Monday, January 18, 2010

Aku tengok langit gelap. Aku beranikan juga naik motor. Ini filem sulung Aminah Rhapor. Kena tengok. Tapi alhamdulillah, gerak hati aku kali ni betul. Bila aku sampai di Shah Alam, hujan masih memendam rasa. Langit mendung tak bererti hujan nak turun.
Aku pun merancang perjalanan. Kalau aku gerak dari opis pukul 7.30 aku mungkin sempat singgah Restoran Hakim dan makan ayam goreng keramatnya dan kemudian terus ke DBP untuk first screening Lu Pikirlah Sendiri De Movie.
At least kalau filem ni kureng aku dapat juga makan ayam Restoran. Hakim yang famous tu.

Masa FSP masih lagi di Stadium Shah Alam, aku tinggal di seksyen 7.Kat sinilah aku makan hari-hari. Disinilah aku belajar menggemukkan diri. Kalau nak diikutkan Restoran Hakim biasa je macam restoran mamak yang lain; air suamnya pakai air paip, dan kicap yang penuh dicampur dengan air. Tapi aku jadi regular disitu bukannya kerana restoran itu satu-satunya yang ada diseksyen 7, tapi kerana auranya yang lain macam.Siapa yang biasa makan ayam goreng Hakim, dia tahu apa yang aku maksudkan.
Ada sesuatu tentang ayam gorengnya yang membuatkan kau ketagih bila makannya. tak percaya tanya Ted. Sekali tak kena Ayam Goreng Hakim tangan memggeletar beb. nak buat kerja pun tak boleh, asyik teringat ayamnya sahaja yang dilimpahi dengan kuah kari, kuah ayam madu dan papadom. Itulah penangan kuat ayam Hakim ni.
.
Pernah dahulu, ketika beratur memesan nasik aku bertembung dengan rakan sekerja dari fakulti yang lain. AKu tahu dia tinggal di Puncak Perdana, tapi kenapa dia sanggup pergi untuk makan? Kami pun berbual. Dan akhirnya kami mengaku kami ketagih ayam goreng Hakim ni.Dan kami mengaku ada mandren kuat yang mempengaruhi ayam Hakim ni. Dan kami pun ketawa macam sial bila masing-masing mengakui yang diri telah dimandrem oleh ayah Hakim ini.
Tapi aku harus akui, kenikmatan ayam goreng Hakim sudah kurang lazatnya berbanding awal 2000 dahulu. Ayamnya dah kurang kick. entahlah, mungkin kuahnya yang semakin cair atau apa entah. tapi ayam goreng Hakim tak lagi boleh membuatkan aku ketagih seperti dahulu. Tapi setiap kali aku pergi ke Shah Alam, aku cuba akan meluangkan masa barang seminit dua di Resotran Hakim untuk mencuba ayam gorengnya;manalah tahu 'magik' yang dulu akan kembali menghantui diri.
Lepas makan di Restoran Hakim(bertemu dengan waiter Indon bernama AJi yang dah bekerja disitu hampir 10 tahun memakai kemeja yang sama) aku pun terus ke Dewan Sri Budiman.
.
Ini kali pertama setelah hampir 5 tahun aku ke Dewan Sri Budiman untuk menonton tayangan filem. Kali terakhir adalah filem Mistik. Sebab filem tu hebat sangat aku dah jadi allergik tengok filem free. Tapi kali ini aku gagahkan juga menonton filem ini. Aku suka bakat Nabil, aku rasa dia ada style sendiri, dan aku nak tengok gaya Puan Amy dalam filem sulungnya.
.
Lepak kejap dengan kawan-kawan lain. Puan Aminah Rhapor berpakaian cantik malam itu, dengan jeket merahnya. "Good luck "aku cakap. "Big day for you, big day!"
Bila tayangan nak bermula kami pun terus naik keatas bangunan untuk mendapat view yang cantik.
.
Filem tamat pukul 11 lebih. Aku terus pulang kerumah dengan memandu didalam gelap. Angin malam membantu motor aku menjadi lebih laju. Walaupun dah makan tadi tapi kesejukan malam membuatkan aku lapar kembali. Aku singgah disebuah gerai burger tak jauh dari rumah. Bila sampai rumah aku frust sebab mayonaisenya kurang. Tapi yang paling buat aku frust adalah ayam goreng Hakim tak lagi sesedap dahulu. Yennadei!

Takde review filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie. Entah. Tetiba aku rasa tak pandai nak review benda . Huk huk huk.

3 comments:

situmas chicken said...

En. Saat dah kena 'mandrem' restoran Hakim nih...

saat omar said...

ye dulu mandrem kuat...sekarang lemau sikit mandremnya

MOLOKO said...

Ha ha ha.. Aku sampai buat Kenduri kat situ Lepas dapat kerja... Ted, Wamat, Aku & engkau memang tidur tak lena kalau tak kena penangan Ayam Gorengnya. Janagan lupa bro_ SUP EKOR- Padang Jawa!

Tapi nonton MISTIK - Ternyata pengalaman yang buatkan perut kembang kecut, dek lakonan mantap pelakonnya..