Sunday, October 16, 2011

Bukannya mudah untuk menjadi Tiara Jacquelina. Kerana apa-apa aktiviti seni teater yang beliau lansungkan akan dikaitkan dengan PGL.

Tapi dekad baru perlukan hero baru. Atau lebih tepat lagi teater tempatan memerlukan hero(atau heroin) baru. Atau dengan lebih jelas lagi, Istana Budaya memerlukan hero atau ikon atau 'wajah' teater tempatan. macam China memerlukan Mao Zedong dan Korea memerlukan Kim Jong Ill. Tapi orang-orang biasa tak boleh menjadi hero di Istana Budaya. Kerana orang biasa tak mampu menjadi penaja di IB. Istana Budaya memerlukan seseorang seperti Tiara. Seorang yang berkedudukan . Seseorang yang berkhawin dengan ahli politik.

Anggapkan kenyataan aku ini sebagai keterlaluan tapi aku rasa penyatuan antara Tiara dan suaminya adalah antara key event dalam pergerakan seni tempatan. Ah! Darinya lahir PGL the movie. Tanpa PGL the movie mungkin takde Hikayat Merung Mahawangsa, which is a good thing for some. well....itu hal yang berbeza untuk dibicarakan. Anyway dan kemudian, entah dari mana muncul PGL the musical. Jika berkhawin dengan politician adalah langkah yang baik untuk mencipta nama maka aku cadangkan pada semua anak seni, termasuk pelajar-pelajar aku untuk berkhawin dengan ahli politik.

..Dan kemudian PGL the musical muncul. Semua orang suka. hanya Rohani Yusof yang tak suka dengan PGL the musical. Sutung Umar RS pun hanya komen kenapa Tuah dan PGL harus berkemban. Selain dari itu semua akur pada kehebatan PGL. Bila Stephen Rahman membuka mulutnya untuk menyanyi dengan high tone, tiada siapa berani persoalkan kenapa ambil pelakon Broadway sedangkan di Fakulti Seni Persembahan pelajar Teater ada subjek Vocal.

Dan kemudian muncul The Secret Life of Nora, satu lagi ambitious projeck dari Infiniti. SLON seharusnya a love letter to Jefri Zain's film, tapi akhirnya ianya not even close to a Austion Power's spoof.

Apa yang tak kena? hampir semua.

banyak kelemahan dalam SLON yang ketika aku meninggalkan tingkat tinggi itu aku wonder jikalau kejayaan PGL hanya kebetulan atau accidental semata-mata.

Akhirnya SLON hanya sebuah teater Teknikal yang hanya mampu membuatkan carpenter, tukang kayu dan orang yang suka menilai set dan prop(atau antaranya) terpesona dengan gimik pentas dan teknologi tali dan mekanikal. Sarkas acrobat juga turut dimunculkan untuk menghiburkan penonton! Mungkin lain kali kita perlu masukkan singa, harimau dan gajah dalam persembahan teater!

SLON mengisahkan Nora Zain yang bercita-cita untuk menjadi primadona. Bila dia berjaya dalam ujibakat dia sebenarnya terpilih untuk menjadi spy bagi menewaskan MR J yang suka kidnap gadis cun. ok, itu jelas, mudah dan simple, seperti a musical show should be.

Development character dalam penceritaaan tidak meyakinkan. Nora kurasa terlalu dipampered, dijaga sehinggakan dia tidak menonjol. Sebagai watak utama yang tajuk pun berkisar tentang dirinya bagi aku itu bukan satu idea yang baik. Genre Spy di tahun 60an dan 70an seolah-olah mencadangkan beberapa etika untuk karakter spy ini;mereka mestilah seksi, berbahaya, bijak, bergaya, penuh muslihat, manipulatif, penuh gadget,seksi, pandai ayat perempuan dan lain-lain itu yang boleh kita lihat dari filem-filem James Bond, In Flames,get Smart dan Jefri Zain sendiri. Di dekad 90 dan 2000 dengan kemunculan Borne series, seolah-olah ada gaya baru untuk filem spy;mereka tak seharusnya seksi, sebaliknya mereka ganas ,tajam dan rakus. Ini termasuklah dengan gaya baru James Bond lakonan Daniel Craig.
Walaubagaimanapun, Nora tak diperkuatkan dengan either of the character/style. Dia bukanlah sexy, bukan manipulatif, tak nampak berbahaya dan juga tidaklah ganas
selain dari itu pergerakan watak Nora banyak dilindungi oleh watak lain untuk menonjollkan kekuatan wataknya. Dia bukanlah independence. Seolah-olah gaya ini diambil dari watak PGL yang mengangkat nama Tiara itu. PGL ada alasan kenapa ianya selalu dipampered sebegitu- PGL adalah keturunan raja dan bangsawan. Dia tak pernah meninggalkan Istananya dan sebagai keturunan bangsawan sememangnya Putri Gunung Ledang itu sukar untuk membuat keputusan dalam apa-apa hal. tapi Nora?



Ah! Kenapa perlu teater muzikal bercerita tentang character development jikalau penonton hanya mahu melihat muzik dan nyanyian? benar....tapi muziknya juga tidak memorable. No sir.

Dan jika itu tidak cukup, mereka masih memilih Aznil Haji Nawawi untuk watak-watak wacky dan idiotik seperti itu. Dari Cicak Man sehinggalah ke magika,seniman elit ini hanya nampak Aznil sahaja yang boleh buat watak gila-gila sebegitu-dah takde orang Malaysia yang boleh ganti Aznil untuk itu .Aku rasa Azwan Haji Ali lagi wacky dan mungkin lebih menarik untuk watak saintis gila dan ala-ala Dr Evil seperti itu. Dan jenakanya tentang dia tak boleh menyebut huruf R menjadi W adalah a total rip off of Life Of Brian!

...Dan tentang lift yang lembab pada babak klimak tu tak perlulah aku analisa dengan lebih panjang lagi.

SLON bukanlah sebuah teater yang buruk secara keseluruhannya. Ada percubaan untuk membentuk SLON untuk menjadi sebuah teater yang baik dan menghiburkan. Aku suka adegan didalam bilik dengan potret Queen Elizabeth besar dan kemudian gambarnya tercabut dan muncul skrin (remember Stephen Chow's From Beijing With Love?). Dan aku juga suka adegan pintu lift vintage itu.



Akhirnya Secret Life of Nora hanyalah sebuah Teater Teknikal.Teater mekanikal yang bercerita dengan teknologi dan krane walaupun itu pun bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Hanya carpenter dan pembikin set dan Props(aku tergolong juga dalam orang-orang ini) yang akan teruja dengan SLON.

Aku menonton SLON dengan mak aku. Bukan selalu aku dapat bawak ibu sendiri menonton teater di Istana Budaya sebegini (Baca: bukan selalu aku dapat tiket free) Ibu aku sebenarnya dah tak larat nak berjalan dan tiket free biasanya ditingkat paling atas. show tamat pukul 11.30. Bila balik kami dua-dua kelaparan. Singgah dikedai mamak beli roti canai. Nasib baik kedai masih buka.

3 comments:

ryann said...

zizie ezzette taknak buat filem epik ke

syahrulfikri said...

aku hanya nk komen, sweet ko bawak mak ko tgk teater...

saat omar said...

Zizie bagi peluang kat adik dia dulu...

ty syahrulfikri..nanti nak bawak mak aku tengok konsert Elton John plak