Monday, June 20, 2011

X

Aku percaya setiap negara perlu ada filem genre gangsternya sendiri. Bukan sahaja kerana jenayah terancang berlaku disetiap Negara ,tetapi antagonist adalah karakter yang menarik dan ada beza antara samseng disatu Negara berbanding Negara yang lain. Ianya mungkin dipengaruhi mengikut iklim, geografi ,budaya, adat, ekonomi dan juga dasar ekonomi baru.

Russian mob? Sentiasa dengan jeket hitam dan muka macam bulldog.

Itallian mafia? Gemuk sebab banyak makan pasta dan takut bini.

Hong Kong triad? Suka mengejar mangsa masing-masing dengan pisau pemotong daging.

India mobster? Biasanya kaya dan ada helicopter sorang satu.

Yakuza? suka mandi bathtub.

Malaysia? Setakat ini takde imej yang menonjol untuk dijadikan contoh. Tak de identity yang nyata untuk dipersembahkan oleh genster Malaysia dalam filem.

Di Asea Tenggara kepesatan dan kejayaan filem triad Hong Kong membuka mata pada para peminat filem bahawa kebanyakan Negara dunia ketiga ada style samseng masing-masing.

Jadi aku sambut baik segala usaha untuk memilemkan genre genster di Malaysia ini.

Dan kemudian lahirkan KL Gengster ditangan Syamsul Yusouf.

Dan jika mereka melihat Kl Gengster sebagai reference terhadap local punya triad/kongsi gelap/samseng, mereka akan dapati gengester Malaysia ni tak cool.

Genster Malaysia bercakap dnegan high tone sentiasa. Syamsul seharusnya terdedah dengan Election misalannya, even Gengster ada masa untuk slow talk. Show the ‘soft side’ of gangster. Dan aku tak bermaksud hanya watak Malik. Tetapi gangster tegar seperti shark, jai dan lain-lain.

Gengster international (bukan gangster kampong macam yang dalam KL Gengster itu ) menganggap triad ni sebagai satu business dan bukannya thug guy talk shit sahaja. Dan eh! Dalam KL Gengster pun sebenarnya mereka sering menyatakan tentang business. Jadi kenapa perlu keoch sangat.

Namun begitu, ada beberapa yang menarik juga dalam KL Gengster sebenarnya. Beberapa element yang membuatkan Professor dalam filem pun tak dapat buat filem yang menarik menghiburkan ni.

Few interesting about KL Gengster

1) Jai. Adi Putra sebagai Jai adalah hero baru maskulin yang aku puja. Hah! Susuk tubuhnya tak berbaju berjalan macam Liam Gallagher itu mungkin akan terus dikenal sebagai imej classic dalam filem Melayu. Dan seingat aku, takde figure yang lebih cantik dari figure Jai kalau nak dibandingkan natara semua filem triad Hong Kong dan Thailand yang ada tengok. Cakaplah sape sahaja dalam Young and dangerous atau lain-lain, badan Jai paling best! Thank god Im not gay.

Gaya dia mengumpil rokok dimulut yang tak pernah hisap pun aku kategorikan sebagai style, walaupun aku yakin yang idea itu diambil dari filem Hong Kong sebenarnya. Pada Adi Putra aku doakan semoga dia sukses dalam kerjaya lakonannya. Amin.

2) Zizan- Watak Zizan sebenarnya boleh diisi oleh sesiapa sahaja pelawak tempatan- lelaki penakut yang suka cakap besar. Gaya itu mudah untuk membuatkan penonton local yang suka lawak tempatan macam aku ni) ketawa. Tapai ditangan Zizan ianya jadi benar-benar lucu. Adalah Zizan pelawak nombor satu negara? Aku tak tahu tapi 15 minit dengan Zizan dalam KL Gengster adalah lebih lucu dari sepanjang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sekurang-kurangnya Zizan tak perlukan sound effect (oh u know the one that goes swing here and swing there in Ah Pek’s movie) untuk buat dia rasa lucu.

Itu dua benda yang aku boleh highlight pasal benda yang aku suka tentang KL Genster. Yang benda aku tak minat?

1) KL Genster bermula dengan voice over Malek yang manyatakan KL ni jahat, boleh membuatkan manusia mungkar dll. Itu silap bagi aku. KL sebenarnya tak . KL adalah tempat yang baik. Statement menyatakan sebuah Bandar ‘metropolitan” adalah sarang jenayah adalah klise yang merugikan. Dalam Budak Kelantan pengarah berjaya mengimbangi idea bahawa sesuatu Bandar mampu mempengaruhi manusia untuk jadi jahat, ya. Tapi dalam masa yang sama ada juga watak baik yang patuh pada agama dan aturan. Satu contoh lagi adalah aku; aku duduk di KL dan aku adalan anak watan yang baik. Aku tak pernah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Cuma mungkin sekali aku main video game kat Kompleks Kotaraya. Tapi itu dulu.

2) Dialog- maafkan aku tapi dialognya adalah antara dialog paling colorful (atau ‘colorful) dalam filem tempatan. Dialog panas bikin orang panas yang memang jarang kita tonton dalam filem Melayu sebenarnya. Tapi premisnya mudah;

A jumpa B – A cakap dia pangkah B. B balas dia pangkah balik A

B jumpa C –B cakap dia nak belasah C. C Cakap dia potong kote B kasi anjing makan

C jumpa D – C cakap dia sula jubur D. D balas balik dia nak penggal leher C

D jumpa E – C cakap dia menyalak macam anjing. E cakap dia kerat-kerat lidah D.

Gangster kena rileks sikit. Tak boleh nak emo-emo ok.

Kena banyak mengucap dan asthaghafaz sikit ok, bak kata Abang Kus dalam Seniman Bujang Lapok.

Semua orang mahukan Syamsul Yusof supaya jatuh;aku mungkin salah seorang dari mereka. Kenapa? Sebab Syamsul hensem. Dia couple dengan Diana Danielle(dulu dulu). Dia anak orang kaya dan bapanya pengarah filem.

Takpelah. KL GEnster dibuat untuk dapat untung bukan untuk menang Venice.

Sempena hari bapa ni, Syamsul Berjaya bagi hadiah untuk ayahandanya. A 11 million movie!

5 comments:

syahrulfikri said...

pundek janji nk tgk dgn aku...!!!

saat omar said...

Kah kah kah..siapa lambat dia kena tinggal

ryann said...

teringat gengster kg kerinchi dlm filem merah. suka watak m.nasir

teringat zaman main daytona di kompleks kota raya dulu-dulu

saat omar said...

Ryann telah tak sengaja mendedahkan umurnya :)

Anonymous said...

the best thing about Yusof Haslam adalah dia tahu bila masa dia perlu quit dan dia quit.
Bukan macam sesetengah pengarah filem lain yang terus buat filem dan terus buat filem tanpa kira......