Tuesday, September 14, 2010

*


DIALOG DIALOG RAYA DIHADAPAN PETI TV

1
"Ni filem komedi ke apa ni?.
Aduhai,
Baik aku tutup tv.
.......eh jap ada Lisa Surihanilah! Tengok sampai habislah."

2
"Sejak Yasmin Ahmad pergi, iklan raya Petronas tak lagi mengancam kan?"

3
"Kenapa semua filem komedi Malaysia ni macam bodoh-bodoh je?"

4
"Mana student kau Saat? takde yang berlakon kat TV ke raya ni?"

5
"Proton Saga mana keluar iklan raya dah"

6
"kalau nak tunggu highway tak jem memang tak berjalanlah kita raya ni"

7
"Sebab filem komedi yang lain teruk, Momok The Movie kukira sudah cukup menghiburkan"

8
"Apalah Amar ni, pagi-pagi raya dah bukak PS2. Dah pakai baju raya siap dengan sampin tapi duduk rumah main video game. Pergilah beraya"

9
"Tu botox lah!"

10
"Lemang semalam dah habis?"

11
"Macam Santa Claus tapi bukan Santa Claus. Pakcik tua naik beca pusing Teluk Intan je. Takde unsur-unsur Illuminatilah, kebetulan je tu"

12
"Rumah mana yang takde tat nenas?!"

13
"kalau diaorang buat filem ni untuk mat rempit kenapa nak tayang kat tv plak?"

14
"Sejak bila Botak pandai cakap Cina ni?"

15
"Kesian Sosilawati. Al fatihah untuk arwah dan yang lain-lain"

5 comments:

MOLOKO said...

Tahun ini pelik bagi aku- sebab aku 100% beraya di KL- my verdict- it's dead boring bro!

Kuih Buahlu tidak lagi jadi kemestian di Hari Raya- it's my fav since kid!

saat omar said...

raya kali ini aku tak bertandang kerumah sapepun...aku duk umah tengok tv je

Vitamin said...

Botak mmg pandai cakap cina... hehe

saat omar said...

yes Vitamin...dan rasanya lakonan Botak makin mantap.

ryann said...

hahaha memang dialog universal. tapi sedihlah 2 dan last tu