya mereka mempersoalkan is Barcelona FC the best team ever? kali ini mereka membandingkan Messi and co dengan Brazil's 1970 world CUp team, Di Stefano and Puskas Real Madrid and AC Milan's Araggio Sachi.
Bercakap tentang bola, aku miss gol Daudsu tu. Aku tidur dan membayangkan Kelantan menang piala FA. and thinking how they deserve that. Aku hanya tahu terengganu menang 2-1 bila aku tengok front page paper keesokan paginya. magic happens once we fall asleep.
*Lembs disini bermaksud lembab , bukannya lembu ok.
Tuesday, June 7, 2011
bagi seorang bakal graduate takde yang lebih indah dari hari-hari pertama menjadi freshie di universiti.
Aku suka freshie. Mereka eager untuk belajar. Mereka datang kekelas awal. Mereka tanya macam-macam soalan. Apa benda nak beli.Kalau suruh beli drawing block mereka akan tanya apa jenis, kedai mana nak pergi. Kadang-kadang sampai malam diaorang sms tanya soalan apa benda nak beli. Nak pakai baju apa datang kelas. Kalau takde kelas mereka akan repot pada pejabat.
Kalau jumpa tengah jalan pun mereka akan tegur aku ni macam aku bintang AF tahun 2003.
Mereka inilah yang akan menjerit malu bila aku tunjuk gambar Crition boy dan melihat kemaluan kecilnya.
And its about time before mereka semua mula jadi lunyai dan benci jadi student.
Tapi kenapa semangat mereka berubah?
Mungkin akhirnya mereka dapat tahu fakulti yang mereka ambil tak seperti yang mereka harapkan. Mungkin akhirnya mereka dapat tahu pensyarah yang ajar mereka tak sehebat cikgu mereka disekolah lama (Apa bezanya antara pensyarah dan cikgu?) Bila mereka dapat tahu yang hidup tak seindah yang mereka harapkan? Bila mereka tahu yang aku adalah arsehole? Bila mereka dah mula bosan dengan education dan tak menaruh harapan pada akademik? Bila mereka rasa tak ada bezanya anntara orang yang belajar dengan orang tak belajar? Bila mereka tahu masa yang diluangkan untuk datang kekelas tak berbaloi? Bila mereka tak obleh nak kecap pelajaran yang diajar dikelas?
Setiap semester aku berdepan dengan freshie yang semangatnya lebih kuat dari player MAn U bila berdepan dengan Barcelona.
Aku percaya sistem dan pendidik yang membuatkan pelajar-pelajar ini berubah ditengah jalan.
Kenapa mereka give up ditengah jalan aku tak pasti. Tapi aku rasa aku perlu enjoy the moment before mereka rasa mereka being fucked up dan mula membenci aku dan kelas aku.