Sunday, May 2, 2010

Design 101: Basic Design For Beginners: Font/Typeface


Contoh book design 1

Contoh book design 2

Contoh book design 3

Assalamualaikum adik-adik semua,

Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan Basic Design For Beginners.

kali ini kita masih membincangkan tentang font/typeface dalam cover buku.

Kali ini kita akan membincangkan basic mistakes yang dilakukan oleh pereka design yang amatur. (dan juga professional kadang-kadang)

Kesalahan ini biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti bila nak buat program konferensi dan lain-lain program yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sebaya mereka. Font yang mereka tampal mesti akan tonggang terbalik. Bila ditegur mereka buat tak tahu je ,konon mereka avant garde. Kenapa ianya harus senget-senget dan tonggang terbalik pakcik pun tak tahu. Kreatif? Please.........

Tapi ada juga kadang-kala kesalahan ini dilakukan oleh pereka design professional.

1) JANGAN SENGETKAN FONT

Ok ini rules basic yang biasa dilanggar oleh designer(terutama designer tempatan dinegara macam ini). dalam apa juga keadaan, Jangan sengetkan kan typeface tersebut.

Fungsi typeface adalah untuk dibaca. dan manusia perlu berada dalam keadaan selesa untuk membaca. Jadi tak perlu senget-sengetkan typeface tersebut (sila refer pada contoh book design no.1 diatas)

Ingat tak scene dalam filem Pendekar Bujang Lapok bila P Ramlee menulis diatas?
Bila Pendekar Mustar tanya kenapa ianya(font) yang ditulis P Ramlee duduk dibawa? Ramlee menjawab " sebab ianya dah lama duduk diatas!"
P Ramlee berbuat demikian kerana dia tak reti menulis, anak-anak.
lalu Pendekar Mustar pun menghantar P Ramlee dan kawan-kawannya kesekolah membaca untuk orang-orang dewasa.

Pengajaran dalam babak ini mudah sahaja anak-anak. Font itu tak perlu ditonggang terbalikkan. ianya perlu terus duduk' dibawah'.

TAK PERLU BERTINDAK KREATIF PADA FONT
Banyak pereka, cuba berlaku kreatif dengan menyenget-nyegetkan font.
Ini tidak perlu. Kerana typeface itu sendiri adalah satu hasil kerja kreatif. Cuba tanya Ajin di Lim Kok Wing kalau tak percaya. Dan kalau tak percaya juga boleh tanya Stefan Sagmesiter.


Namum begitu ada juga exceptionnya. Cuba refer contoh kulit buku nombor 2. Pereka design sengetkan typecafe tersebut. Dan ianya kelihatan sesuai untuk keseluruhan cover buku tersebut.
ianya kelihatan sesuai atas beberapa perkara.
1)Font yang senget tak terlalu obvious.
1) Warna background yang minimal.
2) Ianya sebuah buku untuk kanak-kanak.

Buku kanak-kanak seakan memberi lampu hijau untuk typeface ke ape ke ditonggang terbalikkan. Tapi untuk cover buku sastera yang serius, memadailah ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu ada campur tangan untuk menonggang terbalikkan design typeface tersebut.


kalau susah-susah sanga nak design biar je macam contoh book design nombor 3 tu.

Cover book design yang baik adalah yang santai dan sedap mata memandang. Serta yang jelas informasinya.

Sekian saja untuk hari ini anak-anak. Belajar banyak-anyak nanti tak ingat pulak nanti.

Sekian, jumpa lagi dilain waktu dan ketika.

Ingat semua, design adalah kerja hidup atau mati.

Chow!

3 comments:

MOLOKO said...

Buku Dari Malaya je banyak design cam sample 01 & 02! That's how We Malaysian normally look at things...

syahrulfikri said...

sayang betul buku ko dpt designer lepas tangan ni... dlm mana2 design sekali pun, kita perlu start dulu dgn the target audience, dan aku rasa designer ni lepas tgk pasal tu la design dia kelam-kabut takde arah tuju... lost... patut dia buat clean design, style feather crop askar tu sgtla ketinggalan zaman... hmm takle nk ckp la beb.. next time kita buat sesama jek design...

saat omar said...

yes moloko...


lol Ajin...oi sempat lagi ek? Say hows West End? ada jumpa queen Elizabeth?