Sunday, January 3, 2010

Ah hari pertama persekolahan. Aku takkan lupa hari ini event yang berlaku lebih 20 tahun dahulu.

Aku tak jemu menceritakannya.
.
Pada suatu hari aku dikejut oleh ibu. Pagi. Pukul 6 pagi. Itu pertama kali aku bangun pukul 6 pagi.Aku dipakaikan baju yang cantik, baju baru. Seluar baru dan serba serbi baru. mak letak bedak kat muka aku. Bila aku tanya kita nak kemana, mak aku jawab nak pergi sekolah.
Setiap ibu menunggu saat ini untuk anak mereka.
I just never knew it would coming.

bagi aku, cukuplah kakak aku yang sekolah. Biar aku duduk rumah dan menghabiskan goreng pisang mereka diwaktu petang.
Apa yang aku tahu tentanng kepentingan knowledge? bagi aku ketika itu jika seseorang berjaya menang dalam aci nyorok, itu sudah dikira hebat dalam hidup bertamadun.

Aku dihantar kesatu tempat yang jauh, kepekan Teluk Intang paling hujung. Bersama dengan aku adalah sahabt sehidup semati bernama Norizan.
Aku tak pernah sekolah tadika. Aku tak tahu huruf aku tak tahu nombor. Hari pertama persekolahan aku adalah hari pertama persekolahan aku.

Bila aku sampai di pintu pagar Horley Methodist, aku nampak lautan manusia berbaju putih yang paling ramai pernah aku tengok disatu-satu tempat. Semua mereka berlari riang macam cacing kepanasan.

Itulah kali pertama aku melihat budak Cina dan India.
Memang pelik wajah mereka. tak macam muka aku dan kawan-kawan sebangsa aku dikampung. Aku rasa mereka dari planet lain. Kenapa sebelum ni aku tak pernah tengok pun diaorang ni live? Fikir aku lagi.
Bila aku diberitahu yang aku akan kesini untuk 6 tahun lagi. Dan bangun pagi setiap hari itu, aku rasa aku mulai merasa bebannya .
.
Horley Methodist sekolah all boys. Memanglah tak inspiring. Aku rasa aku akan jadi lebih romantik dan sensitif kalau aku bersekolah campur.

Banyak yang aku kena buat. banyak yang aku kena kecap.Orang lain dah hafal A sampai z. Dan aku pula? Itulah hari pertama aku tengok huruf A bila cikgu Cina aku tulis kat papan hitam. Itulah juga kali pertama aku tengok papan hitam.Oh ada dunia yang lebih happening disini, fikri aku lagi dan bukannya setakat emak didapur sahaja rupannya.

Tengahari ,sebab kebanyakan budak-budak lain dah kenal satu sama lain ketika ditadika, aku dan Ijan main aci kejar 2 orang. Bila aku lari,dia kejar. Bila aku duduk dia dah tak tahu nak buat apa.
Lepas tu kami kekolam ditengah sekolah dan tengok kura-kura belaan tukang kebun. Ini juga pertama kali aku tengok kura-kura live.
.
Ada banyak lagi perkara lucu. I just keep it to meself.

.
Hari tu aku tengok Mualaf. Tak terdaya nak buat review. Menggeletar tangan aku bila nak pegang keyboard nak menulis. Filem bodoh bolehkah aku review, goreng sana goreng sini. Tapi ni filem besar. Filem besar yang santai. Gila, kata aku. Aku tak akan boleh pikir macam Yasmin. Komedinya dan serius subjeknya betul-betul sharp dan on time. Tengah sembang pasal agama boleh pulak tukar subjek cerita pasal hantu. Ini namanya teknik potong stim. Mungkin asal dari Brecht. Teknik nak cerita pasal benda serius tapi taknak nampak serius.
.
Memang hebat orang Muor ni. Campur lawak Takeshi Kitano sikit dan unsur-unsur serius yang Jabatan Agama pun tak berani nak ketengahkan.Kau kena think out of the box untuk pikir macam dia. Kalau itu pun tak cukup, kau kena think out of the box, pastu masuk balik dalam box dan pikir kemudian keluar box dan think balik. Itu sebab dia Yasmin Ahmad dan aku Saad.
.
The fav scene of course is the one with dialogue "You looks like nun" things. kerana ianya bermain dengan kesinambungan warna, fungsi dan metafornya. Dan scene ini seharusnya dilihat sebagai synchronize dengan babak dimana father Anthony jatuh tersungkur dan diambil oleh Ustaz yang memakai jubah putih.
Kalau babak ini tak dianggap brilliant aku tak tahu apa lagi yang boleh dianggap brilliant. babak ini seharusnya dilihat setaraf,sama level dengan babak 2001:Space Oddesy bila beruk baling tulang tu.
.
Aku tak tahu samada ini filem terbaik Yasmin ataupun tidak. Tapi sudah tentu ini filem arwah yang paling aku suka. Ini dan Muhksin.

11 comments:

syahrulfikri said...

i need to watch it again la... filem yasmin ni berat and for me the only one of yasmin's tht i like sekali tengok is gubra.

saat omar said...

Gubra kuat sebab lakonan kot. Gubra seharusnya diingat sebagai filem pertama yang menggabungkan bagi aku 'the next best thing in local actor' (ewah) iaitu Namron, Khir Rahman dan Adlin Aman Tompel.
Gubra in the 2000 is like Rahim Razali's Abang in the 1980s.

MOLOKO said...

Soalan aku.....Kat mana nak beli DVD MUALAF ni. Dah komersial released ke, bro?

Aku masa mula-mula masuk sekolah dulu...yang paling banyak aku ter'Experienced' ialah.....

Melihat kawan-kawan terberak@terkencing dalam seluar sebab takut nak minta izin dari cikgu sebab nak ke Tandas!

ANEH TAPI LUCU......

saat omar said...

Moloko..DVd Mualaf? haha. Oi ada kat wayanglah.

nasib baiklah takde budak sekelas aku yang terberak dalam seluar hari pertama kelas...kalau tak...aku dah jadi biologist rasanya

carwashku said...

emm filem Yasmin semua lain dari yg ada si pasaran tapi aku tak pernah berkesempatan pun nak tengok filem dia even ari tu kat tv ada buat tayangan khas!!! tu lah sape suruh malas masa g sekolah...kan dah nak rilek santai takleh...asyik kerja je...kalaulah boleh reverse balik time jd budak sekolah mesti tobat belajar giler2 punyer...mesti jd tokey besar2...huhuhu...dah tak leh gostan..!!!emmm bestnyer sekolah...takde masalah...!!!

DERIA said...

slamat thn baru, saat=)

saat omar said...

Carwashku....tulah pasal.

Deria...selamat tahun baru. Apa cerit?

MOLOKO said...

Alamak kat wayang ke?!

Aku-Moloko memang dah lost touch bro! Dah lama bebenor tak jengah kaki ke panggung!

Sori booooossssss......

kekure said...
This comment has been removed by the author.
kekure said...

DVD Muallaf akan keluar Mac-April 2010..Boleh beli kat kedai DVD Amcorp Mall kesukaan Saat hahaha

saat omar said...

DVD Mualaf di Amcorp Mall? yg ori ke apa ni? biasa mention Amcorp mall mesti pirate kan? Tak kelas ah local DVD pun nak beli pirate...

harap a da special feature yg bestlah ek Kekure...Inter4view with director and commentary...