Wednesday, April 14, 2010

Choose Life


Trainspotting keluar tepat pada masanya. Ketika kami dahagakan hero penagih dadah sebagai role model.
Siapa lagi kalau bukan Renton.

Theres is me, That is Saat, and my three droog. That is Aldrain. Ujang and Ayie.
And the year is mid 90s.
Ketika itu pengaruh Nirvana mulai suram dan suasana Brit Pop yang lebih kelas dan berlagak mula mengambil tempat.
Aldrain datang dari Sarawak dan dia yang berjaya mengubah Ujang.
Ujang yang dulu dengar Grindcore serta ada poster Kurt Cobain besar atas almarinya dengan mudah termakan pujuk rayu Aldrain yang secara senyap2 membawa anasir muzik british ini melalui paduan gitar bret Anderson half man half gay itu.
.
Maka kami pun jadi Brit Pop.
Siang malam Suede.
Kemudian Oasis.
Kemudian Blur sikit-sikit.
Dan juga Weezer.
.
Dan ada juga yang lain. Tapi yang nyatanya Ujang dan Ayie mulai termakan hasutan Muzik British itu. Ayie yang bermain drum mula perasan dia pemain drum Suede (muka dia pun ada iras-iras Bret Anderson actually)
Ujang pula mulai beli kasut Vans. Kasut yang sama dia pakai untuk sepanjang belajar dikolej.

AKu tanpa sedar mula mengkagumi Liam Gallagher. Walaupun rambut aku tak lansung macam lelaki bongkak itu. Aku mula terikut-iut dengan jalan kengkang lagak gangster kampung itu bila turun ke seksyen 2. Walaupun aku dan Aldrain mengakui Oasis kumpulan yang berlagak maka dengan itu mereka tak perlu diberi perhatian yang lebih.

Bilik Aldrain jadi port. Kami layan kaset yang sama. Baca majalah yang sama. Tapi ketawa dengan lawak yang lain setiap hari.
Bukan nak berlagak, tpai kat Jati tu kami rasa kamilah paling brit pop antara yang ramai.

Tapi pengaruh Brit Pop antara kami tak leibh dari 3 tahun. Bila Aldrain pulang semula ke Sarawak.
Kami kembali keasal kami.
Ujang mula mendengar Ayumi Hamaski.
Ayie dengar XPDC.
Sham Oi lepak dengan budak Food Not Bomb dan dengar kaset yang sama selama 5 tahun.

Hanya aku yang stick dengan muzik British. Ketika ini Radiohead baru saja keluar Ok Computer. Album yang aku dengar hari-hari.
Tanpa aku perasan muziknya yang depressed menyambung kepada depression year for the whole decade.

Up until this day, Hanya Aldrain sahaja yang boleh pengaruh Ujang.

So back to the question. Who among us are really Renton?
Its me...... I choose life.

1 comment:

MOLOKO said...

Toilet bilik kita kat Pualam Tiga tu..macam yang Renton choose to shit...

I'm a grunger..now I'm a listener..a blogger..& forever a storyteller..