Thursday, September 30, 2010

Zombo Com


You want to know what comedy is?

Go to Zombo com.

You can do anything at Zombo com. Anything at all.

The only limit is yourself.

Welcome to zombo com.

This is Zombo com.

To experience Zombo Com click here :

here

Sunday, September 26, 2010

Promosi Sirih Bertepuk Pinang Menari


Ini bukan gambar Puan Zizi. Ini adalah Dato Noordin Hassan



Aku sepatutnya promo Sirih bertepuk Pinang Menari yang akan dipentaskaan pada 30 Sept dan 1 hingga 3 Oktober di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kolompo.

Arahan siapa? Arahan Norzizi Zulkifli.

Skrip siapa? Hmmm.... kalau kau tak tahu siapa yang tulis Sirih Bertepuk Pinang Menari ni maka kau tak minat teater. jadi tak payahlah aku bersusah payah pujuk kau datang tengok teater ni.

... oklah oklah. Sirih Bertepuk Sirih Bertepuk Pinang Menari ini adalah hasil tulisan Dato Noordin Hassan.

Siapa Dato Noordin Hassan? Ok ok aku cuba terangkan sikit siapa Dato Noordin Hassan ni. Jangan keliru Dato Noordin Hassan dengan Noordin Ahmad ok.

Dato Noordin Hassan adalah sasterwan negara selepas Muhammad Haji Salleh kalau tak silap aku. Dato Noordin Hassan adalah penulis drama pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai Sasterawan Negara dan Sirih Bertepuk Pinang Menari adalah antara karya utama beliau.

ceritanya macamana? .....err susah nak tulis kat ini. Datang jelah tengok. Kompleks jugak ceritanya.


Pukul berapa? Hmm.... Mana ada teater mula pukul 10 malam. yang duduk KL, lepas sembahyang maghrib boleh terus gerak. yang dari Shah Alam pukul 6 kena keluar rumah ok.


Eh ini bukan promosi Sirih Bertepuk Pinang Menari ok. Promosi Sirih Beretepuk Pinang Menari ni aku akan post Rabu atau Khamis ni. Ni preview promo je.

Hmmm....takut lambat pulak nak promo Rabu ni ye? takut kau dah buat plan lain?
Maklumlah kita masih dalam mood raya kan? Open House sana Open House sini.

Oklah oklah. Aku promote kan jugalah Sirih Bertepuk Pinang Menari hari ni.

Begini bunyinya.....



Salam Sejahtera,

Saksikanlah pementasan teater berikut sempena menyambut & menyokong BULAN BAHASA KEBANGSAAN :

Tajuk :
"Sirih Bertepuk Pinang Menari"
Karya Dato' Noordin Hassan
Arahan Norzizi Zulkifli

Lokasi :
Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka

Tarikh & Masa :
30 September 2010 (8.30 malam)
1 Oktober 2010 (8.30 malam)
2 Oktober 2010 (3.00 pm & 8.30 malam)
3 Oktober 2010 3.00 pm & 8.30 malam)

Harga :
RM15 (aras bawah)
RM10 (aras atas)
-dengan pembelian buku program sebagai pas masuk-

Tempahan :
019-6970123 (Amir)

Pementasan ini dikelolakan oleh produksi Lasykar Tuntas Creative & Event Management iaitu para pelajar Diploma Seni Lakon & Pengurusan Seni semester akhir Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka.

Jemput datang beramai-ramai!!!

Thursday, September 23, 2010

+

Aku masih ada banyak kawan-kawan lelaki yg belum berumahtangga. Kawan-kawan yang sebaya aku.
(statistik tu tak termasuk kawan-kawan yang gay)

Kawan lelaki maksud aku. Kawan perempuan mudah untuk mendapat jodoh. Lepas grade tak sampai setahun mereka dah beranak pinak.
Kawan lelaki tak macam tu. Mereka akan bujang dahulu;main futsal dihujung minggu.
Main paintball dulu.
Pi karaoke dengan kawan2 Yahoo Mesengger dulu.

Dan sampai sekarang banyak yang belum khawin lagi. Belum settle down. Most of them lelaki hot stuff ketika student dahulu.


mereka bukanlah dari golongan yang tak berduit. Tapi sebaliknya gaji sesetengah dari mereka 3 setengah bulan kali ganda dari gaji kerja aku sekarang ni.

Mereka-mereka ini berpangkat besar. Duit mungkin tak menjadi masalah kepada mereka.

Mereka juga bukanlah dari golongan buruk perangai dan buruk muka. Most of them not bad looking.Joe sendiri ada mirip2 lelaki Arab.

Sebenarnya ini adalah isu yang kompleks. Diluah mati emak ditelan mati pucuk.
Dan mungkin juga isu yang sensitif. Ada juga kawan2 ini yang marah bila ditanya tentang isu perkhawinan. Mereka dah set diminda mereka yang mereka akan kekal solo sepanjang hayat.

Aku respek orang begini. They have made their choices and they stick to it.

bagaimana pula yang memang ingin kawin tapi masih belum mendapat jodoh.

AKu tahu betapa sunyinya rasa hidup ketika waktu bujang dahulu.
Aku tahu perasaan mereka.
Kata orang terlentang melihat siling, tangan atas dahi.



kadang2 aku cuba jugak nak rekomen student2 aku. Tapi aku tahu, otak dan perangai masing-masing lain. Cannot go.

lawak tak sama. Pemikiran tak sama.

Lagipun mereka sebenarnya bukan tak reti ayat awek (some of them aku boleh gelar romeo) tapi entah kenapa mereka still single.....

jadi kenapa mereka masih kekal solo?

Aku dulu pun tak pernah date dengan perempuan sampailaah umur aku 30 tahun.
Aku pun dulu pernah fikir yang im gonna die alone in bed...
Tapi mungkin dah jodoh aku khawin juga akhirnya walaupun terpaksa kehulu kehilir nak pinjam duit dari bank (tanpa duit pinjaman itu aku memang tak akan khawin sampai sekarang. Duit dalam bank aku cuma ada kurang dari RM500 jangan jeles.)

kadang2 aku rasa pressure untuk lelaki Melayu berkhawin bukanlah datang dari hormon lelaki yang menggelegak itu sendiri. tapi ianya datang dari pandangan dan tekanan masyarakt sendiri. Oh kau tahukan bagaimana kehidupan moden membeentuk persoalan dan ideologi itu?



Pressure dari masyarakat juga kadang2 amat kejam dan tak berperikemanusiaan.
"Kau ni bila nak kawin?" tanya orang, macam tanya khabr. Statement itu sendiri satu perli atau menghukum?

Well the answer is simple"Dah takde perempuan mau kawin dengan aku nak buat macamana?" that would be a good answer. jawapan yang adil.

Atau macam Abang Rodzi, seorang kawan bekas askar jawap "ingat pompuan tu macam anak kucing ke?"Jawabnya balik bila ditanya bila dia nak kawin.
"kalau perempuan tu anak kucing, dah lama aku kawin sepuluh dah!"

Betul kata Abang Rodzi tu. Kalau perempuan tu macam kucing dah lama kami kawin 10.


Apa yang sebenar aku nak katakan disini ialah........... silalah datang ke pementasan Sirih Bertepuk Pinang Menari.
karya Sasterawan Negara Dato Noordin Hasaan
Arahan Norzizi Zulkifli

Tarikh: 30 September 2010 (8.30 malam)
1-3 Oktober 2010 (8.30 malam)

2 &3 Oktober 2010(3.00 petang)

Tempat: Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.

Tiket: RM10 & RM15 dengan pembelian buku program



Semoga terhibur.

Monday, September 20, 2010

*



Whatsup Nigga? (yes youre nigga. All of us are)

read any cool blog lately? feel free to share nigga?

I have one. Ada satu post yang membuatkan aku tertarik.

Dan ianya dari Abdullah Jones. Ini linknya nigga.

http://abdullahjones.blogspot.com/2010/09/seni-art-dalam-bahasa-inggeris.html

Blog tentang filem dan review filem ada banyak. Dan kebanyakkan dedicated dengan subjek yang mereka pilih.

Blog tentang teater ada walaupun tak banyak.

Blog tentang music dan review musik pun ada walau tak banyak.

But blog review art galleri aku tak jumpa lagi.
yang ada hanya post-post gambar artwork masing-masing.

jadi bila aku membaca tulisan ABdullah Jones tentang basic idea and transformation of art from its manual function membuatkan aku senyum sinis.

Kenapa tak banyak blog tentang Art dan penulisan yang serius tentangnya? Adakah seniman lukisan tak suka menulis? Malas menulis?
Hanya sibuk membuat karya sampai tak peduli sekeliling mereka.

Kalau cikgu2 aku dulu baca statement ni dah lama mereka rendam-rendamkan kepala aku dalam kolam. Lol. Mereka sudah tentu tak bersetuju.

Baca tulisan Badrul Hisham adalah sepening cuma mentelaah tulisan Wingenstein.

Dan begitu juga dengan cikgu-cikgu Fine Art aku yang lain. Mereka as critical on academic term as others.
Bagaimana pula dengan ex students yang lain? aku yakin pandangan mereka tentang seni kontemporari dan yang lain-lain juga sudahlah tentu kritikal.
Kalau bersembang tentang seni boleh sampai kepagi.

Tapi kenapa mereka jarang menulis. ?

Kenapa blog-blog Art hanya penuh gambar-gambar lukisan sahaja?

Untuk playsafe aku cuma mengandaikan yang blog/hasil tulisan mereka tak dapat aku trace.


Whatever it is, I need to read more of that stuff. Ianya jalan mudah untuk membuatkan aku orgasm.

Berbalik kepada tulisan by Abdullah Jones yang bertajuk Pelamin Anganku Senak itu.

Kisah tentang meletakkan labu sayung sebagai alat perhiasan ,deco. Design follow function or function follow design?

" Labu sayung tidak seni walau apapun yang dikatakan oleh kerajaan. Ianya hanya sebuah bejana untuk mengisi air. Sama seperti botol kicap yang sifat dan tugasnya adalah untuk mengisi kicap. Lalu botol kicap itu kamu pakaikan dengan bunga dan diletakkan diatas meja yang beralas ropol sebagai hiasan. Seni? Bukan sayang,itu namanya biul batu sebutir." - Abdullah Jones. Pelamin Anganku Senak. Sept 16 2010

Lol.

Labu Sayung adalah salah satu contoh reference Abdullah Jones dalam memperkatakan tentang malfunction design yang telah disalah ertikan fungsi dan wataknya.

Antara lain rujukan adalah design pelamin diruang tamu, tirai yang berbentuk panggung wayang, bulu merak sebagai hiasan dan lain-lain lagi.

design2 sebegini memang selalu kita lihat dirumah-rumah Melayu pedalaman. Dan ah bukan itu sahaja, design dan letak hiasan ini juga kita dapat lihat dirumah moden ketika itu. Dan oleh orang-orang yang seharusnya mempunyai taste dan pemahaman tentang seni.

Membaca tulisan ini lantas membuatkan aku tersenyum. Kerana terus mengingatkan aku pada seorang pensyarah aku 15 tahun lalu. Dia pensyarah muda yang dihormati kerana idea radikalnya.

Ah senang cerita bunyi cakapnya macam Abdullah Jones juga bila membicarakan tentang aplikasi seni yang disongsangkan oleh tradisional dan tamadun yang telah ditunggang terbalikkan.

namanya Badrul Hisham.

Dalam membicarakan tentang fungsi seni dan slah anggap fungsinya dia mengambil kote sebagai metaforanya.

"macam kotelah, tempatnya dicelah kangkang perempuan.

jadi kalau lelaki yang taknak pakainya, kalau taknak kawin, baik potong je kote tu bagi anjing makan". Kata Encik Bad dan kami ketawa mendengarnya. Dia sebenarnya mengambil contoh dialog antaranya dan seorang kawan yang refuse untuk berkhawin.

"Beberapa bulan lepas tu dia pun khawin" tambah Cik Bad lagi.

Apa yang Encik Bad maksudkan adalah mudah sahaja. Industrial object atau apa sahaja bahan jika tidak digunakan pada tempatnya maka ianya tak boleh dianggap sebagai berfungsi.

Kerusi yang tidak diduduk oleh manusia yang berponggong tidak akan cukup sifatnya sebagai kerusi.

Kalau poster frame yang dibeli tidak digantung maksudnya aimnya dan tugasnya sebagai Poster Frame tidak akan complete.

Atau contoh yang paling mudah adalah kereta. Kereta digunakan untuk dipandu on the road. Disitu tempatnya.

Dan bila kereta yang dibeli tak bergerak (ehem ehem) , tak digunakan, ianya dianggap sebagai tak berguna.

Konsep asas ini telah ditonggang terbalikkan oleh marcel Duchamp and the gang.
Tapi jangan keliru dengan kisah Labu Sayung dan Duchamp's Readymade ini.
Duchamp memang berhasrat untuk menghancurkan idea konvention seni itu tersendiri.
Dia tak mahu melihat industrial object itu sebagai satu hasil seni. Itu aim asalnya.

Tapi Labu Sayung yang diletakkan diruang tamu bercerita tentang nilai estetik.

Persamaan idea Labu Sayung dan Fountain's "karyacipta' Duchamp itu hanyalah dari segi perubahan konsep/basic idea dan fungsi industrial objek itu sendiri.

Dalam kata mudah Duchamp tak pernah melihat mangkuk kencing itu sebagai satu unsur seni. ianya adalah statement anti art seendiri. jadi usah dipersoalkan tentang nilai estetiknya kerana memang bukan itu tujuan Lelaki Peranchis itu.
Tapi sebaliknya orang Melayu (Jarang orang Cina letak Labu Sayung didepan rumahkan?) yang meletakkan Labu Sayung didepan ruang tamu sebagai satu unsur seni dan melihatnya mempunyai nilai estetik.


Ok fine.

Tapi bagaimana jika Labu Sayung itu pecah, bocor, dan tidak boleh digunakan secara fungsi asalnya?

But what if the labu sayung already broken to pieces. Masihkah ianya digelar sebagai Labu Sayung?
Bolehkah ianya digelar sebagai labu sayung mengikut fungsinya yang telah ditetapkan hukum alam dan hukum manusia/ hukum pemahaman manusia tentang seni?

Bagaimana pula jika Labu Sayung itu memang mempunyai air minuman dan hanya menunggu masa untuk dihidangkan pada tetamu yang hadir?

Ini yang cuba diungkitkan kembalai oleh Clive Bell.

Apa pula bezanya dengan Andy Warhol yang melukis kembali Brillo Box dan meletakkannya didalam galeri dan claim it as art?

Adakah Brillo Box itu juga boleh dianggap sebagai hanya kraf?

Apa bezanya pula kraf dan industrial design objek seperti Brillo Box itu?

Actually ini hanya peprsoalan asas yang memualkan.

Aku? aku tak ada masalah kalau sesiapa nak letak labu sayung diruang tamu sebagai deco.
But I wouldnt do it.

Not because I object the real function of Labu Sayung, tapi kerana formnya yang tak menarik perhatian aku. (even kalau the original designernya kata shape Labu Sayung itu adalah influence dari badan perempuan, macam gitar)

Mangkuk kencing Duchamp tu lebih cun formnya.But I wouldnt put that in my living house either.

Savvy Nigga?
:)

"Where We You While We Were Getting High?"


1990an adalah dekad yang penting dalam hidup kami. Tahun dimana aku mula akil baligh dan juga pengakhirana remaja dalam satu ruang lingkup masa yang sama.

Kalau menjadi student membuatkan kau keliru, kau tak boleh bayangkan betapa hebat tekanannya bila menjadi dewasa dan bekerja.

Mungkin poket aku kosong pada 1990an, tetapi kami happy.

No facebook. No psycho murder.
No .Food still cheap.
No Star wars remade.
Picaddilly gig.
people still buy CDs.
And music still good.

Music. Ada banyak hope pada dekad 90an. Walaupun mainstreamnya dipelopori dan dilandaskan dari underground of the 80s, (husker Du, Pixies in US and Stones Roses and happy Mondays in UK) but they make good music.
Ah u just name it.

Yes the 1990s. The year that punk broke as they said. Atau di KL, ianya bermula dengan PSycho A Go Go di S&M Complex.

But just leave it the 90s and alternative music conflict to be debate. I just want to remember it as it is. Aku cuma mahu mengingatinya dengan seadanya. Seperti yang berlaku pada aku.
Semuanya ketika aku masih Young and Dangerous.

Dan bila Shah Moloko berceerita tentang Grunge, aku teringat pada zaman ketika aku adalah .......err Brit Pop.

That was 1990s.

That was me, and my three droogs. There is Sham Oi, Ayie, Ujang and Aldrain Sajuki.

Music unite us all. Music and the idea to record and demo and make it big. Bigger than The Beatles and ever.

Aldrain ubah view Ujang pada muzik. Lelaki yang dulu pengikut Grindcore kini mula melayan brit Pop. Dan menjadikan Suede sebagai muzik dadahnya.

That was mid 90s.

Ketika kami mula bergabung, pengaruh Kurt Cobain masih lagi mekar dihati anak-anak muda ketika itu. begitu juga dengan Ujang. Ada poster besar Kurt Cobain pakai pyjama dan memetik gitar diatas katilnya.
Aldrain ubah taste Ujang pada music.
Overnight Ujang telah menjadi our own Richard Ashcroft long before Verve's Urban Hymn come out.

Oasis muncul lambat lagi dari Nirvana. ketika Oasis keluar dengan debut albumnya yang menggegarkan Britain, Kurt Cobain sudahpun memetik bicu yang memecahkan kepala hotaknya dan menyebabkan otak dan serpihan tengkoraknya berterabur.

Satu lagu Oasis yang mudah meresap kejiwa adalah Live Forever. Kata Noel thats the best song of the decade. Kerana katanya ketika semua orang bercakap tentang mahu mati dan membunuh diri(pengaruh dari ayah Frances Bean itu barangkali) oasis bercakap tentang 'Hidup Selama-Selamanya"
Maybe the arsehole was right.

Perlukah aku bercerita tentang persamaan antara Oasis dan Chairil Anwar?

tapi kami bukannya Brit Pop.
Ujang, Aldrain dan Ayie lebih akur kepada Suede sebenarnya.
Coming Up adalah musik tema bagi kami.

Ketika Am, kawan bilik bawah lebih suka menggegarkan radionya dengan muzik Silverchair, President of United States of America dan Pearl jam, geng-geng Ujang lebih kepada muzik dari Bret Anderson and co ini.

itu musik, tapi gaya kami lebih kepada Liam.

Terutama bila berjalan ke seksyen 2.

were not punk. Original punk dont do drugs. (Are u rootens kind of punk of Sid Vicious kind of punk debate)
Ayie do drugs.
And others like to shoot weed.
Were more like Renton out of Transporting then Johny Rotten.

Bila masuk part 3, kami berpecah. kebanyakan dari mereka menyewa diluar . Hanya aku yang terus mengharapkan subsidi kolej.

Pengaruh muzik dari Aldrain mula pecah.

Sikit demi sedikit aku mula heavy dengan Radiohead dan The Smiths. Aku dan walkman Aiwa tak pernah berpisah. dan pen kilometrico yangn aku gunakan untuk memusing kaset.

Bila Aldrain pulang ke Sarawak kerana rindukan dan tak boleh berpisah dengaan aweknya, hubungan muzik antara aku, Ujang, Ayie dan Sham Oi mula berpecah.
Tiada lagi kedengaran cita-cita untuk membuat demo dan berjamming.
Tiada lagi mendnegar kaset dari corong radio Aldrain.

Dan Suede juga tidak lagi membuat album yang baik.

Sikit demi sedikit aku mula mengabdikan diri dengan Radiohead dan The Smiths. Thats was before 1997. if u know what I mean.

yes were Brit Pop, with Liam's walk but with Bret Andersons music.

Now the genre is dead. There is no genre in music at all. All Lady Gaga and Lady Gugu.

Brit music lebih gah dari American musik.

Atau dengan kata-kata yang lebih jujur, orang Britain making better music than the one in America. (senyum senyum)




Pendapat ini aku pegang sampai sekarang.

Tuesday, September 14, 2010

*


DIALOG DIALOG RAYA DIHADAPAN PETI TV

1
"Ni filem komedi ke apa ni?.
Aduhai,
Baik aku tutup tv.
.......eh jap ada Lisa Surihanilah! Tengok sampai habislah."

2
"Sejak Yasmin Ahmad pergi, iklan raya Petronas tak lagi mengancam kan?"

3
"Kenapa semua filem komedi Malaysia ni macam bodoh-bodoh je?"

4
"Mana student kau Saat? takde yang berlakon kat TV ke raya ni?"

5
"Proton Saga mana keluar iklan raya dah"

6
"kalau nak tunggu highway tak jem memang tak berjalanlah kita raya ni"

7
"Sebab filem komedi yang lain teruk, Momok The Movie kukira sudah cukup menghiburkan"

8
"Apalah Amar ni, pagi-pagi raya dah bukak PS2. Dah pakai baju raya siap dengan sampin tapi duduk rumah main video game. Pergilah beraya"

9
"Tu botox lah!"

10
"Lemang semalam dah habis?"

11
"Macam Santa Claus tapi bukan Santa Claus. Pakcik tua naik beca pusing Teluk Intan je. Takde unsur-unsur Illuminatilah, kebetulan je tu"

12
"Rumah mana yang takde tat nenas?!"

13
"kalau diaorang buat filem ni untuk mat rempit kenapa nak tayang kat tv plak?"

14
"Sejak bila Botak pandai cakap Cina ni?"

15
"Kesian Sosilawati. Al fatihah untuk arwah dan yang lain-lain"

Monday, September 6, 2010

1980s




Dulu masa Raya kena pergi rumah Megat Junid (Arwah)

Sebab hanya rumah tu yang bagi 50 sen.

Duit tu dah kira besar bagi bebudak dulu.

2

Dulu sehari sebelum raya kena beli Gila-gila, Batu Api, Gelihati kat kedai India dekat bas stand.
Kalau takde duit nak beli, kami akan lepak lebih lama dirumah yang ada majalah tu.

3
Raya pertama dah pergi Supermarket Sungei Perak main aci nyorok.


4
Masa raya nak pergi pekan Teluk Intan naik bas bukan senang. Seawal pagi bas dah penuh macam sardine. Bas Kg Gajah penuh.


Bas Chikus penuh.


Bas Tapah penuh.


Sudahnya pergi ke Teluk Intan jalan kaki ramai-ramai.

Sekarang mana ada bas yang ke Teluk Intan dah…..


5

Dulu dapat duit raya aku beli kaset Scorpion Savage Amusement dan Poison Open Up and Say Ahh….. Lepas tu layan sorang-sorang dalam bilik.


Rasa rock gila.


6

Tak pernah merasa pergi beraya rumah Awek.
Sebabnya? Sebab aku tak pernah ada awek.

7

Tengok wayang tajuk Pernikahan Berdarah paling best. Raja Ema dan Willy Dozan.1989.


Rasa nak runtuh satu Teluk Intan masa tu.


Semalamnya tengok van Damme’s Bloodsport.


8

The next yearnya pula aku pi Rex nak tengok filem Melayu. Tapi wayang kosong. Kosong gila.

Takde orang nak tengok wayang pada hari raya dah.


Nama filem itu adalah Harry Boy. Produce by Julie Dahlan.


9

Raya paling tak syiok adalah pada 1990. Sebab masa ni Ijan, Lan, Mail, Isham balik kampong. Pukul 3 aku dah mula terbongkang depan TV takde aktiviti.

10

Dulu sebelum ada Jambatan baru, yang menghubungkan antara kg Bahagia dan Teluk Intan adalah Gerotak Besi Lama.

Biasa masa Raya jem akan berlaku dari lorong 1A sampailah ke Lorong Masjid.

Aku, Ijan dan Zeni akan duduk ditepi bus stop dan tengok kereta terhenjut-henjut sampai senja merah menjelma.

Those are some memories that stick in my mind until now.

11
Dulu-dulu biasa pagi raya kami akan ke rumah Tok Hassan dulu. Tok Hassan adalah cikgu mengaji bagi kami semua dan macam ketua kampong jugaklah. Itu rumah wajib.

Masa nak balik kami semua akan beratur depan Tok Hassan dan salam tangannya sambil Tok Hassan bagi nasihat sepatah dua.


Dia sayang kami macam anaknya sendiri


Pastu baru budak2 pi rumah aku makan lemang dan minum air oren.


Port rumah Lan ialah yang paling last sekali. Bila perut dah terbarai, kami akan lepak rumah Lan tengok TV dan ketawa ramai-ramai dengan jenaka ayahnya.


Itu rutin raya 80an. Takde itu tak lengkap macam iklan TV raya tanpa iklan air oren.


Semua tu dah takde lagi dah. Kebanyakan mereka dan meninggal dunia dan aku pun dah pindah jauh dari Kampung Bahagia.

Shit.