Thursday, October 27, 2011

Cerpen: Raja Komeng dan ancaman penduduk Teluk Permai


1
Pada suatu hari dizaman Naga ada seorang pemimpin kejam memerintah sebuah negeri yang aman damai bernama Teluk Permai.

pemimpin kejam yang bernama Raja Komeng itu sangat kejam dan penduduk Teluk Permai cuba membunuhnya sejak dahulu lagi tetapi kerana dia dikatakan memiliki ilmu kebal maka nyawa pemimpin kejam itu tak terluak disumpah seranah dan sekelibut mata pedang sekalipun. Suatu hari, Pandak Alam, ketua rebel di negeri Teluk Permai telah mendapat pentunjuk dari mimpi lewat malamnya.

Dalam mimpi tersebut datang seorang lelaki tua yang berjanggut putih,bermisai putih dan telinga yang runcing.dalam mimpi itu dia memberi petanda bagaimana hendak membunuh pemimpin kejam itu "Pemimpin kejam itu hanya boleh mati dengan bau panas dari najis rakyat yang teraniaya"katanya dan kemudian beredar hilang.

Pandak Alam bangun dengan peluh penuh didahi. Dia percaya dengan amanat dari mimpi itu lalu segera dia kumpulkan semua penduduk kampung untuk menyampaikan amanat lelaki tua berjanggut putih dan bertelinga runcing itu.

Pandak Alam pun segera membuat plan. Dia dan seisi kampung membina paip besar dari rumah yang disalurkan keatap istana pemimpin kejam. paip itu tembus masuk kedalam bilik tidur Raja Komeng.

Bila paip itu sudah bersedia siap, penduduk kampung Teluk Permai menunggu pada waktu lewat malam untuk melaksanakan misi mereka. Tepat pada pukul 12 malam semua penduduk menghalakan ponggong masing-masing pada paip besar itu. Bila wisel yang ditiupkan Pandak Alam berbunyi semua penduduk berak beramai-ramai secara serentak.

Tapi najis masih tak sampai kepuncak pemimpin kejam yang tinggal diatas bukit. Setelah mesyuarat bersama penduduk akhirnya mereka bersetuju untuk memasang generator pada paip itu agar menarik najis naik keatas istana pemimpin kejam tersebut.

seminggu kemudian, tepat pada waktu malam, semua penduduk menghalakan ponggong masing-masing kepaip keluli itu dan bersedia untuk mengeluarkan najis. tepat pukul 12 malam wisel berbunyi dan semua meneran najis taik hitam. Namun begitu sekali lagi usaha penduduk Teluk Permai gagal. najis yang dikeluarkan amatlah sikit dan tak mampu untuk ditolak kebahagian puncak Istana. Bila mereka bermesyuarat keesokan harinya ramai penduduk yang mengadu bahawa mereka tak cukup maka lantaran itu tak mampu untuk membuang air besar.

Pandak Alam dan penduduk lain berpakat memberi beras dan makanan untuk penduduk miskin yang tak mampu buang air besar sebab tak makan.

Kemudian pada hari yang dijanjikan maka bersedialaah penduduk kampung untuk berak beramai-ramai. tepat jam pukul 11.50 malam setiap penduduk sudah bersedia menyelak kain pelikat mereka dan menghalakan ponggong pada paip keluli itu. Ada yang terawal menghala ponggong sehingga keluar cirit ,taik dan sebagainya. Semua ini disambut dengan gelak ketawa oleh seisi keluarga dan bila usai ketawa-baik dari anak pada bapak dan bapak pada telatah isterinya maka semua mula berubah menjadi serius kerana tugasan menyalurkan taik untuk membunuh pemimpin kejam itu adalah tugasan serius kerana kebencian yang amat sangat pada Raja Komeng ini.

pandak Alam membunyikan wisel dan semua penduduk serentak mengeluarkan najis panas. kali ini berbondong-bodong tahi menyusup keluar dari paip itu dan menuju kekemuncak istana dimana Pemimpin Kejam sedang beradu. Kali ini kerana persediaan yang rapi, kerana generator yang kuat dan juga semua penduduk telah kekenyangan makan yang sedap-sedap, tahi penduduk kampung Teluk Permai yang teraniaya itu menyusur laju melalui paip yang dipasang, bunyinya kuat dan menakutkan sesiapa sahaja yang mendengar. Jika betul kata orang tua dari mimpi Pandak Alam itu maka malam ini, pemimpin zalim itu pasti mati terhidu bau najis rakyat teraniaya.

tapi alangkah terkejutnya rakyat Teluk Permai itu bila melihat pemimpin zalim itu berjogging pada pagi berikutnya seolah-olah najis itu tak mampu membunuh dia. Semua penduduk kecewa yang raja Komeng itu terus hidup tak tercalar sedikitpun.

Namun begitu tiada siapa tahu pemimpin zalim itu telah bersedia dengan segala ancaman dan serangan dari musuh-musuhnya. Pemimpin Zalim itu tidur dengan bantuan pernafasan oksigen. Maka bila najis membasahi segala katil dan bilik tidurnya ianya sedikit pun tidak mampu mencederakan beliau.

2
Walau serangan berani mati itu berjaya dipatahkan namun ianya memberi kesan yang amat mendalam pada Raja Komeng. Kini tahulah dia yang serata penduduk Teluk Permai mahu dia mati.

Raja Komeng pemimpin zalim mula merancang strategi untuk membalas dendam pada penduduk negerinya sendiri. Satu pengajaran yang mereka tak akan lupa. Dengan bantuan Jalak Lentik, pembantu peribadi yang merupakan mata dan kepalanya mereka merancang sesuatu yang ganas. jalak Lentik yang seorang usahawan dan kaki kaput melihat pembalasan dendam ini satu cabang perniagaan dan cara mengaut keuntungan maka dia menawarkan diri dan perkhidmatan yang syarikatnya,sebuah perusahaan pembuatan kain dan baju boleh tawarkan.

satu hari Raja Komeng menitahkan semua penduduk kampung Teluk Permai berhimpun depan perkarangan Istana. maka berduyun-duyunlah rakyat ke Istana kerana ada khabar angin mengatakan bonus tahunan akan diberikan kepada semua. Hanya bila sampai diperkarangan Istana, melihat ramainya pengawal keselamatan dan Al Gojo yang bertopeng menutup muka maka yakinlah rakyat bahawa bukan bonus yang menanti tetapi sebaliknya hukuman mati.

Pengawal keselamatan menyuruh semua penduduk menyelak kain dan menonggeng. Bila arahan sebegitu mula berleluasa yakinlah mereka bahawa hukuman yang menanti mereka adalah disula. maka tundukan mereka mengikut arahan yang diberi. selaklah kain setiap orang dan menonggenglah mereka kearah Istana. tapi gusar mereka mula reda bila Al Gojo yang datang menyapa tidak menyula sebaliknya dengan benang emas menjahit lubang burit setiap yang ada sehingga tutup semua lubang najis belaka. Satu demi satu lubang buntot ditutup dan jeritan demi jeritan kedengaran membelah kesunyian petang.

3 hari 3 malam diperlukan untuk menutup lubang burit penduduk Teluk Permai.

Kebanyakan penduduk yang merasa lega kerana dapat lari dari hukuman mati kini mula bersumpah yang adalah lebih baik untuk mereka mati dari tersiksa tiada burit harakiannya. maka terlentanglah mereka dihadapan ruang tamu umpana anjing sakit perut semuanya.
Bila ada tetamu jauh yang singgah dirumah tak terdaya mereka membalas sepaan pengembara asing tersebut. maka siksanya tiada siapa yang tahu;jikalau makan maka sakit menahan perut. Dan jika tak disuapkan barang sesuap nasi kemulut maka siksanya lapar yang amat sangat.

namum begitu pada suatu hari datang Jalak Lentik memberi idea dan harapan kepada penduduk Teluk Permai. bagi membantu penduduk membebaskan mereka dari cengkaman ikatan benang emas yang menutup jubur yang berlubang Jalak Lentik dengan minda korup dan berhati kapitalist mula menawarkan khidmatnya;pada sesiapa yang mahukan dibuang benas emas maka perlulah membayar seratus Dollar pada Jalak Lentik dan orang suruhannya. Arakian perbuatannya itu tidak diketahui oleh Raja Komeng dan berjanjilah mereka pada dia yang jika operasi ini selesai maka semua penduduk Teluk Permai tak boleh membuang air besar dirumah dan perkarangan kampung ini. Jika perut memulas maka hendaklah kesemuanya berlari kekampung sebelah untuk membuang berak. Ini kerana jika Raja Komeng nampak walau setitik tahi dipersekitaran Teluk Permai itu maka tahulah dia yang burit yang dijahit telah dibuka ikatannya. Penduduk yang tersiksa maka tiada pilihan lain kecuali untuk bersetuju mengikuti segala peraturan yang dijanjikan.

3 hari 3 malam diperlukan untuk Jalak Lentik dan orang-orangnya untuk membuka benang emas yang mengikat burit penduduk kampung Teluk Permai itu. Bila benang emas tidak lagi menutup lubang najis maka senanglah hidup penduduk kampung itu.walaupun pada mulanya mereka berebut-rebut ketandas, sehingga ada yang tercirit ditengah jalan tapi akhirnya suasana mulai tenteram di Teluk Permai. Tiadalah lagi terdengar suara merintih menahan taik ditengah malam.

sementara itu, beberapa minggu kemudian Raja Komeng mulai hairan kenapa penduduk kampung Teluk Permai masih lagi hidup sedangkan mengikut perkiraan beliau penduduk kampung itu seharusnya sudah mati tersiksa. Bila ditanyakan perihal ini pada Jalak Lentik, pembantu peribadinya yang talam dua muka itu hanya menggelengkan kepala.

Perasaan ingin tahu dan prasangka membuatkan Raja Komeng bertindak meninggalkan Istananya pada satu malam dan berkeliaran di rumah orang kebanyakan di Teluk Permai. Dia memakai selimut telam dan hitam supaya dia menyorok dari sesiapa yang mengenali dirinya.

Raja Komeng masuk kesebuah rumah yang tak berkunci. Ketika itu malam telah larut dan suasana gelap gelita. Dia merapati seorang lelaki yang terbaring tak bermaya diruang tamu. Raja Komeng menyelak kain pelikatnya untuk melihat jahitan benang pada lubang buritnya. Ketika Raja Komeng menyelak kain pelikati tu seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun masuk keruang tamu. Raja Komeng terkejut.

"Siapa kamu?" Tanya budak itu ketakutan.
Raja Komeng mulai gugup. Dia mahu lari tapi sebaliknya dia hanya duduk ditepi itu dengan ntangannya masih memegang kain pelikat lelaki yang tidur mati itu.
"Saya gay" jawab Raja Komeng ,jawapan yang spontan dan akhirnya membuatkan dia menyesal dengan jawapan itu.
"Oh!" balas budak itu. "saya ingatkan tuan ini pemimpin negeri ini yang zalim itu. kata mereka raja itu mungkin akan datang melihat penduduknya yang sengsara dan melihat jika lubang najis itu telah dibuka jahitannya. raja tu jahat. semua penduduk kampung ni tak suka padanya"
""Oh tidak. saya bukan pemimpin zalim itu. saya tak berhak jadi pemimpin"kata Raja Komeng, walau pahit menahan perit tapi dia cuba untuk tersenyum juga.
"Oklah kalau begitu. saya tak mahu ganggu tuan. kalau dah siap, jangan lupa tutup pintu rumah ya" kata budak itu dan terus beredar.
peristiwa itu memberi pengajaran kepada pemimpin zalim itu. kemudian, bersyukur kerana nyaris tak kantoi, Raja Komeng beredar dari rumah itu dan terus menuju ke istana.

Di Istana raja Komeng banyak termenung. Dia teringat pada segala kezaliman yang telah dia lakukan disepanjang tampuk pemerintahannya. Akhirnya dia mengaku kesalahan dia dan jalan yang terbaik adalah untuk berhenti menjadi raja. Keesokan harinya juga raja Komeng bertitiah pada rakyatnya yang dia akan retired dan dia mahu semua rakyat maafkan segala kesalahan yang telah dia lakukan.

Berita persaraan itu disambut baik oleh semua penduduk teluk Permai. Penduduk Teluk permai gembira kerana kini mereka tidak lagi perlu untuk menyorok-nyorok bila nak berak.

Berjinak-Jinak dengan Penulisan



Suatu hari Encik Ruslan dari DBP telefon aku dan offer something I cant refuse;menulis tentang diri sendiri.

Aku cakap ok. Ini peluang sekali dalam seumur hidup. kalau aku tolak yang ini aku tak akan dapat offer yang lain lagi dimasa akan datang;aku tahu.

Aku tulis semua tentang aku dalam masa 3 hari. Mudah je, semuanya dah memang dalam angan-angan. Laju je aku buat sebab aku tahu bukan senang orang baru macam aku ni nak keluar majalah. Oh bagilah can aku nak glamour sikit, aku pun dah dekat senja.

Lepas 2 hari kemudian aku sms Ruslan semula minta dia periksa ejaan Doestyevsky.

Oh ya dan sudah tentu ada beberapa tulisan itu yang telah dieedit...






Tulisan bertajuk berjinak-Jinak dengan Penulisan itu bermula dengan...

"Ini subjek kegemaran saya; persoalan bagaimana penulis mula minat membaca dan apakah inspirasi yang mendesak mereka untuk menulis . Jika ditanya pada saya, kisah yang akan saya ceritakan ini adalah kisah yang sama akan saya sampaikan dan jika ditanya keseratus kali pun inilah cerita yang akan saya kongsikan; kisah bagaimana pada suatu hari saya pergi ke perpustakaan di Teluk Intan dan meminjam sebuah buku tulisan Albert Camus, sebuah buku kejam yang telah mengubah hidup saya, dalam satu kesan yang tiada filem, tiada teater ataupun muzik yang mampu memberi impak sekuat itu pada saya. Bagaimana buku yang nipis itu boleh memberi kesan yang mendalam? Bagaimana bentukan huruf-huruf yang naïf itu boleh menggores hati saya? Ianya betul-betul menghantui saya. Kerana buku yang sekecil itu saya akhirnya jatuh cinta pada sastera dan bercita-cita untuk menjadi penulis.Saya ingin melukakan perasaan orang lain dengan ayat-ayat naif, sama seperti bagaimana Albert Camus Berjaya meremukkan jiwa saya dengan L'Étrangernya.

.......(dan berakhir dengan)

Apa harapan saya sebagai penulis? Saya tak mahu jadi yang terbaik. Kerana kerusi itu sudahpun penuh menjadi dudukan Shakespeare, Homer, Tolstoy,Dostoyevski, Dickens,Joyce, Kafka, Hemingway, Faulkner, Garcia Marquez,T.S Eliot. Jika diberi pilihan saya lebih suka menjadi penulis yang paling segak dan kacak antara semua. Oh kamu fikir saya hanya bergurau tentang ini? Ah! Tapi bila meilihat foto-foto saya ini apa yang boleh saya katakan hanyalah cita-cita saya itu masih jauh lagi untuk saya capai "

kalau ada gaya tulisan aku ini yang berbentuk skema, maafkan aku. ianya memang disengajakan.

Tulisan ini keluar dalam majalah Tunas Cipta, Oktober 2011. 

Sunday, October 16, 2011

Bukannya mudah untuk menjadi Tiara Jacquelina. Kerana apa-apa aktiviti seni teater yang beliau lansungkan akan dikaitkan dengan PGL.

Tapi dekad baru perlukan hero baru. Atau lebih tepat lagi teater tempatan memerlukan hero(atau heroin) baru. Atau dengan lebih jelas lagi, Istana Budaya memerlukan hero atau ikon atau 'wajah' teater tempatan. macam China memerlukan Mao Zedong dan Korea memerlukan Kim Jong Ill. Tapi orang-orang biasa tak boleh menjadi hero di Istana Budaya. Kerana orang biasa tak mampu menjadi penaja di IB. Istana Budaya memerlukan seseorang seperti Tiara. Seorang yang berkedudukan . Seseorang yang berkhawin dengan ahli politik.

Anggapkan kenyataan aku ini sebagai keterlaluan tapi aku rasa penyatuan antara Tiara dan suaminya adalah antara key event dalam pergerakan seni tempatan. Ah! Darinya lahir PGL the movie. Tanpa PGL the movie mungkin takde Hikayat Merung Mahawangsa, which is a good thing for some. well....itu hal yang berbeza untuk dibicarakan. Anyway dan kemudian, entah dari mana muncul PGL the musical. Jika berkhawin dengan politician adalah langkah yang baik untuk mencipta nama maka aku cadangkan pada semua anak seni, termasuk pelajar-pelajar aku untuk berkhawin dengan ahli politik.

..Dan kemudian PGL the musical muncul. Semua orang suka. hanya Rohani Yusof yang tak suka dengan PGL the musical. Sutung Umar RS pun hanya komen kenapa Tuah dan PGL harus berkemban. Selain dari itu semua akur pada kehebatan PGL. Bila Stephen Rahman membuka mulutnya untuk menyanyi dengan high tone, tiada siapa berani persoalkan kenapa ambil pelakon Broadway sedangkan di Fakulti Seni Persembahan pelajar Teater ada subjek Vocal.

Dan kemudian muncul The Secret Life of Nora, satu lagi ambitious projeck dari Infiniti. SLON seharusnya a love letter to Jefri Zain's film, tapi akhirnya ianya not even close to a Austion Power's spoof.

Apa yang tak kena? hampir semua.

banyak kelemahan dalam SLON yang ketika aku meninggalkan tingkat tinggi itu aku wonder jikalau kejayaan PGL hanya kebetulan atau accidental semata-mata.

Akhirnya SLON hanya sebuah teater Teknikal yang hanya mampu membuatkan carpenter, tukang kayu dan orang yang suka menilai set dan prop(atau antaranya) terpesona dengan gimik pentas dan teknologi tali dan mekanikal. Sarkas acrobat juga turut dimunculkan untuk menghiburkan penonton! Mungkin lain kali kita perlu masukkan singa, harimau dan gajah dalam persembahan teater!

SLON mengisahkan Nora Zain yang bercita-cita untuk menjadi primadona. Bila dia berjaya dalam ujibakat dia sebenarnya terpilih untuk menjadi spy bagi menewaskan MR J yang suka kidnap gadis cun. ok, itu jelas, mudah dan simple, seperti a musical show should be.

Development character dalam penceritaaan tidak meyakinkan. Nora kurasa terlalu dipampered, dijaga sehinggakan dia tidak menonjol. Sebagai watak utama yang tajuk pun berkisar tentang dirinya bagi aku itu bukan satu idea yang baik. Genre Spy di tahun 60an dan 70an seolah-olah mencadangkan beberapa etika untuk karakter spy ini;mereka mestilah seksi, berbahaya, bijak, bergaya, penuh muslihat, manipulatif, penuh gadget,seksi, pandai ayat perempuan dan lain-lain itu yang boleh kita lihat dari filem-filem James Bond, In Flames,get Smart dan Jefri Zain sendiri. Di dekad 90 dan 2000 dengan kemunculan Borne series, seolah-olah ada gaya baru untuk filem spy;mereka tak seharusnya seksi, sebaliknya mereka ganas ,tajam dan rakus. Ini termasuklah dengan gaya baru James Bond lakonan Daniel Craig.
Walaubagaimanapun, Nora tak diperkuatkan dengan either of the character/style. Dia bukanlah sexy, bukan manipulatif, tak nampak berbahaya dan juga tidaklah ganas
selain dari itu pergerakan watak Nora banyak dilindungi oleh watak lain untuk menonjollkan kekuatan wataknya. Dia bukanlah independence. Seolah-olah gaya ini diambil dari watak PGL yang mengangkat nama Tiara itu. PGL ada alasan kenapa ianya selalu dipampered sebegitu- PGL adalah keturunan raja dan bangsawan. Dia tak pernah meninggalkan Istananya dan sebagai keturunan bangsawan sememangnya Putri Gunung Ledang itu sukar untuk membuat keputusan dalam apa-apa hal. tapi Nora?



Ah! Kenapa perlu teater muzikal bercerita tentang character development jikalau penonton hanya mahu melihat muzik dan nyanyian? benar....tapi muziknya juga tidak memorable. No sir.

Dan jika itu tidak cukup, mereka masih memilih Aznil Haji Nawawi untuk watak-watak wacky dan idiotik seperti itu. Dari Cicak Man sehinggalah ke magika,seniman elit ini hanya nampak Aznil sahaja yang boleh buat watak gila-gila sebegitu-dah takde orang Malaysia yang boleh ganti Aznil untuk itu .Aku rasa Azwan Haji Ali lagi wacky dan mungkin lebih menarik untuk watak saintis gila dan ala-ala Dr Evil seperti itu. Dan jenakanya tentang dia tak boleh menyebut huruf R menjadi W adalah a total rip off of Life Of Brian!

...Dan tentang lift yang lembab pada babak klimak tu tak perlulah aku analisa dengan lebih panjang lagi.

SLON bukanlah sebuah teater yang buruk secara keseluruhannya. Ada percubaan untuk membentuk SLON untuk menjadi sebuah teater yang baik dan menghiburkan. Aku suka adegan didalam bilik dengan potret Queen Elizabeth besar dan kemudian gambarnya tercabut dan muncul skrin (remember Stephen Chow's From Beijing With Love?). Dan aku juga suka adegan pintu lift vintage itu.



Akhirnya Secret Life of Nora hanyalah sebuah Teater Teknikal.Teater mekanikal yang bercerita dengan teknologi dan krane walaupun itu pun bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Hanya carpenter dan pembikin set dan Props(aku tergolong juga dalam orang-orang ini) yang akan teruja dengan SLON.

Aku menonton SLON dengan mak aku. Bukan selalu aku dapat bawak ibu sendiri menonton teater di Istana Budaya sebegini (Baca: bukan selalu aku dapat tiket free) Ibu aku sebenarnya dah tak larat nak berjalan dan tiket free biasanya ditingkat paling atas. show tamat pukul 11.30. Bila balik kami dua-dua kelaparan. Singgah dikedai mamak beli roti canai. Nasib baik kedai masih buka.

Friday, October 14, 2011

Aku cuba untuk menulis tentang The Secret Life of Nora, cuba mengimbang antara kebaikan dan juga kebobrokan, tapi otak aku senget sebelah. Ini bagi aku tak adil. tak adil untuk teater yang belanja 5.5 juta khabarnya.

Yang mana lebih sukar, menulis tentang hasil seni yang baik atau menulis tentang hasil seni yang tak baik?

Tuesday, October 11, 2011

Cerpen:Raja Yang Bercita-Cita Tinggi


Pada satu zaman gelap ada seorang Raja bernama Al Mukmin. bagi membuktikan kekuasaannya suatu hari dia menitahkan menteri Teknologinya untuk membina sebuah tangga yang tingginya sampai kematahari.

"Beta nak menyentuh matahari dengan tangan beta sendiri" kata Raja Al Mukmin.

Dua orang menteri Teknologi yang nampak kebodoh-bodohan umpama Peran Menora itu hanya meneguk air liur kerana tahu tugasan mustahil yang dipundakkan keatas bahu mereka itu. Tapi kedua-dua Menteri Teknologi itu iaitu Kulup dan Ludin tidaklah mampu menolak apa-apa perintah dari Raja kerana mereka jua arakian adalah graduate daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.maka walapun berat tapi Kulup dan Ludin terpaksa mencari jalan untuk membina tangga kematahari. Jika engkar maka kepala mereka juga yang putus sedangkan dulu pernah suatu ketika masa kecil kepala lain yang putus. Kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali maka Kulup dan Ludin cuba juga mencari jalan bagi tugasan yang amat mustahil itu.

jadi oleh kerana permintaan dari Raja yang luarbiasa itu seluruh tanah dan hutan negeri yang makmur ini dicabut dan digondol bag memnbuat kayu untuk tangga kematahari itu. Setelah berhempas pulas dan berpulas hempas selama 5 tahun siap jugalah tangga paling tinggi didunia itu.

Bila siap tangga kematahari itu Kulup pun mempersembahkan tangga itu pada Raja yang bersedia untuk menyembah dulu menaiki tangga itu. tangga itu tegak berdiri , penghujungnya tak nampak dengan mata kasar kerana tingginya ia.
"Ah! mana pula sahabat kamu si Ludin wahai Kulup?" tanya Raja yang keliru kerana yang muncul hanya seorang dari dua.
"Ludin sudah hangus dibakar metahari tuanku. Ianya berlaku ketika lelaki tak berdosa itu menyaggah tangga menegak keatas awan"
Mendengar itu Raja jadi murka. Dia mula takut yang tangga itu tak selamat untuk dia naiki.
"Beta tak akan panjat tangga ini selagi tak ada Ludin. Kamu cari Ludin dan jika tidak beta anggap tangga ini tak siap maka sebab itu hukuman beta menanti kamu!" Jerit Raja Al Mukmin.
Kulup yang menggelupur takutkan Raja terus sahaja naik tangga itu.

Seminggu kemudian Kulup masih tak turun-turun. Perkembangan ini membuatkan Raja mulai resah.
Suatu hari dia mengambil risiko dengan memberanikan dirinya menaiki tangga kayu itu.
Beberapa jam kemudian bila Raja Al Mukmin sampai kebulan dia lihat Kulup dan Lubin tengah bersenang lenang diatas muka bulan.

"Whattafuck Kulup Ludin!" Jerit Raja marah kerana apa yang dilihatnya tidak berkenan dihati.
Kulup dan Ludin yang termenggu dengan rokok ditangan mula kelam kabut melihat Raja diatas tangga.
"Youre fired Kulup dan Ludin!" jerit Raja lagi.
"Ampun tuanku ampun" Kulup dan Ludin mula menyembah-nyembah meminta maaf.
"kamu dihukum pancung sampai mati. Kedua-dua kamu. Apakah permintaan terakhir kamu wahai hambaku?"
"Kalau itu arahan tuanku patik tak mampu nak menolak bencana lagi. Nyawa patik bergantung pada belas dan ehsan tuanku. Tapi demi satu permintaan yang tuanku perkenankan, cuma satu yang patik minta. bagilah peuang patik hisap rokok ni dulu tuanku"
"Baiklah. Hisaplah rokok itu dulu"
"Tapi kami takde pemetik api tuanku. Sebab itu kami minta jasa baik tuanku untuk ambil api dari matahari diatas sana dan turun kebawah untuk kami bakar rokok ni tuanku" kata Kulup lagi yang dalam masa yang sama gagal menjelaskan pada Rajanya bahawa perjalanan kematahari mengambil masa seumur hidup manusia.
"Baiklah kalau begitu. kamu tunggu disini beta akan dapatkan api untuk kamu" kata Raja Al Mukmin yang terus sahaja memanjat tangga itu naik keatas.

beberapa minit kemudian Kulup dan Ludin yang yakin bahawa Rajanya itu tak akan turun-turun telah turun semula kebawah bumi.

Sampai dia Istana permaisuri negara sudah sedia menunggu ditepi tangga. Dia menyalakan rokok yang masih melekat dibibir Kulup dengan pemetik api zipponya.
Kulup menghisap rokok itu dan menyedutnya puas-puas kelangit.
"mana suami beta, raja kamu?" Tanya permaisuri.

"Raja dah hangus dibakar matahari, tuanku" jawab Kulup.
Permaisuri bersedih seketika. Kemudian dia bersuara"Takpelah sekurang-sekurangnya kamu dah membukti bahawa tangga yang kamu bina ini memang boleh sampai kematahari. Dengan itu saya kurniakan kamu darjah Keberanian Teknologi"
Kulup dan Ludin gembira kerana jasa mereka dihargai.

Sejak itu Kulup dan Ludin tinggal di Istana dan setiap kali hari siang dan matahari panas terik membakar bumi, permaisuri dan rakyat negara bertuah itu terkenangkan Raja Al Mukmin.

Sejak Raja Al Mukmin hangus dibakar matahari tiada lagi raja yang bercita-cita tinggi.

Monday, October 3, 2011

Cerpen: Baby Care



Bagi lelaki sepertinya dia dikatakan memiliki segala apa yang manusia moden miliki;duit, isteri yang baik ,anak-anak yang terpelajar dan rumah yang dijaga oleh pengawal keselamatan dari Nepal. tapi sampai satu saat dalam hidupnya dia merasa kosong dan sunyi. Ada sesuatu yang tak kena pada kehidupan Nordin tapi dia tak tahu apa. Ketika itu Nordin berumur 55 tahun dan mencapai usia pencennya.

Jauh disudut hatinya Nordin amat rindu pada zaman kanak-kanaknya. segalanya indah pada masa dahulu. Ketika ini, hidup padanya hanya menunda kekalahan.

Nordin sanggup lakukan apa sahaja sekiranya dia dapat kembali pada zaman dia masih kecil.

Seorang kawan jogging yang dia ketemu ketika selalu berjogging ditaman perumahannya mencadangkan suatu tempat untuk dia luangkan masa. Ketika itu mereka berjogging mengelilingi satu bulatan besar "macam larian kita ini, Nordin. Kehidupan ibarat satu bulatan yang sempurna. Kita perlu bermula pada tempat yang kita bermula. ramai orang tak sedar tentang ini" kata lelaki berambut putih itu sebaik sahaja dia dan Nordin kembali ketempat asal mereka bermula memulakan larian.
"Ambik ini. telefon dan buat appointment. Kau tak akan menyesal"Kata lelaki rambut Putih itu menghulurkan kadnya.
"Apa tempat ni?"
"Baby Care for Pensioner.Bagus untuk kau! Ianya akan mengembalikan zaman kanak-kanak kau Nordin. Dan itulah yang membuatkan kau rasa kosong dan sunyi. Kau akan rasa seperti lelaki baru nanti" kata lelaki berambut Putih itu dan kemudian dia beredar.

Seminggu kemudian,walau dalam keadaan scepitcal Nordin menelefon Baby care For Pensioner tapi masih tidak dapat membayangkan perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan.
"Saya cadangkan encik Nordin datang ke pejabat kami dan kami tunjukkan bagaimana ianya berfungsi"
Nordin mengotakan janjinya. Satu hari selepas pulang dari pejabat dia kepejabat BCFP tak jauh dari Petaling Jaya. Ianya sebuah rumah besar atas bukit dari sebuah rumah kedai. Pagar besinya besar dan padang hijuanya luas. Selepas diberi kebanaran masuk oleh pengawal Signh itu Nordin masuk kedalam rumah agam itu. kehadirannya disambut dengan beberapa wanita berkemban Bali dan seorang lelaki yang berpakaian serba putih.

Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Aziz bin Almuani, manager baby care for Pensioner. Nordin terus dibawa kepejabatnya.
"Disini kami menawarkan pengalaman semasa masih bayi untuk orang-orang berumur seperti encik Nordin ini " kata Aziz bin Almunia ketika Nordin belum lagi sempat melabuhkan ponggongnya diatas kerusi biru itu.
"Bagaimana?" Tanya Nordin.
"Kita mulakan dari mula dan encik Nordin akan alami segala perasaan itu?"
"Dadah apa yang encik Aziz bin Almunia maksudkan ini?"
Aziz bin Almuani ketawa besar. "kami tak suntik dadah pada pelanggan kami encik Nordin. Kami berikan mereka pengalaman yang nyata"
Aziz bin Almunia mengeluarkan sebuah catalog dan melemparkan pada Nordin. Dalam catalog itu ada gambar beberapa orang wanita dengan pelbagai watak dan pakaian.
"Encik Nordin boleh pilih mana satu encik nak jadi mak encik"
Nordin memilih satu gambar dan menunjukkannya pada Aziz bin Almunia. gadis itu bermata bundar dan memiliki mulut yang lebar dan besar.
"Pilihan yang baik encik Nordin. Ayuh, mari saya tunjukkan buaian untuk encik Nordin"

2
Mereka naik ketangga atas. dihujung koridor ada sebuah bilik. Bila Aziz bin Almunia buka pintu bilik itu ada sebuah buaian besar tergantung. Ianya bukan buaian biasa, ianya bukan buaian untuk bayi. Sebaliknya buaian itu dicipta untuk lelaki-lelaki berumur sepertinya.
"Saya akan tidur dalam buaian itu?"
"Tidur dalam buaian ini dan banyak lagi encik Nordin. Ini yang kami buat di baby Care For Pensioner, kami layan manusia berumur macam Encik Nordin ni macam bayi? Kenapa? kerana kami percaya kehidupan ini ibarat satu bulatan yang sempurna Encik Nordin. Dimana kita bermula kita patut akhiri ditempat yang sama. Bukan begitu Encik Nordin? banyak orang tak tahu tentang itu. Mak encik Nordin akan muncul sikit lagi. Saya minta diri dulu encik Nordin. Enjoy"
Tak berapa lama mak Nordin muncul. Dia memang seorang perempuan yang cantik dan bersifat keibuan. Malam itu sebelum menidurkan Nordin dalam buaian dia memandikan Nordin dahulu dalam bathtub ,memakaikannya dengan lampin dan meletakkan bedak pada badannya. Nordin akui pada mulanya dia sedikit kekok dengan aktiviti-aktiviti itu, tapi tak lama kemudian dia mengakui dia mula selesa dengan semuanya. ianya melucukan dan juga sweet pada masa yang sama. mak yang dia pilih ternyata satu pilihan yang baik. Dia sedikit pun tidak kekok dengan kerja-kerjanya dan dia memang melayan Nordin macam bayi! Dia pandai membelai dan bebelannya memang seperti seorang ibu melayan bayi kecil. Nordin tak sempat bertanya namanya kerana sepanjang masa Nordin hanya mengerang macam budak kecil tetapi yang nyatanya dia telah dilatih untuk menjaga bayi dengan baik.
Kemudian dia letakkan Nordin diatas buaian dan dengan suara yang sedap dia mendodoikan Nordin. Malam itu adalah pengalaman paling ganjil dalam hidup Nordin. Tapi sesuatu dalam dirinya berubah; memang benar kata Aziz bin Almunia, dia merasa seperti dilahirkan semula. Dan yang penting dia gembira!

3
Pengalaman di Baby care For Pensioner membuatkan Nordin segar semula. Hampir setiap hari selepas pulang dari pejabat dia akan ke pusat itu. Dan pulang kerumah pada waktu lewat pagi. Isteri dan anaknya tak pernah bertanya dan Nordin juga tak pernah bercerita tentang Baby care ini pada sesiapa pun termasuklah kawan baiknya.
Suatu hari ketika didodoi diatas riba oleh emaknya, Nordin mengambil keputusan untuk menghisap puting maknya. pada mulanya Nordin terasa takut jika perbuatannya itu melanggar etika Baby care tetapi setelah seminggu menahan perasaan, hari ini Nordin mula mengucup-ngucup bibirnya bagai kanak-kanak kelaparan. Tanpa Nordin sangka emaknya menyelak branya dan menghalakan putingnya kemulut Nordin. tanpa berfikir panjang Nordin terus menyusu perempuan ini. Inilah kali pertama Nordin menetek setelah hampir 55 tahun.
dan ianya sebuah perasaan yang indah.

Perasaan itu dikhabarkan dengan gembira pada Aziz bin Almunia."Tapi yang menariknya saya takda rasa lansung perasaan mahu melakukan sex dengan perempuan saya itu. Saya menganggapnya tak ubah macam ibu kandung"
"Memang customer kami puas hati dengan servis yang kami berikan. dan kami bukannya menjual sex. Kami bukan juga menjual kasih sayang tetapi memori." balas Aziz bin Almunia tersenyum.
"Apa lagi servis yang syarikat ini sediakan?"Tanya Nordin yang sentiasa mahukan terbaik dan paling tinggi sesuatu manusia boleh offer.
Aziz bin Almunia campakkan satu fail kehadapan Nordin. dalam fail itu ada beberapa pakej dan harga bayaran yang dikenakan. Nordin tertarik pada sebuah pekej yang paling mahal antara semua pekej. Ianya bertulis ' Kelahiran'
"Apa ini?" Tanya Nordin sambil tangannya menuding pada fail itu.
"Ini pekej paling mahal dan paling terbaik kami boleh offer untuk pelanggan kami merasai detik zaman kanak-kanak mereka. Tapi ini istimewa sedikit. Bukan sahaja kerana ianya mahal. tapi pengalaman yang kami cuba sampaikan adalah sesuatu yang diluar batasan memori manusia biasa"
"Kau aturkan satu kelahiran?"
Azizi bin Almunia ketawa besar dan mengangguk.
"bagi aku yang ini. Aku nak yang ni"
"Bagus. Kau sanggup melakukan sesuatu beyond apa yang manusia normal sanggup lakukan. Aku hormati keputusan kau itu "


4

Pada hari yang dijanjikan Nordin membantu keatas bukit kerumah agam itu mengalami proses dilahirkan semula dalam pekej kelahiran Baby care For Pensioner.
Azizi bin Almunia menyambut Nordin dihadapan rumah dan mereka berdua naik ketangga atas dan terus masuk kedalam bilik yang diubahsuai tak ubah macam Hospital. beberapa pekerjanya memakai pakaian putih dengan bertutup mulut berdiri mengadap Nordin, bersedia untuk proses itu. Beberapa peralatan kelahiran dan juga katil tersedia disisi.
Sesuatu yang mengejutkan Nordin adalah kelibat perempuan yang terbaring diatas katil itu.
"Tapi itu bukan emak saya. Saya mahu emak biasa saya"
Azizi bin Almunia ketawa besar. "Encik Nordin, ini proses yang luar biasa. Keluasan faraj antara seorang wanita dengan wanita adalah berbeza. kami terpaksa pilih emak yang lain untuk encik Nordin bagi menjayakan proses kelahiran ini"
"maksud kau keluasan faraj wanita itu terlalu besar sehingga muat satu badan saya untuk masuk kedalam wombnya?"
Kali ini Azizi bin Almunia tak mampu ketawa lagi diatas kebodohan encik Nordin itu, dia hanya berkata "encik Nordin, kalau nak sumbat satu badan encik Nordin emak gajah pun tak muat. encik Nordin tak perlu masukkan satu badan encik Nordin dalam womb perempuan ini, cuma kepala encik Nordin sahaja"
"Oh baru saya faham. Cuma satu soalan saja, berapa banyak pelanggan tuan yang melakukan pekej ini?" tanya Nordin.
Aziz bin Almunia menjawab perlahan, tapi suaranya tak didengari kerana terganggu dengan bunyi bising telefon bimbit pekerja hospital itu.
"Sudah bersedia encik Nordin?"
"ya saya bersedia"
"Bila para doktor dan nurse ini menjerit push, encik Nordin cuba anjakkan kepala sekali ya"
"baiklah. Saya ingat"
"encik Nordin ingat? macamana encik Nordin boleh ingat masa tu encik Nordin belum develop memori lagi" Aziz bin Almunia berseloroh dan pekerja yang berpura-pura doktor dan nurse itu ketawa.
"maksud saya,saya biasa menonton di TV" kata Nordin.
"dan pastikan bila encik Nordin keluar nanti, tolong menangis ya"
Nordin hanya mengangguk. berpura-pura sebagai bayi bukanlah sesuatu yang asing padanya sekarang.
Dia kemudiannya menanggalkan pakaiannya satu demi satu sampai takde seurat benang pun pada tubuhnya. this is exciting, fikir Nordin lagi. tak perlu dia melalui pengalaman sebegini. Dia harap pengalaman ini mampu mengubah pandangannya terhadap kehidupan dan dunia.

Nordin kemudian merangkak naik keatas meja dan dengan dibantu oleh pekerja-pekerja itu memasukkan kepalanya kedalam faraj wanita itu. Sejam kemudian kepala Nordin sudah berada sepenuhnya dalam perut wanita itu.
"Push! Push!" jerit nurse itu.
Wanita itu mula mengerang. dahinya mula berpeluh.
"Push! Pushhhhh!"
Wanita itu terus cuba menolak. kakinya terkangkang luas-luas.
"Push!! Bukan encik Nordin ye yang push, ibu encik Nordin yang kena push!"Jerit mereka, dan terus menjerit lagi.
didalam womb gelap gelita. Nordin tak nampak apa-apa. Tapi dia tahu, disinilah dulu dia disimpan selama 9 bulan.Memang pelik dia kembalai ketempat ini walaupun badan ini, womb ini bukannya dari perut ibu kandungnya sendiri.
Ketika itulah dia mula teringat jawapan Aziz bin Almunia ketika dia bertanya tadi. Jawapan dalam samar-samar menjelaskan kenapa sudah beberapa minit Nordin masih tersangkut disini
"Cuma satu soalan saja, berapa banyak pelanggan tuan yang melakukan pekej ini?" tanya Nordin tadi.
"Tidak ada. Ini yang pertama encik Nordin" jawab Aziz bin Almunia.

Suara pekerja itu menjerit terus kedengaran. Wanita itu terus cuba meneran dengan giginya yang terkatup dan peluh didahi.
Didalam womb itu Nordin tidak lagi bernafas.

5
Seminggu kemudian isteri Nordin mendapat sepucuk surat yang tak bernama. Setelah dibaca surat itu masih tidak menjawab misteri kehilangan suaminya.


Salam puan.

Untuk pengetahuan puan, suami puan adalah merupakan pelanggan setia kami dalam Baby care For Pensioner. Suatu hari dia telah mengambil pekej Kelahiran untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan zaman bayinyaa. Pekej ini bertujuan untuk memberi kasih sayang dan menyegarkan kembali memori ketika manusia masih lagi kecil dan dimanja oleh ibu. Malangkan ibu Nordin telah mengalami kemalangan sewaktu bersalin dan anaknya, suami puan telah keguguran dan tak dapat diselamatkan. Sekian.