Sunday, April 24, 2011

Telefon dari Seorang Kawan Lama

Jam 5 lebih. handphone berbunyi, nombor tak dikenali. Bila nombor tak dikenali ni aku cuak sikit.
Suara mesra dari corong telefon (handphone ada corong telefon ke?) mencadangkan ianya datang dari kawan lama.

its Ahmad Fadhil Ismail Ikram. "Hoi ko duk mana sekarang?" "Oh dekat ah dengan rumah aku!" "Jom minum"

Ahmad Fadhil Ismail Ikram. 20 tahun dulu aku adalah sidekick pada lelaki ini. Kalau dalam Seinfeld aku adalah George pada Seinfeld.
masa aku kecik, kawan-kawan aku terbahagi kepada 2;yang bijak dan yang kurang bijak.
Yang kurang bijak akan gagal SRP dan doing odd jobs. Paling nakal mereka akan lepak di Kebun Limau sambil minum todi.
Sementara yang bijak adalah .Mereka naif pasal perempuan.

tapi dalam kalangan kami Ahmad Fadhil adalah yang paling playboy;satu ungkapan yang dia amat hargai. fadhil memang terkenal sebab ramai awek. salah satu yang dia dapat adalah....jiran aku sendiri.

fadhil datang dari keluarga yang dihormati. samseng macam Alyasak pun respek dengan keluarga Fadhil. basically sebab abangnya Che Wa yang juga macam taiko. Che Wa adalah lelaki kecil yang bermisai tapi mempunyai tenaga yang kuat. Pandai bermain badminton dan panas baran. Seorang budak dari Sg Manik yang pernah bergasak dengan Che Wa mengatakan yang Che Wa mempunyai tolakan yang kuat "Dulu aku gaduh dengan dia macam nak terpelanting dia tolak aku" kata lelaki itu yang juga rakan sekelasku.

...Tapi bukan sebab itu aku berkawan dengan Fadhil. Aku berkawan dengan Fadhil sebab.......entah ,aku pun lupa. Dulu fadhil ada motor RXZ. Kalau dia nak kepekan atau kesekolah dia akan singgah dirumah aku dan ambik aku bawak jalan-jalan. So in a way aku pun jadi famous sebab aku berkawan dengan Fadhil.

Ada beberapa wayang yang kami tonton bersama, antaranya Kindergarten Cop, Terminator 2 dan beberapa forgettable movie lagi.

Tapi Fadhil kawan yang paling normal. Dengan dia aku terpaksa control sikap gila-gila aku. Dari Fadhil aku mula mengenal kawan-kawan 'skema' yang lain;yang rajin kesurau, ke masjid dan juga excellent dalam pelajaran. Walaupun kesemua dari mereka adalah warisan Left Brain.

Form 4 kami berpisah. Fadhil bersekolah di Teknik Ipoh, dan aku yang kurang bijak sekolah disebuah sekolah dipinggir Kuala Lumpur.

Lepas masuk universiti kami lansung terputus hubungan. Beberapa tahun kemudian aku terserempak dengan Ahmad Fadhil di Restoran Hakim Shah Alam. Dia bekerja di ITM. Tak sangka kami satu boss.

Kemudian dia dipindahkkan ke Kuantan. takde khabar berita tentang dia sehinggalah semalam.

Selepas panggilan telefon itu kami pun berjumpa. Selepas mengetawakan masing-masing yang semakin gemuk(aku ketawa Fadhil yang tak nampak tengkuk, dia ketawakan perut aku yang makin besar)

Kami pun jumpa minum dikandang. Aku dah kenyang tapi Fadhil insist untuk aku order makanan. Dia nak belanja. Aku pun ambik Mee Goreng. Konon aku diet nasi. Padahal kolestol dalam mee lagi tinggi sebenarnya.

Its always good to meet old friend. But only for 20 seconds. Tapi kemudian mati kutu. Conversation tak bergerak pada landasan kisah-kisah baru.


Bila bertemu kawan lama ada beberapa topik yang dijangka keluar;Pertama adalah betapa manisnya kenangan ketika masih kecil. dan yang kedua adalah tentang betapa gaji tak pernahnya cukup.

Aku takde masalah bercerita tentang kenangan lampau. Aku lelaki yang amat menghargai memori salam boleh bersembang sepanjang hari tentang ini. Perbualan tentang kos sara hidup yang semakin meningkat selalu mendatangkan retak dihatiku.

Fadhil dah ada 4 orang anak. Dan dia dah ada 3 buah rumah.
Aku tak pernah terkejut tentang itu. bercakap pasal fortunate, fadhil selalunya melebihi aku dalam segala hal.

"Kalau beli rumah sekarang dah 200 ribu, cuba bayangkan anak kau macamana bila dia dah besar nanti" kata Fadhil. Aku angguk.

Biasanya itulah yang berlaku;bila jumpa kawan lama perbualannya akan membuatkan aku takut. Sangat takut.

Kami makan dan kami ketawa. Kami sebut nama awek-awek sekolah kami yang hot dulu.
sukar kami bayangkan yang kami semakin tua.

Tak lama kemudian kami pun berpisah. Kemudian sekali lagi kami membangkitkan persoalan yang tak sangka boleh berjumpa disini setelah sekian lama terpisah dikampung. ya dunia makin kecil, hanya perut kami yang semakin besar.

No comments: