Thursday, April 15, 2010

Lisa Surihani

Lakonan mantap dari Leo Di Caprio. Brad Pitt tak boleh berlakon sebaik ini.


manusia memang biased bila memilih seni untuk santapan rohani.
termasuklah aku jugak kadang-kadang....

contoh:
A:Cicak man 2 dah tengok?
B:Ah Malaslah. Gelilah....
Verdict: B malas tengok Cicak man 2 sebab dia konon dia biased pada binatang. Padahal dia sebenarnya tak suka Fasya Sandha.


Aku tak nak biased bila menonton filem, teater dan juga muzik. Dulu kalau filem tu ada George Clooney atau Watie Elite, aku refuse untuk tonton. Tapi aku tahu ini bukanlah spirit yang baik. Aku tak boleh biased dalam menentukkan hasil seni yang baik.

Untuk membuktikan ini aku memilih filem Melayu yang terbaru ditayangkan dipawagam walau siapapun pelakonnya. ini masa aku untuk berbakti pada industri. Duit yang aku gunakan untuk bayar untuk menonton filem Melayu, teater Melayu adalah untuk support industri. Dan industri disini bermaksud kawan-kawan kita juga, student2 kita juga dan Miss World kita juga. Bukannya orang lain.

Aku tak tahu apa tajuk filemnya tapi aku tahu nama pelakonnya.
Lisa Surihani, yeah! Jeng jeng jeng.

Balik kerja aku dah berangan yang aku akan tonton filem Melayu lakonan Lisa Surihani. Walaupun aku tak pernah tengok dia berlakon but i think shes not a bad actor. she must be good. Shes cute anyway.
Sekurang-kurangnya kalau filem tu bosan at least boleh aku usha dagu dia yang berlekuk tu je.
here i come Lisa Surihani, here i come.

One Utama adalah shopping Complex terbaik di KL tahun 2008.
Sekurang-kurangnya ianya jauh dari kuil. So One Utama not a bad choice untuk menonton filem. Apa pilihan lain yang aku ada? Rex Petaling Street dah lama tutup ok!
walaupun The Mall adalah shopping complex paling cantik di Malaysia tapi kat sana takde pawagam.

Aku parking motor dan Aku naik tangga tinggi tu.
Kaunter kosong. Alhamdulillah.
tapi aku tak paham kenapa tali tu mesti berbelit-belit. Boringnya
Kalau ada bola dah lama aku tunjuk skill aku gelecek sebelum sampai ke kaunter.
tapi aku bijak. Aku tak ikut tali tu. Aku tak ikut dakyah mereka ni.Aku berlajan lurus ke kaunter dan terus berdiri dibelakang Amoi yang beratur.harap ada orang taak nampak yang aku dah potong Q.

Aku berdiri menunggu giliran untuk dipanggil.teragak-agak jugak aku untuk kekaunter tu . Bila budak lelaki rambut setengah afro yang jaga kaunter tu bagi siyarat mata pada aku untuk datang dekatnya, aku pun tanpa berlengah terus pergi kepadanya.
Kalau dia tak bagi green light memang aku tak berani nak datang kedepannya dan beli tiket.
Aku ni skema sikit.

"Ye bang nak tengok filem apa?" mukanya memang tak ubah macam Omar Rodriguez.
Aku tercari-cari judul filem baru Lisa Surihani tu diatas skrin. Tapi tak nampak tajuknya.
Tiba-tiba aku ternampak tajuk Shutter Island! "Oh fuck!"kata hati aku. Leo Dicaprio, Mark Rufallo, ben KIngsley dan the old man from Minority Report serta bini Heth Ledger dalam Brokeback Mountain? dan diarahkan oleh Martin Scorsese? mana boleh aku ignore filem ni. This is a must watch for me, kata aku dalam hati.
dalam masa yang sesingkat itu aku tukar niat aku. Sorry Lisa, sorry Farid.
.
"Shutter Island satu!" jerit aku kuat, sengaja nak bagitahu orang lain yang aku nak tengok filem Scorsese. Aku terbayang David Teoh menjeling sebelah aku.
Pilih seat bang"
"Wah! Hebat sekarang dah boleh pilih seat ye?" gurau aku walaupun aku tahu part of the excitement of Cineplex adalah memang boleh pilih seat.
Budak yang baru lepas SPM tu hanya tersenyum. Dia takde mood nak layan lawak bodoh aku.

Aku pun masuk ke panggung wayang. Seperti biasa aku singgah ke tandas dulu untuk kencing dan cuci muka. Nak tengok wayang kena feel beb. Kena clean mind and everything. Baru boleh enjoy.

Aku pun masuk ke panggung wayang tu. Seatnya probably the most comfortable in KL.Aku ada dua budak perempuan masuk aku terpaksa angkat kaki macam acrobatik nak bagi dia ruang duduk sebelah aku. Duduk je disini mereka buat bising.Lawak jenaka apa entah tapi untuk nampak friendly, aku pun turut ketawa sekali.

Lampu pun gelap.
Tak sabar nak tengok iklan. macam biasa ada iklan handphone, iklan tv dan iklan beer. takde iklan fab kat sini sebab semua assume makcik-makcik tak tengok wayang. Eh diaorang ingat orang yang tengok wayang ni tak basuh baju ke?

Beberapa gezek pun ditayangkan smeua filem company2 besar Hollywood. Universalhlah. Paramountlah apa lah. macam menarik je semua gezek ituew. semua ni kena tengok ni, kat akau dalam hati. Ah pandai mereka curi duit aku.

Tak lama kemudian tanpa ada sebarang sign filem pun bermula. jeng jeng jeng.

Pok pek pok pek Leo Dicaprio menunjukkan kehebatannya berlakon.Bunyi audio memang suspend. This is psycho thriller, kata aku. And its not going to be a happy ending film teka aku lagi.

hampir 2 jam kemudian filem tu tamat.
Betul tekaan aku. takde happy ending.
Satu lagi tekaan aku yang betul adalah semua doktor gila memang suka pakai bowtie.

Aku yang paling awal bangun dari kerusi sebab aku dah lapar nak makan malam.
ketika melalui lorang itu, cuma satu je aku terpikir; Brad Pitt tak akan menjadi pelakon sebaik Leo Di Caprio. Dalam hati aku ketawa riang.

2 comments:

aloy_paradoks said...

semoga berjayalah..

MOLOKO said...

Hehe..Scorsese & Leo Dicaprio- makin tua...makin menjadi bro! Great post..rasa digeletek bila membaca!