Sunday, November 28, 2010

.......dihati ku


Dari 26 November hingga ke 6 Disember 2010 berlansung Konvokesyen UiTM ke 73.

Ini kali pertama konvokesyen akan diadakan dicawangan-cawangan instead of induk. Ini berlaku kerana jumlah graduan yang melonjak naik.
Altogether ada 32 sidang kesemuanya. Jika semua konvokesyen berlansung di Dewan Sri Budiman, UITM akan memperuntukkan lebih dari separuh bulan Disember dengan Konvokkesyen. Its crazy!

Aku mula terlibat dalam konvokesyen ITM sejak 10 tahun lalu. Walaupun nama aku hanya minor footnote dalam sejarahnya, Tapi aku harus akui dalam fashionable self proclaimed yang jarang-jarang aku lakukan disini, bahawa jasa aku dan budak-budak aku sangatlah penting pada ceremony ini.Cuma tak pernah dihiglightkan sahaja.

Dulu aku bertindak sebagai Pengurus Pentas. Taapi sejak budak-budak aku dinafikan makan dan kami dianggap sebagai 'student Muzik', instead of TEKA students, kami lupakan portfolio itu.

Sekarang aku terlibat sebagai peniup horn ketika Perbarisan Pro Canselor masuk kedalam dewan. Thats my closet experience as being label as musician ever.

Duit bukanlah agenda utama aku terlibat. Walaupun hari demi hari aku menyimpan cita-cita untuk membeli basikal Raleigh idaman aku itu)

percaya atau tidak, aku melibatkan diri dalam konvokesyen ini kerana aku terpanggil untuk merasa menjadi sebahagian dari insitusi ini.

Dan percaya atau tidak, mendengar satu dewan menyanyi lagu UiTM diHati Ku setiap sidang memberi kekuatan kepada aku....kekuatan apa aku pun tak tahu. But besides You'll Never Walk Along, that UiTM song must be the best sing a slong song Ive heard.
Dan sebagaian darinya adakah lerana aku suka mendengar ceramahnya.



Im a fan of speech. Any Speech politic, humor...especially motivation speech macam yang aku dengar setiap kali tamat penyerahan Diploma/Ijazah ini.

Ibrahim Abu Shah mungkin tidak realistic bila ideanya membawa UiTM sebagai universiti bertaraf Dunia, But nothing I enjoy more than listening to his speech.Hes not as inspiring as Anwar Ibrahim and neither is he Mahathir Mohammed when he talks. But he is in a class of his own. Pernah dulu aku menyatakan bahawa takada pensyarah yang boleh berucap sebaik Ibrahim Abu Shah di ITM ini.
Sampai sekarang aku berpegang pada kata-kata ini.

and of course....u might not agree with me on this.

Partly funny, partly memorable and partly apa benda entah lagi.
Thats a mystery Malacca people that I still have no idea about the answer. They all just can talk and talk and talk.
Ibrahim Abu Shah juga terkenal dengan kebolehannnya yang berucap sampai 3 jam. Sesiapa yang yang boleh melakukan ini will get my respect.


And of course,hanya di konvokesyen ini sahaja aku berpeluang melihat the one and only, Tan Sri Arshad Ayub. Kata orang ITM is Arshad Ayub dan Arshad Ayub is ITM. Kau perlu pergi ke awal penubuhan ITM untuk percaya tentang ini. Ini lelaki yang tak bagi nasi pada dan menggantikannya dengan roti kerana percaya pelajar Melayu akan tidur lepas makan tengahari.
Thats radical he is. Dan mungkin sebab itu pelajar ITM dahulu digeruni orang.
Ketika ini dia berusia 82 tahun dan masih tahan berdiri 2 jam lamanya memberi skroll pada para graduan.
Dia selalu .
I want health like him. (hey sekarang pun aku tak larat nak berdiri lama-lama ok)

Dan akhir sekali, Tan Sri Abdul Rahman Wira Arshad. Lelaki ini mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyebut beberapa perkataan boombastic. pada mulanya ku fikir memang style dia bercakap begitu, tapi memang lidahnya yang istimewa membuatkan gaya sebutannya menjadi lain dari sebutana manusia biasa. Mungkin lidahnya yang pendek 9atau panjang)Mungkin juga dari pengaruh dagunya.

Seperti Arshad Ayub, Ibrahim Abu Shah, Abdul Rahman Arshad juga tak menggunakan teksnya bila dia melakukan speech. Dan dia boleh menamatkan speechnya secara tiba-tiba dengan perkataan 'sekian" lalu terus kembali duduk dikerusinya.
aim Wira Rahman cuma satu; untuk membuat keluarga graduan menangis. Ini dilakukan secara baik ketika beberapa tahun dahulu (seingat aku pada tahun 1999 ketika aku jadi graduan, kata-katanya berjaya membuat sepasangan keluarga menitiskan air mata dan camera pantas captured the moment sehingga dilihat seisi dewan)


Sejarah tercipta setiap kali Konvokesyen ITM berlansung.And Im glad Im part of few people who actually seen it happening.

Dan oh ya, semalam paling kecoh(bising) pernah berlaku ketika konvokesyen berlansung. tersangat bising , menjerit tak tentu hala sampaikan aku tak boleh duduk dalam dewan dan keluar mencari angin. This is not concert goddammit! This is an honor ceremony.
Pada mulanya aku fikir hanya aku seorang sahaja yang fikir macam tu. Tapi bila tan Sri Abdul Rahman Arshad mengatakan yang sepanjang 40 tahun dia di ITM itulah graduan paling bising pernah dia lalui. Dia juga bergurau dengan menyatakan yang dia tak tahu bagaimana keluarga yang senyap(merujuk pada ibu bapa) boleh melahirkan anak yang bising begini.

Cuba teka graduan Fakulti yang paling bising itu?

Not TEKA not AD.

Its Masscom!


Mereka semua menjerit macam mo.....

Wednesday, November 24, 2010

selamat Hari Jadi Naufal

Sejak kecil lagi saya sudah menerapkan minat untuk bersukan pada Naufal dengan memakaikannya baju Liverpool.



Pertama-tama kalinya saya nak minta maaf pada Jcorp sebab saya cakap ‘butohlah KFC’ semalam.

.

Hari ni hari jadi Naufal, dan saya nak jadi nice guy.

hari ini Naufal dah 2 tahun.

Its always good to celebrate birthday at the end of the year kerana ketika ini banyak jualan murah dan bonus pun dapat.

God bless the kid.



Naufal masih kecil tapi beberapa sifat asasnya mula menonjol.


Yang paling utama adalah panas barannya.


Sebelum umur dia cecah 2 tahun dia sudahpun pandai membaling barang-barang mainannya kalau dia angin.

Orang Perak cakap Meghampuih. Orang KL cakap panas baran. Orang putih cakap Headwind.


Jaja cakap Naufal dapat sifat ni dari datuknya. Aku hanya mendiamkan diri sahaja ,sebab sebenarnya sifat itu Naufal dapat dari aku juga.


Yang paling aku takutkan naufal tak dapat mengawal sifat marahnya sampai nanti ianya akan memakan dirinya sendiri;menyimpan dendam dan sebagainya.


Aku ada 10 tahun untuk mencari jalan agar sifat itu perlahan-lahan kukikis dari dalam dirinya.

give me 10 years and I'll train u to be cool like Zico in front of goal.

Dalam masa yang sama aku kena khatam teori Cognitive Development oleh Jean Pieget dan Andres Demetriou.


Selain itu sifat Naufal yang nyata adalah dia sudah pandai merajuk. Ini pun dapat dari aku juga sebenarnya. Tapi merajuk takpe. Merajuk hanya makan diri sendiri dan tak membahayakan orang lain.







Tuesday, November 23, 2010

:)

1
pagi pukul 9 pagi Shah Moloko sms
"Salam-Syukur Alhamdulillah..After almost 18 hours waiting in pre labor room, wed, 24 11 2010 at 7.50 am, Hasma safely deliver a healthy baby girl, weighing at 2.96 kg. both mama & baby are in good condition. The baby will be name Hana Sufia(yg baik hati lagi bijaksana) tqvm

AKu reply
"18 hours? Lol lamanya...Alhamdulillah semuanya selamat. Hana Sufia almost share same birthday as naufal....tahniah"

Tahniah Shah Moloko and wife Chema. Its going to be a brand new day and brand new adventure for both of u.




2
Gaji keluar.
Bila gaji keluar aku akan spend sedikit untuk makan yang sedap-sedap. jadi aku pun bergegas ke kedai makananan yang sudah lama aku idam idamkan. Bukan Tony Romas, Bukan TGI Friday, tapi ehem ehem.....KFC.

Aku teringat tentang JCorp dan tan Sri Muhammad Ali, lelaki yang sama berambut putih macam Colonel Sanders itu. In a way kedatangan aku ke KFC dengan perut yang lapar adalah sedikit sebanyak membantu perniagaan orang Melayu.
Business Jihad katanya.

Tan Sir Muhammad Ali memang few among usahawan Bumiputra yang berjaya. Aku pernah melihat dia membentangkan. hes a funny guy, charming dan inspire. Dia pernah jatuh ketika gawat dahulu dan kini dia kembali kekemuncak perniagaannya. I alway admirer orang yang dah jatuh tapi boleh bangun balik. )bangun katil tak dikira ok)

Aku parking motor.
Aku beratur depan kaunter. Niat aku cuma satu, nak makan burger KFC.

"Ye bang order apa?"
Err...." Kali ini aku nak cuba makanan yang aku belum pernah makan sebelum ini. Alaskan Fish Burger! Yeah cantik gamabrnya kat atas kaunter tu.
Perfect choice for a good evening.

"OK kasi saya combo Alaskan Fish Burger satu" aku tersenyum.
"BURGER IKAN satu!!" Jerit perempuan kaunter itu kepada kawan-kawannya dibelakang dapur.

"EH excuse me! this is not some ordinary Burger Ikan you know. This is Alaskan Fish Burger ok, kata aku dalam hati. Tolong respek sikit.

Aku kecil hati.

harganya tepat RM10. Aku bayar dan gendung tray yang berisi air Pepsi dan kentang lenyek itu kesebuah tempat duduk yang sunyi.

Macam biasa, mungkin kerja didapur banyak sangat, burger aku masuk tak siap. Aku dibagi nombor. Aku kena duduk dulu nanti diaorang hantar burger kat aku.

Aku pun duduk mengelamun sorang-sorang. Dalam fikiran aku membayangkan betapa sedapnya ikan dari Alaska berbanding ikan dari Kuala Selangor.

10 minit kemudian datang pekerja bertopi dengan Burger Ikan Alaskan aku. Aku bukak penutup plastiknya-dalam hati aku menjerit.

"INI BURGER KE KUIH oi!!"

besarnya dua baris jari aku.

Aku terus menyumpah. Makan hati. Kecewa.

Seriuslah sikit kalau nak berniaga. Janganlah niaya orang working kelas macam aku ni KFC oi.
Kedai tepi jalan tu pun rotinya besar lagi harganya tak sampai RM3.
Ni nak jual Burger ke nak jual kuih? Come onlah.
Sepuluh ringgit aku bayar ni ok.
Ini je yang kau bagi aku? Bila lu nak tolong Melayu, Melayu buat palat kat kau.

Lu pergilah tengok Burger King punya burger besar mana.
Tak reti buat burger janganlah jual burger oi!




Butohlah KFC :)

Sunday, November 21, 2010

(HHHHHH)

Jimi suka bershopping di KLCC.

Suatu hari dia ada rasa nak terberak dan dia pergi ke tandas KLCC. Pada mulanya Jimi tersenyum dengan suasana tandas yang cantik. Dia bersyukur kerana negaranya kaya dan aman makmur kerana mampu membuat tandas secantik itu.Tapi selepas dia berak barulah dia menyumpah kerana takde paip untuk dia basuh buritnya.
Jimi terpaksa menggunakan besi paip untuk dia menyental tahinya.

Ketika keluar Jimi membebel lagi. "teruknya! Tandas ni bukan dibina untuk orang Muslim ke? Bebel Jimi pada seorang tua yang membasuh tangan disingki.
Lelaki tua itu hanya tersenyum seolah-olah dia sudahpun bersedia dengan segala halangan ditandas itu.
"Sebab itulah saya sediakan paip,cebuk dan timba dalam beg ini"Katanya sambil menunjukkan apa yang tersorok dalam beg besar yang digendung itu
"Ya saya bawak semua benda ini dalam beg setiap kali saya masuk ketandas di shopping mall dinegara ini. Bukan sahaja tandas disini tak Muslim Friendly, tapi tandas-tandas di hotel, dipejabat-pejabat besar juga begini"
Kata lelaki tua itu dan Jimi hanya mampu tersengih. Jimi akui idea lelaki tua itu ada kebenarannya.
Selepas membasuh tangannya lelaki tua itu meminta diri .
Jimi menghulurkan tangan untuk berjabat tangan tapi lelaki tua itu menolak. Hanya beberapa minit kemudian barulah Jimi sedar kenapa lelaki itu refuse itu berjabat tangan dengannya.


Kata-kata dan nasihat lelaki itu Jimi akui ada kebenarannya. Jimi pun menyediakan semua peralatan beristinjak. Paip, cebuk dan juga timba dan meletakkannya dalam beg besar.

Jimi bawa peralatan itu dalam begnya kemana sahaja dia pergi dan sejak itu dia tak ada masalah lagi untuk bersistinjak setiap kali dia masuk ke hotel, shopping kompleks di negara ini.

Suatu hari Jimi ditahan di KLCC. Dia disyakki membawa peralatan yang dikatakan boleh digunakan untuk membuat bom.
"What is this?!" kata Pegawai Keselamatan itu, seorang lelaki British. Dia juga penyokong Man U.
"Thats paip."
"What u use this paip for? Are u a suicide bomber?"
"Im not a suicide bomber. Just because I looks like Obama doesnt mean I want to bomb every hotel every shopping compleks in the whole world!"
"Obama is not Muslim u idiit. If this is not a bomb then what is this?" jerit lelaki British itu lagi.
Jimi mula malu-malu. Sudah tentu lelaki itu tak percaya dia gunakan paip itu untuk beristinjak. Dia lelaki British dan sudah tentu dia menggunakan tissue.
"I use that type to clean my ass....after i poo poo" jawab Jimi dalam bahasa Inggerisnya yang tunggang langgang.
Lelaki British itu masih tak percaya dengan hujah Jimi. Dia masih yakin yang Jimi datang ke KLCC untuk mengebom tempat itu.Katanya lagi batang paip plastic dan juga timba itu memang mudah untuk menghasilkan bom.
"Show me how u use it!"

Mereka berdua pun ketandas dan Jimi pun menunjukkan cara-cara dia menggunakan paip plastik itu .
"Thats now how people clean their ass after they taking shit!"
"This is how our Msulim do it"
"well i married a Muslim girl and i never see she use her own hand to wipe her own ass and shit!"
"She just afraid her long nail will cut off !" jerit Jimi lagi.
. Let me show u how we people use it" Kata lelaki British itu.
Ketika lelaki British itu menganggalkan seluarnya untuk menunjjukkan pada Jimi bagaimana dia buang air besar dan membasuh ponggongnya, Jimi mengambil kesempatan ini untuk lari.
Jimi mengambil seluar lelaki British yang tersadai atas pintu itu dan terus berlari keluar. Lelaki British yang sedang buang air itu tak mampu untuk mengejar Jimi kerana dia sedang terkinja-kinja melepas.
"Shit!" Jerit lelaki British itu.

Jimi berjaya melarikan diri dari tuduhan mengebom KLCC. Dia tidak lagi menngunjungi shopping mall dan hotel-hotel di KL. Jika dia mahu dia pastikan yang dia akan buang air besar ditandas KFC dan Burger King dahulu.

Dan sampai sekarang tandas KLCC takde paip untuk umat Islam beristinjak cara friendly.

Thursday, November 18, 2010

*0.....L.......0*



Mak aku pernah Tanya aku apa aku nak jadi bila aku besar nanti*.

Mungkin aku tak patut jawab soalan ini kerana ketika itu aku sudahpun berumur 24 tahun. Aku dah pun besar dan aku tak jadi apa-apa pun.

Tapi aku jawab aku nak jadi penulis.

“Oh very nice” kata mak aku semula.

“Penulis macamana kau nak jadi?” Tanya mak aku lagi. Bunyinya memang cuba menduga.Ada helah perkataan yang nak dia mainkan.
“Excuse me?”
“Ada 2 jenis penulis Saat......”
Aku terus bersedia menunggu penjelasannya.

“ Satu penulis yang bila dia menulis, dia menulis tentang kehebatan orang lain.
Dan yang keduanya, dia menulis dan kerana dia hebat, orang lain menulis tentang dia”

Jadi penulis bagaimana yang kau mahu Saat?”

“Saya mahu jadi penulis nombor dua”
Dia tersenyum.
“tahu apa bezanya?”
“Penulis pertama hanya pandai cari salah orang lain.
Penulis kedua hanya pentingkan diri sendiri”
Kata mak sekali lagi tersenyum.

aku akui kebenaran kata-katanya itu.

“Jadi penulis macamana saya perlu jadi mama?”
“U have to figure out by yourself. Hidup ni macam pulut udang Saat. U never know what u gonna get”kata mak lagi.macam pernah dengar je dialog ni.



* Sebenarnya mak aku tak pernah tanya pun tentang ni. Saja nak kasi dramatik lebih.

Sunday, November 14, 2010

^0_0^



Monday slow. nak buang air besar pun macam malas.

weekend was good. The best thing one could do on weekend adalah mengemas rumah.
And thats what I did.


Laptop aku letakkan sebelah tv. Big big mistakes bagi seseorang yang katanya nak serius menulis fiksyen.
Kini aku ubah laptop aku.
Aku berpegang kuat pada pendapat yang kalau view menulis aku baik,kerusi menulis aku baik, meja menulis aku baik, tingkap aku ada pemandangan yang menarik maka hasil penulisan aku akan lebih baik.

Dalam pencarian aku mencari ruang yang boleh memberi lebih inspirasi, Ini dah 3 kali aku ubah laptop dan meja aku.

Kali ini aku letak meja laptop disebelah katil. Why I not think about that before eh?.Ya aku menulis sikit-sikit, walaupun banyak masa aku habiskan dengan berguling atas katil sebenarnya.

I think thats the best place to write. Kalau takde idea dan bosan at least sekurang-kurangnya aku tak jauh dari katil untuk tidur dan bermimpi.

Sekarang aku working on a new project new manuscript. Tajuk Supermarket. Its going to be just 200 pages. And its a pop writing. On this project Nick Hornby is my guidance. Ianya tentang lelaki yang suka berlegar-legar si Shopping Mall tapi tak membeli barang. Its like Shopaholic without money.Based on a true story.
based on me actually.
I hope I can finish this writing by mid year. Method aku dalam penulisan ini mudah;macam dulu gak. Satu hari satu mukasurat.

...Tapi sampai sekarang mukasurat pertama pun masih tak siap-siap lagi lol. James Joyce sudah tentu cemburu dengan aku.

Endingnya hero ke Gaza membantu rakyat Palestin. Tapi aku terpaksa ubah kerana aku terbaca ada projek penulis lain yang berkisah tentang trip anak-anak muda ke Isreal.

Aduh! well anyway its a very exciting project and I have to tell people about it (by writing it here)

2
Ahad aku ke Amcorp Mall seperti biasa.
because if I stay kat rumah sudah tentu aku akan menonton Melodi. And it will break my heart. Mereka bukannya peduli pasal perkembangan seni tempatan, tapi sibuk jaja gossip artist.
Im too old for this shit.

And where old people like me going in weekend? to old thingy in old place like PJ.

Setiap kali ke Amcorp Mall I remind my self not to spend. Tapi biasanya apa yang terjadi, aku mungkiri janji aku.Ada je benda nak beli. Paling kurang waffle RM2.50.

bagi peminat Vinyl ada beberapa tempat yang cun, murah dan harga berpatutan.
Di Amcorp Mall ada 2 jenis penjual Vinyl. satu yang jual murah sebab nak habis stock.
Dan satu lagi nak jual vinyl sebab memang itu punca pendapatan mereka.

yang jual Vinyl sebab nak makan, harga vinyl memang mahal; boleh melambung sampai ke RM100 lebih.

Kedai Joe Mac jual vinyl memang tak murah. Bila Michael Jackson mati hari tu, Vinyl Thriller dijual dengan harga tiga ratus lebih. Gila! Bukan rare sangat pun.

jadi aku jarang usha Vinyl di kedai Joe. Aku lebih suka browsing vinyl dikedai Apek yang harganya berpatutan dan kadang-kala ada surprise dengan materialnya.

tapi hari tu aku singgah dulu dikedai Vinyl Joe Mac, mana tahu kalau-kalau boleh dapat Vinyl Paul McCartney dengan harga below RM20.

Dicelah-celah Vinyl itu aku ternampak sesuatu yang dah lama aku cari, dan aku tak boleh ignore.

Aku mintak kurang dan dia cakap ok. Dia pekerja kepercayaan Joe Mac dan dia selalu menegur aku "Hey bro!" setiap kali aku browsing vinyl-vinylnya pada hujung minggu for the past 3 years now.

Pada lelaki pekerja Joe Maci tu aku ucap selamat hari Deepavali selepas tamat urusan jualbeli.
"saya sambut Christmat!" katanya.
"Oh sorry" balas aku tersengih.Malu malu kantoi. it could be a senstive subject.
Aku harap tak akan datang suatu hari dimana aku wish seseorang itu Selamat Hari raya dan dia cakap "Oh saya sambut Chinese New Year!" pula.

di Book Excess buku dijual laju. Kalau last week aku nampak buku yang aku minat, aku perlu sambar buku-buku tersebut tanpa prejudis. Kalau aku tunggu 2-3 hari percayalah, buku itu tak akan ada lagi. Ada je malaun akan beli.Dan stock akan habis.

Ini fenomena yang susah difikirkan logiknya. Means memang ada rakyat Malaysia diluar sana yang dahagakan bahan bacaan dan dahagakannya dalam harga pasaran yang murah.

Aku jumpa sebuah buku poster Stars Wars yang menarik. Sesuai sungguh untuk dijadikan book coffea table. A must have. tapi takde duit. Lalu aku letak buku itu dficelah-celah majalah lain(tektik biasa bila aku nak beli buku dan takde duit lalu menyorokkannya dari pandangan umum) Dengan harapan bila gaji keluar aku boleh terus beli buku itu.

AKu harap bila aku duit bila gaji dah masuk, buku itu masih ada disitu.
Ah lagi 20 hari!*

*lagi 10 hari actually. Look at how bad I am with math!

Tuesday, November 9, 2010

*

I should write something about Shah Moloko. Cause something bad has happens to him and his wife Chema.
And thats the worst thing to happen to a family;Dia telah disuruh keluar dari rumahnya yang dia tinggal selama ini.
Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi whatever it is, ianya sesuatu yang amat dikesalkan. tambahan lagi Chema, isteri Shah Moloko tengah sarat mengandung (!)

Aku juga pernah juga mengalami benda yang sama masa aku bertapak di KL dulu. Bila aku dan tuan rumah mulai tak sebulu.

-1993, Kurt Cobain baru saja bunuh diri dan Radiohead dianggap one hit wonder dengan Creepnya.

Aku macam kebanyakan budak2 kampung, eager bekerja di KL, supaya dekat dengan 7 Eleven dan juga KFC.

Aku kerja di City Chain Jaya Jusco, satu tempat shooting filem kegemaran Yusof Haslam suatu ketika dahulu. Ketika itu gaji RM600 sebulan sudah kuanggap mewah ( silaketawa semua) dan dengan duit sebanyak itu aku rasa aku sudah cukup berani untuk menjalani hidup dikota yang penuh cabaran ini (Ambil dari skrip lagu)

Cuma ada satu masalah; aku takde tempat tinggal. Merata suratkhabar aku baca mencari rumah sewa sebanyak RM100 kebawah. Tapi takde.

Tertekan mencari tempat tinggal aku menelefon (pakai public phone, dulu takde hp) seorang yang rumahnya tak jauh dari Jaya Jusco Wangsa Maju. Dia kelihatan mesra ditelefon dan dengan sepantas kilat dia offer tinggal dirumahnya.Aku bagai orang mengantuk disorong bantal. dan bagai orang mabuk disorong beer.

Aku pun tinggal dirumahnya. Dibilik kecilnya aku tidur dibawah katil. ianya sebuah rumah setinggan tanpa perpaipan yang baik. Longkang busuk dihadapan rumah dan dinding kayu yang sempit.

Kehadiran aku pada mulanya ibarat rahmat kerana dia hanya tinggal seorang tanpa berteman selain dari ibunya.

Pada malam pertama cukup indah. Kami bersembang sampai kepagi menyingkap kenangan-kenangan indah sewaktu disekolah menengah.

Ketika itu aku bekerja di City Chain, sebuah kedai jam yang.....menjual jam. AKu memakai west merah dan berkemeja putih. Satu hari hanya satu jam terjual. Yang lainnya kami duduk dibelakang kaunter dan ketawa. It was a fun time for me. being young and dont give a fuck about the future.

Nak dijadikan cerita tak sampai sebulan detik-detik keretakan antara aku dan ibu kawan aku mula bercambah;aku dianggap sombong, tak pandai mengambil hati tuan rumah. Aku tak cuci pinggan mangkuk rumahnya dan macam-macam lagi.
mereka membanding-bandingkan aku dengan teman laian yang selalu tinggal dirumah itu.

Bila hubungan makin dingin, kami akhirnya mula tak bertegur sapa. Aku dan ego aku dan dia sebagai tuan rumah, dengan egonya.

Dan kemudian, aku terpaksa membaca iklan the Sun dan mencari rumah sewa lagi.

Aku pindah pun dalam keadaan yang tak damai. Tak berjabat tangan tak ada apa. Ketika aku mengemas baju-baju aku dia hanya pura-pura tidur diatas katil cuba mengelak dari the last goodbye for me(diambil dari tajuk lagu)

Akhirnya aku menetap disebuah rumah sewa asing di Ampang tak jauh dari Ampang Point.
Kenangan pahit tinggal bersama kawan itu harus aku lupakan dengan segera kerana dalam masa yang sama aku perlu berhibur dengan band-band import Philipina di Hard Rock cafe.

Bila mengenang kembali ketika itu, aku akui ianya semua salah aku. Silap aku yang tak pandai mengambil hati tuan rumah.
That reminds of struggle story of how aku mula bertapak di KL ini.


But of course, kejadian itu nothing compares to what happen to Shah and his wife.

Tapi sudah tentulah kejadian yang menimpanya itu lebih tragis . Memandang rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah kakak saudaranya sendiri.

Dan lebih sedih adalah ketika ini Chema tak sampai setengah bulan lagi untuk bersalin anaknya yang pertama! ( I write this before and I write this again)

bagi Shah Moloko, hanya ucapan tabah yang boleh aku berikan, what else. Ini mungkin dugaan paling hebat baginya setelah berumahtangga. Tapi yang paling manisnya, bila dah senang nanti this would be a great story to tell your kids.

yang penting tak perlu berdendam. Kita harus tabah dan bersedia. Cekal hadapi kemungkinan yang tiba. Kadangkala yang berlaku, diluar kemampuan kau dan aku (Juga ambil dari sebuah lagu)

dalam masa yang sama aku offer untuk tinggal dirumah aku buat seketika. Kau boleh pasang CD kau dan aku pun boleh tumpang dengar sekali (aku tahu kau mempunyai koleksi CD yang banyak dan masih belum aku hadam lol) . Dan pada weekend kita boleh sama-sama ke Amcorp Mall mencari Vinyl murah.

Sunday, November 7, 2010

estet


The timing couldnt be more perfect. Esok Deepavali dan hari ini aku menonton Estet.

Didalam panggung wayang ada sepuluh orang dan popcorn ini terasa manis sekali.

Selepas tamat aku pun keluar. The verdict?
Best comedy film? maybe.
Best director? more likely.
.......But best film? I dont think so.



Sebelum Kru brothers dan Syamsul Yusuf, Mamat Khalid adalah director paling intense local production ever had. Apa yang Mamat Khalid nak semua dia dapat.
"Aku nak orang jahat yang misainya melintang sampai ke sideburn"
Mamat Khalid dapat.
"Aku nak tarian ala-ala citrawarna sambil usung kain bendera Malaysia"
Mamat Khalid dapat.
"Aku nak akrobat action sequence dari lelaki yang boleh flip badannya"
Mamat Khalid dapat.
"Aku nak penari Michael Jackson jadi gol keeper"
Mamat Khalid.
"Aku nak negro dengan mata juling!"
"Negor ada Mamat , tapi yang juling takde"
"Takpe kita CGIkan matanya"
Mamat Khalid dapat.
Mamat Khalid boleh dapat apa yang dia nak.....Instead he pick Rosyam Noor.

Estet dibuat dengan penuh wawasan memenuhi agenda 1Malaysia. tapi disalahertikan dengan lawak-lawak pondan, lelaki yang pakai baju pink, lawak mata kero, lawak Shaolin Soccer dan juga lawak estet.

tapi masih....ianya sebuah filem yang lebih lucu dari Myspy.
But best film? I have no idea kenapa semua orang predict this movie will win best film. Aku tak boleh bayangkan filem ini diletakkan sebaris dengan filem-filem yang telah menang Best filem di FFM seperti Matinya Seorang Patriot, Perempuan Isteri dan .... dll.

Ada beberapa scene yang menarik. terutama pada babak awal ketika di balai polis(?) ada potret Hassan Mutalib dalam hitam putih. babak itu mencadangkan agar perjalanan seterusnya, (ataupun filem ini) harus dibaca dan bukan sahaja dilayan lawak-lawaknya. ianya sudah tentu mencadangkan bahawa, pengkritik filem sedang memerhatikan setiap gerak geri pelakon.

tapi babak yabng aku suka adalah babak paling ganas dalam filem ini; ketika Ghandi (atau Khandi?) mabuk disebuah kedai yang penuh dengan lelaki-lelaki mabuk todi (atau samsu?).
Gelas plastik diikat dengan rantai besi .thats a rare view of estate yang outsider macam aku nak lihat(bukannya Rosyam Noor main bola terbongkok-bongkok ya) . Kalau ada banyak scene yang macam ini, Estet will have my full support to be best film.



Aku suka watak Farid. Aku membesar disebuah kampung yang tak jauh darinya ada estet kecil. Memang ada Melayu yang lebih akrab dengan orang Indian dari berkawan dengan Melayu sendiri. Dia main bola dengan orang India, bekerja dengan orang India dan kehulu kehilir dengan orang India.

Selain dari itu Estet sesak nafas kerana cubaan Mamat Khalid untuk membuat penonton ketawa dengan lawak-lawan yang dipinjam dari pelawak kegemaran kita juga;Stephen Chow Sing Chi.

Wednesday, November 3, 2010

The King and The Mirror

THE KING AND THE MIRROR

Pada zaman dahulu tinggal seorang raja disebuah negeri yang aman damai. Didalam istana idamannya dia tinggal seorang diri bersama-sama dengan pembantu Istananya yang setia tiada tolak bandingnya.

Raja ini dilahirkan cantik dan berseri seri wajahnya. Sejak kecil dia disenangi oleh semua orang kerana wajahnya. Tapi kerana development sains dan teknologi masih mundur maka banyak benda-benda cipta manusia masih lagi belum dicipta.

Termasuklah cermin.

Ketika itu jika manusia mahu melihat wajah mereka, arakian hanya melihat pada imbasan air yang jernih sahaja.

Raja yang hensem ini selalu dipuji oleh kenalannya dan juga oleh para pembantu Istana yang lain. Tapi beliau masih belum dapat melihat wajahnya secara jelas lagi.

Raja kecewa . Walaupun dia hensem, tapi dia tak dapat menikmati pemandangan itu dengan jelas. Dari hari kehari dia semakin curious bagaaimanakah pandangan orang lain terhadap wajahnya yang sebenar.

Suatu hari Raja bermimpi tentang cermin. dari situ barulah dia tahu betapa segaknya dia. Dan dalam mimpinya dia melihat pada wajahnya hampir setiap masa.

Keesokan harinya dia menitahkan para saintist untuk mencipta cermin ajaib itu. Jika gagal dibuat maka terpotonglah kepala para-para saintist tersebut.

Para saintist yang kerjanya cuma memisahkan atom dan mencari cara untuk mengambil DNA manusia terpaksa meninggalkan kerja-kerja experiment itu dan bertungkus lumus siang malam cuba mencipta cermin.

Akhirnya selama setahun 3 bulan, maka menjeritlah para saintist ini "Eureka!" kerana mereka telah berjaya mencipta cermin yang tidak ada tolak bandingnya. Cermin ajaib yang boleh menunjukkan wajah sebenar barang sesiapa sahaja yang melihatnya.

Raja akhirnya merasa gembira cermin ajaib telah tercipta dan benarlah seperti kata orang lain;dia memang hensem dan menawan.

Dia menitahkan seluruh rakyatnya untuk datang ke istana dan melihat sendiri cermin yang besar itu. Rakyat turut merasa bangga dengan kemahiran ciptaan yang unik itu.

Semakin hari cermin yang kecil itu tidak cukup untuk menampung wajah raja. dia mahu para saintistnya mencipta cermin yang lebih besar lagi.

Akhirnya setelah bertungkus lumus siang malam, para saintist diraja berjaya mencipta cermin life size dan berjaya memaparkan susuk tubuh raja keseluruhannya.

Raja merasa girang dan berbangga dengan tubuh badannya itu. Dia mula tidak boleh berenggang dengan cermin.
Maka disuruhnya pembantu Istana dan gundik-gundik diraja untuk mengikat cermin sebesar life siza dibahu mereka dan berjalan seiring dia kemana sahaja dia pergi.. Dia tak jemu melihat gambar wajahnya dicermin itu.

Sejak itu Raja tak pernah bergenggang dengan cermin. Ketika tidur cermin ada disisinya.
Ketika pergi memburu pun cermin besar ada disetiap sudut pandangannya.
Dan bila dia berbuat begiru Raja tersebut hanya pada dirinya sendiri sehingga dia lupa pada kebobrokan disekelilingnya.


Dia mula lupa pada sekelilingnya dan juga rakyat jelata yang dirasakan buruk serta tidak sepadan dengan kecantikan dia.

Sampailah bertahun-tahun lamanya dia hidup hanya berdepan dengan cermin sehinggalah suatu hari ketika dia mulai tua, rambutnya mulai putih dan giginya mulai gugur.

Pada suatu pagi bila Raja itu bangun dari tidurnya dan mendapati sekelilingnya telah hilang. Tak ada cermin besar yang mengiringinya. Dan bukan itu sahaja, satu istananya telah kosong ibarat dirompak pada waktu malam ketika dia sedang nyenyak tidur.
Bertanya Raja pada seorang Pembantu Istananya yang setia. Satu-satunya pembantunya yang masih ada disitu.

“Ampun tuanku, Mereka semua telah hilang tuanku. Ada yang mencuri harta istana waktu tuanku sibuk berdandan melihat cermin. Ada yang pergi kerana tak tahan sakit bahu membawa cermin ini merata-rata” katanya yang masih berselindung dibalik cermin besar itu.

Raja murka. Diamuknya satu Istana. Dibalingnye kerusi dan apa sahaja yang ada didepan mata. Tanpa disedarinya dia tersepak cermin besar itu. Cermin itu pecah dan berderai. Kacanya terkena perut Pembantu Istana yang terus jatuh kesakitan.
Raja yang bersalah mula meriba Pembantu Istana itu. “Kenapa hanya kau seorang sahaja yang masih tinggal?” Tanya Raja itu menitiskan air mata. Baru ini kali pertama Raja menatap wajah pembantunya yang setia itu. Dia seorang gadis dengan wajah yang bersih.
“Kerana saya telah jatuh cinta dengan tuanku” Jawab gadis itu sambil menahan nafas terakhirnya. “tapi tuanku tak pernah pedulikan tentang saya. Saya telah memegang cermin ini untuk berpuluh tahun lamanya. Hanya dengan memecahkan cermin ini baru tuanku dapat melihat dan mendengar kata-kata saya. Walaupun kaca ini merobek perut saya dan saya akan mati tak lama lagi. Tak mengapa asalkan tuanku faham isi hati saya” kata Pembantu Istana yang setia itu. Raja pun terus bercucuran air matanya.


Gadis itu akhirnya mati diribanya. Dia kebumikan gadis tu, satu-satunya manusia yang mencintainya dan setia dengannya dengan penuh rasa kekesalan dan keinsafan.

Kemudian raja itu bina istananya kembali dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat padanya. Rakyat yang setia, kembali menerima raja yang mengaku akan berubah itu.

Sejak hari itu cermin tidak dibenarkan dibawa masuk ke negeri dan istana itu. Jika Raja mahu tahu tuanya yang semakin memakan usia, dia dan rakyat jelata akan kekolam air dan melihat imbasan wajah mereka di air jernih.