Tuesday, January 26, 2010

Ada 2 penyakit manusia moden.
1) Duit.
2) Kesunyian.

Duit. Selalu takde duit. kadang-kadang terlebih duit pun jadi gundah gulana. (tanya Notorious BIG kalau tak percaya) Duit=sekeping kertas ada harga diri , kata Wings dalam Belenggu Irama.

kesunyian. yang ni pelik. Budak2 sekarang bila bercakap tentang soal diri semuanya lost. semuanya takde haluan. tak percaya? pi tanya part 1 Program teater ataupun management.
Dan aku cakap balik. Ni zaman internet, zaman facebook, zaman YouTube...macamana boleh lost? macamana boleh sunyi? tapi jeritan kebosanan masih bersiponggang diudara. Nasib baik mereka tak hidup dizaman orang batu; bangun pagi dah kena fikir harimau mana nak kena tangkap nak makan dengan kelurga. Budak-budak sekarang bangun pagi pikir nak pergi kelas dan rasa boring. nak pergi kelas......bukannya suruh baling lembing pada zirafah.

II

Ini hobi baru aku. Dengar ustaz berceramah. Suatu pagi aku pergi pasar pagi Ahad didepan Stadium Malawati terkedu juga aku dengan ustaz tu berceramah (dan juga buat kelakar lah) Ini antara pengajaran penting untuk public speaking and such.Tiada yang indah sebenarnya dari dengar ustaz berceramah ni.Kurt Cobain bunuh diri sebab dia tak dapat merasa lazatnya ceramah dari orang-orang agama ni.
Dan yang penting, mereka ni lucu ya amat.

Stand up comedian di Malaysia wujud dari orang-orang begini, dari ustaz-ustaz yang berceramah tentang agama ni.

tak percaya? dengar Ustaz Ismail kamus berceramah. Dengar mat Sabu berceramah. mereka lagi bagus dan kelakar dari semua peserta-peserta Raja Lawak yang kita tengok di tv tu.
Dulu Akademi Fantasi ada ustaz (Mawi) yang perfom dan kemengan besarnya dalam AF3 mengubah industri muzik , industri sms, stesyen tv berbayar dan juga reality TV show di negara kita ini. (for good or for worse)
Kenapa tak ada ustaz yang masuk Raja Lawak dan berceramah?

3 comments:

MOLOKO said...

Letih tatkala menonton RAJA LAWAK bro! Kekadang tu rasa cam nak hantuk kepala kat TV. malu.....Lawak blur....

carwashku said...

Hemmm setuju sangat bab duit tu...zaman batu tak payah pakai duit pun tapi dia orang still boleh survive sbb semua still free of charge...gi la tangkap berapa banyak hewan pun tak yah beli kat pasar pagi...
tapi sekarang jangan kata nak makan pakai...tapi nak "terbuang" pun kena bayar dulu kalau tak alamat "tercicir" le
kita ni semacam dah takde pilihan...
kalau takde duit maka semua melayang..!!!
so macam mana kita nak ubah balik paradigma tidak meletakkan nilai dollar itu di atas segalanya???!!!
boleh ke balik zaman the lost world???

saat omar said...

ye Raja Lawak kurang kick...banyak peserta tak bersedia..Astro kena letak mereka under seorang penyelia or mentor agar mereka boleh perform dengan baik...

Carwash...boleh hidup zaman batu. Kita mulakan dulu dengan pakai cawat rimau.