Sunday, January 31, 2010

Tak semua persoalan asas falsafah harus dijawab (dan ada jawapan) Kebanyakannya perlu dibiarkan menjadi misteri dan 'tergantung'.
Contohnya seperti dibawah ini;

Seorang pelajar bertanya pada gurunya
“ Cikgu Apa itu masa?”
Cikgunya berkata“Tak boleh jawap soalan kau tergantung”
Cikgunya seorang minimalist dan conceptualist.
Murid kedua bertanya,
“Cikgu Apa itu conceptualist dan apa itu minimalist?”
Cikgunya menjawab “Tak boleh nak jawab, soalan kau tergantung”
Seorang murid yang baru balik dari tandas bertanya
“CIkgu, angka bermula dari kosong atau satu?”
“Cikgu itu tertunduk kebawah dan menggelengkan kepalanya
Murid itu bersedih kerana soalannya tak dijawab
“Kenapa cikgu tak boleh menjawab? Susahkah soalan saya?Tergantungkah soalan itu?”
Cikgu itu pun menjawab “Soalan kau tak tergantung, tapi telur kau yang tergantung” Budak itu pun melihat zipnya yang terlupa untuk ditutup semula.

Thursday, January 28, 2010

Promo Kuliah Subuh, Albert Camus dan Think Outside of The Box

My puzzle is how to make the world rotate and circle.

I

Ada soalan yang akan membuatkan kita nampak bijak, dan ada soalan yang sebaliknya.

Contohnya;
Bila seseorang yang bijak pandai itu berkata.
"Think outside the box"
Aku akan bertanya balik ;"What kind of fuckin' box?"
Atau kau mungkin akan bertanya " Think what outside the box?"
.
tetapi soalan yang sepatutnya adalah; "Box?How do I get there at first?"
Ada soalan yang boleh membuatkan kita nampak bijak, dan ada soalan yang boleh membuatkan kita nampak sebaliknya.
tapi soalan itu, apapun ia, tetap wujud. Dan soalan tak perlukan jawapan. kadang-kadang ianya wujud untuk sekadar satu pertanyaan yang soalan atau masalah itu wujud. dan banyak juga kes dimana soalan tiada jawapan.

Ini persoalan Existential. Cuba baca Albert Camus Myth Of Sisyphus.

Aku teringat seorang kawan Indon pernah berjenaka. Katanya "Ustazkan pernah berkata; Sabar itu separuh dari Iman. Kau tanya ustaz tu balik, separuh lagi tu apa ustaz?"Katanya sambil ketawa menampakkan giginya yang besar. Dia tahu lawaknya itu kelakar.
.

Dan bercakap tentang ustaz.....ini promo Kuliah Subuh.


II
NAMA: Kuliah Subuh
TAJUK: Persediaan Mati
PENCERAMAH: Ustaz Amir Noor Hezam
TEMPAT: Surau Puncak Perdana
MASA: Masa? dah namanya Kuliah Subuh sudah tentulah......(Sila refer perenggang pertama bahagian I)
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tuesday, January 26, 2010

Ada 2 penyakit manusia moden.
1) Duit.
2) Kesunyian.

Duit. Selalu takde duit. kadang-kadang terlebih duit pun jadi gundah gulana. (tanya Notorious BIG kalau tak percaya) Duit=sekeping kertas ada harga diri , kata Wings dalam Belenggu Irama.

kesunyian. yang ni pelik. Budak2 sekarang bila bercakap tentang soal diri semuanya lost. semuanya takde haluan. tak percaya? pi tanya part 1 Program teater ataupun management.
Dan aku cakap balik. Ni zaman internet, zaman facebook, zaman YouTube...macamana boleh lost? macamana boleh sunyi? tapi jeritan kebosanan masih bersiponggang diudara. Nasib baik mereka tak hidup dizaman orang batu; bangun pagi dah kena fikir harimau mana nak kena tangkap nak makan dengan kelurga. Budak-budak sekarang bangun pagi pikir nak pergi kelas dan rasa boring. nak pergi kelas......bukannya suruh baling lembing pada zirafah.

II

Ini hobi baru aku. Dengar ustaz berceramah. Suatu pagi aku pergi pasar pagi Ahad didepan Stadium Malawati terkedu juga aku dengan ustaz tu berceramah (dan juga buat kelakar lah) Ini antara pengajaran penting untuk public speaking and such.Tiada yang indah sebenarnya dari dengar ustaz berceramah ni.Kurt Cobain bunuh diri sebab dia tak dapat merasa lazatnya ceramah dari orang-orang agama ni.
Dan yang penting, mereka ni lucu ya amat.

Stand up comedian di Malaysia wujud dari orang-orang begini, dari ustaz-ustaz yang berceramah tentang agama ni.

tak percaya? dengar Ustaz Ismail kamus berceramah. Dengar mat Sabu berceramah. mereka lagi bagus dan kelakar dari semua peserta-peserta Raja Lawak yang kita tengok di tv tu.
Dulu Akademi Fantasi ada ustaz (Mawi) yang perfom dan kemengan besarnya dalam AF3 mengubah industri muzik , industri sms, stesyen tv berbayar dan juga reality TV show di negara kita ini. (for good or for worse)
Kenapa tak ada ustaz yang masuk Raja Lawak dan berceramah?

Thursday, January 21, 2010

3 lelaki dihadapankan pada seorang pakar filem dari Hollywood.
Lelaki pertama adalah Cina Hong Kong.
Lelaki kedua adalah India Mumbai.
Lelaki ketiga adalah Melayu Malaysia.
.
Pakar Hollywood pun mula memberi ceramah.
“Dalam perfileman jangan mimpi kau orang boleh beat kami” katanya “we have biggest weapon, English language. We can attract people from all around the world to watch our movie. Lagipun kami ada teknologi. Kami ada pakar. Circulation distribution kami luas
Now theres only one way u can bet us, be better than us. U can be better than us by being special.
And u know what is your specialty are?”
Ketiga2 lelaki itu menggelengkan kepala.
'U have your own culture. Use it. Sharpened it. Make it big, then only u can be on the same level as us"
Dari 3 orang itu hanya 2 orang mengangguk.
"OK Chinese man what is your strength than we Americans don’t have”
“We have kungfu. We have martial arts. “ kata lelaki Cina tu bersungguh-sungguh.
“Good good. Practise it. Multipy it. 20-30 years later u can be good and have your own identity”
“OK Indian man. What is your strength that we don’t have?”
“We love musical. We want to add singing and dancing like Ginger Rogers and the one from Dancing in The Rain. And we have train”
“OK practise your dance and singing. 20-30 years from now u can have your own identity and be good. Then only u can berdiri sama rendah duduk sama tall with us”
Then pakar Hollywood facing Melayu Malaysia.
“Ok dude. What is your strength?”
“Err…I don’t know”jawabnya jujur.
“allright. Think about it. Meet me 2 days from now”
2 hari kemudian melayu Malaysia jumpa pakar Hollywood tu balik. Ditepi lelaki Cina tu practise kungfu dan lelaki India tu practise menari.
“Ok Melayu Malaysia, tell me what your strength is?”
“I still don’t know sir”
“OK go back and think. Meet me a week from now”
Seminggu kemudian, Bruce Lee lahir dan Bobby mula ditayangkan dipawagam-pawagam.
“Ok young man, tell me what is your strength that u can make your identity in your movie?”
Dengan bersahaja Melayu Malaysia menjawab “Que Haidar”

Wednesday, January 20, 2010

Aku cuma sempat tengok Sujud, RonaMaya dan Mautopia. Yang lain aku sibuk layan budak part 1 perform kat konferensi sebelah anjuran budak Management part 5. memang event silap timing aku mengaku, sebab aku pun nak bagi peluang kat budak teater untuk tengok Short Movie skrin juga. But its either this week or next week (konferensi must go on) next week on same Wednesday ada Karaoke. heh.....so.....
.
Tapi yang penting dua2 event full house. Syabas kepada production yang bertungkus lumus menjayakan majlis.

Diantara Sujud, Rona Maya dan Mautopia, aku suka Mautopia.
Kenapa? Sebab ada hotchicks.
Ah standard ah aku laki aku suka tengok filem yg ada perempuan cantik. Normal kan? (this is same reason yang aku kureng sikit dengan LOTR. LOTR is all about telur kehulu kehilir nak buang cincin. Cincin guna untuk apa? To tie a married. So bila lelaki buang cincin tu tanda dia tak percaya pada ikatan perkhawinan. So Hobbit ni gay ke apa? Dah le Smeagol tu hodoh. Uruk Hai pun buruk.
LOTR adalah pesta lelaki-lelaki hodoh. Kan?
Yang ada pompuan pun cuma bunian. tapi bunian bukanlah karakter perempuan yang menarik dalam filem sebab mereka ada power. Mereka boleh tangkas segala macam hantu dan lelaki sexy macam Aschton Kutscher. Perempuan yang ada power dalam filem tak mampu untuk menarik perhatian. (jangan marah je LOTR fan, gurau-gurau je))

Sujud ialah 2 lelaki pakai seluar pendek tidur terbongkang.
Rona Maya ada gak hot chick. Tapi muka ketat sebab dia hanya imaginasi.So awek tak real tak boleh consider sebagai human lansung.
Mautopia? Now this is the best idea sebab bukan sahaja ada hotchick. tetapi aweknya memang cute. Dan bukan sahaja sorang, tetapi ada 2 hotchick! cute pulak tu.
Tu tengok time shot malam, kalau siang mesti lagi terserlah kecantikannya.Ehem....
.
Hotchik ditengah malam, dalam imej yang kabur dan ketakutan adalah formula biasa di Hollywood.(Tengok Texas Chainsaw ke Halloween ke Alien ke). Tapi ini formula yang tak jemu diguna pakai kerana, memang perempuanlah paling layak ditakutkan. Cuba bayangkan kalau yang memandu tu lelaki, lembut atau tidak. Tentu rasa geli kan?
.


But of course…Mautopia is good not just because ada pompuan.
Mautopia adalah filem tentang filem, dan dalam masa yang sama dia cuba menggabungkan rasa inferior ketakutan didalam gelap, tentang perjalan hidup manusi yang tak tahu endingnya, idea time of space dan macam-macam lagi.

Mautopia bermula semacam Blair witch project (dan filem-filem seumpamanya) bila voice over membilang satu sampai sepuluh, bulu roma aku pun hampir meremang. (and of course in the actual event the girl probably hit the other girl at the count of ten)

First lineye yang berbunyi “Aku baru balik menonton wayang di Puncak Perdana” make it on the same league as opening in say, Apocalypse Now when Martin Sheen said “Saigon. Shit” or even Moby Dick opening line “Call me Ishamel”; kata nama khas digunakan pada line yang pertama menunjukkan kejadian berpaksikan pada tempat yang wujud. dan 10-20 tahun akan datang kalau FTKA berpindah viewers akan sentiasa ingat suatu masa dahulu ad tayangan filem diadakan di fakulti ini pada waktu malam.
Dan juga hakikatnya jalan gelap di Puncak Perdana ini memang banyak kemalangan dan tragedy pembunuhan blab la.
First line adalah promosi baik untuk FACT (atau FACT ataupun TEKA) dari menggunakan shot bangunan2 baru di UiTM induk untuk tujuan yang sama.

Selain dari itu, Mautopia dalam first linenya cuba bermain dengan ‘real adventure’ dengan penonton agar kesan menonton lebih dekat dan nyata. Di Puncak Perdana tiada jalan lain lagi untuk keluar kecuali melalui lorong gelap ini. For a few minutes when u left the school, the image from the movie, the experience will haunt u back , and for us, yang bekerja dan belajar di sini, it happens everyday (well, kecuali Norman Yusof sebab rumah sewanya didepan fakulti sahaja )

Ridwan really a major talent to watch.
.
Hujung tahun lepas kerajaan ada announce dana berpuluh juta untuk pengiat karya seni. Some of that money should go into our best students here. They should be given a chance to direct full length movie now.

Aku pun balik nak motor tengah jalan gelap. Memang gore. Aku beranikan diri cuba bilang sampai sepuluh untuk mencabar rasa takut aku. tapi nasib baik takde apa-apa berlaku. nasib baik takde benda yang tiba-tiba appear di tengah jalan. Beberapa tahun dahulu ketika aku tinggal berdekatan dengan Puncak Perdana, tayar motorsikal aku pernah pancit waktu 2 pagi. kejadian ini berlaku 2 kali. maka menolaklah aku dalam gelap. kadang-kadang terhenti didalam gelap menunggu kereta lalu untuk mendapatkan cahaya. Memang scary. Hutan disebelah yang besar gagah seolah-olah ada mata merah sedang memerhatikan aku terkial-kial seorang diri menyorong motor. Itu antara pengalaman paling.....gelap.
.
lalu aku pun pulang dengan sedikit seram sejuk, tapi bila teringatkan Dr Anuar Nor Arai yang baru meninggal dunia, perasaan takut aku hilang dan diganti dengan perasaan simpati dan rasa kehilangan.
betapa ironiknya, ketika aku menghargai karya seniman muda, dunia akademik tempatan kehilangan seorang demi seorang ahli fikir filem dan seniman yang baik.
Dalam perjalanan aku lapar kembali.
Aku singgah dikedai burger yang kedekut mayonnaise tu. Beli satu dan makan dengan gelojohnya bila sampai rumah.
.
Kunci jam pukul 4 nak tengok Liverpool vs Spurs. Tapi hanyut juga macam watak dalam filem Sujud tu heheh.
Bola entah kemana Subuh entah kemana.
Tapi takpe, Liverpool menang 2-0 beat Spurs.
Aku suka.

Monday, January 18, 2010

Aku tengok langit gelap. Aku beranikan juga naik motor. Ini filem sulung Aminah Rhapor. Kena tengok. Tapi alhamdulillah, gerak hati aku kali ni betul. Bila aku sampai di Shah Alam, hujan masih memendam rasa. Langit mendung tak bererti hujan nak turun.
Aku pun merancang perjalanan. Kalau aku gerak dari opis pukul 7.30 aku mungkin sempat singgah Restoran Hakim dan makan ayam goreng keramatnya dan kemudian terus ke DBP untuk first screening Lu Pikirlah Sendiri De Movie.
At least kalau filem ni kureng aku dapat juga makan ayam Restoran. Hakim yang famous tu.

Masa FSP masih lagi di Stadium Shah Alam, aku tinggal di seksyen 7.Kat sinilah aku makan hari-hari. Disinilah aku belajar menggemukkan diri. Kalau nak diikutkan Restoran Hakim biasa je macam restoran mamak yang lain; air suamnya pakai air paip, dan kicap yang penuh dicampur dengan air. Tapi aku jadi regular disitu bukannya kerana restoran itu satu-satunya yang ada diseksyen 7, tapi kerana auranya yang lain macam.Siapa yang biasa makan ayam goreng Hakim, dia tahu apa yang aku maksudkan.
Ada sesuatu tentang ayam gorengnya yang membuatkan kau ketagih bila makannya. tak percaya tanya Ted. Sekali tak kena Ayam Goreng Hakim tangan memggeletar beb. nak buat kerja pun tak boleh, asyik teringat ayamnya sahaja yang dilimpahi dengan kuah kari, kuah ayam madu dan papadom. Itulah penangan kuat ayam Hakim ni.
.
Pernah dahulu, ketika beratur memesan nasik aku bertembung dengan rakan sekerja dari fakulti yang lain. AKu tahu dia tinggal di Puncak Perdana, tapi kenapa dia sanggup pergi untuk makan? Kami pun berbual. Dan akhirnya kami mengaku kami ketagih ayam goreng Hakim ni.Dan kami mengaku ada mandren kuat yang mempengaruhi ayam Hakim ni. Dan kami pun ketawa macam sial bila masing-masing mengakui yang diri telah dimandrem oleh ayah Hakim ini.
Tapi aku harus akui, kenikmatan ayam goreng Hakim sudah kurang lazatnya berbanding awal 2000 dahulu. Ayamnya dah kurang kick. entahlah, mungkin kuahnya yang semakin cair atau apa entah. tapi ayam goreng Hakim tak lagi boleh membuatkan aku ketagih seperti dahulu. Tapi setiap kali aku pergi ke Shah Alam, aku cuba akan meluangkan masa barang seminit dua di Resotran Hakim untuk mencuba ayam gorengnya;manalah tahu 'magik' yang dulu akan kembali menghantui diri.
Lepas makan di Restoran Hakim(bertemu dengan waiter Indon bernama AJi yang dah bekerja disitu hampir 10 tahun memakai kemeja yang sama) aku pun terus ke Dewan Sri Budiman.
.
Ini kali pertama setelah hampir 5 tahun aku ke Dewan Sri Budiman untuk menonton tayangan filem. Kali terakhir adalah filem Mistik. Sebab filem tu hebat sangat aku dah jadi allergik tengok filem free. Tapi kali ini aku gagahkan juga menonton filem ini. Aku suka bakat Nabil, aku rasa dia ada style sendiri, dan aku nak tengok gaya Puan Amy dalam filem sulungnya.
.
Lepak kejap dengan kawan-kawan lain. Puan Aminah Rhapor berpakaian cantik malam itu, dengan jeket merahnya. "Good luck "aku cakap. "Big day for you, big day!"
Bila tayangan nak bermula kami pun terus naik keatas bangunan untuk mendapat view yang cantik.
.
Filem tamat pukul 11 lebih. Aku terus pulang kerumah dengan memandu didalam gelap. Angin malam membantu motor aku menjadi lebih laju. Walaupun dah makan tadi tapi kesejukan malam membuatkan aku lapar kembali. Aku singgah disebuah gerai burger tak jauh dari rumah. Bila sampai rumah aku frust sebab mayonaisenya kurang. Tapi yang paling buat aku frust adalah ayam goreng Hakim tak lagi sesedap dahulu. Yennadei!

Takde review filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie. Entah. Tetiba aku rasa tak pandai nak review benda . Huk huk huk.

Sunday, January 17, 2010

Aku tepuk dahi bila tahu tayangan Resident Year dah tamat. Aku ingat lambat lagi screeningnya.

Tapi tak perlu untuk tengok docu ini untuk menilai kehebatannya. Aku tahu ianya sebuah karya yang baik. Kenapa? Sebab ianya diarahkan oleh Mansur Puteh. Dan tambah lagi bila ianya dihentam oleh FINAS, itu tanda filem ini mesti hebat.
.
Bagi aku Mansur Puteh bukan sekadar filmmaker. Dia adalah artist. Dan lebih dari sekadar artist, dia adalah avant garde artist. Karyanya patut dilihat setaraf dengan Duchamp.Fountain?
A good work of art is always been misunderstood by normal people (ehem ehem). Ataupun a goodwork of art always being appreciate for the wrong way.
Dan sebagai artist aku rasa Mansur tergolong dalam kelompok ini. Artist yang selalu disalah ertikan.

Mansur is a funny guy. U watch Raja Lawak and u think to yerself, why they all not as funny as Mansur?
Mansur could sit in a chair and dia boleh membuatkan aku ketawa guling-guling dengan lawak bersahajanya.
So kalau orang cakap filem Mansur best, aku akan cakap “U should listen to him when he talks. He himself is much better subject”

The best thing about Mansur is he belong to no school but himself. Hes neither PKR nor UMNO (Or is he?) I don’t know. While all ‘rebellious artists’ tend to move to one side corner, Mansur seems not to choose side.
He talks what he feels he like. (And in that process he promote himself and I don’t think theres anything worong with it)
Hes beyond anything normal u see or heard everyday.

Ada beberapa fakta menarik tentang Mansur Putih dan ‘mulut laser’nya. Ini cerita betul. Kisah yang aku sendiri aku alami.
Ianya berlaku beberapa tahun dahulu ketika aku bekerja dikedai air.
Seorang pelajar memesan air. Entah kenapa bahasanya macam kasar agaknya kemudian dia cakap “maaf bang saya orang Melaka” Katanya yang bila melihat wajah aku sedikit tersinggung.
“Kau minta maaf sebab kau orang Melaka?” Apa maksudnya Melaka?
Beberapa tahun meudian bila aku mulai bergaul dengan orang, statement itu semakin dekat dengan itu. Ya ada sesuatu tentang orang melaka. Aku melihat orang Melaka yang aku kenal. Yes! Kebanyakannya pandai bercakap dan boleh menghiris hati kau dengan ayat-ayat lasernya. I dont want to name names but u should know who they are.

And this puzzle me. What makes Melaka Melaka? The food? The weather? Bagaiamana iklim sesuatu tempat boleh mempengaruhi tabiat seseorang itu?
I need Mansur to answer this.

Mansur Puteh adalah sebahagian dari kelompok ini. So jadi bila kita dengar Mansur Puteh bercakap dan kita rasa tempias lasernya, dengan mudah kita akan memaafkan beliau dengan ayat "oh dia orang Melaka"
And as orang Melaka aku rasa subjek filem/docu Mansur kinda 'play safe', berbanding kemampuan dirinya yang sebenar. Resident Years dan Seman mungkin tergolong dalam hasil karya yang berdasarkan melodrama subject sebenarnya. Seman berkisarkan tentang perjalanan hidupnya dan Resident Years juga mengangkat keagungan lama.
Aku teringin menonton karya Mansur yang betul-betul laser. Pure Melakarian.
Subjek ini akan lebih dekat dengan diri Mansur sendiri.
.
Secara keseluruhannya Resident Years adalah sebuah filem docu yang baik. Shotnya memang menguji intelektual. Salute Mansur Puteh for that.

Jadi cadangan aku pula untuk Mansur, lupakan serius movie/docu. Concentrate tentang komedi. its going to be a very interesting subject for Mansur to tackle.

Lupakan tayangan TV. RM170K tu kira burn jelah. Artist perlu hidup. Termasuklah Avant Garde artist macam Mansur ini. Resident Years akan sentiasa hidup dan menjadi cult dalam forum-forum dan tayangan filem diuniversiti-universiti serta menjadi kekaguman ataupun puzzle kepada para pelajar serta peminat filem.
…Dan aku telah ketinggalan menontonnya.

Thursday, January 14, 2010


Kadang-kadang pelik jugak pikir: bila lelaki suka dengar lelaki menyanyi, and theyre not even gay!
.
I mean why should guy adore another guy singing?
.
Maksud aku cuba bayangkan;seorang lelaki didalam bar, melihat Rahim Maarof menyanyi lagu cinta dengan penuh perasaan. Dan lelaki penonton tu akan cakap “What a great singer he is” atau “Such a wonderful singer that man is “ I don’t think that’s normal.
.
Its logical kalau lelaki suka dengar perempuan menyanyi. Why? Sebab we attract to each other as opposite sex. Kelembutan suara perempuan memang seharusnya memikit gender yang sebaliknya. Jadi logiklah kalau suara mereka merdu, sedap didengar oleh halwa telinga lelaki macam kita ni. kita dilahirkan untuk perempuan, dan sebaliknya. Tapi kalau lelaki suka lelaki menyanyi? I don’t think that’s right man.

Yang salah:
“Err apa pendapat encik tentang nyanyian Jamal Abdillah tadi?”
“Oh saya suka suaranya. Lunak merdu. Saya terasa bagai dibuai-buai gelora. Bulu roma saya meremang bila dengar dia menyanyi ” OH man.That’s so gay everybody.
Yang sepatutnya:
“Err apa pendapat necik tentang nyanyian Mamat Exist tadi?”
“Oh yang tu saya tak boleh beri pendapat. Im not entitle to give opinion. Not my league dude” Jawapan macam nilah camni barulah macho.
.
Lelaki yang nilai lelaki lain menyanyi dan cakap sedap hanya nak bagi makan kat Simon Cowell serta kawan blacknya untuk terus cari duit murahan dalam rancangan American Idol.
“U cannot judge me. U man! Go back to listen to Boyzone ok. Only Paula can judge me ”

The funny thing is people been try to listen to hardcore music just because they want to look very manhood. Very cool. They just hide it behind theyre humanistic message. Pity those singers who shout out at the top of their lung for what? to impress another men. yay!

And mafia? theyre tough right? They beat their wife to death then they go hangin at the club watching men singing. Whats wrong with these people?! I dont think thats very tough, wise guy.

So…….. buanglah kaset (kaset tu!) Frank Sinatra, Nirvana, Coldplay, George Michael, Boy George, Eminem, 50 Cent, Pet Shop Boys tu.
Dan kita dengarlah pulak La Roux, Amy Whinehouse, Patti Smith, Bjork, Sharifah AIni, Uji Rashid, Khaty Ibrahim dan lain-lain lagi.
So nanti bila orang tanya, “What do u think Amy Whinehouse as a singer?”
Kita akan jawab “Oh shes very good. Taste like lemon”
That’s a straight answer for a straight guy. :)

Tuesday, January 12, 2010

Tension sebab AKAB tak lagi menulis di Semusim di Neraka? Jangan bersedih, masih ada blog yang mampu membuatkan ada tersenyum.

Cuba layan blog Tip-tip Bisness Puan Ainon Mohd.
klik http://puanainonmohd.blogspot.com/

Selamat malam.

Sunday, January 10, 2010




Thursday, January 7, 2010


Ada beberapa buku non fiksyen yang aku teringin nak tulis. Tapi aku rasa kebarangkalian untuk buku ini berjaya disiapkan adalah tipis, kerana menulis fiksyen lebih layan dari non fiksyen. tapi takpe, sebelum aku boleh bermimpi aku kena ada mimpi dulu....begitulah lebih kurang tagline pada sebuah poster besar sebuah fakulti yang sedang meningkat naik itue.
.
Kalau buku ini tak siap pun sekurang-kurang aku tahu ini adalah buku yang suatu masa dahulu aku cuba nak tulis tapi tak berjaya.
.
1) Dari 'Cubaan ke La Por Po Pata Kungsi':Bagaimana P Ramlee mendapat Inspirasi untuk filem-filemnya.
.
2) How to Enjoy Watching Theatre. The Excitement of Live Performance.
.
3) Kronologi Muzik Kontemporari Malaysia: Dari R Azmi ke Akademi Fantasia.
.
4) Even Hitler have girlfriend:How Love Makes You More Human.
.
5) Perkembangan dan Pengaruh Komedi di Malaysia:Teater dan Filem.
.
6) Empty Central Market: The Rise and Fall of Underground music in Malaysia.
.
7) Sejarah fakulti Art and Design ITM.
.
8) Bagaimana untuk membesar di Malaysia pada tahun 1990an hingga 2000an dan tidak terlibat dalam kemelut politik tempatan.
.
9) 10 best Malaysian blogger and 10 best posts of 2000s.
.
10) Tandas tanpa getah paip: Konflik Muslim moden di Malaysia abad ke 21.
11) From 10 to 11: How to achieve higher than normal people.
.
.
Semua buku ni akan dijual di Baseer Borders jika berjaya ditulis dan diterbitkan.

Tuesday, January 5, 2010


Sunday, January 3, 2010

Ah hari pertama persekolahan. Aku takkan lupa hari ini event yang berlaku lebih 20 tahun dahulu.

Aku tak jemu menceritakannya.
.
Pada suatu hari aku dikejut oleh ibu. Pagi. Pukul 6 pagi. Itu pertama kali aku bangun pukul 6 pagi.Aku dipakaikan baju yang cantik, baju baru. Seluar baru dan serba serbi baru. mak letak bedak kat muka aku. Bila aku tanya kita nak kemana, mak aku jawab nak pergi sekolah.
Setiap ibu menunggu saat ini untuk anak mereka.
I just never knew it would coming.

bagi aku, cukuplah kakak aku yang sekolah. Biar aku duduk rumah dan menghabiskan goreng pisang mereka diwaktu petang.
Apa yang aku tahu tentanng kepentingan knowledge? bagi aku ketika itu jika seseorang berjaya menang dalam aci nyorok, itu sudah dikira hebat dalam hidup bertamadun.

Aku dihantar kesatu tempat yang jauh, kepekan Teluk Intang paling hujung. Bersama dengan aku adalah sahabt sehidup semati bernama Norizan.
Aku tak pernah sekolah tadika. Aku tak tahu huruf aku tak tahu nombor. Hari pertama persekolahan aku adalah hari pertama persekolahan aku.

Bila aku sampai di pintu pagar Horley Methodist, aku nampak lautan manusia berbaju putih yang paling ramai pernah aku tengok disatu-satu tempat. Semua mereka berlari riang macam cacing kepanasan.

Itulah kali pertama aku melihat budak Cina dan India.
Memang pelik wajah mereka. tak macam muka aku dan kawan-kawan sebangsa aku dikampung. Aku rasa mereka dari planet lain. Kenapa sebelum ni aku tak pernah tengok pun diaorang ni live? Fikir aku lagi.
Bila aku diberitahu yang aku akan kesini untuk 6 tahun lagi. Dan bangun pagi setiap hari itu, aku rasa aku mulai merasa bebannya .
.
Horley Methodist sekolah all boys. Memanglah tak inspiring. Aku rasa aku akan jadi lebih romantik dan sensitif kalau aku bersekolah campur.

Banyak yang aku kena buat. banyak yang aku kena kecap.Orang lain dah hafal A sampai z. Dan aku pula? Itulah hari pertama aku tengok huruf A bila cikgu Cina aku tulis kat papan hitam. Itulah juga kali pertama aku tengok papan hitam.Oh ada dunia yang lebih happening disini, fikri aku lagi dan bukannya setakat emak didapur sahaja rupannya.

Tengahari ,sebab kebanyakan budak-budak lain dah kenal satu sama lain ketika ditadika, aku dan Ijan main aci kejar 2 orang. Bila aku lari,dia kejar. Bila aku duduk dia dah tak tahu nak buat apa.
Lepas tu kami kekolam ditengah sekolah dan tengok kura-kura belaan tukang kebun. Ini juga pertama kali aku tengok kura-kura live.
.
Ada banyak lagi perkara lucu. I just keep it to meself.

.
Hari tu aku tengok Mualaf. Tak terdaya nak buat review. Menggeletar tangan aku bila nak pegang keyboard nak menulis. Filem bodoh bolehkah aku review, goreng sana goreng sini. Tapi ni filem besar. Filem besar yang santai. Gila, kata aku. Aku tak akan boleh pikir macam Yasmin. Komedinya dan serius subjeknya betul-betul sharp dan on time. Tengah sembang pasal agama boleh pulak tukar subjek cerita pasal hantu. Ini namanya teknik potong stim. Mungkin asal dari Brecht. Teknik nak cerita pasal benda serius tapi taknak nampak serius.
.
Memang hebat orang Muor ni. Campur lawak Takeshi Kitano sikit dan unsur-unsur serius yang Jabatan Agama pun tak berani nak ketengahkan.Kau kena think out of the box untuk pikir macam dia. Kalau itu pun tak cukup, kau kena think out of the box, pastu masuk balik dalam box dan pikir kemudian keluar box dan think balik. Itu sebab dia Yasmin Ahmad dan aku Saad.
.
The fav scene of course is the one with dialogue "You looks like nun" things. kerana ianya bermain dengan kesinambungan warna, fungsi dan metafornya. Dan scene ini seharusnya dilihat sebagai synchronize dengan babak dimana father Anthony jatuh tersungkur dan diambil oleh Ustaz yang memakai jubah putih.
Kalau babak ini tak dianggap brilliant aku tak tahu apa lagi yang boleh dianggap brilliant. babak ini seharusnya dilihat setaraf,sama level dengan babak 2001:Space Oddesy bila beruk baling tulang tu.
.
Aku tak tahu samada ini filem terbaik Yasmin ataupun tidak. Tapi sudah tentu ini filem arwah yang paling aku suka. Ini dan Muhksin.