Thursday, April 29, 2010

Arnab dan Kura-Kura


Pada satu hari, ada seekor arnab tinggal didalam sebuah kampung.

.

Arnab ini pandai berlari laju. Dalam kampong itu tiada siapa yang boleh lawan dia berlari.

Sebab itu arnab ini sombong.

Kambing sangat benci dengan sikap sombong arnab ini.

.


Satu hari dia dicabar untuk berlumba lari dengan seekor kura-kura.

Arnab hanya ketawa berdekah ”Macam sial. Lu orang nak bandingkan gua dengan kura-kura ini?Sudah tentu gua boleh beat dia 10 tiang” katra arnab dengan bongkaknya.

Pada mulanya kura-kura tak nak berlumba dengan arnab ini. Bukan kerana dia takut. Tapi dia hanya malas je.


Tapi bila seisi binatang dikampung itu menyokongnya, kura-kura pun bersetuju.

.

Hari pertandingan pun bermula. Semua binatang.hadir menyaksikan perlawahan bersejarah itu

Sebaik sahaja kambing menembak pistolnya, Arnab pun terus berlari laju.

Kura-kura seperti biasa berjalan perlahan-lahan. (actually kura-kura merangkak ye, bukannya berjalan)

Arnab terus berlari . Bila dia menoleh kebelakang dia tengok kura-kura masih tak nampak bayang. Arnab makin konfident yang dia akan menang mudah.

Arnab akhirnya berteduh dibawah pokok yang rendang. Tanpa disedarinya dia telah tertidur.

Sementara itu kura-kura terus merangkak perlahan-lahan.

Akhirnya kura-kura berjaya memintas Arnab yang terus tidur lena. (arnab tidur lena sebab termimpi pelakon Metrowealth Lisa Surihani)

Bila Arnab terjaga dari tidurnya, dilihatnya kura-kura sudah semakin hampir ke garisan penamat.

Tapi arnab bukanlah bodoh. Dia tahu selaju mana pun dia berlari dia tak akan berjaya memintas kura-kura. Arnab mengambil keputusan untuk menyambung tidur semula, Kali ini dia berharap yang dia akan bermimpi David Teoh pula.

Sementara itu digarisan penamat seisi binatang yang ada disitu meraikan kejayan kura-kura memenangi perlumbaan itu dengan sorak dan sorai.

.

Sudah tentu arnab tak tidur dengan sengaja. Si kambing yang bagi ubat batuk padanya sebelum perlumbaan.

.

Kura-kura mungkin menang perlumbaan itu, Tapi semua binatang tahu, yang antara dua binatang itu siapa sebenarnya yang lebih kuat berlari.

5 comments:

MOLOKO said...

Ni namanya dah kering idea ke yop!
Saja post untuk kasi weekly update lancar, haha..

idmalina mohamad ideris said...

wahahhaha..cite arnab ngan kure2 versi en saad...

saat omar said...

not kering idea sir..this is story between arnab and kura-kura.

heh Idmalina...ada unsur2 politik sikit kat situ

Anonymous said...

Saat! tak semua orang paham apa yang kau cuba sampaikan saat...aku je yg paham saat....its a very funny story actually hoho...

Tapi yang mana satu Arnab yang mana satu Kura-kura ek? PKR yang mana UMNO yang mana? hahaha....

saat omar said...

Anon....hah..it might be about politic , it might be not..if everything is a metaphore for politic then wolrd would be a dull place...

i prefer to loot it as a reference to whats going on with EPL right now, by that I means the Arnab is the Liverpool and Kura-kura is Chelsea....Savvy?