Tuesday, October 11, 2011

Cerpen:Raja Yang Bercita-Cita Tinggi


Pada satu zaman gelap ada seorang Raja bernama Al Mukmin. bagi membuktikan kekuasaannya suatu hari dia menitahkan menteri Teknologinya untuk membina sebuah tangga yang tingginya sampai kematahari.

"Beta nak menyentuh matahari dengan tangan beta sendiri" kata Raja Al Mukmin.

Dua orang menteri Teknologi yang nampak kebodoh-bodohan umpama Peran Menora itu hanya meneguk air liur kerana tahu tugasan mustahil yang dipundakkan keatas bahu mereka itu. Tapi kedua-dua Menteri Teknologi itu iaitu Kulup dan Ludin tidaklah mampu menolak apa-apa perintah dari Raja kerana mereka jua arakian adalah graduate daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.maka walapun berat tapi Kulup dan Ludin terpaksa mencari jalan untuk membina tangga kematahari. Jika engkar maka kepala mereka juga yang putus sedangkan dulu pernah suatu ketika masa kecil kepala lain yang putus. Kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali maka Kulup dan Ludin cuba juga mencari jalan bagi tugasan yang amat mustahil itu.

jadi oleh kerana permintaan dari Raja yang luarbiasa itu seluruh tanah dan hutan negeri yang makmur ini dicabut dan digondol bag memnbuat kayu untuk tangga kematahari itu. Setelah berhempas pulas dan berpulas hempas selama 5 tahun siap jugalah tangga paling tinggi didunia itu.

Bila siap tangga kematahari itu Kulup pun mempersembahkan tangga itu pada Raja yang bersedia untuk menyembah dulu menaiki tangga itu. tangga itu tegak berdiri , penghujungnya tak nampak dengan mata kasar kerana tingginya ia.
"Ah! mana pula sahabat kamu si Ludin wahai Kulup?" tanya Raja yang keliru kerana yang muncul hanya seorang dari dua.
"Ludin sudah hangus dibakar metahari tuanku. Ianya berlaku ketika lelaki tak berdosa itu menyaggah tangga menegak keatas awan"
Mendengar itu Raja jadi murka. Dia mula takut yang tangga itu tak selamat untuk dia naiki.
"Beta tak akan panjat tangga ini selagi tak ada Ludin. Kamu cari Ludin dan jika tidak beta anggap tangga ini tak siap maka sebab itu hukuman beta menanti kamu!" Jerit Raja Al Mukmin.
Kulup yang menggelupur takutkan Raja terus sahaja naik tangga itu.

Seminggu kemudian Kulup masih tak turun-turun. Perkembangan ini membuatkan Raja mulai resah.
Suatu hari dia mengambil risiko dengan memberanikan dirinya menaiki tangga kayu itu.
Beberapa jam kemudian bila Raja Al Mukmin sampai kebulan dia lihat Kulup dan Lubin tengah bersenang lenang diatas muka bulan.

"Whattafuck Kulup Ludin!" Jerit Raja marah kerana apa yang dilihatnya tidak berkenan dihati.
Kulup dan Ludin yang termenggu dengan rokok ditangan mula kelam kabut melihat Raja diatas tangga.
"Youre fired Kulup dan Ludin!" jerit Raja lagi.
"Ampun tuanku ampun" Kulup dan Ludin mula menyembah-nyembah meminta maaf.
"kamu dihukum pancung sampai mati. Kedua-dua kamu. Apakah permintaan terakhir kamu wahai hambaku?"
"Kalau itu arahan tuanku patik tak mampu nak menolak bencana lagi. Nyawa patik bergantung pada belas dan ehsan tuanku. Tapi demi satu permintaan yang tuanku perkenankan, cuma satu yang patik minta. bagilah peuang patik hisap rokok ni dulu tuanku"
"Baiklah. Hisaplah rokok itu dulu"
"Tapi kami takde pemetik api tuanku. Sebab itu kami minta jasa baik tuanku untuk ambil api dari matahari diatas sana dan turun kebawah untuk kami bakar rokok ni tuanku" kata Kulup lagi yang dalam masa yang sama gagal menjelaskan pada Rajanya bahawa perjalanan kematahari mengambil masa seumur hidup manusia.
"Baiklah kalau begitu. kamu tunggu disini beta akan dapatkan api untuk kamu" kata Raja Al Mukmin yang terus sahaja memanjat tangga itu naik keatas.

beberapa minit kemudian Kulup dan Ludin yang yakin bahawa Rajanya itu tak akan turun-turun telah turun semula kebawah bumi.

Sampai dia Istana permaisuri negara sudah sedia menunggu ditepi tangga. Dia menyalakan rokok yang masih melekat dibibir Kulup dengan pemetik api zipponya.
Kulup menghisap rokok itu dan menyedutnya puas-puas kelangit.
"mana suami beta, raja kamu?" Tanya permaisuri.

"Raja dah hangus dibakar matahari, tuanku" jawab Kulup.
Permaisuri bersedih seketika. Kemudian dia bersuara"Takpelah sekurang-sekurangnya kamu dah membukti bahawa tangga yang kamu bina ini memang boleh sampai kematahari. Dengan itu saya kurniakan kamu darjah Keberanian Teknologi"
Kulup dan Ludin gembira kerana jasa mereka dihargai.

Sejak itu Kulup dan Ludin tinggal di Istana dan setiap kali hari siang dan matahari panas terik membakar bumi, permaisuri dan rakyat negara bertuah itu terkenangkan Raja Al Mukmin.

Sejak Raja Al Mukmin hangus dibakar matahari tiada lagi raja yang bercita-cita tinggi.

No comments: