Thursday, April 28, 2011

Empat Lelaki dan Penjaga Bilik Makan

4 orang lelaki diletakkan dalam sebuah bilik. Disebelah bilik mereka ada sebuah bilik kecil yang penuh makanan sedap-sedap. Baunya menyucuk-nyucuk hidung keempat-empat orang lelaki yang memang kelaparan itu.

Kemudian datang seorang penjaga bilik tersebut.badannya tegap dan sasa. Seluarnya leather. Dia memakai topeng macam penggusti Mexico. Disisinya ada kapak besar yang menakutkan. lagaknya tak ubah macam Al Gojo.
" saya penjaga bilik ini." katanya dengan suara yang garau. Mendengar itu keempat-empat lelaki tersebut mula menelan air liur dan berasa takut.
" Disebelah sini ada sebuah bilik makanan yang sedap. Tapi kamu hanya dibenarkan makan kalau kamu semua mempunyai agama" kata lelaki itu yang bertubuh besar dan tegap.

"Kami tak faham...." kata lelaki nombor empat, dia keliru.

"Apa yang kamu tak faham? Makanan sedap itu hanya untuk orang yang beragama. Orang yang tak ada agama kena cari agama kalau dia nak makan makanan sesedap itu. Faham?"

"Oh........" jawab mereka semua."faham-faham" kata masing-masing. Walaupun ada diantara mereka yang sebenarnya memang tak faham.

Lelaki pertama mengangkat tangan "Saya beragama Chrstian" kata lelaki itu.

"Ok kamu boleh masuk" kata penjaga bilik yang bertopeng itu.

Lelaki pertama itu pun masuk kebilik makanan lantas terus makan dengan lahapnya dan ketawa kuat-kuat. Tiga lelaki yang lain berpaling hairan.Semudah itu?

Lelaki yang kedua angkat tangan "Saya beragama Hindu" kata lelaki itu.

"Baiklah kamu boleh masuk" Balas penjaga bilik itu.

"Yeeha!" kata lelaki beragama Hindu itu excited. Dia pun masuk bilik makanan menyertai lelaki tadi. Mereka makan dengan puasnya. Ayam goreng melekat dicelah gigi mereka.

Lelaki nombor tiga mengangkat tangan. Dia bergerak kedepan lelaki penjaga makanan.
"Saya lelaki Muslim" kata lelaki nombor tiga itu.

"Ok kamu tak dibenarkan masuk kebilik makan. Kamu kena keluar dari bilik ini" jawab penjaga makanan itu.

Lelaki nombor tiga tersentak. dia tak percaya dengan apa yang dia dengarnya.
"Ini tak adil! Kamu biased! Kamu berat sebelah dengan orang Islam!" jawab lelaki nombor tiga itu dengan marah.

"Ini tidak adil! Ini tak adil! Ini menganiaya!"

Penjaga Bilik Makan itu terus diam.

"bagitahu saya kenapa saya tak dibenarkan dipindahkan kebilik itu?"

Penjaga Bilik Makan itu terus diam.

"Ini tak adil! Ini satu penindasan! Ini biased!" jerit lelaki nombor tiga itu lagi.

"Kamu tahu kenapa kamu tak dibenarkan masuk kebilik sana?" Tanya penjaga bilik Makanan itu.

"Kenapa tak boleh? huh?! Kenapa tak boleh?" tanya lelaki no. 3 itu lagi, terus marah.

"kamu tak boleh masuk kebilik makan sebab hari ni hari Jumaat. Kamu kena pergi sembahyang Jumaat" kata penjaga bilik Makan itu sambil menunjukkan jarum jam dijam Omeganya.

"Oh......" kata lelaki nombor tiga itu perlahan. Dia mula tersenyum malu dengan diri sendiri.Dia lupa hari ini hari apa.

"Lepas kamu sembahyang baru kamu boleh makan" kata penjaga bilik Makan itu.

tanpa berlengah Lelaki nombor tiga pun keluar dari bilik itu.





Tapi dia masih tak dapat sembahyang Jumaat sebab dia tak ketemu masjid.

Wednesday, April 27, 2011

Tak sempat ke The Mall.........



Tak sempat merendek ke Yaohan The Mall.........















Aku pun dibawa ke PWTC KL International Buku Festival.

Ianya satu trip yang diatur oleh perpustakaan tempat aku bekerja untuk memilih buku yang sesuai untuk pelajar-pelajar. Aku hanya perlu ambik buku dan letakkan kebawah lantai. Urusan jual beli dilakukan oleh pihak perpustakaan dan agen jualan yang dilantik. Shopping of the year.

Kami naik van. Aku duduk depan dengan abang driver. Sepanjang perjalanan Chess Skinner, professor tamu dari canada bercerita tentang sikap pelajar Melayu non stop.


Sampai di PWTC ada banyaak bas disisir jalan. Tokey Gempak, MOY dan majalah komik tentunya tersenyum lebar melihat kanak-kanak berduyun-duyun.

gerai untuk International Book paling diatas. Ditingkat bawahnya pula gerai-gerai buku tempatan. aku boleh habiskan semua gerai ini sebelum lunch fikir aku. dan kemudian dari pukul 2 hingga ke pukul 4 aku boleh merewang-rewang di The Mall, shopping kompleks kegemaran aku itu yang dah lebih dari setahun aku tak jejakkan kaki.Aku harap aku ada cukup masa untuk kesana, al maklum sajalah aku bukannya selalu dapat pergi KL.

Aku bercerita pada chess Skinner, seorang lelaki Canada tentang kegemilangan The Mall pada tahun 1988. tapi dia buat tak endah pada aku. Mungkin sebab aku bercakap bahasa Melayu dengannya.

Dari satu gerai ke satu gerai. Kami macam monyet dapat bunga. Semua buku art kami simpan. Niatnya cuma satu,agar buku yang kami pilih akan mendapat manfaat untuk student yang kami kasihi. Dan dalam masa yang sama kami juga boleh baca buku-buku itu dilibrary nanti sebba nak beli personally takde duit beb.

Sampai Mc Graw Hill kami berpecah. Mereka yang lain lembab dan aku seperti biasa paling laju telah habis round satu tingkat International bila mereka masih terhegeh-hegeh memilih antara buku edward Said dan juga Heidegger.

Aku turun kebawah. Zainon Ismail sedang diinterview di gerai Institut Terjemahan Negara. Dia bercerita tentang isu Bahasa Kebangsaan. Sampai pukul 1 tengahari aku dah pening kepala.
The Mall mula memanggil-manggil aku.

Ada dua kesimpulan yang boleh aku buat tentang pesta buku KL ini.

(1) satu, tandas PWTC kebanyakannya dah reput. Bila aku buka pintunya taik berselerak merata-rata. This is not music festival. Ini bukannya Woodstock, di Woodstock hippies boleh berak merata-rata. tapi ini PWTC beb. Repair sikit tandas tu kasi besar sikit, kasi cun, kasi luas.Apa ertinya tamadun yang manusia bina kalau tandas buruk taik bersepah-sepah? tandas macam taik!

yang (2) keduanya, kelemahan penerbitan buku Melayu adalah design kulit bukunya covernya yang lalai, asal boleh dan tak serius. designer tempatan seolah-olah tak tahu menggunakan photoshop, illustrator atau apa sahaja.tak update knowledge tentang design buku. Aku dah menulis tentang ini dan aku akan terus menulis tentanng ini. tak ada bezanya kulit buku tempatan dengan taik yang berselerak kat tandas PWTC ni;sama je.
Ini pendapat dari seseorang yang boleh melenturkan pendapatnya tentang penilaian esteik(baca: peminat Adam Sandler) ya aku boleh toleransi dengan keindahan dan seni. Tapi kalau dah teruk sangat, memang teruk sangat. Cover design kulit buku tempatan bagi aku teruk sangat.
Designer kulit buku tempatan harus ditarik telinga mereka sampai nak putus kerana kelemahan pemahaman tentang fundamental art.mereka kena faham tentang konsep ruang, value, economic dan............

namum begitu ada beberapa penerbit buku tempatan yang percaya kulit buku memainkan peranan penting dalam nilai seni itu sendiri;terutama buku-buku terbitan Insitut Terjemahan Negara dan penerbitan buku Indie.

tapi aku tak sempat nak beli buku-buku Institut Terjemahan Negara sebab bila aku periksa dompet suit aku, tinggal tak sampai sepuluh ringgit.

Bila aku ke mesin ATM berdekatan, manusia beratur macam nak beli tiket raya.

Aku pun duduk dipentas utama melihat orang lalu lalang.

Cadang nak melawat The Mall tapi jam menunjukkan pukul 3. Van datang tepat pukul 4.Aku sedih yang teramat sangat.Selain dari itu aku juga sedih kerana banyak buku aku tak dapat beli.

Kami sampai ke Shah Alam sebelum 4.30. Oh rupa-rupanya kalau takde jam, dari KL ke Shah Alam hanya kurang 30 minit.

Sepanjang perjalanan pulang Chess Skinner bercerita tentang Christianity dan Jesus Christ.

Monday, April 25, 2011

* + * Mula Menulis dan Membaca :Pt 1 * + *

Sempena festival Buku KL mungkin kita patut cerita tentang buku dan penulisan.

DUlu aku pernah kata yang aku tak mahu benda lain kecuali menulis. Fahaman dan cita-cita itu aku pegang sampai sekarang.

ya aku nak jadi penulis. Jika diberi pilihan antara hidup mewah dan jadi penulis tapi miskin dan merana, mana satu yang harus aku pilih? Aku pilih jadi penulis tapi miskin dan merana.

Keinginan aku begitu tebal untuk jadi penulis. Betapa tebalnya? Sangat tebal....haha.



Minat aku untuk menulis mula datang bila pada suatu petang ayah aku bagi aku diari.

"Nah" katanya sambil melemparkan diari itu yang dia dapat dari kedai pomen kereta. ya semudah itu.
"Diari?" kenapa ayah aku nak bagi aku diari? apa aku nak buat dengan diari? kenapa tak bagi aku duit?" fikir aku. Perlahan-lahan aku mula cuba menulis. Merungkaikan kesimpulan daily life pada buku hitam itu.
makin lama makin seronok. Makin lama makin syiok. Aku mulai terjumpa Secret Garden aku yang aku boleh menyorok dari dunia luar. beberapa kawan nakal yang tak minat sastera mula mengejek aku yang menyimpan diari.Tapi aku tak peduli ejekan mereka itu. Aku ada sesuatu yang mereka takde.

Aku ada dokumentasi masa aku. Aku ada history.

Aku terus menulis dan menulis. Mostly personal things. Tentang gadis yang mencuit hati aku.....dan err tentang gadis yang mencuit hati aku.Takde benda lain.

Diari itu aku simpan sampailah sekarang. Kadang-kadang bila balik rumah aku baca kembali diari hitam itu dan macam biasa aku akan tersenyum sendirian. Dan yang peliknya aku dapati tak banyak beza gaya aku menulis ketika aku 13 tahun itu dan aku sekarang.

AKu bukanlah Anne Frank(also means im not jewish), tapi ketika aku diasrama yang macam neraka itu kawan sebilik aku yang biadap pernah mencuri diari aku itu dan membaca ramai-ramai tanpa pengetahuan aku.
Dan bila aku dapat tahu tentang ini aku confront dengan salah seorang dari mereka. "...tapi kau pandai menulis" katanya tanpa rasa serba salah.

Itu pujian pertama yang aku dapat.Aku yang sepatutnya marah terasa seperti sejuk pulak hati sikit bila dipuji macam tu. Dia bukanlah pengkritik professional, tapi kritikannya itu sudah cukup untuk membuatkan jubor aku kembang.

Sunday, April 24, 2011

Telefon dari Seorang Kawan Lama

Jam 5 lebih. handphone berbunyi, nombor tak dikenali. Bila nombor tak dikenali ni aku cuak sikit.
Suara mesra dari corong telefon (handphone ada corong telefon ke?) mencadangkan ianya datang dari kawan lama.

its Ahmad Fadhil Ismail Ikram. "Hoi ko duk mana sekarang?" "Oh dekat ah dengan rumah aku!" "Jom minum"

Ahmad Fadhil Ismail Ikram. 20 tahun dulu aku adalah sidekick pada lelaki ini. Kalau dalam Seinfeld aku adalah George pada Seinfeld.
masa aku kecik, kawan-kawan aku terbahagi kepada 2;yang bijak dan yang kurang bijak.
Yang kurang bijak akan gagal SRP dan doing odd jobs. Paling nakal mereka akan lepak di Kebun Limau sambil minum todi.
Sementara yang bijak adalah .Mereka naif pasal perempuan.

tapi dalam kalangan kami Ahmad Fadhil adalah yang paling playboy;satu ungkapan yang dia amat hargai. fadhil memang terkenal sebab ramai awek. salah satu yang dia dapat adalah....jiran aku sendiri.

fadhil datang dari keluarga yang dihormati. samseng macam Alyasak pun respek dengan keluarga Fadhil. basically sebab abangnya Che Wa yang juga macam taiko. Che Wa adalah lelaki kecil yang bermisai tapi mempunyai tenaga yang kuat. Pandai bermain badminton dan panas baran. Seorang budak dari Sg Manik yang pernah bergasak dengan Che Wa mengatakan yang Che Wa mempunyai tolakan yang kuat "Dulu aku gaduh dengan dia macam nak terpelanting dia tolak aku" kata lelaki itu yang juga rakan sekelasku.

...Tapi bukan sebab itu aku berkawan dengan Fadhil. Aku berkawan dengan Fadhil sebab.......entah ,aku pun lupa. Dulu fadhil ada motor RXZ. Kalau dia nak kepekan atau kesekolah dia akan singgah dirumah aku dan ambik aku bawak jalan-jalan. So in a way aku pun jadi famous sebab aku berkawan dengan Fadhil.

Ada beberapa wayang yang kami tonton bersama, antaranya Kindergarten Cop, Terminator 2 dan beberapa forgettable movie lagi.

Tapi Fadhil kawan yang paling normal. Dengan dia aku terpaksa control sikap gila-gila aku. Dari Fadhil aku mula mengenal kawan-kawan 'skema' yang lain;yang rajin kesurau, ke masjid dan juga excellent dalam pelajaran. Walaupun kesemua dari mereka adalah warisan Left Brain.

Form 4 kami berpisah. Fadhil bersekolah di Teknik Ipoh, dan aku yang kurang bijak sekolah disebuah sekolah dipinggir Kuala Lumpur.

Lepas masuk universiti kami lansung terputus hubungan. Beberapa tahun kemudian aku terserempak dengan Ahmad Fadhil di Restoran Hakim Shah Alam. Dia bekerja di ITM. Tak sangka kami satu boss.

Kemudian dia dipindahkkan ke Kuantan. takde khabar berita tentang dia sehinggalah semalam.

Selepas panggilan telefon itu kami pun berjumpa. Selepas mengetawakan masing-masing yang semakin gemuk(aku ketawa Fadhil yang tak nampak tengkuk, dia ketawakan perut aku yang makin besar)

Kami pun jumpa minum dikandang. Aku dah kenyang tapi Fadhil insist untuk aku order makanan. Dia nak belanja. Aku pun ambik Mee Goreng. Konon aku diet nasi. Padahal kolestol dalam mee lagi tinggi sebenarnya.

Its always good to meet old friend. But only for 20 seconds. Tapi kemudian mati kutu. Conversation tak bergerak pada landasan kisah-kisah baru.


Bila bertemu kawan lama ada beberapa topik yang dijangka keluar;Pertama adalah betapa manisnya kenangan ketika masih kecil. dan yang kedua adalah tentang betapa gaji tak pernahnya cukup.

Aku takde masalah bercerita tentang kenangan lampau. Aku lelaki yang amat menghargai memori salam boleh bersembang sepanjang hari tentang ini. Perbualan tentang kos sara hidup yang semakin meningkat selalu mendatangkan retak dihatiku.

Fadhil dah ada 4 orang anak. Dan dia dah ada 3 buah rumah.
Aku tak pernah terkejut tentang itu. bercakap pasal fortunate, fadhil selalunya melebihi aku dalam segala hal.

"Kalau beli rumah sekarang dah 200 ribu, cuba bayangkan anak kau macamana bila dia dah besar nanti" kata Fadhil. Aku angguk.

Biasanya itulah yang berlaku;bila jumpa kawan lama perbualannya akan membuatkan aku takut. Sangat takut.

Kami makan dan kami ketawa. Kami sebut nama awek-awek sekolah kami yang hot dulu.
sukar kami bayangkan yang kami semakin tua.

Tak lama kemudian kami pun berpisah. Kemudian sekali lagi kami membangkitkan persoalan yang tak sangka boleh berjumpa disini setelah sekian lama terpisah dikampung. ya dunia makin kecil, hanya perut kami yang semakin besar.

Tuesday, April 19, 2011

(========= )



sekali sekala kita kena bertanya soalan ini pada diri sendiri.

Apa component dalam art yang membuatkan kita jatuh cinta padanya?

Atau dalam bahasa lain, whats our definition of good or great or better art.

Ini persoalan asas.

kadang-kadang aku cuba jawab soalan ini;walaupun akhirnya aku ketemu jawapan yang kembali kearah yang lebih peribadi.

Aku suka teater/filem/lukisan/tarian itu, sebab aku suka ia. baak kata Robert Plant "I dont know what it is but i think i like it a lot"

Untuk penggemar seni semulajadi, pemahaman tentang seni tak bergerak secara semulajadi. Tapi konsep kecintaan itu bergerak secara natural. "ye aku suka hasil karya itu tapi aku tak tahu kenapa aku suka padanya. Atau seperti lagu Led Zeppelin dalam lagu COmmunication Breakdown itu "I dont know what it is but I think I like it a lot"

Akhirnya aku mendapat satu petunjuk untuk mengatakan bagaimana aku menilai seni yang hebat.
Dan ianya berbeza antara pemahaman/penilaian terhadap filem, tetaer, lukisan, sastera dan bangunan.

Bagi filem, sesebuah filem boleh dianggap hebat jika ianya mampu mengundang kenikmatan spiritual.

Ibarat aku seorang Muslim, ianya harus mampu menugndang perasaan ketika pertama kali aku berhadapan dengan Kaabah.
Jika aku Hindu, ianya ibarat kamu mencecahkan kaki kamu ke SUngai Ganghes pada waktu senja.

Dan jika kamu Catholic, ianya ibarat pertama kali kamu berhadapan dengan Santa Clause.

Jika kamu atheist, ianya ibarat pertama kali kamu berhadapan dengan Steve Jobs ataupun Genghis Khan.

Keywords;spiritual experience. And what spiritual experience mean to you? it depends on yer own self.


Some found it in 8 1/2, Citizen Kane or a Japanese movie.

Some people found it in movies like Blade Runner, Leaving Las Vegas or Taste of Cherry.

so thats it. In a way its me saying that art should touch heart.

Sunday, April 17, 2011

+ + = +

Selain kehadiran M Nasir, Freddy Fernandez, Ramli MS , Erra fariza, budak-budak kena rasuk masa full dress Teater Kanak-Kanak ada beberapa lagi perkara menarik dalam Malam KaryaOne.

Ok pertama sekali tentang Malam KaryaOne. Ini adalah kali pertama Malam karyaOne diadakan selepas 5 tahun menyepi diri. Dekan lama, Prof Hatta tak suka dengan konsep. Jadi bila perubahan Dekan ke PM Razak ,beliau telah menghidupkan semula malam KaryaOne ini sebagai medan saing antara student.

yang manrik adalah Bengkel penulisan oleh Fared Ayam dan Bengkel Pengarahan oleh Khir Rahman.

Fared Ayam seperti biasa,dengan gaya ala hippiesnya. Beberapa pensyarah senior keluar dewan lol.

Khir Rahman paling menarik perhatian aku.

kali ini dia kelihatan bertenaga dan confident. Kenapa tidak? filem Dot Dot Dot Dalam Botolnya mendapat kritikan baik dari pengkritik filem tegar. Ajami sampai sekarang bersemangat dalam membicarakan filem itu.

Ok first tentang Khir Rahman. I think its about time for him to shine. Dia didedahkan dengan teater sejak kecil lagi. dia graduan ASK dan FSP dalam bidang Skrin. Ketika dia pelajar dia berlakon disamping Ahmad Yatim dalam Death Of A Salesman. Kalau ada pengarah filem yang melahirkan karya yang baik, ianya harus datang dari anak muda ini. Khir rahman mungkin adalah segelintir pengarah generasi baru post-Yasmin Ahmad ini. Mereka tidak berbicara tentang perpaduan kaum, dan bukan juga tentang jati diri, sex,taboo, tetapi juga tentang persoalan who am I(instead of who are we?)

Aku ketawa macam orang gila bila Khir rahman berkongsi cerita pengalamannya menonton filem Berlari ke Langit. kali terakhir aku ketawa macam itu adalah 5 tahun lepas.

2 jam bersama Khir Rahman lebih exciting dari 15 minit dalam Dot Dot Dot Dalam Botol, itu sudah pasti.


Namum begitu ada beberapa perkara yang aku tak setuju tentang pendapat beliau mengenai acting.
Dia mengambil contoh dialog untuk Mat Rempit;

Mat Rempit:Saya nak pergi dulu. Mat Rempit tak cakap macam begitu" kata Khir Rahman.
Dari sini kita mudah mengagak yang Khir Rahman mengesyorkan bahawa seorang Mat Rempit itu seharusnya bercakap secara kasar. Dalam kes ini Khir Rahman mungkin mencadangkan bahawa bahasa yang digunakan oleh Mat Rempit adalah bahasa slanga, iaitu Gua-Lu, Gua-Lu.

Menurut Khir Rahman Mat Rempit dialog seharusnya berbunyi begini.

This is stereotype. And any fix definition is an enemy of art.

Who is mat Rempit? Mat Rempit adalah kau dan aku. Siapa sahaja boleh menjadi mat Rempit, atau dilabelkan sebagai mat rempit. Aku sendiri mungkin pernah dianggap sebagai Mat Rempit ketika ditahan oleh pihak polis ketika menunggang motorsikal pada malam minggu.
Tapi adakah aku vercakap menggunakan Gua-Lu Gua Lu setiap masa?

Aku juga boleh jadi mat rempit jika esok bapak aku beli motorsikal kuasa tinggi dan bercakap masih menggunakan saya-awak,saya-awak.

mat Rempit bukanlah satu sifat yang nyata. Semua orang boleh jadi mat rempit dan pergaulannya (pengunaan ayat kendiri)masih tak boleh dijadikan asalan untuk pendefinisian bentuk, kendiri, sifat dan lain-lain lagi.

Begitu juga pemahaman mengenai bentuk fizikal badan dan pembentukan karakter. Miasalannya;

-Orang Kaya ada gaya jalannya sendiri .

-Orang miskin mempunyai struktur badan yang bongkok kerana 25 tahun dia memetik buah limau.

-Orang kaya kampung kena berjalan tegak jika dia mempunyai sifat yang bongkak dan sombong.

-Pensyarah kena pakai tai sepanjang dia bertugas. ehem ehem.

Ini semua adalah mitos karakter development yang menarik, tetapi tak benar keseluruhannya.

karakter development bukanlah perubahan biologikal. Adalah mudah untuk mengatakan Mat Rempit dan lain-lainseharusnya bercakap secara kasar, tapi akhirnya itu adalah satu pilihan terhadap gaya acting dan gaya pertuturan.

bagi aku ini sindrom biasa pengarah yang dilahirkan dengaan basic teater untuk menilai lakonan hanya melalui pendekatan realistik dan naturalistik.

Jika bukan struktur itu yang menjadi penilai kepada buruk baiknya sesebuah lakonan, apa lagi? bagaimana lakonan harus dinilai?

Bagi aku style(bukan stylazation) yang dapat membezakan seorang pelakon dengan pelakon lain;thus menentukan lakonanya lebih menarik dari lakonan pelakon lain.


Pengarah yang terdedah dengan lakonan teater mungkin masih dibelenggu dengan idea Make Believe oleh Stanilasvski.

Dan oh ya, tentang Stanilasvski, cuba baca Truth and False by David Mamet tentangnya.
Baca perenggan pertama, muka surat pertama.
:)

Thursday, April 14, 2011

*


semalam saya sempat singgah kekedai buku. di Rak ada buku baru tulisan seorang penulis tempatan yang masih muda tetapi besar namanya .
Aku ambil. Cantik juga covernya, macam biasa. Aku selak, baca mukasurat pertama. Ayat-ayat awalnya meyakinkan....sehinggalaah aku baca "....keturunan Melayu-German itu". stim aku terpotong.Aku terus letak buku tu kembali ke rak dan terus bercadang untuk tidak terus membacanya lagi.

ada beberapa jenis stereotype dalam sastera/penulisan tempatan yang memualkan aku.
Ini adalah antaranya;

1) Hero yang baru pulang dari oversea, particular Europe kembali kepangkuan ibu/keluarga dan kampung untuk mengubah suasana norma landskap tempatan.

2) rujukan pada nama-nama negara/daerah/kawasan Arab yang boombastik.

3)Melayu yang khawin dengan orang putih dan mempunyai susur galur keturunan dari Eropah.

4) Remaja yang educated yang punyai nama yang pelik-pelik.

5)Anak perempuan yang speaking English dengan ibunya, akhirnya dia akan jatuh hati dengan pemuda Melayu yang suka makan belacan.

6)Yuppies wannabe

7)pemuda educated yang cuba mencari kegemilangan Melayu lampau, tapi/dan tak pernah baca Sejarah Melayu.

8)watak perempuan tomboy yang akhirnya bila dia diperempuan, rupa-rupanya seorang gadis yang cantik dan lemah lembut.

9)Kerbau yang boleh berkata-kata

10)Pemuda hensem yang pergi ke negara Arab untuk soul searching (sebab pantai Terengganu dah tak selamat).

11) Professor Budaya dari luar yang datang Malaysia dan menunjukkan pada rakyat tempatan yang mereka ada budaya terpinggir yang harus dibanggakan. Dan jika di pertontonkan pada orang luar mereka akan suka dengannya.

12) Jika ayahnya bekerja sebagai nelayan, anaknya disekolah akan terabai dan selalu ponteng sekolah.


"Arts worse enemy is good taste"- Marcel Duchamp.

Wednesday, April 13, 2011



takde reason kenapa aku letak gambar ni. Cuma aku nak post sesuatu tapi aku dah malas menulis heh.

Dulu takde camera digital. Jadi kami tak banyak gambar. Means aku tak banyak gambar.Ni mungkin rare yang aku curi dari facebook Joe, lelaki TTDI yang kaya, yang boleh order 2 gelas Milo Ais bila singgah dikedai Makcik Duduk.

Ini seksyen 2, port kami. port kita 40 penyamun. Kami ambil alih dari bebudak photo. Sebab dulu namanya Photo Corner.

Aku sentimental orangnya. Tapi aku tak pernah melihat gambar ni dan merasa "oh so sweetnya zaman dahulu" nope. Not this picture.

Satu yang pasti adalah aku sejak dari dulu memang kaku bila posing gambar. Smapailah sekarang. tak natural. Tak pernahnya natural. Mesti mengada ngada gaya aku. Cam mengada-ngadanya student praktikal nak mintak dapat A+ dan juga nak tukar tempat praktikal.

Satu lagi bukti dalam gambar ini adalah;sejak dari dulu aku memang tak pernah peduli tentang gaya penampilan aku. Aku selekeh dari dulu sampailah sekarang. baju kemeja biru tu aku beli kat bundle Chow Kit RM10 dengan windbreaker putih. Tapi aku sayang kemeja biru ni. Sebba ianya tahan lama. Sekarang dah jadi kain buruk rasanya.

Kadang-kadang aku cuba nak bezakan antara student dulu dan student sekarang. yang seingat aku kami dulu suka ketawa. Buat lawak sikit ketawa sampai guling ke lantai. Budak-budak sekarang pun ketawa jugak. Tapi diaorang control sikit kot. (Atau aku yang jarang bersama diaorang untuk menilai?)

Dalam gambar ni Kenapa semua orang ketawa dan aku tak?

Wednesday, April 6, 2011

The Last Diploma Showcase


RAPSODI MANIRA
Creative & Event Management

presents

Diploma Showcase
Here & Now

HUJUNG DUNIA
by Aminah Rhapor

1 PLASTIK HITAM
by Shahrul Fithri Musa

MOZEK
by Ches J Skinner

DATUK HARIMAU
by Umi Kalsom Ahmad

Bertempat di :
Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka
Kuala Lumpur.

Tarikh & Masa :
7 April 2011 (8.30 pm)
8 April 2011 (8.30 pm)
9 April 2011 (3.00 pm & 8.30 pm)
10 April 2011 (3.00 pm & 8.30 pm)

Tiket RM 15 berserta buku program.

Maklumat lanjut / tempahan tiket. Sila hubungi talian kecemasan ini :
Rabita : 017 - 264 7110
Azra : 017 - 329 8810
Nik : 014 - 267 9969


aku berlakon?tak...
Aku direct?tak.....
Buat design?tak....
aku menyibuk-nyibuk je......

Hujung Dunia tentang drama emo.
Datuk Harimau sebuah kisah sedih dan sadis
Plastik Hitam black comedy yang sinikal
Mozek pasal apa pun aku tak tahu,semua belasah.....




ok pantun terakhir

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai Kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

bye bye Diploma Showcase, im going to miss you ....:P