Wednesday, July 28, 2010

=


Dunia makin faham kuasa Violence. Kuasa Violence pada filem maksudku.

Bollywood sudah mengasah gaya muzikal dan kasih sayang yang totok antara keluarga dan manusia bertahun-tahun lamanya tapi dimata Amerika, keganasan John Woo juga yang berjaya menambat hati mereka.

Ini berlaku pada pertengahan tahun 1990an bila kontemporari Amerika seakan mula ‘discovered “ The Killers, Hard Boiled dan juga filem2 Jackie Chan.


Dan sekarang Korea pula mengikut jejak langkah Hong Kong dan Jepun; Violence dengan gayanya tersendiri.Lebih sadis, lebih stylo dan lebih bare. Violence dalam movie adalah jalan singkat yang paling mudah untuk menarik perhatian remaja-remaja seperti aku ni .


Dan kerana itu juga sampai sekarang orang Amerika lebih suka Pulp Fiction dari Forrest Gump(dan menyelar kemenangan filem arahan Robert Zemeckis itu dari Tarantino)


Dan begitu juga dengan Goodfellas dan Dances With Wolves. Sampai sekarang orang menyindir Dances With Wolves yang menyatakan Goodfellas lebih berhak menang Best Film in 1991 (memang benar pun tapi bukan itu halnya disini).

Shakespeare in Love dan Saving Private Ryan takperlulah dijadikan contoh kerana Shakespeare in Love lebih kuat sebab Gwyneth banyak bukak baju (tu dah kira habis Violence dah tu)

Semua filem kalau mahu dikenang, harus violence.


Semua filem kalau nak 5 star dari Empire kena harus ada unsur Violence.

Itu ukuran pada mata American dan terpengaruh juga di Eropah.

Hanya Yasmin Ahmad sahaja yang menongkah arus mudah ini. Kasih sayang dalam filemnya digambarkan keterlaluan tetapi bukanlah sesuatu yang menolak realism.(Ayah dan ibunya masih lagi hidup untuk membuktikan suasana ini memang benar berlaku)


Disitulah hebatnya Yasmin Ahmad.


Nak cakap tentang itu sahaja.



2

Apa aksi violence dalam filem tempatan yang kau ingat?

Exactly. Aku dah lupa.

Paling ganas pun terjadi bila Hamid Gurkha gosok gigi ikan dalam Sikit Punya Gila.

But theres a fine line between desperate to make people laugh and animal cruelty. And yes, its cant be considered as Violence at all.



3

Semalam aku tengok Lars Von Tier’s AntiChrist. Seharusnya aku tahu kenapa Lars Von Tiers memilih Willem Da Foe sebagai hero.

Wajahnya yang rakus dan tak peduli apa. Dan bila wajahnya yang rakus, sudah tentu ada banyak adegan sex rakus.

Aku sepatutnya dah jangkakan aksi-aksi macam itu akan berlaku.

……..Tak sesuai tengok.


Tak sesuai tengok tambah bila Jaja pun ada disebelah.


Patutnya Lars Von Tiers harus terus bekerja dengan Bjork, bercerita tentang wanita buta menari-menari dikeretapi blues dengan lagu kolaborasi bersama Thom Yorke.


Anti Christ aku tak tengok lama. Aku forward dari mula sampai tamat filem.








Bila Jaja dah kat hospital bersalin baru aku tengok filem tu full.

Monday, July 26, 2010

H


1
How right was Shah Moloko . This is not the right time to watch memories of Murder.
The truth is, ketika ini aku perlukaan sedatif yang kuat. Mungkin kerana penangan Inception.

But then agaian why would I do that? iahve to let Inception been lingering throught my braian, my mind sehinggalah ianya opengaruhnya keluar perlahan-lahan tanpa aku sedari.

Memories of Murder adalah sedatif yang kuat. Silap aku juga yang underestimate filem ini dari awal. Atau mungkin sebenarnya aku tidak memperkecilkan keksannya, tetapai sengaja aku refuse untuk melayan kesannya nanti.Dan sekarang aku takut filem itu menghantui aku.

Tapi aku tak rasa effectnya kuat. Mungkin tidur malam kuresah seketika. Dan aku kembali kepada normal bila aku bangun keesokan paginya.

Malam tadi aku cuba tengok Mid August Lunch. Directed by Matteo Garrone-the writer yang buat Gomorrah! Tapi tak dapat habis. tak sampai sejam aku stop. I know its unfair for the director I judge his film not until the end of credit. tapi sedatifnya tak cukup kuat untuk membuat aku terus menontonnya sehingga tamat.

maybe next time aku cuba untuk gagahkan menamatkan filem itu. And I know it might not be a pleasent experience; pengalaman yang tak akan mencabar(?)

Ah lelaki Italian! kalau mereka tak jadi mafia, mereka akan spend masa didapur bersama ibu mereka dan membuat pasta.

Whats with Italian movie? I need their greatest comedy here now. tapi comedy Italy yang aku tonton semuanya gagal membuatkan senyum aku menguntum. Apatah lagi membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.

Atau sebenarnya aku yang telah dijajah british merasakan sukar untuk aku hadam dengan komedi Italy itu? (dont just Italy but French also)

Jangan lupa yang Italy mempunyai sejarah komedi dalam persembahan yang lama . mereka mula dahulukan Commedia del arternya terkenal diseluruh Eropah ketika orang England dan Spain dan France masih baru nak belajar tersenyum. . Tiada commedia del arte tiada pantomime.

Dimana Zanni? DImana Pantalone?

Its sad for them(or for me?) . maybe pengaruh neo realist yang makin kuat dalam filem Italy.
Italian should produce great comedy i think.

takkan nak harapkan Roberto Benigni sorang je.....

Atau takkan nak harapkan Cannavarro je buat kelakar?

kelas kau.


2
Hey! Inception? hah! movie fans still puzzle what to make of that movie.The discussion is going on and on. baguslah tu. Semua polimek dan perbincangan tentang art, samada yangm enjuruskan kepada konklusi yang baik ataupun sebaliknya adalah baik untuk perkembangan dan pemahaman minda manusia. Bukan kata aku, itu Freud juga yang cakap.

Basically diskusi tentang Inception terarah kepada tajuk2 ini;
1) Is that movie is great like most of people make it out.
2) Is that the best Christopher Nolan's movie?
3) is Cobb still dreaming throughout the whole movie?

New theory and idea comes and go. Most of them are interesting one walaupun semuanya revolve pada basid ideaa; iaitu adakah Leo bermimpi pada akhirnya ataupun tidak?

Now Chrstopher Nolan bukanlah jenis director yang suka bunuh watak jahat dalam filemnya; Joker dibiarkannya hidup. dan begitu juga dengan watak-watak jahatnya yang lain.
Paling kuat pun kena penjara.

So memang mungkin C.Nolan biarkan semua karakter dalam Inception terus hidup(termasuklah isterinya) dalam filem ini.
kalau ini benar oh betapa thoughtful youre Mr Nolan. Betapa baiknya engkau melayan karakter-karakter fiksyenmu.

Dan aku pun terus melayan segala idea dan konspirasi teori tentang filem ini.....

Yang terbaru datang dari Ahmad ,yang mencadangkan Cobb sebenarnya memang bermimpi sejak dari awal. Dia duduk dalam first class dan dia sebenarnya memang tak kenal lansung Eamus, Yusof, Juno dan juga Saito.

But I doubt this idea probably because Arthur ada tersenyum pada Cobb selepas dia bangun tidur.

Now they important key yang menyatakan Leo masih bermimpi sepanjang filem sebenarnya terletak pada baju 2 orang anaknya. Thats bukti penting dalam kes ini.

Now, the worst thing would happen is Christopher Nolan and the costume department lupa nak tukar baju pada pakaian kanak-kanak itu.If this really happens then Christopher Nolan akan menepuk dahinya sendiri bila dia tersedar pada kesilapan itu.

"La! kenapa korang biarkan budak-budak tu pakai baju yang sama pada scene mimpi tadi?" Pening kepala Christopher Nolan nak explain pada semua.

But I doubt that what happen.

When England play badly in World Cup, no happy ending for u.

Nakal Christopher Nolan ni......

3
Kalau aku dapat anak perempuan aku nak namakan dia Helvetica.
Kawan-kawan grafik mesti ternganga mendengar ini.

Sunday, July 25, 2010

M



Pic 2.

Pic 3.

Seperti yang kita tahu, takde filem ni takde David Fincher's Zodiack.

Rentak, gaya, style character builtnya adalah sama; Detektif yang jadi gila sebab menyiasat serial killer. Dan bukan itu sahaja, kesan yang ditinggalkan pada penonton adalah sama macam yang Zodiac tinggalkan untuk aku.
Aku tidur malam resah, tak puas hati, marah, geram, nak terkencing pun ada.

Dan juga takut. Orang gila ada dimana-mana. Aku tahu tentang fakta itu. Tapi ditangan Bon Joon Ho, fakta itu lebih meyakinkan dan terasa dekat lagi.

Aku tidak lagi memandang sawah padi itu sebagai sebuah tempat yang romantik, tenang selepas menonton filem ni. Sial ah Bong Joon Ho ni-Pengarah sama yang buat The Host dan Mother.

Ada satu watak sebijik macam Mazli kawan opis (pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik); gaya dan fizikalnya (pic 2) . Seorang polis yang asyik nak belasah orang je. Akhirnya dia kena potong kaki sebab terkena paku karat. So sad. Pity him. bagi aku aksi komedi dalam filem ini datangnya dari watak dia, dan juga Detektif Satu.

The movie based on a true story, as expected. Serial killer on the loose in 1986 until 1991 disebuah daerah kecil di Korea. And like Zodiac, the case remain unsolved.

Kau mungkin dah pernah tengok filem ni aku tahu. So takpayahlah aku nak review lebih-lebih.

Sial ah.

* ok Salmah nanti aku review ok. ..kalau rajinlah.

Dan aku rajin........

Review Memories of Murder(untuk Salmah)

Memories of Murder bermula dengan kenyataan yang crime ini tidak dapat disolve. Ok fine. The statement itself is clear. U either want to continue watching this or not. This is not a happy ending movie. Not just Leo is still dreaming but the first serial Killer is Korea in still uncaught.

Babak awal bermula dengan penemuan mayat dibawah tapak longkang disebuah sawah padi(pic 3). Kanak-kanak tempatan masih bermian kehulu kehilir.
Hero, detektif menjenguk kebawah melihat mayat perempuan diikat. Semut mengerumuni mukanya. Tapi scene ini menarik bila ada kanak-kanak mengejek muka Detektif bila dia menjenguk kebawah kolong itu.
Ini tanda awal yang kita boleh baca sebagai the misterous will not be solve but rather it will only puzzle the detektif and his squad. Dan ianya bukan sahaja mengejek detektif itu, tetapi mungkin kita juga sebagai penonton.

Ada 3 watak detektif utama dalam filem ini. yang keduanya side kick beliau yang kerjanya hanya terajang sesiapa sahaja (ini yang aku cakap muka macam Mazli tu hehe)
Dan seorang lagi adalah detektif dari Seoul yang datang untuk membantu menyiasat kes ini.

Pada mulanya nobody ever thought that is a repetitous murder act. The new Serial Killer is so new to them(hence this is the first case of Serial Killer in Korea, 1986. I consider that as a late starter for a negara maju) awal penemuan mayat, tiada siapa sangka ianya akan menjadi kes besar.

Detektif Satu mencari jalan mudaah untuk menyelsaikan kes itu dengana memaksa seorang budak terencat akal mengaku bersalah.

"Have u ever seen anything like this in Seoul?" Tanya Detektif Satu.
"Never" jawab Detektif Seoul.

Ketika inilah mereka mula sedar ada Serial Killer maniac on the loose.

Ada beberapa clue yang menarik dijumpai dalam siasatan mereka;

1) Pembunuh hanya 'bekerja' ketika hujan turun.
2) Dan mengikut rekod ketika kejadian bunuh berlaku, ada satu lagu lama berkumandang diradio dipinta oleh suspek .When the song is played on radio, murder happens .

Namun begitu ada juga beberapa idea yang bodoh(tapi lucu ) dari detektif 1. Bila dia puzzle kenapa tiada sebarang bulu punai dari perogol itu yang dijumpai ditempat kejadian, maka dia mencadangkan pada Bossnya bahawa perogol tersebut telah mencukur ari-arinya.
Tak perlulah aku ceritakan secara detail apa tindakan Detektif Satu untuk menyiasat berdasarkan alibinya itu. Sendiri tengoklah ok.

The character revolve as the story progress. Detektif Satu ,dari seorang yang santai kini menjadi semakin serius. Detektif Seoul dari seorang yang cool turut menjadi apa yang detektif satu dan dua jadi selepas dia sendiri hampir gila cuba menyelesaikan masalah itu.;becomes violence.


Memories of Murder is not a feelgood movie. No sir. It will left u angry and have your soul tortured. Tapi kalau bukan itu aimnya serial killer movie apa lagi?
Silence Of The Lamb doesnt have that in their potrayed of the whole movie.
No sir. Silence of the Lamb is about Hannibal Lecter trying to get Jodie Forster for dinner. A Serial killer with style acting. Not to put the arsehole in rats trap that they should be. Silence of the Lamb and most of American Serial killer based on this ground. Its a different league.

This movie, and Zodiac, and some other Korea movie will have a different effect on you. Unsettling feeling about the world we live in.

But yes, we all believe that all negara maju must have their great psychos too. So heres Memories of Murder for u.

Oh by that I mean we will never be a Develop Country because we dont have a prolific Serial Killer.........

Mona Fendey? Shes appear on Muzik-Muzik for god sake. For a regular Serial Killer, thats consider as sell out ok.

Wednesday, July 21, 2010

















Dah lama aku nak cuba transfer this into canvas. Tapi tak berhasil.

Menggunakan berus cat tak dapat menghasilkan kesan yang aku mahukan. Berus lembut.
Ada sesuatu tentang pen mata bulat yang memberi kepuasan bila aku melukis / doodle macam ni.

Basquiat dapat efek yang dia mhukan dengan menggunakan oilstick .Oilstick ni hanya boleh pakai ditempat yang beriklim sejuk. Cuaca macam di Malaysia ni tak boleh dapat efek yang sharp macam tu kerana oilstick akan jadi cair.

Pastel pun efeknya tak setajam. Tak cun.

Jadi sehingga kini hanya pen Kilometriko sajalah yang bertakhta dihati.

Tuesday, July 20, 2010

V

Kalau aku jadi pencuri mimpi, gasing inilah yang akan jadi totem aku.


Petang Ahad seorang kawan sms.

“Shit man semua review pasal inception kata it’s the must see muvi of the year. Next week kita tengok!”

Aku hanya ketawa baca sms tu. Somehow aku semacam tahu yang dia akan menghantar sms macam tu pada aku. Tekanan untuk menonton filem baru C. Nolan tu sangat kuat.Ini aku akui. Geloranya memanggil-manggil. Dan kami tahu kami harus bertindak pantas.


Sebelum Joe tengok movie tu,sebelum sesiapa yang minat Memento tengok filem tu. Sebelum sesiapa yang minat Dark Knight menonton filem tu, Sebelum peminat Leonardo memenuhkan pawagam sampai full haus . Kami kena tengok filem tu dulu. Sebelum pemikiran kami dipengaruhi oleh pengkritik seni, kami kena tengok movie ni dahulu.


This is Christopher Nolan’s movie man! Dengan Hans Zimmer yang buat muzik theres only one way to watch the movie. Pay RM10 dan tengok dipawagam dengan full blast sound.

DVDpirate tengok filem Brad Pit bolehlah oi! Ini filem Leonardo ok….respek sikit.


Ah aku jadi emosi bila nama pelakon pujaan aku dimainkan.


Aku pun balas sms dia setelah berfikir sejenak.

“Memang lahanat! Kau booking untuk aku 1 satu. Harap2 jaja lum pregnant lagi”

Pregnant here means bersalin.



Ada 1 masalah utama kalau aku pergi menonton Inception di panggung wayang.

Yang pertamanya seperti yang dinyatakan tadi; Jaja tengah sarat nak bersalin. anytime dia boleh deliver. Dan aku kena berada disisinya untuk saat-saat genting ini.

I do what I have to do as a fan of movie and Hollywood blockbuster.

What's the most resilient parasite? bukan virus. Bukan idea. Tetapi panggung wayang!

.

Mula2 aku minta izin pada Jaja dulu. Aku jelaskan pada dia betapa pentingnya Chistopher Nolan dan Marion Collitard pada aku. Aku juga jelaskan pada dia betapa aku menyokong kerjaya Leonardo Di Caprio. “setiap ibu bapa yang menamakan anak nya dengan nama seniman Renaisance patut mendapat penghargaan dari aku” kataku.

Dan kalau Jaja bersalin ketika aku sedang terpegun melihat Arthur mengikat kawan-kawan dihotel anti graviti, maafkan aku, pintaku lagi.

Kirim salam sajalah pada doktor yang membantunya meneran.

I mean it.

I need to watch it for the second time.Dan aku kena ambil risiko.

Inception ataupun second baby?

Aku pilih second baby. Tetapi kalau second baby pun faham betapa pentingnya hiburan dan skrin besar itu pada aku, dia sudah tentu memberi lampu hijau pada aku.

.

Aku kena solvekan kekalutan yang Nolan yang lampirkan

. Aku kena tahu samada Leonardo masih bermimpi ketika dia menyambut anaknya dipenghujung cerita ataupun tidak?

Aku mahu teliti butiran apa yang dikatakan oleh Ken Watanabe Wakenabeb pada awal babak. Adakah ianya memberi clue bahawa Mal masih hidup?

Aku nak tahu dari mana Leo belajar benda2 ni?

Aku nak tengok semula apa yang Yusof minum ketika dalam kapal terbang.

AKu nak tahu kenapa Eames begitu nakal terhadap Arthur.

Aku nak tahu kenapa anak Leo tak ditunjukkan muka pada awal2 babak.

AKu nak tahu apa nama gasing yang digunakan oleh Leonardo.

Aku nak tahu adakah hubungan yang nyata atau memang Christopher Nolan mendapat idea dari mendnegar lagu Damasutra Umpama Mimpi dalam Mimpi.

Aku nak tahu juga adakah filem ini dicedokkan dari filem Yusuf Haslam Sembilu yang banyak unsur mimpi itu.

Shitman. Banyak benda aku kena ungkaikan.




Kami tetapkan masa. Ada tayangan pukul 5.45 pada Isnin.

Kalau aku bergegas sebaik sahaja tamat kerja, iaitu pukul 5, aku mungkin sampai sana on time dan balik kerumah sebelum pukul 9. sempat untuk makan malam dengan Jaja.

Tepat pukul 5, aku pun ketik punch card. Dan terus memandu macam orang gila ke One Utama.

. Sampai disana barulah kawan cakap yang aku sebenarnya janji jumpa kat Mid Valley. Gila! Aku confuse antara Mid Valley dan One Utama? ! Kenapa aku begitu confuse?

Mungkin lain kali aku patut cakap kita jumpa kat Yaohan! It makes more sense I guess.

Aku tepuk dahi dan bergegas ke Mid Valley.

Now one thing about Mid valley. Ianya shopping complex yang mempunyai parking motor paling teruk di Kuala Lumpur.

Dahlah kena bayor Seringgit. Pastu berpusing2 pulak nak cari tempat parking tu. Tempatnya kotor dan berbau busuk. Damn this place.

Tapi takpe. Ken Watanabe Wakenabeb punya pasal; aku gagahkan juga motor buruk aku ni.

Kawan dapat tiket setelah penat berebut, berbaris dan berganyang dengan peminat Michael Caine yang lain. Dia dapat Kerusi nombor 2 dari depan. Takpe, Arthur punya pasal aku turutkan juga. Aku memang minat 3rd rock from the Sun. Alangkah indahnya kalau Dick Soloman pun turut berlakon dalam filem ini.


Filem bermula. Kepala tegak mendongak. Kena focus kali ni.


Bila Leonardo bercakap, aku fokus.

Bila Ken Watanabe Wakenabeb buat kelakar beli kapal terbang kami ketawa ramai-ramai.

Bila Arthur assemble kawan-kawan yang lain dalam hotel anti gravity, aku tergamam.

Bila Leonardo menangis isterinya terjun bangunan, aku pun tersentuh sambil tangan mengusap dada.

Bila Juno melipat-lipat bangunan , aku garu janggut.

Bila Juno terbaliknya cermin pula, aku garu celah kangkang.

Bila Yusof bercakap seorang diri lepas van terbaik, aku ketawa sampai tampar peha aku.

Bila Arthur cium Juno, aku ketawa sambil tepuk tangan.

Bila Leonardo pusing totem diakhir filem aku rasa macam nak tepuk tangan.



Tapi yalah, Inception bukanlah sebuah filem yang sempurna macam Toy Story 3 (sinis statement ni ya RottenTomatoes) Aku paling tak suka bila Ken Watanabe Wakenabeb bercakap. Aku tak tahu kenapa C. Nolan pilih mamat ni. Accentnya very annoying-aku rasa macam nak tampar je Ken Watanabe Wakenabeb tu bila dia bercakap.

Satu lagi aku tak suka adalah scene dalam snow. Walau apa pun babaknya.Baik For Your Eyes Only, Baik dalam A View To A Kill.Hanya James Bond yang suka shooting dalam snow ni. Scene snow boring sebab takde warna. Dull color dan watak kena sentiasa tutup muka. Tak terasa karakternya.Dah lah pawagam sejuk, tengok snow tu pun maka bertambahlah rasa sejuknya aku. So aku tak suka scene dalam snow.

Tapi scene itu jugak yang menjadi pilihan C. Nolan nak buat camne.


2 jam setengah kemudian kami pun keluar.


Pok pek pok pek penonton yang lain berbual sesama sendiri mempergayakan teori konspirasi masing-masing. Semua muka ghairah dan bertenaga, macam pengantin baru diwaktu pagi.

Kawan aku hanya mampu berdiri dan membetulkan kepalanya. Katanya dia pun macam baru bangun dari mimpi.Kepalanya masih macam tak percaya dengan apa yang dia lihat. tak ubah macam muka Ken Watanabe Wakenabeb bila bangun dari flight tu.


“Mana lagi syiok? Ini ka Dark Knight?” tanya aku.

“Yang ni lain” katanya. Dan aku tak ada alasan untuk tak setuju.


Two thumbs up? five star? I give a wow to Inception.


Dan satu lagi yang aku respek Nolan adalah kerana dia tak menggunakan alasan mimpi sebaga plot untuk membuat pesta effect dalam movie ini. bayangkan kalau filem ini diarahkan oleh Tim Burton dan mamat Transformer tu, sudah tentu efek dari awal sampai habis. But no sir not C. Nolan. he saty true to his comples storyline as the strengh of this movie till the end. Its like Muhammad Ali when he fight with Foreman. Ali boleh punch Foreman lebih kuat bila Foreman hampir jatuh terduduk. But he refuse to. Ini diceritakan kembali oleh Foreman dalam docu Fighting Ali.


Aku tengok jam dihandphone. Masa untuk pulang. Tiada sms dari Jaja.

Alhamdulillah Jaja masih belum bersalin.Ini mungkin malam terakhir akau merendek diluar.

Kalau aku nak tengok Inception for the third time, maybe after Jaja deliverlah.


Aku tak sabar untuk pulang dan bermimpi .

Dan sampai sekarang aku tak bagitahu kawan aku tu yang itu adalah second time aku tengok Inception.




* Kalau tak suka Inception boleh juga baca tulisan Michael Collins ini,

http://www.bestweekever.tv/2010-07-19/am-i-the-only-person-who-hated-inception/

dan ini untuk fan Leonardo.

http://www.newsweek.com/2010/07/08/what-s-eating-leonardo-dicaprio.html



Sunday, July 18, 2010

<-













Cuba teka yang mana satu aku?
.
.
.
.
.

Gambar diambil dari blog Ajin Syahrulfikri Salleh, http://memories-of-time.blogspot.com/

Semua gambar diambil menggunakan kamera Lomo.

Jangan salah anggap ok. Ni bukan nak promote diri. Tapi nak promote camerawork Ajin. Aku hanya model je.

Wednesday, July 14, 2010

+


Cerpen: Jimi Dan Pokok


Ditepi jalan, tdisebuah kawasan perumahan rumah teres ada sebatang pohon yang lebat daunnya. Pokok ini besar dan tinggi sehinggakan pada waktu terik, setengah dari kawasan tar itu ditutup oleh bayang daunnya.

Dirumah berhampiran tinggal seorang keluarga muda dengan seorang anak lelaki yang baru berusia 5 tahun.
Budak lelaki tersebut bernama Jimi.

Jimi tinggal diatas bilik sorang diri. Dari tingkapnya dia boleh melihat dengan jelas daun-daun pokok itu melambai-lambainya pada waktu angin bertiup kencang.
Setiap kali susah hati Jimi akan melemparkan pandangannya pada pokok yang lebat daunnya itu dan hatinya akan menjadi tenang.
Setiap kali bila dimarahi oleh ibu dan ayahnya kerana gelagat kanak-kanaknya Jimi akan mengurung diri dalam bilik dan hanyalah pokok itu yang menjadi temannya.

Diwaktu malam ketika dia tak boleh tidur, kerana takut binatang buas dari televisyen yang ditontonnya Jimi akan melihat pokok itu beralun. ianya satu pemandangan yang menyamankan buat budak seusia Jimi itu.
hari demi hari Jimi mula memupuk kasih pada pohon besar itu.


Satu hari datang pegawai bandaraya nak potong pokok itu.
Ketika itu pada waktu tengahari dan Jimi baru sahaja pulang dari taska.
Pegawai Bandaraya itu mula menarik mesin jigsaw pemotong pokok itu. Bunyinya sangat mengerikan.
"Tuan nak buat apa dengana pokok ni?"tanya Jimi memberanikan diri sambil menutup telinganya kerana bunyi jigsaw itu yang sangat kuat.
"Kami nak potong pokok ni. kami dapat banyak komplaint dari jiran-jiran yang lain yang ranting pokok ini selalu mengotorkan jalan ini" kata pegawai itu yang ditemani oleh beberapa pekerjanya yang lain.
"Jangan potong pokok ini, pokok ini tak pernah memudaratkan manusia!" jawab Jimi berani sambil terus memeluk pokok itu, menghalang pegawai dan pekerja-pekerjanya dari terus meletakkan mata mesinnya pada batang pokok itu.
Jimi menolak mesin jigsaw itu ketepi.
Pegawai itu terus berpaling sesama sendiri.
"Adik, pokok ini membahayakan orang ramai. Rantingnya jatuh menghempap kepala orang"Katanya menjelaskan pada kanak-kanak itu.
"Tak pernah ranting membunuh manusia"Kata Jimi.
"Kalau rosak kena kereta?"
"takpe, kereta ada insurans"
Pegawai bandaraya itu ketawa dan lalu berkata "Insurans mana cover kemalangan alam"
Jimi bengang diketawakan oleh pegawai itu.
"Tepi adik!"
"Taknak" jerit Jimi.
"tepi, adik kami hanya nak bua kerja kami"
"Tak boleh! Pokok ini adalah kawan baik saya" kata Jimi lagi yang membuatkan pegawai itu tersenyum ketawa dan juga berasa pelik dalam masa yang sama.
Jimi terus memeluk pokok itu dengan erat.
beberapa jam kemudian pegawai itu yang mula berputus asa terus pulang.
Tapi Jimi tahu suatu hari nanti ketika dia ke taska atau ke IKEA bersama keluarganya, pegawai itu pasti datang untuk 'membuang' pokok itu dari pandangannya.


Malam itu Jimi tak dapat tidur. dia menatap pokok itu sejak dari petang tadi.
Dia risau pegawai itu akan datang semula dan merobek segala yang indah dalam hidupnya.
"So sweet"
"saya Jimi" Pokok itu berpaling sambil menguntum senyum.
Jimi tersenyum gembira kerana apa yang diidam-idamkan selama ini kini menjadi kenyataan; pokok itu mula bercakap padanya.
"So sweet kau anggap aku sebagai kawan baik kamu"
"kau mendnegarnya tengahari tadi?"
"Aku mula mendnegar suaramu sejak kamu bayi lagi Jimi" Pokok itu berpaling dan tersenyum.
"Pegawai itu jahat dan hendak memotong kau" bentak Jimi lagi.
"ya Jimi , mereka memang manusia yang jahil. Betul kata kau, kamai tak pernah rosakkan manusia. sebaliknya kamilah yang meredupkan manusia dengan daun kami yang lebat. dan juga getar ranting kami adalah muzik petang buat kamu"
"Bagitahu aku bagaimana aku boleh tolong kau Pokok"
"Kau tak boleh tolong aku Jimi.Jigsaw pegawai itu kuat dan tahan lasak. Tiada satu pokok pun yang dapat menahannya. dan jika manusia mahu bumi itu tanpa pokok dan kehijauan, tiada siapa yang mampu menahan itu juga"
"Tapi bagaimana dengan aku? aku perlukan kau Pokok. "
"Janganlah bersedih Jimi. Mungkin dengan ketiadaan aku nanti, ada sesuatu yang lebih baik berlaku pada kau"
"Apa maksud kau itu wahai sang pokok?"
Pokok hanya tersenyum.
tak lama kemudian Jimi tertidur.

Tepat pada jam 12 malam Pegawai itu kembali dengan pekerja-pekerjanya. Dengan sekali libas, jigsaw yang mereka pakai berjaya menumbangkan pokok besa itu. dedaunnya berterabur ditengah jalan.
Hanya hilaian ketawa yang kuat kedengaran membelah kesunyian malam.

paginya, ketika dikejutkan oleh ibunya Jimi terus menangis bila melihat tingkapnya kosong.
tahulah dia pokok kesayangannya itu telah dipotong pegawai pembangunan.

Jimi menangis berhari-hari. merajuk taknak makan.
2 minggu kemudian baru semangat Jimi pulih. Dia mula pergi ketaska setelah dipujuk ibunya.

diwaktu pagi, ibunya akan menghantar Jimi ke taska dihujung blok dikawasan perumahannya sebelum ibunya pergi kerja.
Dan pada waktu pulang, Jimi akan berjalan kaki bersama kawan-kawan yang lain untuk pulang kerumah.

Pada satu hari Jimi berjalan kaki seorang diri untuk pulang kerana semua kawan yang lain pergi makan KFC dengan parents masing-masing.

Ketika itu matahari menyinar terik. Jimi cuba menutup kepalanya dengan beg tetapi kepanasan masih terasa. Jimi mula berpeluh-peluh.
Tiba-tiba sesuatu yang aneh berlaku. Dari babwah bayang-bayang dia melihat sesuatu yang besar menutupi ruangnya. Cuaca tak lagi panas. dia kini ada tempat berteduh.
Bila Jimi berpaling keatas apa yang dilihatnya mengejutkan dia.

"Pokok!" Jerit Jimi girang

"Jimi!" Pokok tersenyum.
Jimi memeluk pokok itu. Tak disangka lansung pokok yang dirinduinya kini masih lagi hidup.
Pokok berjalan sebelah Jimi.
"I miss u pokok" Jimi tak dapat menahan perasaannya, dia hampir-hampir menitiskan air mata.
Semenjak hari itu, pokok melindungi Jimi dari panas terik matahari.

Ketika Jimi pulang dari taska, Pokok berjalan disisinya menemani.
Ketika Jimi bermain bola dipadang, pokok disisinya meredupkan cuaca.

Kawan-kawan mula cemburu pada Jimi dapat berkawan dengan pokok besar dan redup.
Mereka cemburu ada pokok besar yang meredupkan jalan Jimi dari panas terik matahari.
Suatu hari salah seorang dari mereka membuat repot pada DBKL tentang pokok itu, dan sejak dari itu pokok besar itu tak lagi kelihatan.

Sekali lagi Jimi kehilangan kawan baiknya.

tapi ketika semua ingat persahabatan Jimi dan Pokok akan berkahir disitu sahaja, sesuatu yang magis terus sahaja berlaku.

pada suatu hari ketika mengikut ayahnya membeli belah di MPH, satu suara berbisik padanya.


"Psst Jimi. Jimi" Jimi berpaling. Dia melihat sekelilingnya mencari dari mana arahnya suara yang memanggil itu. Suara itu seperti pernah didengarnya sebelum ini.
"Disini Jimi. Aku disini "
Jimi masih tercari-cari suara itu. Dihadapannya ada sebuah buku yang terbentang.
"Pokok? Itu kau kah pokok?" tegur Jimi lagi mengusap-ngusap buku itu.
"ye ini aku Pokok"kata suara itu lagi."Dulu aku pokok. Sekarang aku telah bertukar menjadi kertas" katanya lagi. "Kita bertemu lagi Jimi rupanya. sungguh ku tak sangka"Terdengar suara girangnya bertemu dengan Jimi.
Jimi gembira tak terkata dengan pertemuan yang tak disangka itu.
"I miss u Pokok"
"I miss u too Jimi"
"Tapi kau sekarang tak segagah dulu Pokok. Tidakkah kau bersedih kau tidak lagi besar dan kuat seperti dulu?"
"Inilah takdir aku Jimi. tapi aku senang begini, aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang lain. Kami dulu pun sama-sama pokok yang besar tapi kini kamai hanyalah helaian kertas dari buku-buku yang baik"
Mendengar itu Jimi pun turut gembira.
"Ambillah aku Jimi. Aku masih boleh memayung engkau dari panas matahari dan kejahilan dunia"
"tapi bagaimana? kau tak ada lagi daun dan ranting yang banyak?" Tanya Jimi.
"Oh aku faham. "kata budak itu pula. "Tapi bagaimana aku boleh menggunakan kau, aku masih tak mengenal huruf? " tanya Jimi.


"tak mengapa Jimi. Itu lebih baik dari orang yang tahu membaca, tapi masih tak membaca buku' Jawab Pokok tersenyum.
"Ambillah aku Jimi.Suatu hari nanti kau boleh membaca juga"Kata pokok itu dan Jimi mula tersenyum.
"Dulu aku menjaga kau dari panas terik matahari. Sekarang tiba masa kau pula untuk meletakkan aku ditempat yang teduh Jimi"
Mendengar itu Jimi terus faham kenapa dia mesti memiliki buku itu.
Jimi ambil buku itu dan terus menyerahkannya kepada bapanya.
"Ayah belilah buku ni" kata Jimi.
"Buku apa ni?" Ayahnya terus membelek buku itu.
Didepan buku itu tertulis tajuknya, JIMI DAN POKOK.

Semenjak itu setiap kali Jimi kekedai buku, dia pasti akan membeli buku, walaupun dia masih belum mampu untuk membaca.
Dia simpan buku itu baik-baiak diperpustakaan kecilnya dengan harapan suatu hari dia mempunyai masa untuk membaca semua buku-buku itu.
Dan bagi Jimi, ianya sekadar lebih dari mempunyai buku. dengan berbuat begitu dia merapatkan kembali hubungan Pokok dengan kawan-kawan sejenisnya.

Begitulah ceritanya bagaimana Jimi menjadi rapat dengan buku.

Tuesday, July 13, 2010

-




1
maka disinilah aku kembali. Dihadapan komputer.

kerja yang banyak mula masuk dan aku tak tahu nak mula yang mana.

dan akhirnya one thing leads to another....aku menulis didalam blog ni lagi.

Walaupun kali ni memang jelas aku mengalami Writers Blog.

2
Kadang-kadang nak pikir apa yang harus kita makan pun boleh timbulkan polemik.
"Apa nak makan ek?"
In life kita hanya ada 2 choice;
Kiri atau kanan.
Lelaki atau perempuan
Holland atau Spain

Ayam atau ikan?

3
Kalau itu tak teruk, yang ni lagi teruk.
"Eh aku ni lapar ke tak lapar ek?"
Walaupun ahirnya kau tahu yang kau akan bergegas juga ke kantin itu dan memesan makanan.

Its your routine that u try to deny it. Fool.

4
Baiklah biar aku berterus terang.
Sekarang aku tengah pening.

5
Mungkin aku patut menjauhkan diri dari komputer.

6
Akhirnya aku pilih ikan.

7
tapi itu tak cukup luar biasa.
selain dari membeli lauk ikan, aku juga telah melakukan sesuatu yang tak pernah aku buat selama ini.
hari ni aku pergi beli air Blended.
Mocha Blended.
RM3.50.
Bagi aku itu sudah dikira mewah.


8
Mungkin aku patut menjauhkan diri dari komputer......

9
ok


Monday, July 12, 2010

*


“By law, all buildings should be white.”

— Le Corbusier

"By law, all houses should have a library"

-Mohd Saat Omar

Wednesday, July 7, 2010

0



benda2 yg aku belajar tentang Amerika dari Hollywood

1) semua anak panggil ayah dengan nama keluarganya. hanya Steve Martin dalam Fathers of the Bride tak suka ini.

2) Lelaki Cina yang bekerja sebagai waiter biasanya pandai seni mempertahankan diri.

3) Yahudi adalah bangsa yang berkira dan kedekut.

4) Semua saintist takde masa untuk sikat rambut.

5) Penggiat teater adalah gay.

6) dalam kumpulan manusia seramai 4 atau 5 orang, seorang pasti negro.

7) Nak masuk kerumah tak payah tanggal kasut.

8) Di US takde orang naik Honda Cup, motor paling laris didunia.

9) Bila tuan punya toy keluar bilik, barang permainan mereka akan bercakap sesama sendiri.

10) Peti ais mereka sentiasa penuh dengan makanan.

11) Polis tak ngam dengan FBI.

12) FBI tak ngam dengan CIA.

13) CIA tak ngam dengan polis.

14) Semua secret agent pakai cermin mata hitam bila bertugas. (refer Taxi Driver)

15) Semua Italian ada mafia. Atau sekurang-kurangnya adik beradik ,sepupu pipit mereka ada bau -bau bacang dengan mafia.

16) ....... Kalau mereka bukan mafia, mereka penari kelab malam dengan suit putih (refer Saturday Night Fever)

17) Orang Putih suka makan Chinese Food.

18) Bila dah besar, anak gadis perempuan akan tinggal serumah dengan boyfriend.

19) ....sementara anak lelaki akan duduk dirumah dan tengok Ameriican Football pada hujung minggu sambil minum beer.

20) 70 % Pasangan yang dah berkhawin akan bercerai.

21) Komputer geek biasanya pakai sneakers.

22) Pembunuh Upahan mempunyai jambang.

23) Pelajar nerd yang kena buli disekolah oleh pemain Football. bila mengadu pada cikgu atau guru besar, akan dibuli pula oleh mereka.

24) Pelajar kelas/ kolej bila loceng berbunyi tanda tamat kelas, akan terus bebrgegas untuk balik walaupun cikgu/pensyarah masih lagi bercakap.

25) Dibilik remaja, pasti ada poster kumpulan muzik alternatif digantung didinding.

26) Pelajar lelaki kalau tak ada date pada malam prom akan dianggap loser.

27) daerah terpencil yang penuh dengan ladang jagung adalah sebuah kawasan merbahaya.

28) Spy biasanya talam dua muka atau pembelot.

29) Bila persoalan tentang kepercayaan tuhan diajukan, 95% akan menjawab mereka tidak percaya pada Tuhana atau mengelak dari menjawab soalan tersebut secara jelas.

30) Seorang ibu dan ayah lebih sayangkan anak kandung mereka dari ibu bapa mereka sendiri.

31) Ayah yang tak pergi pada permainan baseball anak lelaki mereka biasanya dianggap sebagai cuai dan tidak sayangkan anak.

32) Mencuba gaun persandingan adalah event paling menggembirakan bagi perempuan US.

33) Arnold Schwarzenegger adalah robot.

34) dan kerana dia robot, sukar untuk Arnold mendapat one night stand.

35) kereta tak perlu dikunci selepas diparkir.

36) Kalau ibu bapa outstation, anak mereka akan buat parti pada waktu malam.

37) ..... Dan biasanya rumah itu ada pool.

38) Di bilik tidur remaja, biasanya akan tergantung gambar pemuzik alternatif.

39) Honda Cup, motor paling banyak dijual takde di US.

40) bekas askar Vietnam akan memakai costum perang kemana sahaja mereka pergi.

41) ..... dan mereka biasanya tak shave janggut.

42) Gaji waitress tak cukup. Mereka survive dengan tips.

43) Grup terapi mudah membuatkan lelaki untuk menangis.

44) Kalau lelaki memakai topi koboi dia samada dari Dallas ataupun Texas.

45) Brooklyn adalah kawasan yang merbahaya. begitu juga dengan Harlem.

46) Stesyen minyak dikawasan terpencil biasanya dijaga oleh orangn tua yang duduk seharian dikerusi malas menunggu pelanggan.

47) Kawasan perdalaman adalah merbahaya. Terutama yang ada pokok jagung.

48) Kalau UFO nak datang kedunia, mereka akan pergi ke White House dahulu.

49) Aku dah lupa yang nombor 49.

50) That theyre rich. Very rich.