Thursday, November 18, 2010

*0.....L.......0*



Mak aku pernah Tanya aku apa aku nak jadi bila aku besar nanti*.

Mungkin aku tak patut jawab soalan ini kerana ketika itu aku sudahpun berumur 24 tahun. Aku dah pun besar dan aku tak jadi apa-apa pun.

Tapi aku jawab aku nak jadi penulis.

“Oh very nice” kata mak aku semula.

“Penulis macamana kau nak jadi?” Tanya mak aku lagi. Bunyinya memang cuba menduga.Ada helah perkataan yang nak dia mainkan.
“Excuse me?”
“Ada 2 jenis penulis Saat......”
Aku terus bersedia menunggu penjelasannya.

“ Satu penulis yang bila dia menulis, dia menulis tentang kehebatan orang lain.
Dan yang keduanya, dia menulis dan kerana dia hebat, orang lain menulis tentang dia”

Jadi penulis bagaimana yang kau mahu Saat?”

“Saya mahu jadi penulis nombor dua”
Dia tersenyum.
“tahu apa bezanya?”
“Penulis pertama hanya pandai cari salah orang lain.
Penulis kedua hanya pentingkan diri sendiri”
Kata mak sekali lagi tersenyum.

aku akui kebenaran kata-katanya itu.

“Jadi penulis macamana saya perlu jadi mama?”
“U have to figure out by yourself. Hidup ni macam pulut udang Saat. U never know what u gonna get”kata mak lagi.macam pernah dengar je dialog ni.



* Sebenarnya mak aku tak pernah tanya pun tentang ni. Saja nak kasi dramatik lebih.

4 comments:

Vitamin said...

hahaha. lawak la en saat ni. hahaha

saat omar said...

2 Alam lagi lawak....

syahrulfikri said...

apa kena mengena dgn basikal ni?? ko baru beli basikal ke?

saat omar said...

Soalan yang paling bagus Ajin!...gua belum beli lagi. tapi duk usha2 basikal.
Ini gambar pemberi semangat untuk aku beli satu Raliegh.

2011 tahun aku berbasikal akan kembali.