Thursday, April 29, 2010

Arnab dan Kura-Kura


Pada satu hari, ada seekor arnab tinggal didalam sebuah kampung.

.

Arnab ini pandai berlari laju. Dalam kampong itu tiada siapa yang boleh lawan dia berlari.

Sebab itu arnab ini sombong.

Kambing sangat benci dengan sikap sombong arnab ini.

.


Satu hari dia dicabar untuk berlumba lari dengan seekor kura-kura.

Arnab hanya ketawa berdekah ”Macam sial. Lu orang nak bandingkan gua dengan kura-kura ini?Sudah tentu gua boleh beat dia 10 tiang” katra arnab dengan bongkaknya.

Pada mulanya kura-kura tak nak berlumba dengan arnab ini. Bukan kerana dia takut. Tapi dia hanya malas je.


Tapi bila seisi binatang dikampung itu menyokongnya, kura-kura pun bersetuju.

.

Hari pertandingan pun bermula. Semua binatang.hadir menyaksikan perlawahan bersejarah itu

Sebaik sahaja kambing menembak pistolnya, Arnab pun terus berlari laju.

Kura-kura seperti biasa berjalan perlahan-lahan. (actually kura-kura merangkak ye, bukannya berjalan)

Arnab terus berlari . Bila dia menoleh kebelakang dia tengok kura-kura masih tak nampak bayang. Arnab makin konfident yang dia akan menang mudah.

Arnab akhirnya berteduh dibawah pokok yang rendang. Tanpa disedarinya dia telah tertidur.

Sementara itu kura-kura terus merangkak perlahan-lahan.

Akhirnya kura-kura berjaya memintas Arnab yang terus tidur lena. (arnab tidur lena sebab termimpi pelakon Metrowealth Lisa Surihani)

Bila Arnab terjaga dari tidurnya, dilihatnya kura-kura sudah semakin hampir ke garisan penamat.

Tapi arnab bukanlah bodoh. Dia tahu selaju mana pun dia berlari dia tak akan berjaya memintas kura-kura. Arnab mengambil keputusan untuk menyambung tidur semula, Kali ini dia berharap yang dia akan bermimpi David Teoh pula.

Sementara itu digarisan penamat seisi binatang yang ada disitu meraikan kejayan kura-kura memenangi perlumbaan itu dengan sorak dan sorai.

.

Sudah tentu arnab tak tidur dengan sengaja. Si kambing yang bagi ubat batuk padanya sebelum perlumbaan.

.

Kura-kura mungkin menang perlumbaan itu, Tapi semua binatang tahu, yang antara dua binatang itu siapa sebenarnya yang lebih kuat berlari.

Sunday, April 25, 2010

Manifestasi Gila






Kalau design kulit buku tempatan cun macam semua yang diatas (semua kecuali satu) ni aku tak meluahkan rasa tak puas hati. Susah sangat ke nak design kulit buku yang cun macam diatas ni? (semua kecuali satu)

Selalunya aku bertindak selfish dengan hanya menulis tentang diri aku sendiri. Tentang apa yang aku rasa, tentang pandangaan aku pada dunia.

Well Those days are gone.

.

Kali ini tulisan aku menjangkau sesuatu yang tak pernah terpikir oleh manusia lain sebelum ini.

Sesuatu tentang maruah bangsa.

Sesuatu tentang kebanggan.

Sesuatu tentang tradisi yang telah lama dinodai.

Sesuatu tentang

Aku ingin menulis tentang;kulit buku novel tempatan.Jeng jeng jeng.

.

Seperti yang kita tahu, cover buku tempatan adalah teruk (sambil menggeleng kepala). Ianya dibuat ibarat melepaskan batuk ditangga. Ianya dibuat tanpa ada rasa megah. Tanpa ada rasa tanggungjwab untuk menaikkan maruah negara.

Ianya dibuat sambil lewa.

Tiada visi tentang kulit buku.

Tiada nafsu tentang kulit buku.

Tiada passion tentang kulit buku.

Tiada amanah tentang kulit buku.

Mereka tahu dengan menerbitkan buku mereka berjuang atas nama bahasa dan bangsa.

Tapi mereka lupa nak kasi cun itu kulit buku.

Seperti yang aku tulis dulu; melihat kulit buku tempatan seolah-olah di Malaysia ni takde sekolah seni.

Tak ada sekolah grafik.

.

Mana Art n Design Grafik?

Mana student Lim Kok Wing?

Mana mereka semua?

Kenapa mereka tak bergabung tenaga memerah otak untuk melahirkan satu design yang baik agar nama negara ini terpelihara?

Wheres our best mind?

Why not this people contribute something cool for the industry?

.

Masalah sastera kat Malaysia ni, selain dari bentuk dan isi itu sendiri adalah

1) Pengedaran/promosi

2) Kulit buku.

Ini sebenarnya satu statement yang pahit tapi ada benarnya.

.

Ya seni itu subjektif. Subjektif pada keindahan tapi kalau ianya buruk, semua juga akan bersetuju padanya.

Penerbit seharusnya ada keyakinan dan percaya yang kalau buku itu dibalut dengan design yang baik, maka ianya boleh jual.

Pengedar buku tak perlu bergantung harap pada pepatah Inggeris yang terkenal itu “Don’t Judge A Book By Its Cover” itu hanya dakyah mereka sebenarnya sedangkan kulit buku mereka cantik. Mereka mahu kita gunakan pepatah itu sebagai alasan untuk kita tak membuat kulit buku yang baik. Sebab mereka tak mahu kita membeli buku dan mereka mahu kita terus jadi takut pada buku dan ilmu. Dan bila kita bodoh, mudahlah mereka terus menggunakan kita.

Memang tak boleh nafikan bahawa kulit buku terbitan tempatan tak memenuhi nilai estetik yang baik. Tak perlu berselindung disebalik kata-kata bahawa seni itu subjektif. Yang buruknya adalah subjektif tetapi keindahan itu dicapai dalam kata yang sama.

Ini tanggungjawab bersama.

Kalau bukan kita yang sayangkan industri buku kita siapa lagi?

Buku kita, buku Melayu yang dibaca hanya oleh kita.

.

Siapa lagi yang kita nak harapkan keindashanannya kalau bukan kita lagi?

Ini warisan kita.

Ini kebanggaan kita.

Ini amanah kita.

Ini khazanah kita.

Ini lahir dari rasa cinta kita pada seni dan budaya.

Buku kita berhak mendapat kulit buku yang cantik dan baik!

Kalau buku itu boleh berkata2 sudah tentu dia merayu kepada kita untuk memperjuangkan nasibnya.

Tapi buku itu silence.

Namun begitu kita tahu dia merintih meminta pembelaan yang sebetulnya untuk dia..

Jadi kalau bukan kita yang mendengar rintihannya siapa lagi?

Siapa yang peduli tentang buku kita kecuali kita sendiri.

.

Aku sayangkan sastera tempatan.

Aku hargai penulis-penulis kita.

Mereka bukannya orang lain. Mereka adalah pejuang bahasa.

Mereka adalah pejuang budaya.

Mereka adalah sasterawan yang berhempas pulas setiap malam memerah otak mencari idea untuk menulis kreatif.

Mereka berhak mendapat kulit buku yang baik.

Kita perlukan revolusi design buku yang baik sekarang.

Dan ini perjuangan aku ketika ini.

Supaya semua penulis buku tempatan mendapat kulit buku yang baik untuk setiap buku tulisan mereka.

Takbir.Allahuakbar!

Takbir. Allahuakbar!

TAKBIR. ALLAHUAKBAR!!

.

Arghhhhhhhhhhhhhh!!

.

Amacam? Ada gaya jadi Menteri Kebudayaan tak?

Thursday, April 22, 2010

Design 101







Ini adalah antara beberapa design kulit buku tempatan yang aku minat. Orang sekarang dah tak reti design buku macam ni dah.
Ada satu persamaan dengan design-design ini, ianya adalah buku terbitan tahun 80an.
Sekarang teknologi canggih. tapi design makin berserabut.

Kadang-kadang bila tengok cover design buku novel sekarang buat aku pikir; Kat Malaysia ni takde school design ke?

Tuesday, April 20, 2010

Tony and Maggie


Sunday, April 18, 2010

Violator


Maka begitulah. Kehidupan yang melintas dihadapan berlaku begitu pantas bagaikan sekelip mata.

Kehidupan disini maksudnya Sabtu dan Ahad.

Another weekend passed by.

Same faces.

Same places.

Same psycho.

Same arsehole.

Same tv show.

And with football it’s the same result.

Bila Isnin tiba , masalah yang sama pun berulang kembali.

Disini maksudnya, part 5 Teater.

Bila mereka semua nak hantar report praktikal ni? Aiyo yo.

Bukan seorang dua yang belum hantar, tapi satu batch! Satu kelas.

Dateline bulan 2. Ni dah bulan 4 nak masuk bulan 5. Gila babs.

Samseng ke apa diaorang ni?

Aku kat sini menugggu macam anjing kelaparan.

The worse yet to come. Pujuk aku dalam diri.

Kalau Ajin dengar ni mesti dia bersyukur dapat kerja kat Lim Kok Wing.


2

Kalau itu bad news yang harus dilupakan, aku ada satu good news.

Manuskrip yang aku usahakan 6 bulan lalu dah aku tamatkan pada malam minggu.

Dapatlah 600 pages.

Cuba dapatkan Kamal untuk buat kulit buku.

Kalau Kamal busy kat Facebook aku akan suruh Ajin.

Belanja upah dia makan KFC ke A&W ke.

Tapi Ajin dah nak pergi London, tentu dia semakin sibuk.

Kalau dua-dua busy biarlah sesiapa yang buat pun tak kisah.

Aku janji aku tak akan complaint pasal kulit buku aku lagi.

Aku akui buku yang aku tulis ni takdelah best sangat. At least takdelah macam War and Peace atau One Hundred Years of Solitude atau Lifes A usual Manual atauThe Road atau Crime And Punishment atau Midnights Children atau The Feast of the Goat atau A Farewell to Arms atau Salina atau Ranjau Sepanjang Jalan atau Keluarga Guriella atau Saman atau Kitchen atau Ulysses atau Mrs Dalloway atau Pride and Prejudice atau Great Expectation atau the Last Temptation of Christ atau The Lepoard atau Brother Karamazov atau Winds Up Bird Chronicles atau Woman in Dune atau 1984 atau The Hour atau New York Trilogy atau The Trial atau The Great Gatsby atau Howards End atau Brave New World atau the Sound of Fury atau Master and Margarita atau Grapes of Wrath atau On The road atau Naked Lunch atau One Day in the life of That russian atau Tin Drum atau In Cold Blood atau One Flew Over the coockos Nest atau The Cathcer in the Rey atau White Noise atau Soul Mountain atau Hunchback of Notre Dam atau Shit atau Ilhad atau Sejarah Melayu atau Lagenda Budak Setan atau A La Recherche du Temp Perdu atau…Ok cukup!.....atau Lolita atau Invisible Man atau Lord of Flies atau A Clockwork Orange. Ok cukup cukup………..

. Tapi yang penting aku berjaya endkannya macam yang aku nak (refer kata JK Rowling tentang penamat harry Potter hehe) Muhammad Haji Salleh kata part of writes excitement ialah bila bukunya berjaya ditamatkan

Ye aku ulangi buku yang aku tulis ni bukannya best pun .Tapi takpe, sebab novel tempatan yang lain pun semuanya takdelah best sangat pun. Jadi kita sama-sama tak best. Heh.

Please ye ini bukan nak promo. Ini nak kongsi kegembiraan.

Sinopsis ceritanya mudah sahaja. Biasa dan cliche. Ada persama sedikit dengan filem Pak Tam Duda yang ditayangkan di TV3 Ahad lepas. Ianya mengisahkan Mamat yang baru kematian neneknya yang disayangi. neneknya semasa hidupnya selalu bercerita tentang kezaliman tentera Jepun WW2 dahulu.

Bila nenek mamat mati, Mamat takde tempat tinggal dan bergantung. jadi mamat merancang pergi ke Jepun untuk membalas dendam pada tentera Jepun yang buat palat pada nenek dan penduduk kampung. Bila sampai disana, dia bertemu dengan seorang American yang kebetulan bertujuan untuk membalas dendam pada orang Jepun. mereka berkawan baik dan merancang untuk mencari mangsa mereka.

pada satu hari, Mamat dan Lelaki American itu berada di pub. kebetulan ada reunion bekas2 askar Jepun di pub tersebut. kebetulan nak jadi cerita ada pula pelancung German dalam pub tersebut. Maka berlakulah adegan tembak menembak ala-ala True Romance dan From Dusk Till Dawn.

Cerita ini adalah kombinasi Psychothriller, Comedy, romance, science fiction, drama dalam satu. Tajuknya aku belum pikir lagi.

Lupakan tentang buku tu dan kulitnya sekejap. Aku nak celebrate tamatnya manuskrip ini dengan makan yong tau fu, mempelam, sambal tempoyak, mee kungfu dan tengok DVD.

Tapi tak boleh cuti lama sangat. Kena fokus pada next project.

Yang ni actually projek paling besar dan paling payah.

Tapi tak boleh nak bagitahu apa dia.

Seganlah.

Thursday, April 15, 2010

Lisa Surihani

Lakonan mantap dari Leo Di Caprio. Brad Pitt tak boleh berlakon sebaik ini.


manusia memang biased bila memilih seni untuk santapan rohani.
termasuklah aku jugak kadang-kadang....

contoh:
A:Cicak man 2 dah tengok?
B:Ah Malaslah. Gelilah....
Verdict: B malas tengok Cicak man 2 sebab dia konon dia biased pada binatang. Padahal dia sebenarnya tak suka Fasya Sandha.


Aku tak nak biased bila menonton filem, teater dan juga muzik. Dulu kalau filem tu ada George Clooney atau Watie Elite, aku refuse untuk tonton. Tapi aku tahu ini bukanlah spirit yang baik. Aku tak boleh biased dalam menentukkan hasil seni yang baik.

Untuk membuktikan ini aku memilih filem Melayu yang terbaru ditayangkan dipawagam walau siapapun pelakonnya. ini masa aku untuk berbakti pada industri. Duit yang aku gunakan untuk bayar untuk menonton filem Melayu, teater Melayu adalah untuk support industri. Dan industri disini bermaksud kawan-kawan kita juga, student2 kita juga dan Miss World kita juga. Bukannya orang lain.

Aku tak tahu apa tajuk filemnya tapi aku tahu nama pelakonnya.
Lisa Surihani, yeah! Jeng jeng jeng.

Balik kerja aku dah berangan yang aku akan tonton filem Melayu lakonan Lisa Surihani. Walaupun aku tak pernah tengok dia berlakon but i think shes not a bad actor. she must be good. Shes cute anyway.
Sekurang-kurangnya kalau filem tu bosan at least boleh aku usha dagu dia yang berlekuk tu je.
here i come Lisa Surihani, here i come.

One Utama adalah shopping Complex terbaik di KL tahun 2008.
Sekurang-kurangnya ianya jauh dari kuil. So One Utama not a bad choice untuk menonton filem. Apa pilihan lain yang aku ada? Rex Petaling Street dah lama tutup ok!
walaupun The Mall adalah shopping complex paling cantik di Malaysia tapi kat sana takde pawagam.

Aku parking motor dan Aku naik tangga tinggi tu.
Kaunter kosong. Alhamdulillah.
tapi aku tak paham kenapa tali tu mesti berbelit-belit. Boringnya
Kalau ada bola dah lama aku tunjuk skill aku gelecek sebelum sampai ke kaunter.
tapi aku bijak. Aku tak ikut tali tu. Aku tak ikut dakyah mereka ni.Aku berlajan lurus ke kaunter dan terus berdiri dibelakang Amoi yang beratur.harap ada orang taak nampak yang aku dah potong Q.

Aku berdiri menunggu giliran untuk dipanggil.teragak-agak jugak aku untuk kekaunter tu . Bila budak lelaki rambut setengah afro yang jaga kaunter tu bagi siyarat mata pada aku untuk datang dekatnya, aku pun tanpa berlengah terus pergi kepadanya.
Kalau dia tak bagi green light memang aku tak berani nak datang kedepannya dan beli tiket.
Aku ni skema sikit.

"Ye bang nak tengok filem apa?" mukanya memang tak ubah macam Omar Rodriguez.
Aku tercari-cari judul filem baru Lisa Surihani tu diatas skrin. Tapi tak nampak tajuknya.
Tiba-tiba aku ternampak tajuk Shutter Island! "Oh fuck!"kata hati aku. Leo Dicaprio, Mark Rufallo, ben KIngsley dan the old man from Minority Report serta bini Heth Ledger dalam Brokeback Mountain? dan diarahkan oleh Martin Scorsese? mana boleh aku ignore filem ni. This is a must watch for me, kata aku dalam hati.
dalam masa yang sesingkat itu aku tukar niat aku. Sorry Lisa, sorry Farid.
.
"Shutter Island satu!" jerit aku kuat, sengaja nak bagitahu orang lain yang aku nak tengok filem Scorsese. Aku terbayang David Teoh menjeling sebelah aku.
Pilih seat bang"
"Wah! Hebat sekarang dah boleh pilih seat ye?" gurau aku walaupun aku tahu part of the excitement of Cineplex adalah memang boleh pilih seat.
Budak yang baru lepas SPM tu hanya tersenyum. Dia takde mood nak layan lawak bodoh aku.

Aku pun masuk ke panggung wayang. Seperti biasa aku singgah ke tandas dulu untuk kencing dan cuci muka. Nak tengok wayang kena feel beb. Kena clean mind and everything. Baru boleh enjoy.

Aku pun masuk ke panggung wayang tu. Seatnya probably the most comfortable in KL.Aku ada dua budak perempuan masuk aku terpaksa angkat kaki macam acrobatik nak bagi dia ruang duduk sebelah aku. Duduk je disini mereka buat bising.Lawak jenaka apa entah tapi untuk nampak friendly, aku pun turut ketawa sekali.

Lampu pun gelap.
Tak sabar nak tengok iklan. macam biasa ada iklan handphone, iklan tv dan iklan beer. takde iklan fab kat sini sebab semua assume makcik-makcik tak tengok wayang. Eh diaorang ingat orang yang tengok wayang ni tak basuh baju ke?

Beberapa gezek pun ditayangkan smeua filem company2 besar Hollywood. Universalhlah. Paramountlah apa lah. macam menarik je semua gezek ituew. semua ni kena tengok ni, kat akau dalam hati. Ah pandai mereka curi duit aku.

Tak lama kemudian tanpa ada sebarang sign filem pun bermula. jeng jeng jeng.

Pok pek pok pek Leo Dicaprio menunjukkan kehebatannya berlakon.Bunyi audio memang suspend. This is psycho thriller, kata aku. And its not going to be a happy ending film teka aku lagi.

hampir 2 jam kemudian filem tu tamat.
Betul tekaan aku. takde happy ending.
Satu lagi tekaan aku yang betul adalah semua doktor gila memang suka pakai bowtie.

Aku yang paling awal bangun dari kerusi sebab aku dah lapar nak makan malam.
ketika melalui lorang itu, cuma satu je aku terpikir; Brad Pitt tak akan menjadi pelakon sebaik Leo Di Caprio. Dalam hati aku ketawa riang.

Wednesday, April 14, 2010

Choose Life


Trainspotting keluar tepat pada masanya. Ketika kami dahagakan hero penagih dadah sebagai role model.
Siapa lagi kalau bukan Renton.

Theres is me, That is Saat, and my three droog. That is Aldrain. Ujang and Ayie.
And the year is mid 90s.
Ketika itu pengaruh Nirvana mulai suram dan suasana Brit Pop yang lebih kelas dan berlagak mula mengambil tempat.
Aldrain datang dari Sarawak dan dia yang berjaya mengubah Ujang.
Ujang yang dulu dengar Grindcore serta ada poster Kurt Cobain besar atas almarinya dengan mudah termakan pujuk rayu Aldrain yang secara senyap2 membawa anasir muzik british ini melalui paduan gitar bret Anderson half man half gay itu.
.
Maka kami pun jadi Brit Pop.
Siang malam Suede.
Kemudian Oasis.
Kemudian Blur sikit-sikit.
Dan juga Weezer.
.
Dan ada juga yang lain. Tapi yang nyatanya Ujang dan Ayie mulai termakan hasutan Muzik British itu. Ayie yang bermain drum mula perasan dia pemain drum Suede (muka dia pun ada iras-iras Bret Anderson actually)
Ujang pula mulai beli kasut Vans. Kasut yang sama dia pakai untuk sepanjang belajar dikolej.

AKu tanpa sedar mula mengkagumi Liam Gallagher. Walaupun rambut aku tak lansung macam lelaki bongkak itu. Aku mula terikut-iut dengan jalan kengkang lagak gangster kampung itu bila turun ke seksyen 2. Walaupun aku dan Aldrain mengakui Oasis kumpulan yang berlagak maka dengan itu mereka tak perlu diberi perhatian yang lebih.

Bilik Aldrain jadi port. Kami layan kaset yang sama. Baca majalah yang sama. Tapi ketawa dengan lawak yang lain setiap hari.
Bukan nak berlagak, tpai kat Jati tu kami rasa kamilah paling brit pop antara yang ramai.

Tapi pengaruh Brit Pop antara kami tak leibh dari 3 tahun. Bila Aldrain pulang semula ke Sarawak.
Kami kembali keasal kami.
Ujang mula mendengar Ayumi Hamaski.
Ayie dengar XPDC.
Sham Oi lepak dengan budak Food Not Bomb dan dengar kaset yang sama selama 5 tahun.

Hanya aku yang stick dengan muzik British. Ketika ini Radiohead baru saja keluar Ok Computer. Album yang aku dengar hari-hari.
Tanpa aku perasan muziknya yang depressed menyambung kepada depression year for the whole decade.

Up until this day, Hanya Aldrain sahaja yang boleh pengaruh Ujang.

So back to the question. Who among us are really Renton?
Its me...... I choose life.

Tuesday, April 13, 2010

The Opportunity


Orang tua yang tak cemburu bila melihat remaja adalah orang yang berbohong.
.
Actually aku bukannya tua sangat pun, tapi aku cemburu melihat remaja.
.
Bukan remaja lain tapi remaja yang ni.
.
Setiap kali Diploma Showcase.
.
Bukannya cemburu melihat youth mereka.
Bukan cemburu melihat kecantikan mereka.

Tapi cemburu melihat peluang yang mereka ada.
.
Cemburu melihat peluang yang mereka lalui.
Sebagai pelajar TEKA.
Pelajar Teater.
Setiap kali Diploma Showcase.

Masa aku jadi student di AD, aku tak merasa apa yang mereka lalui.
Ya mereka kena bayar seribu ringgit. Tapi impak pada hujung show itu beyond any experience one can have.

Semasa aku final year, paling happening yg aku boleh ingat ialah pada malam menggantung artwork. Ketika itu riuh rendahlah sikit. Terasa macam malam raya. Dan bekerja sampai ke pagi.
Selain dari itu mostly kami buat kerja sendiri-sendiri je. We were train as individual.

Tapi experience itu kalau nak dibandingkan dengan budak teater adalah bagaikan langit dan bumi. Kalau aku nak cerita kau budak teater disini pakat kena gelak je kat aku.


Budak teater final presentation ditempat mewah. Kalau tak dapat kat Istana Budaya buat dekat DBP, bandaraya dan lain-lain. Senior2 semua turun. Junior pun datang. Dress up. Yang ada girlfriend bawak gf. Yang ada boyfriend bawak boyfriend. Yang solo datang dengan kawan-kawan.
Ada juga artist yang datang. Glamour.

Kami? Ye kami ada degree show. Ada pameran lukisan. Yang datang jenguk pun kawan-kawan satu batch je.Buat pun dekat building sendiri je. Makan biskut je. Diploma Showcase TEKA ada roti jala cicah kuah durian ok (makanan yang aku sendiri request hehe)


Degree show kami pun bukannya ada yang datang beli artworks.
Budak teater Teka orang luar sanggup datang dan bayar RM10.
Kami tiada yang bertepuk tangan diakhir pertunjukan.
Budak teater Teka dapat tepukan gemuruh diakhir persembahan. Ada yang dapat bunga lagi tu. Mak bapak pun datang.

Lepas tu sessi menangis-nangis dihari terakhir persembahan. Syahdu. Menangis kerana berjaya aturkan sebuah persembahan besar.
Kami? Kami kalau nangis pun sebab awek rejeck.

Struggle kami tak jelas. Struggle kami lebih indivdual.
Struggle mereka kena maki ,kena hamun. Kena bayar seorang seribu nak buat show.
Mereka tak tidur 2 hari 2 malam nak siapkan set.
Walid pening kepala tak tidur 3 hari 3 malam dan dapatkan cahaya yang cun.
But at the end is it worth it?
.
Forget about the performance. The whole impact is important.

Mereka merasa seperti sebuah keluarga.
Kami merasa hanya seperti individual.

Sebagai student, Aku tak pernah ada peluang sebegitu.

Pengalaman ini seharusnya membuatkan mereka lebih kuat.
Pengalaman ini seharusnya membuatkan mereka lebih cinta pada seni, pada teater, pada fakulti, pada kawan-kawan.
This is an experience that should make them strong.
Seharusnyalah....

sebagai satu batch, batch aku adalah antara paling tigh.Dulu. Tapi opportunity yang pelajar Teka ni ada, beyond apa yang kami telah lalui masa student dulu.

Mereka harus merasa syukran dengan pengalaman ini.

Now, either this experience can make they stick with art is up to them. Its already part of the best years of their life.

Aku cemburu? takdelah. Melihat semua ini dari jauh sudah cukup bagi aku......

Thursday, April 8, 2010

Pisang


At The End of Daybreak adalah sejam setengah menunggu Yasmin Ahmad makan pisang.

Wednesday, April 7, 2010

In Betweens........

“Excellent!” jerit aku kemudian tekan button tu.
“Tekan sekali je bang, tak payah tekan banyak-banyak kali”
”Oh ye ke? Sorry. Saya excited sangat dapat tiket filem ni” kataku kemudian ketawa.

Malam tu bersiap nak keluar tgk wayang.
Perempuan taruh foundation je dah setengah jam.
Laki paling laju dalam hal bersiap ni.
Tak sampai 5 saat aku boleh bersiap complete ok.
Sarung jeans 2 saat.
Pakai baju 2 saat.
Tarik rambut 1 saat.
Siap! Dah ready untuk kemana sahaja; Tapi perempuan.....malas cerita.
Yang paling syok bila dah keluar dari rumah mereka akan tanya pukul berapa.
Bila kita bagitahu jam pukul berapa mereka akan mengeluh ”alah dah nak dekat puluk 9. Dah nak start dah!”
Women, cant live without them cant bla bla without them.
Patutlah banyak kawan aku jadi gay. Gitu ceritanya.


Sampai di tempat parking kereta, semua tempat kosong dah penuh.Parking takde.
Ini masalah besar KL. Shopping complex berlambak-lambak. Tapi parking takde. Tu satu reasonnya aku naik motor.
Aku pun Berpusing-pusing cari parking.
Cari parking berpusing-pusing.
Bukan aku yang berpusing ok, kereta aku yang berpusing.
Ada satu tempat kosong. Tulis single female driver.
Aku sanggup drag sekejap untuk kasi nampak macam female.
Tapi tak boleh sebab aku tak single. Sebelah ada mem.
.
Bila aku melepasi parking Single Female ty aku nampak
ada 2 lelaki cibai parking kat situ. Aku yakin mereka bukan single female sebab 1) muka mereka memang macam lelaki 2) mereka tak single. Ada ramai jantan dalam kereta tu. Mereka keluar sambil ketawa kah kah kah kerana berjaya memperdayakan pak guard shopping compleks tu. Well aku bukan pak guard. Aku tak mudah terpedaya.

Geram aku. Diaorang tak payah cross dress pun boleh parking kat situ.
Aku pun berpusing-pusing. Bukan aku yang berpusing ok, kereta aku yang berpusing.
Mungkin aku patut beli rumah sebelah shopping complex, jalan kaki je nak tgk wayang tak payah pening kepala pikir pasal parking.
Pernah dengar cerita pasal seorang lelaki India cari parking kat Sg Wang Plaza tak dapat-dapat sampai kereta minyaknya habis?
Tak pernah? Bagus sebab aku reka je cerita tu.

Lepas dapat parking tingkat bawah kami pun terus berlari keatas. Tinggi sanngatlah kompleks ni, dah macam Tower of Babel pulak rasanya.
Kami bagi tiket kat budak tu, dia koyak tiket aku.
Kami pun masuk. Takde popcorn. Dah bertahun aku tak beli popcorn bila tengok wayang. Hari tu pun makan popcorn Ajin je.
Mereka tayang gezek. Sekali lagi filem Jack Gylenhall.
Pastu ada filem apa entah aku dah lupa.
Jeng jeng jeng filem pun bermula. Kami tengok.
Lelaki hujung sana yang badannya lebih gemuk dari aku ketawa macam cilake bila ada adegan lucu. Dia tak tahu yang orang lain pun ketawa jugak. tapi bukan ketawa filem tu. ketawa dengar dia ketawa. Inilah art katanya. excitement tu datang dari spirit yang tak disangka-sangka. ye ke? Mungkin jugak sebab bila mamat tu ketawa aku tak lagi tengok skrin. sebaliknya aku sibuk tengok dia
Tapi takpe. yang penting dia pandai enjoy. Bukannya macam Wamat yang tak gelak lansung bila tengok filem Adam Sandler.
. Good. He really knows how to enjoy the movie.
.
Sejam setengah kemudian filem pun tamat.
Yang baik dibalas baik yang jahat dibalas jahat.
Yang jahat masuk neraka dan yang baik dapat kuda.
Ini sesuatu yang rare yang jarang kita tengok dalam filem Melayu.
Filem Melayu balasan untuk hero paling kuat pun dapat pergi haji je.
.
Kami pun beramai-ramai keluar dari pawagam itu.
Part balik ni pun seronok gak sebab ramai-ramai berjalan keluar. Macam balik kelas mengaji je rasanya.
Kalau sesat lagi aku suka. ramai-ramai akan menjerit "wooohh!" sambil mentertawakan diri sendiri sebab ikut je hala tuju orang depan.

Monday, April 5, 2010

The Death of The Funniest Man


Rasanya tak terlambat untuk menulis tentang Din Beramboi.

.

Pertama kali aku mendengar nama Din Beramboi ketika kau masih di from 3.

Ketika itu Lan dan Ijan sahabat baik yang bekerja di restoran Kuala Selangor tak habis-habis promote aku dengan lawak jenaka dari kaset.,

.

”lawak Mir. Lawak gila” buat sekali mereka promote tapi banyak kali.

Dan aku yang tak dengar kaset interview itu, hanya mampu melopong.

Thats my friend, the first time I heard the name Din Beramboi.

Lama kemudian watak Din Beramboi ini dipopulalrkan oleh Ujang and the gang dalam komiknya. Siapa yang tak kenal din Berambloi, watak yang gila dengan selipar ditangan dan macam-macam gila.

And of course that’s not a work of original,

Kemudian, the real din Beramboi muncul dan kes saman pun bermula.

Kemudian senyap semula.

Sehinggalah suatu hari aku dengar Time Highway Radio Dj bernama Din Highway. Aku tahu ini orang yang sama dengan mengaku sebagai Din Beramboi.

Dari situ aku mendengar lawak radio paling kelakar pernah aku dengar.

Sketsa bekas banduan yang merancang untuk merompak bank adalah lawak radio paling kelakar pernah aku dengar. Ketika itu shownya start very early in the morning. Aku berjaga sepanjang malam hanya untuk mendengar rancangan Din Highway.

Din Highway suka pasang lagu Sudirman Kau Akan Kembali. Dan sehingga sekarang bila aku dengar lagu tu, aku akan teringatkan Din beramboi.

Perjalanan kariernya sebagai penyiar dan komedian memang penuh luki-liku. And its not easy untuk dia naik. Cuma kebelakangan ini namanya mula meniti dibibir peminat vila dia hos radio Era dan juga kemunculan sebagai juri dalam Raja Lawak.

As a comedian, hes one of a kind. Mungkin nagi orang lawaknya merapu. Tapi bagi aku yang memang mesra dengan lawak absurd, tiada yang ganjil dengan lawak . Like a pure Gombak fellow;. Hes funny.

Selalu dengan Ajin aku bertanya soalan yang sama ”kenapa orang Gombak semua kelakar ek?” And by that I mean Din Beramboi among others.


Nabil ketika ambik trofi Bintang Popular (aku tertengok ok) mengatakan yang Din Beramboi adalah orang paling kelakar pernah dia jumpa.

Bagi aku Din Beramboi harus diingati lebih sebagai seorang pelawak.

Din Beramboi adalah artist paling awal yang menggunakan jalanan indie dan DIY untuk naik keatas sehinggalah pada akhir hayatnya, dia dicalonkan sebagai penyampao radio paling popular 2010.


Kata orang nak tahu seorang seniman tu hebat atau tak, tengok peninggalan dia selepas dia mati. Pagi tadi suratkhabar melaporkan rumah Din Beramboi dimasuki perompak untuk mencuri barangan peribadi beliau........Sounds like Jimi Hendrix bila dia mati eh? Brilliant!

Thursday, April 1, 2010

Facebook


Seorang budak Melayu dan 2 budak Afrika tengah berdebat siapa paling cool dengan kawan paling ramai dalam Facebook.
.
Saat Omar hanya duduk diam memerhatikan mereka itu dari jauh sahaja.
.
”Aku paling banyak kawan kat facebook” kata budak Afrika.
”Berapa Friendlist kau ada?”tanya budak Melayu tu.
” 879 orang !” kata Budak Afrika itu.
Budak Melayu itu terus mentertawakan dia. Sudah tentu ianya menjadi bahan ketawa budak Melayu itu.
”Kalau macam tu aku lagi hebat dari kau. Aku ada lebih ramai kawan kat facebook dari kau” kata Budak Melayu tu.
”berapa kawan kau ada?”
”Aku ada seribu dua ratus lima puluh kawan” kata Budak Melayu berlagak.
kemudian budak Afrika yang lagi seorang mula ketawa besar.
”Kalau macam tu aku lagi banyak kawan dari kamu berdua. Aku ada 4 ribu kawan di facebook ha ha ha . Tu tak campur di myspace dan friendster lagi tu“
kemudian datang seorang lelaki kearah mereka sehingga dua budak Afrika dan seorang budak Melayu itu tergamam.
Lelaki itu berbadan besar dengan rambut putih. Misainya juga turut berwarna putih.
Lelaki itu tidak berkata apa. Dia hanya memerhatikan budak-budak itu.
Tiba-tiba dia tergelak besar. Dan ketawanya makin kuat bila mereka terus tercengang melihatnya. Dia ketawa sambil tangannya menuding pada budak bertiga itu.
Kemudian lelaki itu terus beredar.
”Siapa tu?” tanya budak Afrika itu.
”Thats our prime minister” jawab budak Melayu tu selamba.




* Al fatihah Din Beramboi. U my fav comic dj back in Time Highway radio years ago.