Tuesday, July 20, 2010

V

Kalau aku jadi pencuri mimpi, gasing inilah yang akan jadi totem aku.


Petang Ahad seorang kawan sms.

“Shit man semua review pasal inception kata it’s the must see muvi of the year. Next week kita tengok!”

Aku hanya ketawa baca sms tu. Somehow aku semacam tahu yang dia akan menghantar sms macam tu pada aku. Tekanan untuk menonton filem baru C. Nolan tu sangat kuat.Ini aku akui. Geloranya memanggil-manggil. Dan kami tahu kami harus bertindak pantas.


Sebelum Joe tengok movie tu,sebelum sesiapa yang minat Memento tengok filem tu. Sebelum sesiapa yang minat Dark Knight menonton filem tu, Sebelum peminat Leonardo memenuhkan pawagam sampai full haus . Kami kena tengok filem tu dulu. Sebelum pemikiran kami dipengaruhi oleh pengkritik seni, kami kena tengok movie ni dahulu.


This is Christopher Nolan’s movie man! Dengan Hans Zimmer yang buat muzik theres only one way to watch the movie. Pay RM10 dan tengok dipawagam dengan full blast sound.

DVDpirate tengok filem Brad Pit bolehlah oi! Ini filem Leonardo ok….respek sikit.


Ah aku jadi emosi bila nama pelakon pujaan aku dimainkan.


Aku pun balas sms dia setelah berfikir sejenak.

“Memang lahanat! Kau booking untuk aku 1 satu. Harap2 jaja lum pregnant lagi”

Pregnant here means bersalin.



Ada 1 masalah utama kalau aku pergi menonton Inception di panggung wayang.

Yang pertamanya seperti yang dinyatakan tadi; Jaja tengah sarat nak bersalin. anytime dia boleh deliver. Dan aku kena berada disisinya untuk saat-saat genting ini.

I do what I have to do as a fan of movie and Hollywood blockbuster.

What's the most resilient parasite? bukan virus. Bukan idea. Tetapi panggung wayang!

.

Mula2 aku minta izin pada Jaja dulu. Aku jelaskan pada dia betapa pentingnya Chistopher Nolan dan Marion Collitard pada aku. Aku juga jelaskan pada dia betapa aku menyokong kerjaya Leonardo Di Caprio. “setiap ibu bapa yang menamakan anak nya dengan nama seniman Renaisance patut mendapat penghargaan dari aku” kataku.

Dan kalau Jaja bersalin ketika aku sedang terpegun melihat Arthur mengikat kawan-kawan dihotel anti graviti, maafkan aku, pintaku lagi.

Kirim salam sajalah pada doktor yang membantunya meneran.

I mean it.

I need to watch it for the second time.Dan aku kena ambil risiko.

Inception ataupun second baby?

Aku pilih second baby. Tetapi kalau second baby pun faham betapa pentingnya hiburan dan skrin besar itu pada aku, dia sudah tentu memberi lampu hijau pada aku.

.

Aku kena solvekan kekalutan yang Nolan yang lampirkan

. Aku kena tahu samada Leonardo masih bermimpi ketika dia menyambut anaknya dipenghujung cerita ataupun tidak?

Aku mahu teliti butiran apa yang dikatakan oleh Ken Watanabe Wakenabeb pada awal babak. Adakah ianya memberi clue bahawa Mal masih hidup?

Aku nak tahu dari mana Leo belajar benda2 ni?

Aku nak tengok semula apa yang Yusof minum ketika dalam kapal terbang.

AKu nak tahu kenapa Eames begitu nakal terhadap Arthur.

Aku nak tahu kenapa anak Leo tak ditunjukkan muka pada awal2 babak.

AKu nak tahu apa nama gasing yang digunakan oleh Leonardo.

Aku nak tahu adakah hubungan yang nyata atau memang Christopher Nolan mendapat idea dari mendnegar lagu Damasutra Umpama Mimpi dalam Mimpi.

Aku nak tahu juga adakah filem ini dicedokkan dari filem Yusuf Haslam Sembilu yang banyak unsur mimpi itu.

Shitman. Banyak benda aku kena ungkaikan.




Kami tetapkan masa. Ada tayangan pukul 5.45 pada Isnin.

Kalau aku bergegas sebaik sahaja tamat kerja, iaitu pukul 5, aku mungkin sampai sana on time dan balik kerumah sebelum pukul 9. sempat untuk makan malam dengan Jaja.

Tepat pukul 5, aku pun ketik punch card. Dan terus memandu macam orang gila ke One Utama.

. Sampai disana barulah kawan cakap yang aku sebenarnya janji jumpa kat Mid Valley. Gila! Aku confuse antara Mid Valley dan One Utama? ! Kenapa aku begitu confuse?

Mungkin lain kali aku patut cakap kita jumpa kat Yaohan! It makes more sense I guess.

Aku tepuk dahi dan bergegas ke Mid Valley.

Now one thing about Mid valley. Ianya shopping complex yang mempunyai parking motor paling teruk di Kuala Lumpur.

Dahlah kena bayor Seringgit. Pastu berpusing2 pulak nak cari tempat parking tu. Tempatnya kotor dan berbau busuk. Damn this place.

Tapi takpe. Ken Watanabe Wakenabeb punya pasal; aku gagahkan juga motor buruk aku ni.

Kawan dapat tiket setelah penat berebut, berbaris dan berganyang dengan peminat Michael Caine yang lain. Dia dapat Kerusi nombor 2 dari depan. Takpe, Arthur punya pasal aku turutkan juga. Aku memang minat 3rd rock from the Sun. Alangkah indahnya kalau Dick Soloman pun turut berlakon dalam filem ini.


Filem bermula. Kepala tegak mendongak. Kena focus kali ni.


Bila Leonardo bercakap, aku fokus.

Bila Ken Watanabe Wakenabeb buat kelakar beli kapal terbang kami ketawa ramai-ramai.

Bila Arthur assemble kawan-kawan yang lain dalam hotel anti gravity, aku tergamam.

Bila Leonardo menangis isterinya terjun bangunan, aku pun tersentuh sambil tangan mengusap dada.

Bila Juno melipat-lipat bangunan , aku garu janggut.

Bila Juno terbaliknya cermin pula, aku garu celah kangkang.

Bila Yusof bercakap seorang diri lepas van terbaik, aku ketawa sampai tampar peha aku.

Bila Arthur cium Juno, aku ketawa sambil tepuk tangan.

Bila Leonardo pusing totem diakhir filem aku rasa macam nak tepuk tangan.



Tapi yalah, Inception bukanlah sebuah filem yang sempurna macam Toy Story 3 (sinis statement ni ya RottenTomatoes) Aku paling tak suka bila Ken Watanabe Wakenabeb bercakap. Aku tak tahu kenapa C. Nolan pilih mamat ni. Accentnya very annoying-aku rasa macam nak tampar je Ken Watanabe Wakenabeb tu bila dia bercakap.

Satu lagi aku tak suka adalah scene dalam snow. Walau apa pun babaknya.Baik For Your Eyes Only, Baik dalam A View To A Kill.Hanya James Bond yang suka shooting dalam snow ni. Scene snow boring sebab takde warna. Dull color dan watak kena sentiasa tutup muka. Tak terasa karakternya.Dah lah pawagam sejuk, tengok snow tu pun maka bertambahlah rasa sejuknya aku. So aku tak suka scene dalam snow.

Tapi scene itu jugak yang menjadi pilihan C. Nolan nak buat camne.


2 jam setengah kemudian kami pun keluar.


Pok pek pok pek penonton yang lain berbual sesama sendiri mempergayakan teori konspirasi masing-masing. Semua muka ghairah dan bertenaga, macam pengantin baru diwaktu pagi.

Kawan aku hanya mampu berdiri dan membetulkan kepalanya. Katanya dia pun macam baru bangun dari mimpi.Kepalanya masih macam tak percaya dengan apa yang dia lihat. tak ubah macam muka Ken Watanabe Wakenabeb bila bangun dari flight tu.


“Mana lagi syiok? Ini ka Dark Knight?” tanya aku.

“Yang ni lain” katanya. Dan aku tak ada alasan untuk tak setuju.


Two thumbs up? five star? I give a wow to Inception.


Dan satu lagi yang aku respek Nolan adalah kerana dia tak menggunakan alasan mimpi sebaga plot untuk membuat pesta effect dalam movie ini. bayangkan kalau filem ini diarahkan oleh Tim Burton dan mamat Transformer tu, sudah tentu efek dari awal sampai habis. But no sir not C. Nolan. he saty true to his comples storyline as the strengh of this movie till the end. Its like Muhammad Ali when he fight with Foreman. Ali boleh punch Foreman lebih kuat bila Foreman hampir jatuh terduduk. But he refuse to. Ini diceritakan kembali oleh Foreman dalam docu Fighting Ali.


Aku tengok jam dihandphone. Masa untuk pulang. Tiada sms dari Jaja.

Alhamdulillah Jaja masih belum bersalin.Ini mungkin malam terakhir akau merendek diluar.

Kalau aku nak tengok Inception for the third time, maybe after Jaja deliverlah.


Aku tak sabar untuk pulang dan bermimpi .

Dan sampai sekarang aku tak bagitahu kawan aku tu yang itu adalah second time aku tengok Inception.




* Kalau tak suka Inception boleh juga baca tulisan Michael Collins ini,

http://www.bestweekever.tv/2010-07-19/am-i-the-only-person-who-hated-inception/

dan ini untuk fan Leonardo.

http://www.newsweek.com/2010/07/08/what-s-eating-leonardo-dicaprio.html



5 comments:

SHAH MOLOKO said...

Aku salut acting mantap Marion Cotillard as Edith Piaf in La Mome- every bit of it is brilliant.

C. Nolan movie...hmmm aku rasa dia memang loves to drags he's movie...still prefer Lynch wierdness tho!

saat omar said...

David Lynch? mamat yg buat Dune tu ek? huhu...

razin salleh said...

shit thats your second time... siot jek aku tertipu!!

saat omar said...

lol Ajin...aku pun tak ingat itu mimpi ke real...

Anonymous said...

Aku sampai Google Wikipedia nak cari watak mana Juno tu. Rupanya Ellen Page. Ellen Page berlakon filem Juno, jadi kau main bantai letak nama dia dalam filem tu, Juno McGruff.

Nama dia dalam ni Ariadne. Sempena nama dewi Yunani yang selesaikan labirin ke apa entah. Tapi sebab nama dia ada kaitan dengan labirin lah.

Macam band Muse la. Muse tu sebenarnya nama dewi Yunani yang main muzik. Lebih kurang camtu la.