Wednesday, July 14, 2010

+


Cerpen: Jimi Dan Pokok


Ditepi jalan, tdisebuah kawasan perumahan rumah teres ada sebatang pohon yang lebat daunnya. Pokok ini besar dan tinggi sehinggakan pada waktu terik, setengah dari kawasan tar itu ditutup oleh bayang daunnya.

Dirumah berhampiran tinggal seorang keluarga muda dengan seorang anak lelaki yang baru berusia 5 tahun.
Budak lelaki tersebut bernama Jimi.

Jimi tinggal diatas bilik sorang diri. Dari tingkapnya dia boleh melihat dengan jelas daun-daun pokok itu melambai-lambainya pada waktu angin bertiup kencang.
Setiap kali susah hati Jimi akan melemparkan pandangannya pada pokok yang lebat daunnya itu dan hatinya akan menjadi tenang.
Setiap kali bila dimarahi oleh ibu dan ayahnya kerana gelagat kanak-kanaknya Jimi akan mengurung diri dalam bilik dan hanyalah pokok itu yang menjadi temannya.

Diwaktu malam ketika dia tak boleh tidur, kerana takut binatang buas dari televisyen yang ditontonnya Jimi akan melihat pokok itu beralun. ianya satu pemandangan yang menyamankan buat budak seusia Jimi itu.
hari demi hari Jimi mula memupuk kasih pada pohon besar itu.


Satu hari datang pegawai bandaraya nak potong pokok itu.
Ketika itu pada waktu tengahari dan Jimi baru sahaja pulang dari taska.
Pegawai Bandaraya itu mula menarik mesin jigsaw pemotong pokok itu. Bunyinya sangat mengerikan.
"Tuan nak buat apa dengana pokok ni?"tanya Jimi memberanikan diri sambil menutup telinganya kerana bunyi jigsaw itu yang sangat kuat.
"Kami nak potong pokok ni. kami dapat banyak komplaint dari jiran-jiran yang lain yang ranting pokok ini selalu mengotorkan jalan ini" kata pegawai itu yang ditemani oleh beberapa pekerjanya yang lain.
"Jangan potong pokok ini, pokok ini tak pernah memudaratkan manusia!" jawab Jimi berani sambil terus memeluk pokok itu, menghalang pegawai dan pekerja-pekerjanya dari terus meletakkan mata mesinnya pada batang pokok itu.
Jimi menolak mesin jigsaw itu ketepi.
Pegawai itu terus berpaling sesama sendiri.
"Adik, pokok ini membahayakan orang ramai. Rantingnya jatuh menghempap kepala orang"Katanya menjelaskan pada kanak-kanak itu.
"Tak pernah ranting membunuh manusia"Kata Jimi.
"Kalau rosak kena kereta?"
"takpe, kereta ada insurans"
Pegawai bandaraya itu ketawa dan lalu berkata "Insurans mana cover kemalangan alam"
Jimi bengang diketawakan oleh pegawai itu.
"Tepi adik!"
"Taknak" jerit Jimi.
"tepi, adik kami hanya nak bua kerja kami"
"Tak boleh! Pokok ini adalah kawan baik saya" kata Jimi lagi yang membuatkan pegawai itu tersenyum ketawa dan juga berasa pelik dalam masa yang sama.
Jimi terus memeluk pokok itu dengan erat.
beberapa jam kemudian pegawai itu yang mula berputus asa terus pulang.
Tapi Jimi tahu suatu hari nanti ketika dia ke taska atau ke IKEA bersama keluarganya, pegawai itu pasti datang untuk 'membuang' pokok itu dari pandangannya.


Malam itu Jimi tak dapat tidur. dia menatap pokok itu sejak dari petang tadi.
Dia risau pegawai itu akan datang semula dan merobek segala yang indah dalam hidupnya.
"So sweet"
"saya Jimi" Pokok itu berpaling sambil menguntum senyum.
Jimi tersenyum gembira kerana apa yang diidam-idamkan selama ini kini menjadi kenyataan; pokok itu mula bercakap padanya.
"So sweet kau anggap aku sebagai kawan baik kamu"
"kau mendnegarnya tengahari tadi?"
"Aku mula mendnegar suaramu sejak kamu bayi lagi Jimi" Pokok itu berpaling dan tersenyum.
"Pegawai itu jahat dan hendak memotong kau" bentak Jimi lagi.
"ya Jimi , mereka memang manusia yang jahil. Betul kata kau, kamai tak pernah rosakkan manusia. sebaliknya kamilah yang meredupkan manusia dengan daun kami yang lebat. dan juga getar ranting kami adalah muzik petang buat kamu"
"Bagitahu aku bagaimana aku boleh tolong kau Pokok"
"Kau tak boleh tolong aku Jimi.Jigsaw pegawai itu kuat dan tahan lasak. Tiada satu pokok pun yang dapat menahannya. dan jika manusia mahu bumi itu tanpa pokok dan kehijauan, tiada siapa yang mampu menahan itu juga"
"Tapi bagaimana dengan aku? aku perlukan kau Pokok. "
"Janganlah bersedih Jimi. Mungkin dengan ketiadaan aku nanti, ada sesuatu yang lebih baik berlaku pada kau"
"Apa maksud kau itu wahai sang pokok?"
Pokok hanya tersenyum.
tak lama kemudian Jimi tertidur.

Tepat pada jam 12 malam Pegawai itu kembali dengan pekerja-pekerjanya. Dengan sekali libas, jigsaw yang mereka pakai berjaya menumbangkan pokok besa itu. dedaunnya berterabur ditengah jalan.
Hanya hilaian ketawa yang kuat kedengaran membelah kesunyian malam.

paginya, ketika dikejutkan oleh ibunya Jimi terus menangis bila melihat tingkapnya kosong.
tahulah dia pokok kesayangannya itu telah dipotong pegawai pembangunan.

Jimi menangis berhari-hari. merajuk taknak makan.
2 minggu kemudian baru semangat Jimi pulih. Dia mula pergi ketaska setelah dipujuk ibunya.

diwaktu pagi, ibunya akan menghantar Jimi ke taska dihujung blok dikawasan perumahannya sebelum ibunya pergi kerja.
Dan pada waktu pulang, Jimi akan berjalan kaki bersama kawan-kawan yang lain untuk pulang kerumah.

Pada satu hari Jimi berjalan kaki seorang diri untuk pulang kerana semua kawan yang lain pergi makan KFC dengan parents masing-masing.

Ketika itu matahari menyinar terik. Jimi cuba menutup kepalanya dengan beg tetapi kepanasan masih terasa. Jimi mula berpeluh-peluh.
Tiba-tiba sesuatu yang aneh berlaku. Dari babwah bayang-bayang dia melihat sesuatu yang besar menutupi ruangnya. Cuaca tak lagi panas. dia kini ada tempat berteduh.
Bila Jimi berpaling keatas apa yang dilihatnya mengejutkan dia.

"Pokok!" Jerit Jimi girang

"Jimi!" Pokok tersenyum.
Jimi memeluk pokok itu. Tak disangka lansung pokok yang dirinduinya kini masih lagi hidup.
Pokok berjalan sebelah Jimi.
"I miss u pokok" Jimi tak dapat menahan perasaannya, dia hampir-hampir menitiskan air mata.
Semenjak hari itu, pokok melindungi Jimi dari panas terik matahari.

Ketika Jimi pulang dari taska, Pokok berjalan disisinya menemani.
Ketika Jimi bermain bola dipadang, pokok disisinya meredupkan cuaca.

Kawan-kawan mula cemburu pada Jimi dapat berkawan dengan pokok besar dan redup.
Mereka cemburu ada pokok besar yang meredupkan jalan Jimi dari panas terik matahari.
Suatu hari salah seorang dari mereka membuat repot pada DBKL tentang pokok itu, dan sejak dari itu pokok besar itu tak lagi kelihatan.

Sekali lagi Jimi kehilangan kawan baiknya.

tapi ketika semua ingat persahabatan Jimi dan Pokok akan berkahir disitu sahaja, sesuatu yang magis terus sahaja berlaku.

pada suatu hari ketika mengikut ayahnya membeli belah di MPH, satu suara berbisik padanya.


"Psst Jimi. Jimi" Jimi berpaling. Dia melihat sekelilingnya mencari dari mana arahnya suara yang memanggil itu. Suara itu seperti pernah didengarnya sebelum ini.
"Disini Jimi. Aku disini "
Jimi masih tercari-cari suara itu. Dihadapannya ada sebuah buku yang terbentang.
"Pokok? Itu kau kah pokok?" tegur Jimi lagi mengusap-ngusap buku itu.
"ye ini aku Pokok"kata suara itu lagi."Dulu aku pokok. Sekarang aku telah bertukar menjadi kertas" katanya lagi. "Kita bertemu lagi Jimi rupanya. sungguh ku tak sangka"Terdengar suara girangnya bertemu dengan Jimi.
Jimi gembira tak terkata dengan pertemuan yang tak disangka itu.
"I miss u Pokok"
"I miss u too Jimi"
"Tapi kau sekarang tak segagah dulu Pokok. Tidakkah kau bersedih kau tidak lagi besar dan kuat seperti dulu?"
"Inilah takdir aku Jimi. tapi aku senang begini, aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang lain. Kami dulu pun sama-sama pokok yang besar tapi kini kamai hanyalah helaian kertas dari buku-buku yang baik"
Mendengar itu Jimi pun turut gembira.
"Ambillah aku Jimi. Aku masih boleh memayung engkau dari panas matahari dan kejahilan dunia"
"tapi bagaimana? kau tak ada lagi daun dan ranting yang banyak?" Tanya Jimi.
"Oh aku faham. "kata budak itu pula. "Tapi bagaimana aku boleh menggunakan kau, aku masih tak mengenal huruf? " tanya Jimi.


"tak mengapa Jimi. Itu lebih baik dari orang yang tahu membaca, tapi masih tak membaca buku' Jawab Pokok tersenyum.
"Ambillah aku Jimi.Suatu hari nanti kau boleh membaca juga"Kata pokok itu dan Jimi mula tersenyum.
"Dulu aku menjaga kau dari panas terik matahari. Sekarang tiba masa kau pula untuk meletakkan aku ditempat yang teduh Jimi"
Mendengar itu Jimi terus faham kenapa dia mesti memiliki buku itu.
Jimi ambil buku itu dan terus menyerahkannya kepada bapanya.
"Ayah belilah buku ni" kata Jimi.
"Buku apa ni?" Ayahnya terus membelek buku itu.
Didepan buku itu tertulis tajuknya, JIMI DAN POKOK.

Semenjak itu setiap kali Jimi kekedai buku, dia pasti akan membeli buku, walaupun dia masih belum mampu untuk membaca.
Dia simpan buku itu baik-baiak diperpustakaan kecilnya dengan harapan suatu hari dia mempunyai masa untuk membaca semua buku-buku itu.
Dan bagi Jimi, ianya sekadar lebih dari mempunyai buku. dengan berbuat begitu dia merapatkan kembali hubungan Pokok dengan kawan-kawan sejenisnya.

Begitulah ceritanya bagaimana Jimi menjadi rapat dengan buku.

4 comments:

Vitamin said...

sweet la cerita ni...

MOLOKO said...

Bro- you should write more on this style on genre, saya suka ending yang a-la twisted itew...

Tajuk citer pun inviting yop!

saat omar said...

ada unsur2 where The Wild Things are disitu....

ada second version of the story. Tungguuuuu.....

Sally said...

aku tunggu..good story..