Sunday, June 26, 2011

semua orang bercerita tentang seni yang boleh membuatkan manusia berfikir.

tapi apa maksud itu sebenarnya? berfikir? fikir tentang apa? Fikir apa?

Seni sepatutnya educate, katanya lagi. Educate apa? audience teater misalnya, adalah orang-orang yang dah pun bijak, kenapa perlu dieducate lagi? nak dieducate tentang apa?

Bukankaha itu semua angan-angan dan inspirasi kosong?

Ada pintu yang tak boleh dibuka. Dan tak akan dibuka

Picasso cakap art is weapon. Ya,memang benar, tapi karyanya yang berkisar tentang peperangan hanya Guernica dan Massacre in Korea. Selebihnya hanyalaha gambar-gambar gundik dan perempuan simpanannya sahaja.

ya seni mampu untuk membuatkan manusia berifkir. Tapi fikir tentang apa itu yang kita tak pernah persoalkan. dan bagaiaman pemikiran selepas menghayati seni itu jarang kita soalkana kesan dan tujuannya. Akhirnya kita akan bertanya juga ,seni untuk apa? seni untuk siapa? dan fikir? fikir apa?

Mungkin melainkan jika seni, persembahan teater akhirnya mempersolakna tentang graviti misalannya maka akhirnya kita akan menemui satu jalan sains yang lain kepda segala persoalan kita. tetapi seni kini tak lagi menjurus kearah itu. jadi seni supaya manusia berfikir;fikir tentang apa? fikir apa?

Akhirnya seni supaya manusia berfikir akan jadi mantra mitos. Mitos jadi legend. Ianya digunakan untuk menggmabarkan karya yang sukar untuk orang fahami, sehinggakan manusia takde lagi kuasa dan daya untuk berfikir (dan 'berfikir')Dan takde benda yang boleh difikirkan pun.


Aku lebih suka menyatakan seni seharusnya menjana idea-idea baru. Idea baru yang macamana? idea baru tentang fundamental seni itu sendiri which is basically what modern art is all about. Itu struggle artist. Itu struggle seorang pengkarya seni, baik filem, teater ataupun seni catan.

Dan oh ya, kita sebenarnya masih tak jelas lagi apa maksud perkataan kontemporari itu sebenarnya.

its google time yo!

No comments: