Tuesday, November 9, 2010

*

I should write something about Shah Moloko. Cause something bad has happens to him and his wife Chema.
And thats the worst thing to happen to a family;Dia telah disuruh keluar dari rumahnya yang dia tinggal selama ini.
Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi whatever it is, ianya sesuatu yang amat dikesalkan. tambahan lagi Chema, isteri Shah Moloko tengah sarat mengandung (!)

Aku juga pernah juga mengalami benda yang sama masa aku bertapak di KL dulu. Bila aku dan tuan rumah mulai tak sebulu.

-1993, Kurt Cobain baru saja bunuh diri dan Radiohead dianggap one hit wonder dengan Creepnya.

Aku macam kebanyakan budak2 kampung, eager bekerja di KL, supaya dekat dengan 7 Eleven dan juga KFC.

Aku kerja di City Chain Jaya Jusco, satu tempat shooting filem kegemaran Yusof Haslam suatu ketika dahulu. Ketika itu gaji RM600 sebulan sudah kuanggap mewah ( silaketawa semua) dan dengan duit sebanyak itu aku rasa aku sudah cukup berani untuk menjalani hidup dikota yang penuh cabaran ini (Ambil dari skrip lagu)

Cuma ada satu masalah; aku takde tempat tinggal. Merata suratkhabar aku baca mencari rumah sewa sebanyak RM100 kebawah. Tapi takde.

Tertekan mencari tempat tinggal aku menelefon (pakai public phone, dulu takde hp) seorang yang rumahnya tak jauh dari Jaya Jusco Wangsa Maju. Dia kelihatan mesra ditelefon dan dengan sepantas kilat dia offer tinggal dirumahnya.Aku bagai orang mengantuk disorong bantal. dan bagai orang mabuk disorong beer.

Aku pun tinggal dirumahnya. Dibilik kecilnya aku tidur dibawah katil. ianya sebuah rumah setinggan tanpa perpaipan yang baik. Longkang busuk dihadapan rumah dan dinding kayu yang sempit.

Kehadiran aku pada mulanya ibarat rahmat kerana dia hanya tinggal seorang tanpa berteman selain dari ibunya.

Pada malam pertama cukup indah. Kami bersembang sampai kepagi menyingkap kenangan-kenangan indah sewaktu disekolah menengah.

Ketika itu aku bekerja di City Chain, sebuah kedai jam yang.....menjual jam. AKu memakai west merah dan berkemeja putih. Satu hari hanya satu jam terjual. Yang lainnya kami duduk dibelakang kaunter dan ketawa. It was a fun time for me. being young and dont give a fuck about the future.

Nak dijadikan cerita tak sampai sebulan detik-detik keretakan antara aku dan ibu kawan aku mula bercambah;aku dianggap sombong, tak pandai mengambil hati tuan rumah. Aku tak cuci pinggan mangkuk rumahnya dan macam-macam lagi.
mereka membanding-bandingkan aku dengan teman laian yang selalu tinggal dirumah itu.

Bila hubungan makin dingin, kami akhirnya mula tak bertegur sapa. Aku dan ego aku dan dia sebagai tuan rumah, dengan egonya.

Dan kemudian, aku terpaksa membaca iklan the Sun dan mencari rumah sewa lagi.

Aku pindah pun dalam keadaan yang tak damai. Tak berjabat tangan tak ada apa. Ketika aku mengemas baju-baju aku dia hanya pura-pura tidur diatas katil cuba mengelak dari the last goodbye for me(diambil dari tajuk lagu)

Akhirnya aku menetap disebuah rumah sewa asing di Ampang tak jauh dari Ampang Point.
Kenangan pahit tinggal bersama kawan itu harus aku lupakan dengan segera kerana dalam masa yang sama aku perlu berhibur dengan band-band import Philipina di Hard Rock cafe.

Bila mengenang kembali ketika itu, aku akui ianya semua salah aku. Silap aku yang tak pandai mengambil hati tuan rumah.
That reminds of struggle story of how aku mula bertapak di KL ini.


But of course, kejadian itu nothing compares to what happen to Shah and his wife.

Tapi sudah tentulah kejadian yang menimpanya itu lebih tragis . Memandang rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah kakak saudaranya sendiri.

Dan lebih sedih adalah ketika ini Chema tak sampai setengah bulan lagi untuk bersalin anaknya yang pertama! ( I write this before and I write this again)

bagi Shah Moloko, hanya ucapan tabah yang boleh aku berikan, what else. Ini mungkin dugaan paling hebat baginya setelah berumahtangga. Tapi yang paling manisnya, bila dah senang nanti this would be a great story to tell your kids.

yang penting tak perlu berdendam. Kita harus tabah dan bersedia. Cekal hadapi kemungkinan yang tiba. Kadangkala yang berlaku, diluar kemampuan kau dan aku (Juga ambil dari sebuah lagu)

dalam masa yang sama aku offer untuk tinggal dirumah aku buat seketika. Kau boleh pasang CD kau dan aku pun boleh tumpang dengar sekali (aku tahu kau mempunyai koleksi CD yang banyak dan masih belum aku hadam lol) . Dan pada weekend kita boleh sama-sama ke Amcorp Mall mencari Vinyl murah.

4 comments:

Sally said...

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali...oh ada relevan tak?

MOLOKO said...

Bro..jarang sekali aku baca post yang boleh buat airmata aku menitis..walau hang tulis ini penuh cynical lagi humour..tapi hang telah buatkan aku-moloko menangis di depan komputer jauh di subuh hari, di frankfurt ini..

Seperti yang telah aku catat..siapa aku untuk berkata-kata bermadah cela..anda sajalah yang layak menilai siapa aku & Chema..thanks for your offer..Chema is 13 days & counting..

sastraboy said...

moloko. gua kenal dia kejap adeh.

semoga lu kuat moloko!

walaupun tipikal, tapi,

semua ada hikmahnya!

fadz said...

bila kau nak menulis lagi.. kau mmg ada kuasa dalam tulisan.