Monday, May 3, 2010

The Bands Visit dan The Special One



Ada lagi gambar Jose Mourinho yang lebih meriah tapi aku tak jumpa.

Aku terbangun awal.

Ada sejam lebih lagi sebelum Inter vs Barca bermula.

Kalau aku tidur balik aku akan terus tertidur sampai pagi.

Jadi aku buat apa yang biasa aku buat kalau aku insomniac; aku selongkar koleksi DVD mana yang belum tengok.

.

Ada beberapa filem yang menarik perhatian.

Tapi terlalu heavy. Takut tak terlayan. Pagi ni aku perlukan sesuatu yang santai. Sesuatu yang mudah. Bukan terlalu mudah tapi yang tak terlalu heavy. Faham?

.

Ditangan aku ada satu DVD dengan cover yang taklah menarik sangat.

Tapi gambar daun Cannes itu yang membuatkan aku terus terpesona menggengam dvd ini dalam tangan aku.

The Bands Visit tajuk filemnya.

.

Covernya ada muka perempuan dan lelaki Arab didepan pintu kedai. Pada hari biasa ini adalah pilihan yang mudah. Tapi kali ini ianya sesuatu yang sukar.

Ada sesuatu tentangnya yang sedikit menjengkelkan.

The Bands Visit adalah filem Israel.

.

Sesetengah dari kamu juga tentunya pernah bersangka skeptikal dan biased seperti ini. Aku juga begitu.

Mendengar sahaja nama Isreal sudah cukup membuatkan aku loya dan menggeletar seluruh badan.

Tapi aku tak selamanya mengharamkan semaian seni orang-orang yahudi. Mereka adalah antara penggiat seni yang aku kagum; Kubrick, Spielberg, Woody Allen, Seinfeld, Primo Levi, Bob Dylan,Naomi Klein,termasuklah Adam Sandler. (but no I never find Barbara Streisand cute in Funny Girl)

Tapi ini bukan sahaja Yahudi Eropah. Ini adalah filem Israel.

The sacred land.

Lama aku memegang DVD The Bands Visit. Samada aku harus tonton filem ini ataupun tidak. Antara berfikir samada harus aku teruskan atau tidak.

.

Dan ketika itulah baru aku tahu kenapa aku cuba nafikan dari menonton filem ini. Ya aku takut. Aku takut kalau akhirnya filem ini bagus ,aku takut aku give a nod to them jewish filmaker. Aku takut aku jatuh cinta pada mereka.

Dan yang lebih teruk lagi aku takut setelah menonton filem ini aku akan berasa simpapti pada Yahudi Israel.

Aku harus kuat. If not now when?

Perlahan-lahan aku masukkan CD ini kedalam kepala DVD Player itu (Sony ok!)

Malam ini aku beranikan diri. Aku rasa aku dah cukup kuat sekarang.

Orang Isreal takkan mendapat simpati dari aku sehebat manapun The Bands Visit ini. Schindlers List pun takkan mampu membuatkan aku simpati pada yahudi-yahudi itu.




Bismillahhirahmanirrahim. Aku pun tekan play.

Aku dah bersedia. Aku peluk bantal aku kuat-kuat.


If not now when? The Bands Visit aku beli setahun setengah yang lalu.



Hanya sekarang aku ada kekuatan untuk menonton filem ini. Mungkin kalau Liverpool tak kalah aku tak akan tengok kot filem ni. Tapi season ini teruk, and im not gonna loose anything.

Filem pun bermula.

Ah seseorang pernah berkata, If the film is good u gonna know it right away. Kata seseorang yang bijak itu. AKu dah lupa samada ianya orang Russian ataupun orang Peranchis.lupa. Seseorang tentu pernah mengatakan tentangnya. Kalau tak ada orang cakap macam tu mungkin aku sendiri yang beranggapan begitu.

Ah aku memang selalu quote diri aku sendiri.

Dan begitu jugalah dengan The Bands Visit ini.

2 minit filem ini bermula aku dah dapat mengagak yang aku akan suka filem ini. 2 minit file mini bermula kau sudahpun tahu yang filem ini filem yang akan membuatkan kau orgasm.

First imej; lelaki berpakaian Orkestra ditepi lapangan terbang dalam keadaan keliru. Shot ini sahaja sudah cukup membuatkan aku terpesona pada The Bands Visit. Lihatlah betapa hebatnya Yahudi ni.

5 minit menonton The Bands Visit, aku tak peduli lagi tentang Barcelona dan Inter Milan. Go away Messi and Special One, I gotta to finish this movie this morning fikirku lagi.



Maka begitulah aku terus menonton file mini. Sekejap aku tergolek tepi sofa. Sekejap aku menerap bawah lantai. Kadang-kadang aku garu celah kangkang aku. Tapi perhatian aku tumpukan penuh pada imej-imej. Beremsra dengan imej-imej minimalnya. Ruang digunakan sebaik mungkin. Pekan yang daif itu dintjukkan dalam ruang yangmembina dan terpencil. Sesekali warna earth itu diganggu dengan kehadiran lelaki-lelaki Orkestra ini yang memakai uniform berwarna biru muda.

.

Mereka boleh sahaja pulang, tetapi atas nama tugas mereka terus berjalan dikota asing itu.

Ah Isreal, dan juga landskap Palestin, Iran, Iraq ,Mesir apa bezanya? Warna yang dull dan pasir bertaburan dimerata-rata.

Ianya sudah cukup membuatkan aku menutup DVD ini dan menonton 10 Abbas Kiarostami pula. Sekurang-kurang yang memandu kereta itu perempuan yang cantik. Ini lelaki orkesdtra yang berjalan kehulu kehilir tanpa tujuan. Nak buang cincin pun tak, nak pinang Puteri Gunung Ledang pun tak.

Jadi dimana stimnya filem ini?

Clue:wajah Tawfeck yang bersahaja dan tak pernah putus asa.

.

Dan juga suspen mereka adalah lelaki Egypt dan berada di Tanah Yahudi.

.

Kisah The Bands Visit ni mudah sahaja.

Bagi sesetngah pembikin filem ianya boleh tamat 15 minit sahaja, tetapi ditangan pengarah filem ini (yang namanya aku rahsiakan atas sebab-sebab aku malas nak tengok cover dvd tu balik) ianya berjaya dipanjangkan sehingga hampir tamat game Barcelona dan Inter Milan itu. This is a typical arab/jewish film yang kita boleh lihat dari filem-filem terkenal macam taste of Cherry dan Children of Heaven itu.

.

Masalah diberi dari awal. Masalah yang basic dan the idea of solving it through the whole film.

The Bands Visit mengisahkan sekumpulan pemain orkess

tra dari Egypt yang dijemput datang ke pekan teprencil di Israel untuk membuat persembahan kebudayaan.

Bila sampai di Airport takde siapa yang ambik mereka. Mereka, 7 lelaki berumur naik bas dan sesat sehingga ke sebuah café yang dimiliki oleh perempuan Yahudi horny bernama Dinna. Kerana takde hotel, lelaki-lelaki itu menumpang tidur dirumah Dinna dan rumah lelaki Yahudi yang lain.

.

Bands Visit tak mahu berbincang tentang soal-soal remeh sejarah antara dua bangsa dan dua negara itu. Ianya juga tak mahu berbicara tentang bagaimana politik memisahkan dua bangsa itu. Tak banyak dibicarakan perbezaan antara dua negara itu. Ini termasuklah bila bapak seorang lelaki Isreal bercerita bagaimana ketika mudanya dia juga bermain muzik dan dia mendengar The Beatles dan Rolling Stones. Tapi tak sekali pun mention Bob Dylan yang yahudi itu sebagai inspirasi. See?

It’s a movie about peace between teo nation that rather not to talkThe writer try to avoid racial subject here.

Kalau ada pun mungkin pada babak akhir dimana Dinna, tuan punya café yang baik hati menceritakan ketika kecilnya dia dan keluarga suka menonton filem-filem Arab lakonan Omar Sharif sampai menangis. Tapi itu dulu, kata Dinna. Samada mencadangkan bahwa filem Arab sekarang tak baik, ataupun mengatakan yang dia sendiri yang sudah berubah ataupun keadaan politik yang membuatkan filem Arab tidak lagi ditayangkan di Israel.

.

The Bands Visit cuba menolak menceritakan tentang hubungan Isreal dan dunia Arab secara jelas. In another words, it is about realtionship Isreal and Arab but not really relly on that subject.

.

Ada satu lagi babak menarik yang aku suka. Bila lelaki-lelaki orkestra minum di cafe Dinna, di dinding tergantung gambar kereta kebal dan beberapa gambar kemenangan tentera Israel dimedan perang. Melihat sahaja gambar itu lelaki dari Egypt itu pun sudah rasa benci dan cuak.Lelaki itu menggunakan topinya untuk menutup gambar kereta kebal itu. Uniform topi yang ditanggalkan menunjukkan askar yang tak complete.

.

Namun begitu filem ini mungkin tidak akan berjaya tanpa lakonan cemerlang pelakon lelaki utamanya(namanya dirahsiakan sebab aku malas nak tengok cover DVD itu) Lakonannya yang bersahaja dengan hidungnya yang besar memang membuatkan watak Tawfek itu berjaya meraih simpati aku. Wajahnya ada iras-iras Pie sikit. Dia berjaya menunjukkan lelaki Arab yang benci pada Yahudi dan dalam masa yang sama dia berterima kasih dengan hospitaliti yang ditunjukkan oleh Dina itu.

The Bands Visit sepatutnya dicalonkan dalam Anugerah Academy 2007 dalam kategori Best Foreign, tapi kerana ianya lebih 50% dialog dalam Inggeris.

.

Aku terus menonton sampai aku tak peduli game Barca vs Inter Milan. Aku kusyuk menonton hubungan Yahudi dan Arab yang terlantar didaerah asing ini. Dinna dengan mudah menunjukkan dia sebagai wanita Yahudi horny yang bertimbangrasa. Dia mmenumpangkan lelaki-lelaki Arab untuk menumpang tidur (!) dirumahnya. Dan juga membawa Tawfek untuk berlajan-jalan disekitar kawasan pekan kecil itu pada waktu malam.

Tamat The Band Visit aku buka channel bola. Tinggal lagi 10 minit. Tak mungkin Messi mampu melakukan magik lagi.

Aku mula membayangkan ayam Nandos yang dijanjikan oleh Zali kalau Inter Milan berjaya ke final.

Malam itu beberapa peristiwa menarik berlaku.

.

Ada beberapa benda aku belajar. Tapi adalah pengalaman ini berjaya mengubah persepsi aku pada sesuatu yang lain?

The Bands Visit? Adakah The Bands Visit berjaya mengubah persepsi aku pada Yahudi Israel? Tak. Menumpangkan lelaki-lelaki berpakaian uniform dirumah semalam tak membuktikan mereka orang baik dan bertimbang rasa (kerana akhirnya Dina mendapat apa yang dia nak dengan berasmara dengan lelaki muda dan hensem dalam orkestra itu)

.

Dan Barcelona vs Inter Milan pula ? Yang ini mungkin. Messi mungkin the greatest player since Maradonna tapi dengan tektik yang baik, Barcelona boleh dikekang.

.

.

Ketika imej-imej dari filem The Bands Visit masih bermain-main difikiran aku, wisel penamat dibunyikan. Tamat harapan Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan Champs League di Madrid. Dalam kekalutan Xavi tak puas hati. Messi termanggu, diskrin tv dipaparkan seorang lelaki berpakaian suit hitam berlari ketengah padangan dengan tangannya tertunjang kelangit. Dia meraikan kemenangan itu dengan penuh bergaya dan style. Lelaki itu adalah Jose Mourinho. That night he looks like a star.

He is as what he claimed as The Special One.

.

Its not everyday I admirer a Portuguese dude as a football manager and Egypt actor.

Maybe next screening I should watch a black and white Portuguese.

Vidas Secas?

.

If not I would still stuck in desert somewhere in small town of Israel with Tawfeck and his Orchestra men.

3 comments:

syahrulfikri said...

ye aku pun suka cite ni, slow simple tp dpt membuat ko terpaku depan tv tgk sampai habis...

saat omar said...

Ajin kat London pun layan internet? oh come on Ajin....pi lah lepak pub ke....

MOLOKO said...

Bro! Watch Bruno untuk kepuasan Maksima! Especially the finale...Bola? Gua blur..I'm a suave bastard..haha