Wednesday, April 7, 2010

In Betweens........

“Excellent!” jerit aku kemudian tekan button tu.
“Tekan sekali je bang, tak payah tekan banyak-banyak kali”
”Oh ye ke? Sorry. Saya excited sangat dapat tiket filem ni” kataku kemudian ketawa.

Malam tu bersiap nak keluar tgk wayang.
Perempuan taruh foundation je dah setengah jam.
Laki paling laju dalam hal bersiap ni.
Tak sampai 5 saat aku boleh bersiap complete ok.
Sarung jeans 2 saat.
Pakai baju 2 saat.
Tarik rambut 1 saat.
Siap! Dah ready untuk kemana sahaja; Tapi perempuan.....malas cerita.
Yang paling syok bila dah keluar dari rumah mereka akan tanya pukul berapa.
Bila kita bagitahu jam pukul berapa mereka akan mengeluh ”alah dah nak dekat puluk 9. Dah nak start dah!”
Women, cant live without them cant bla bla without them.
Patutlah banyak kawan aku jadi gay. Gitu ceritanya.


Sampai di tempat parking kereta, semua tempat kosong dah penuh.Parking takde.
Ini masalah besar KL. Shopping complex berlambak-lambak. Tapi parking takde. Tu satu reasonnya aku naik motor.
Aku pun Berpusing-pusing cari parking.
Cari parking berpusing-pusing.
Bukan aku yang berpusing ok, kereta aku yang berpusing.
Ada satu tempat kosong. Tulis single female driver.
Aku sanggup drag sekejap untuk kasi nampak macam female.
Tapi tak boleh sebab aku tak single. Sebelah ada mem.
.
Bila aku melepasi parking Single Female ty aku nampak
ada 2 lelaki cibai parking kat situ. Aku yakin mereka bukan single female sebab 1) muka mereka memang macam lelaki 2) mereka tak single. Ada ramai jantan dalam kereta tu. Mereka keluar sambil ketawa kah kah kah kerana berjaya memperdayakan pak guard shopping compleks tu. Well aku bukan pak guard. Aku tak mudah terpedaya.

Geram aku. Diaorang tak payah cross dress pun boleh parking kat situ.
Aku pun berpusing-pusing. Bukan aku yang berpusing ok, kereta aku yang berpusing.
Mungkin aku patut beli rumah sebelah shopping complex, jalan kaki je nak tgk wayang tak payah pening kepala pikir pasal parking.
Pernah dengar cerita pasal seorang lelaki India cari parking kat Sg Wang Plaza tak dapat-dapat sampai kereta minyaknya habis?
Tak pernah? Bagus sebab aku reka je cerita tu.

Lepas dapat parking tingkat bawah kami pun terus berlari keatas. Tinggi sanngatlah kompleks ni, dah macam Tower of Babel pulak rasanya.
Kami bagi tiket kat budak tu, dia koyak tiket aku.
Kami pun masuk. Takde popcorn. Dah bertahun aku tak beli popcorn bila tengok wayang. Hari tu pun makan popcorn Ajin je.
Mereka tayang gezek. Sekali lagi filem Jack Gylenhall.
Pastu ada filem apa entah aku dah lupa.
Jeng jeng jeng filem pun bermula. Kami tengok.
Lelaki hujung sana yang badannya lebih gemuk dari aku ketawa macam cilake bila ada adegan lucu. Dia tak tahu yang orang lain pun ketawa jugak. tapi bukan ketawa filem tu. ketawa dengar dia ketawa. Inilah art katanya. excitement tu datang dari spirit yang tak disangka-sangka. ye ke? Mungkin jugak sebab bila mamat tu ketawa aku tak lagi tengok skrin. sebaliknya aku sibuk tengok dia
Tapi takpe. yang penting dia pandai enjoy. Bukannya macam Wamat yang tak gelak lansung bila tengok filem Adam Sandler.
. Good. He really knows how to enjoy the movie.
.
Sejam setengah kemudian filem pun tamat.
Yang baik dibalas baik yang jahat dibalas jahat.
Yang jahat masuk neraka dan yang baik dapat kuda.
Ini sesuatu yang rare yang jarang kita tengok dalam filem Melayu.
Filem Melayu balasan untuk hero paling kuat pun dapat pergi haji je.
.
Kami pun beramai-ramai keluar dari pawagam itu.
Part balik ni pun seronok gak sebab ramai-ramai berjalan keluar. Macam balik kelas mengaji je rasanya.
Kalau sesat lagi aku suka. ramai-ramai akan menjerit "wooohh!" sambil mentertawakan diri sendiri sebab ikut je hala tuju orang depan.

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

hoho..aku tau ko memang suka perhati orang ketawa bila nonton wayang..itu lebih melucukan ye georgie boy...

hmmmm..I did the same thing bro..its funny!

Anonymous said...

jap...
nk tnya...
butang excellent 2 kt mana sbnrnya..?
intan da g byk kali..tgk xde pun
cite yg cik saad g tgk 2 cite pe?

saat omar said...

yes more funnier georgie boy....and accidentally all of them are fat men!

haha Intan...butang excellent hanya ada di Cathay Cineleisure sahaja...tu pasal penjaga tiket wayang di pavillion tu macam sombong je mukanya...sebab mereka tak 'dinilai'