Monday, April 5, 2010

The Death of The Funniest Man


Rasanya tak terlambat untuk menulis tentang Din Beramboi.

.

Pertama kali aku mendengar nama Din Beramboi ketika kau masih di from 3.

Ketika itu Lan dan Ijan sahabat baik yang bekerja di restoran Kuala Selangor tak habis-habis promote aku dengan lawak jenaka dari kaset.,

.

”lawak Mir. Lawak gila” buat sekali mereka promote tapi banyak kali.

Dan aku yang tak dengar kaset interview itu, hanya mampu melopong.

Thats my friend, the first time I heard the name Din Beramboi.

Lama kemudian watak Din Beramboi ini dipopulalrkan oleh Ujang and the gang dalam komiknya. Siapa yang tak kenal din Berambloi, watak yang gila dengan selipar ditangan dan macam-macam gila.

And of course that’s not a work of original,

Kemudian, the real din Beramboi muncul dan kes saman pun bermula.

Kemudian senyap semula.

Sehinggalah suatu hari aku dengar Time Highway Radio Dj bernama Din Highway. Aku tahu ini orang yang sama dengan mengaku sebagai Din Beramboi.

Dari situ aku mendengar lawak radio paling kelakar pernah aku dengar.

Sketsa bekas banduan yang merancang untuk merompak bank adalah lawak radio paling kelakar pernah aku dengar. Ketika itu shownya start very early in the morning. Aku berjaga sepanjang malam hanya untuk mendengar rancangan Din Highway.

Din Highway suka pasang lagu Sudirman Kau Akan Kembali. Dan sehingga sekarang bila aku dengar lagu tu, aku akan teringatkan Din beramboi.

Perjalanan kariernya sebagai penyiar dan komedian memang penuh luki-liku. And its not easy untuk dia naik. Cuma kebelakangan ini namanya mula meniti dibibir peminat vila dia hos radio Era dan juga kemunculan sebagai juri dalam Raja Lawak.

As a comedian, hes one of a kind. Mungkin nagi orang lawaknya merapu. Tapi bagi aku yang memang mesra dengan lawak absurd, tiada yang ganjil dengan lawak . Like a pure Gombak fellow;. Hes funny.

Selalu dengan Ajin aku bertanya soalan yang sama ”kenapa orang Gombak semua kelakar ek?” And by that I mean Din Beramboi among others.


Nabil ketika ambik trofi Bintang Popular (aku tertengok ok) mengatakan yang Din Beramboi adalah orang paling kelakar pernah dia jumpa.

Bagi aku Din Beramboi harus diingati lebih sebagai seorang pelawak.

Din Beramboi adalah artist paling awal yang menggunakan jalanan indie dan DIY untuk naik keatas sehinggalah pada akhir hayatnya, dia dicalonkan sebagai penyampao radio paling popular 2010.


Kata orang nak tahu seorang seniman tu hebat atau tak, tengok peninggalan dia selepas dia mati. Pagi tadi suratkhabar melaporkan rumah Din Beramboi dimasuki perompak untuk mencuri barangan peribadi beliau........Sounds like Jimi Hendrix bila dia mati eh? Brilliant!

1 comment:

MOLOKO said...

Yup..aku agree dia memang one of a kind..

To me..dia Will Farrell Malaysia..Semoga dia digolongkan di dalam golongan orang yang beriman..jasanya menghiburkan hati yang lara..jadi gembira..Aku SALUTE!