Sunday, September 26, 2010

Promosi Sirih Bertepuk Pinang Menari


Ini bukan gambar Puan Zizi. Ini adalah Dato Noordin Hassan



Aku sepatutnya promo Sirih bertepuk Pinang Menari yang akan dipentaskaan pada 30 Sept dan 1 hingga 3 Oktober di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kolompo.

Arahan siapa? Arahan Norzizi Zulkifli.

Skrip siapa? Hmmm.... kalau kau tak tahu siapa yang tulis Sirih Bertepuk Pinang Menari ni maka kau tak minat teater. jadi tak payahlah aku bersusah payah pujuk kau datang tengok teater ni.

... oklah oklah. Sirih Bertepuk Sirih Bertepuk Pinang Menari ini adalah hasil tulisan Dato Noordin Hassan.

Siapa Dato Noordin Hassan? Ok ok aku cuba terangkan sikit siapa Dato Noordin Hassan ni. Jangan keliru Dato Noordin Hassan dengan Noordin Ahmad ok.

Dato Noordin Hassan adalah sasterwan negara selepas Muhammad Haji Salleh kalau tak silap aku. Dato Noordin Hassan adalah penulis drama pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai Sasterawan Negara dan Sirih Bertepuk Pinang Menari adalah antara karya utama beliau.

ceritanya macamana? .....err susah nak tulis kat ini. Datang jelah tengok. Kompleks jugak ceritanya.


Pukul berapa? Hmm.... Mana ada teater mula pukul 10 malam. yang duduk KL, lepas sembahyang maghrib boleh terus gerak. yang dari Shah Alam pukul 6 kena keluar rumah ok.


Eh ini bukan promosi Sirih Bertepuk Pinang Menari ok. Promosi Sirih Beretepuk Pinang Menari ni aku akan post Rabu atau Khamis ni. Ni preview promo je.

Hmmm....takut lambat pulak nak promo Rabu ni ye? takut kau dah buat plan lain?
Maklumlah kita masih dalam mood raya kan? Open House sana Open House sini.

Oklah oklah. Aku promote kan jugalah Sirih Bertepuk Pinang Menari hari ni.

Begini bunyinya.....



Salam Sejahtera,

Saksikanlah pementasan teater berikut sempena menyambut & menyokong BULAN BAHASA KEBANGSAAN :

Tajuk :
"Sirih Bertepuk Pinang Menari"
Karya Dato' Noordin Hassan
Arahan Norzizi Zulkifli

Lokasi :
Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka

Tarikh & Masa :
30 September 2010 (8.30 malam)
1 Oktober 2010 (8.30 malam)
2 Oktober 2010 (3.00 pm & 8.30 malam)
3 Oktober 2010 3.00 pm & 8.30 malam)

Harga :
RM15 (aras bawah)
RM10 (aras atas)
-dengan pembelian buku program sebagai pas masuk-

Tempahan :
019-6970123 (Amir)

Pementasan ini dikelolakan oleh produksi Lasykar Tuntas Creative & Event Management iaitu para pelajar Diploma Seni Lakon & Pengurusan Seni semester akhir Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka.

Jemput datang beramai-ramai!!!

2 comments:

SHAH MOLOKO said...

Clapping leaves & dancing fruits!
Any new vinyl lately?

saat omar said...

so far im kinda stop buying vinyl ah...unless its rare and RM20. lol