Tuesday, June 21, 2011

A Joke is a very serious thing-Winston Churchill

Minggu ni minggu terakhir Maharaja lawak.

Apakah maharaja Lawak? Maharaja Lawak adalah rancangan Astro yang diadakan untuk Astro untung buat duit. Disamping itu ianya juga digunakan untuk menyungkil bakat pelawak yang dah tersedia tercungkil.

Dipentas akhir Maharaja Lawak ada 3 kumpulan dan 1 solo artist.
3 kumpulan itu adalah Jozan, Jambu dan Sepah
pelawak solo adalah Nabil.


JOZAN
Jozan adalah bukti penting yang astro buat Maharaja Lawak ni memang sebab nak dapat untung (and i have nothing against it) ketika kumpulan lain dibiarkan mengikut taraf mereka ketika Raja Lawak, Jozan adalah gabungan peserta Johan dan Zizan,perserta akhir Raja Lawak pertama.
pada minggu pertama Jozan kurang kick sambil dikritik oleh Mamat Khalid/ "Itu je yang korang boleh buat?"
tapi selepas itu Jozan terus perform dengan yalla! Beberapa watak baru muncul. Selain dari Zamri Rockers, yang paling terkenal adalah Mail Lambung.
Sketsa Jozan kebanyakannya adalah berdasarkan situasi yang mudah. Mereka banyak bermain dengan karakter development. Mail Lambung contohnya diambil dari sketsa yang hanya 3 minit tapi mampu diangkat untuk jadi karakter yang kebanyakan peminat boleh adapt. Ini sebenarnya hanya boleh dapat diterima penonton kerana Jozan telah lebih dahulu membina dan memperkuatkan personaliti k dilayar tv.
Best moment: sketsa dengan vacum
Worse moment:first week.

SEPAH
Sepah antara yang tak mengecewakan. so far they live up to their title as johan musim ke 3. pada awalnya Sepah banyak bergantung kepada jenaka dan gaya mamat. Jika Three Stooges dia umpama Moe Howrd,watak dominant. tapi semakin lama semakin ada keseimbangan pada watak-watak Jep dan juga Shuib.
Best moment: Peah muzikal sktech.
Worse moment:Setakat ini Sepah tak pernah mengecewakan.Semua boleh tahanlah.

JAMBU
My least favorite group. Jambu ada tema(baju pink)which is the only good thing about this group. Ada serius disitu. Tapi dalam banak-banyk kumpulan Jambu paling dekat dengan idea absurd. Ini bukanlah sesuatu yangm engejutkan kerana Yusri adalah peserta yang paling dekat dengan teater punya gaya. Persembahan awal Jambu takde plot, takde cerita. Mungkin menarik pada mingu2 awal tapi akhirnya Jambu semakin lost dan memualkan. Lawak2 Jambu kasar dan endingnya biasa chaos. Biasanya jenaka sebegitu mudah untuk menambat hati aku, tetapi bila dah banyak sgt Jambu buat, jadi bosan plak. Somehow Jambu kena create sketsa yang ada cerita, ada story ada punchline. Yusry tak boleh bergantung pada jerit-jerit sahaja.
Best performance: Swimming mime sketch.
Worse performance: the one they did in Penang. Untuk Yusry repeat "Ha! ha!" berkali2 memang membuatkan darah aku naik.

NABIL
no komen.


Jadi siapa yang akan menang Maharaja Lawak. Sudah tentu Jozan. Tapi pemenang sebenarnya adalah Astro. Takde siapa boleh halang Astro dari naikkan yuran sewaannya.
dan dalam masa yang sama monopoly Asro dan cara mereka manipulate undi peserta amat menyedihkan. Ada beberapa minggu dimana tidak berlaku penyingkiran. Jika tak ada penyingkiran bermakna takde keputusan.jadi apa tujuannya mengundi?
Dan untuk akhir sebanyak 4 peserta final ditempatkan instead of the normal 3. More peserta means more sms money coming in.

Astro the swindle.



“There's no damn business like show business -- you have to smile to keep from throwing up.”- Billie Holiday

No comments: