Wednesday, November 3, 2010

The King and The Mirror

THE KING AND THE MIRROR

Pada zaman dahulu tinggal seorang raja disebuah negeri yang aman damai. Didalam istana idamannya dia tinggal seorang diri bersama-sama dengan pembantu Istananya yang setia tiada tolak bandingnya.

Raja ini dilahirkan cantik dan berseri seri wajahnya. Sejak kecil dia disenangi oleh semua orang kerana wajahnya. Tapi kerana development sains dan teknologi masih mundur maka banyak benda-benda cipta manusia masih lagi belum dicipta.

Termasuklah cermin.

Ketika itu jika manusia mahu melihat wajah mereka, arakian hanya melihat pada imbasan air yang jernih sahaja.

Raja yang hensem ini selalu dipuji oleh kenalannya dan juga oleh para pembantu Istana yang lain. Tapi beliau masih belum dapat melihat wajahnya secara jelas lagi.

Raja kecewa . Walaupun dia hensem, tapi dia tak dapat menikmati pemandangan itu dengan jelas. Dari hari kehari dia semakin curious bagaaimanakah pandangan orang lain terhadap wajahnya yang sebenar.

Suatu hari Raja bermimpi tentang cermin. dari situ barulah dia tahu betapa segaknya dia. Dan dalam mimpinya dia melihat pada wajahnya hampir setiap masa.

Keesokan harinya dia menitahkan para saintist untuk mencipta cermin ajaib itu. Jika gagal dibuat maka terpotonglah kepala para-para saintist tersebut.

Para saintist yang kerjanya cuma memisahkan atom dan mencari cara untuk mengambil DNA manusia terpaksa meninggalkan kerja-kerja experiment itu dan bertungkus lumus siang malam cuba mencipta cermin.

Akhirnya selama setahun 3 bulan, maka menjeritlah para saintist ini "Eureka!" kerana mereka telah berjaya mencipta cermin yang tidak ada tolak bandingnya. Cermin ajaib yang boleh menunjukkan wajah sebenar barang sesiapa sahaja yang melihatnya.

Raja akhirnya merasa gembira cermin ajaib telah tercipta dan benarlah seperti kata orang lain;dia memang hensem dan menawan.

Dia menitahkan seluruh rakyatnya untuk datang ke istana dan melihat sendiri cermin yang besar itu. Rakyat turut merasa bangga dengan kemahiran ciptaan yang unik itu.

Semakin hari cermin yang kecil itu tidak cukup untuk menampung wajah raja. dia mahu para saintistnya mencipta cermin yang lebih besar lagi.

Akhirnya setelah bertungkus lumus siang malam, para saintist diraja berjaya mencipta cermin life size dan berjaya memaparkan susuk tubuh raja keseluruhannya.

Raja merasa girang dan berbangga dengan tubuh badannya itu. Dia mula tidak boleh berenggang dengan cermin.
Maka disuruhnya pembantu Istana dan gundik-gundik diraja untuk mengikat cermin sebesar life siza dibahu mereka dan berjalan seiring dia kemana sahaja dia pergi.. Dia tak jemu melihat gambar wajahnya dicermin itu.

Sejak itu Raja tak pernah bergenggang dengan cermin. Ketika tidur cermin ada disisinya.
Ketika pergi memburu pun cermin besar ada disetiap sudut pandangannya.
Dan bila dia berbuat begiru Raja tersebut hanya pada dirinya sendiri sehingga dia lupa pada kebobrokan disekelilingnya.


Dia mula lupa pada sekelilingnya dan juga rakyat jelata yang dirasakan buruk serta tidak sepadan dengan kecantikan dia.

Sampailah bertahun-tahun lamanya dia hidup hanya berdepan dengan cermin sehinggalah suatu hari ketika dia mulai tua, rambutnya mulai putih dan giginya mulai gugur.

Pada suatu pagi bila Raja itu bangun dari tidurnya dan mendapati sekelilingnya telah hilang. Tak ada cermin besar yang mengiringinya. Dan bukan itu sahaja, satu istananya telah kosong ibarat dirompak pada waktu malam ketika dia sedang nyenyak tidur.
Bertanya Raja pada seorang Pembantu Istananya yang setia. Satu-satunya pembantunya yang masih ada disitu.

“Ampun tuanku, Mereka semua telah hilang tuanku. Ada yang mencuri harta istana waktu tuanku sibuk berdandan melihat cermin. Ada yang pergi kerana tak tahan sakit bahu membawa cermin ini merata-rata” katanya yang masih berselindung dibalik cermin besar itu.

Raja murka. Diamuknya satu Istana. Dibalingnye kerusi dan apa sahaja yang ada didepan mata. Tanpa disedarinya dia tersepak cermin besar itu. Cermin itu pecah dan berderai. Kacanya terkena perut Pembantu Istana yang terus jatuh kesakitan.
Raja yang bersalah mula meriba Pembantu Istana itu. “Kenapa hanya kau seorang sahaja yang masih tinggal?” Tanya Raja itu menitiskan air mata. Baru ini kali pertama Raja menatap wajah pembantunya yang setia itu. Dia seorang gadis dengan wajah yang bersih.
“Kerana saya telah jatuh cinta dengan tuanku” Jawab gadis itu sambil menahan nafas terakhirnya. “tapi tuanku tak pernah pedulikan tentang saya. Saya telah memegang cermin ini untuk berpuluh tahun lamanya. Hanya dengan memecahkan cermin ini baru tuanku dapat melihat dan mendengar kata-kata saya. Walaupun kaca ini merobek perut saya dan saya akan mati tak lama lagi. Tak mengapa asalkan tuanku faham isi hati saya” kata Pembantu Istana yang setia itu. Raja pun terus bercucuran air matanya.


Gadis itu akhirnya mati diribanya. Dia kebumikan gadis tu, satu-satunya manusia yang mencintainya dan setia dengannya dengan penuh rasa kekesalan dan keinsafan.

Kemudian raja itu bina istananya kembali dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat padanya. Rakyat yang setia, kembali menerima raja yang mengaku akan berubah itu.

Sejak hari itu cermin tidak dibenarkan dibawa masuk ke negeri dan istana itu. Jika Raja mahu tahu tuanya yang semakin memakan usia, dia dan rakyat jelata akan kekolam air dan melihat imbasan wajah mereka di air jernih.

1 comment:

Vitamin said...

wah... epik yang kelakar tetapi ada melodrama di situ. nice