Thursday, September 23, 2010

+

Aku masih ada banyak kawan-kawan lelaki yg belum berumahtangga. Kawan-kawan yang sebaya aku.
(statistik tu tak termasuk kawan-kawan yang gay)

Kawan lelaki maksud aku. Kawan perempuan mudah untuk mendapat jodoh. Lepas grade tak sampai setahun mereka dah beranak pinak.
Kawan lelaki tak macam tu. Mereka akan bujang dahulu;main futsal dihujung minggu.
Main paintball dulu.
Pi karaoke dengan kawan2 Yahoo Mesengger dulu.

Dan sampai sekarang banyak yang belum khawin lagi. Belum settle down. Most of them lelaki hot stuff ketika student dahulu.


mereka bukanlah dari golongan yang tak berduit. Tapi sebaliknya gaji sesetengah dari mereka 3 setengah bulan kali ganda dari gaji kerja aku sekarang ni.

Mereka-mereka ini berpangkat besar. Duit mungkin tak menjadi masalah kepada mereka.

Mereka juga bukanlah dari golongan buruk perangai dan buruk muka. Most of them not bad looking.Joe sendiri ada mirip2 lelaki Arab.

Sebenarnya ini adalah isu yang kompleks. Diluah mati emak ditelan mati pucuk.
Dan mungkin juga isu yang sensitif. Ada juga kawan2 ini yang marah bila ditanya tentang isu perkhawinan. Mereka dah set diminda mereka yang mereka akan kekal solo sepanjang hayat.

Aku respek orang begini. They have made their choices and they stick to it.

bagaimana pula yang memang ingin kawin tapi masih belum mendapat jodoh.

AKu tahu betapa sunyinya rasa hidup ketika waktu bujang dahulu.
Aku tahu perasaan mereka.
Kata orang terlentang melihat siling, tangan atas dahi.



kadang2 aku cuba jugak nak rekomen student2 aku. Tapi aku tahu, otak dan perangai masing-masing lain. Cannot go.

lawak tak sama. Pemikiran tak sama.

Lagipun mereka sebenarnya bukan tak reti ayat awek (some of them aku boleh gelar romeo) tapi entah kenapa mereka still single.....

jadi kenapa mereka masih kekal solo?

Aku dulu pun tak pernah date dengan perempuan sampailaah umur aku 30 tahun.
Aku pun dulu pernah fikir yang im gonna die alone in bed...
Tapi mungkin dah jodoh aku khawin juga akhirnya walaupun terpaksa kehulu kehilir nak pinjam duit dari bank (tanpa duit pinjaman itu aku memang tak akan khawin sampai sekarang. Duit dalam bank aku cuma ada kurang dari RM500 jangan jeles.)

kadang2 aku rasa pressure untuk lelaki Melayu berkhawin bukanlah datang dari hormon lelaki yang menggelegak itu sendiri. tapi ianya datang dari pandangan dan tekanan masyarakt sendiri. Oh kau tahukan bagaimana kehidupan moden membeentuk persoalan dan ideologi itu?



Pressure dari masyarakat juga kadang2 amat kejam dan tak berperikemanusiaan.
"Kau ni bila nak kawin?" tanya orang, macam tanya khabr. Statement itu sendiri satu perli atau menghukum?

Well the answer is simple"Dah takde perempuan mau kawin dengan aku nak buat macamana?" that would be a good answer. jawapan yang adil.

Atau macam Abang Rodzi, seorang kawan bekas askar jawap "ingat pompuan tu macam anak kucing ke?"Jawabnya balik bila ditanya bila dia nak kawin.
"kalau perempuan tu anak kucing, dah lama aku kawin sepuluh dah!"

Betul kata Abang Rodzi tu. Kalau perempuan tu macam kucing dah lama kami kawin 10.


Apa yang sebenar aku nak katakan disini ialah........... silalah datang ke pementasan Sirih Bertepuk Pinang Menari.
karya Sasterawan Negara Dato Noordin Hasaan
Arahan Norzizi Zulkifli

Tarikh: 30 September 2010 (8.30 malam)
1-3 Oktober 2010 (8.30 malam)

2 &3 Oktober 2010(3.00 petang)

Tempat: Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.

Tiket: RM10 & RM15 dengan pembelian buku program



Semoga terhibur.

3 comments:

Sally said...

ah bestnya kalo dpt pergi

syahrulfikri said...

bukan taknak kawin, pompuan zaman skrg ni yg memilih, dorang status tinggi taknak pilih laki2 sebarangan...

MOLOKO said...

True Fact:- research menyatakan jumlah nisbah statistik bagi lelaki & wanita ialah 1:16! M:F

2nd Fact:- majoriti female kini menerajui pendapatan household dari kaum lelaki- berpendapatan lebih tinggi.

3rd Fact- most of the hot chics in KL end up being snatch by older dude- due this bunch of matured guys are able financialy. Chics loves LV's, Gucci's & flashy cars!

My last POV- day by day- more man choose to become gay- thanks to Ang Lee's Brokeback Mountain!