Sunday, October 31, 2010

Highlight of the weekend


The highlight of the weekend must be menonton docu P ramlee di Astro.

For post scandalous, read this

Monday, October 25, 2010

Banksy's Exit Through The Gift Shop



SUperstar of graffiti Art telah lama wujud-Sejak Spray paint mula diperkenalkan dimuka bumi ini. 1970s.
Tapi hanya pada pertengahan 80an barulah ianya mengeluarkan superstar seperti Samo, Keith Haring dll lagi (sekadar menyebut beberapa nama kerana hanya kenal beberapa nama)
Dengan pengaruh Hip Hop graffiti art terus bercambah menggantikan budaya sub pop Hippies yang semakin tua.
Dan New York masih lagi centre of art world.

Jika 'hero' graffiti art didekad 80an berusaha untuk merempuh benteng galeri seni yang menawarkan pulangan wang yang lumayan, artist graffiti dekad baru terus struggle dan berselindung dibawah real underground. They try hard not to sell out.


New hero dalam graffiti art seperti banksy, Sherpard Fairey, Space Invaders berpegang teguh pada konsep underground disebalik mana itu.
Siapakah Banksy sebenarnya masih lagi menjadi tandatanya. Tiada siapa yang tahu.
Tapi yang pastinya nama mereka terus mekar dengan technic dan medium baru;stensil, poster, rubic cube dan lain-lain mula mendapat tempat.

Dan pada tahun December 2006, journalist Max Foster coin the term 'Banksy Effect' untuk melabelkan untuk fenomena art boom yang melanda kesan dari permintaan terhadap karya-karya street art ini .work2 stencil Banksy mula dijual pada harga 25 ribu pound sehingga 100 ribu pound. Satu jumlah yang besar untuk street artist.

Persoalannya ketika ini bukan lagi "Is Graffiti art an art or Vandalism?" tetapi is Graffiti Art should be remains Underground or its a Sell Out Profit?"

bagi Mr Brainstorm, yang kita ragui kemampuan artistiknya, Art is for sale.

And hes French.
Is MBM the new Andy Warhol?

Theres a thousand of docu on street art out there. Dubbed as 'the first world street art disaster movie ', Exit Through The Gift Shop is the most twist movie of all docu movie Ive ever seen.

Watch this movie . It will inspire u to get out, left your computer table, sign off your Facebook go outside and make art in the place where it belongs ;the street.

Sunday, October 24, 2010

Kesimpulan Hujung Minggu

1
Mee Rebus Mastan Ghani, restoran makan yang paling femes di Teluk Intan, yang hanya ada dua menu makanan iaitu Mee Rebus dan Rojak, yang ada lima kedai cawangan di daerah itu memang tidak sesedap dulu. Tapi Jaja makan 2 pinggan juga.

2
Gwyneth Paltrow yang menangis meratap hiba bila menang Oscar pelakon wanita terbaik pada tahun 1999, sampai sekarang dikutuk kerana gayanya yang 'over' itu. Malam tadi dalam majlis anugerah perfileman Malaysia ada pemenang menangis lebih teruk dari itu.
Dan dia lelaki.

3
Bila Torres score gol kedua Liverpool, yang lompat paling tinggi adalah Sammy Lee.

4
Semua orang, I mean semua orang menjangkakan Estet akan menang best Filem. Tapi movie itu agaknya tak cukup magik untuk mengalahkan KRU's Magika.

5
Alex Ferguson sampai menangis nak pujuk Rooney masuk balik ke Manchester United dengan gaji Satu juta pound sebulan. Not bad for a striker yang tak score sebiji gol pun di World CUp huh?

6
Dalam kesemua filem yang ditandingkan untuk Best Filem FFM, satu pun aku belum tengok lagi.

7
Betul seperti yang aku katakan dulu, Liverpool zaman Gerrard hanya panas ketika separuh masa kedua.

8
Lawak Zizan sebagai pengacara ok-lah. Pengacara perempuan tu yang aku tak faham.

9
Tapi kenapa kedua-dua pengacara tu mesti rambut mohawk ala-ala david Beckham tu? Buruklah beb.

10
Walaupun aku tak tengok HAQ, dan aku tak tahu apa pun tentang filem ni, Bila nama Zul Huzaimi disebut pengacara untuk pencalonan pelakon lelaki terbaik, aku jerit nama dia kuat-kuat tanda sokongan aku pada Zul. Tapi bila pengacara umumkan nama lain sebagai pemenang, Jaja ketawakan aku.

11
Aku tak kisahlah sape pun yang menang FFM: Liverpool 2 Blackburn 1.

10
Lori dan bas dilebuhraya memang dipandu dengan laju.

Thursday, October 21, 2010

Pay Less Books di Subang Avenue (22-22 Oktober 2010)




Dulu, kedai yang aku suka pergi shopping adalah Pay Less Books -kedai yang menjual buku-buku terpakai.

Dikedai inilah aku dapat buku-buku macam David Mamet's American Bufallo, Ariel Dorfman's Death and the Maiden, Tony Kushner's Angels in America, Paula Vogel's How I Learned to Drive, Margaret Edson's WiT, Martin mcDonagh's The Beauty Queen of Leenane dan macam-macam lagi title yang kau tak akan jumpa di toko-toko (bunyi macam Indon sikit baru nampak cool) buku besar di negara ini.

Cuma yang sampai sekarang aku menyesal adalah tak sambar George Pereq's Lifes A User Manual masa aku jumpa buku tu di Amcorp Mall beberapa tahun lalu.

Terlajak perahu boleh undur terlajak - well anyway, dulu Pay Less Books ada dimerata shopping kompleks 3 bintang di serata ibukota.

Ada di Carrefour Subang.
ada di Atria.
Ada di One Utama.
Ada di Ampang Point.
Ada di Summit.
Ada di Amcorp Mall.

Sekarang satu demi satu kedai buku ni tutup. Dan kini aku rasa takde Pay Less Books di Shopping Compleks. Semuanya menumpang di merata tempat menjual buku atas nama whare house sale.

The reason Pay Less Books tutup? apa lagi kalau bukan kerana ianya tak making profit.


Saudara dan saudari sekalian,kalau kedai buku second hand macam ni pun boleh tutup, apatah lagi kedai buku yang besar.

Sebagai penjana ekonomi sudah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk support kedai-kedai macam ni. Siapa kita tanpa ilmu dan seni?
Dengan RM20, kita boleh beli 5 buku literature yang baik-baik.

hari ini sahaja aku beli American Pastoral by Kau pun tahu siapa dia.
The Beach by kau pun tahu siapa dia.
Bridget Jones's Diary by you know who.
Anywhere But Here by you know who.
The Old Gringo by Carlos Fuentes.

Semua ini aku beli dengan harga RM22.



go to www.paylessbooks.com.my to register for free email about their latest venue.

Berikut adalah tempat-tempat dimana Pay Less Books akan membuat jualan wharehousesalenya.

22-22 Oktober di Subang Avenue

3-7 November di Atria

19 -21 November YMCA KL

17 - 19 December 3K INN


remember lads, you are what you read.

Wednesday, October 20, 2010

The American


Sekarang partnes in crime aku dalam menonton wayang gambar hanya tinggal Ajin sorang.

Shah Moloko selalu terbang tinggi dan tak sangat suka menonton wayang (unless kalau ada Wamat)

Jaja pula sebagai ibu tak boleh diajak kepawagam kerana tugasannya sebagai ibu yang memaksa dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti seperti breastfeeding dan menukar lampin.

Kawan2 yang lain telah mati ketika Perang Iraq 1991.

jadi lelaki macam aku ni tinggallah berkelana sorang-sorang.
Kebanyakan dari masa menonton wayang aku hanya ditemani oleh aku, dan aku sendiri.

Hari tu Ajin merajuk dengan aku sebab aku tengok Buried tak ajak dia.
jadi bila dia ajak aku menonton wayang pada Rabu semalam, aku tak boleh kata tidak.

Aku boleh gerak dari opis pukul 4.30 dan tiba di Cathay Cineleisure untuk tayangan wayang pukul 5.30 dan pulang semula kerumah pada pukul 8 malam.

Its a rushing game but it worth the run.

Cuma aku ada 1 masalah. hari Rabu ada mesyuarat fakulti.

Mesyuarat Fakulti memang jarang diadakan;hampir 3 kali sahaja dalam setahun dan kali ini ada amanat penting yang boss nak sampaikan. Ada perubahan pucuk pimpinan. Aku tak boleh miss yang ni.
Satu-satu cara untuk aku berjaya menonton filem itu adalah jika mesyuarat itu boleh tamat tepat pada pukul 4.30 petang.

Kini tiba masa untuk pilihan filem yang ditayangkan.

Kami ada 2 pilihan; The Other Guy dan The American.
Satu filem komedi dan satu filem George Clooney.

Ajin pilih The American.

Now i should tell u something secret about George Clooney.

I hate him. I told u before. Simple as that. Aku benci George Clooney tanpa reason. Aku benci semua tentang dia. Minyak wangi yang dia pakai. Baju dia. Dagu lekuknya. Suara machonya dan juga rambut putihnya dan ..... -oh u get what im trying to say right?

kadang-kadang aku merasa bersalah juga pada George Clooney kerana membencinya tanpa sebab. tapi itulah aku. Manusia absurd yang tanpa reason. Kau tak perlu sebab untuk menyukai seseorang dan kau juga tak perlu sebab untuk membenci seseorang. Adil kan?

Tapi kebencian aku pada George Clooney hanya pada peranannya sebagai pelakon sahaja. Kalau aku terjumpa George Clooney ditepi jalan dan motorsikalnya rosak serta memerlukan bantuan aku, sudah tentu aku akan membantunya tanpa sifat prejudis.

Theres only one way supaya kebencian yang tak berasas ini boleh hilang. I pray to god George Clooney not making a great decent movies.
tapi tahun lepas George Clooney ada terlibat dengan dua filem yang menarik; Fantastic Mr Fox dan juga Up In The Air. Damnit!

OKjangan salah anggap ye. Aku bukannya haters ok. AKu cuma tak suka George Clooney sorang.

Err...George Clooney dan Brad Pit.

Dan err....Vin Diesel. Yang lain semua aku suka. terutama Michael Cerra.

Well anyway, since ini adalah pilihan Ajin, I obey. George Clooney darling, here I come!

Aku tak fikir The American adalah filem George Clooney. Ianya adalah filem Anton Corbijn , tukang gambar yang suka ambik gambar U2, Depeche Mode dan Kurt Cobain itu.So its going to be a pleasure picture I think.

Budak-budak Kelantan dalam Budak Kelantan sudah tentu suka filem ni.

----------
pada pukul 2.30 meeting bermula tepat pada masanya. Seperti biasa ianya dipengerusinya oleh Dr Hatta.

Meeting berjalan lancar. tak banyak hal berbangkit. Everybody in comfort zone. Aku sibuk melihat jam. Mengikut jangkaan aku, meeting ini boleh tamat sebelum 4.30. yahoo!

Sedikit demi sedikit hal akademik dibincangkan. Aku hanya ralit melihat jam di handphone. Ini sepatutnya mesyuarat tertutup, tapi bila bercakap semua yang hadir menggunakan microphone yang boleh kuat kedengaran sampai keluar. kalau ada pelajar yang nak tahu apa pensyarah mereka bincangkan, mereka boleh duduk diluar bilik mesyuarat dan mendengar segala perbalahan.

tapi hari ini tak ada isu yang nak dibalahkan. Mesyuarat yang julung julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar, aman, tertib dan teratur. Sesekali semua ketawa nak bagi nampak mesyuarat berjalan dengan cool.

2.45 petang......mesyuarat membincangkan tentang hal peperiksaan, OBE, ISO dan lain-lain lagi.

3.40 petang.....Mesyuarat berbincang tentang speaker.

4.20.....masih tak ada tanda-tanda meeting akan tamat. Aku mula gelisah. Aku tahu boss pasti akan biarkan berita penting pada akhir mesyuarat. Boleh tak dia lakukan itu semua dalam masa sepuluh minit?
kalau mesyuarat tamat lebih dari pukul 4.30 aku kena keluar. Ajin sudahpun membeli tiket wayang. Aku akan pura-pura keluar ketandas dan tak akan balik terus.

4.25........Boss masih belum bagi que untuk bagi keputusan gempar itu. Aku terus gelisah. Cukupkah lima minit untuk dia huraikan segala-galanya? bagaimana jika mesyuarat masih tak tamat lepas pukul 5 petang? Sudah tentu Ajin akan terus merajuk pada aku kalau aku tak muncul tepat pada masanya. Selama ini reputasi aku sebagai lelaki yang menepati masa tak pernah diusik. Adakah hari ini harinya dimana aku akan dilabel sebagai lelaki yang tak patuh pada janji?

4.30.....Boss mula announce dia akan pergi Haji. Dan beberapa saat kemudian, dia announce yang dia tak akan pegang title Boss lagi. Ah! jadi memang benar khabar-khabar angin itu rupa-rupanya!
jam dah pukul 4.35. Bagaimana harus aku keluar ketika ini? its insult for him. Everybody sit silence on their chair. execuse aku untuk ketandas pun tak sesuai ketika ini. Lagipun aku memang nak dengar kata-kata akhirnya dalam mesyuarat terakhir yang dipengerusikannya.
Sempatkah aku ke Damansara?

4.35......Boss mula berucap dalam sessi mohon maaf dan sebagainya.

4.40.......Boss mula announce penggantinya. Its offical we here new Dean! So the rumour has its truth! semua bertepuk tangan. Ini bukan berita yang mengejutkan kerana khabar2 angin ini dah pun bertiup 2 minggu yang lepas. tapi ini pengisyhtiharan yang rasmi dari Boss. semua bertepuk tangan lagi, termasuklah aku, sambil menengok handphone ditangan. Aku menarik nafas lega.
Ada harapan untuk menonton wayang petang di Damansara. yeah!

4.45....Boss announce mesyuarat ditangguhkan. Aku orang pertama keluar dari bilik mesyuarat.
Aku berlari mendapatkan motor aku dan aku terus memecut ke Cathay Cineleisure 70 km sejam.

George Clooney boy here I come! jerit aku kuat-kuat.

sampai diatas, Ajin dah pun beratur nak beli popcorn. yeslah! aku pun membayangkan aku menghulur tangan berkongsi kotak popcorn Ajin.

sebelum memberi tiket untuk dikoyak oleh pekerja Melayu itu, aku ketandas dahulu. Ini adalah pertama kali aku buang air besar di Cathay Cineleisure ini. Biasanya aku ketandas hanya untuk kencing sahaja.

Beberapa minit kemudian aku keluar,sambil membasuh tangan disinki aku berasa lega -Nasib baik Ajin pilih The American. Sebab semalam aku dah tengok The Other Guy sorang-sorang.

Tuesday, October 19, 2010

X_X_X


ha ha ha

Sebelum kita menonton Jackass 3D di pawagam-pawagam berhampiran, kita tonton dulu filem ini.


ha ha ha

Sunday, October 17, 2010

revisit Lot 10


Review tentang MEDEA? Oh mestilah ada review. Kalau tak orang tak tahu aku pergi menonton teater ini di Actors Studio Lot 10.

Actually ini bukan review pun. Aku tak reti sangat critical review ni.
Ini hanya pengalaman pada petang Ahad ketika hujan mulai renyai-renyai.

Lot 10? ah tak bertahun aku tak menjejekkan kaki dibangunan berwarna hijau ini. Kali terakhir aku kesini mungkin 10 tahun dahulu, atau lebih. Ketika itu daya penariknya adalah kedai buku Page One. dan bila Page One berpindah ke Kinokuniya KLCC, aku tak rasa aku punya sebab yang baik untuk ke Lot 10 lagi.

besi tepi dinding dan besi diatas lantainya tak ubah seperti 20 tahun dahulu. dan baunya tetap sama; Tulip plus Apple (where I get this idea I have no idea) Cuma yang berubah adalah kedainya sahaja. Kini kedai-kedai yang mendiami Lot 10 ini dibina atas industri anti obese. kedai buang lemak berleluasa. Manusia mencari duit kerana berfikir dengan menjadi kurus manusia akan kelihatan lebih cantik.

Bunyinya seperti tempat yang baik untuk aku. No sir, Theres only poster thin girls but no thin man.

Lot 10 tak welcome aku. Lot 10 sekarang semakin tua dan dilupai.

Like stesyen radio, dulu yang hype kini hanya picisan. Dulu FM Stereo. Then Time Highway Radio. Kemudian ERA. Kemudian apa entah. Dan sekarang Sinar Fm yang ambik spot numero uno radio di Malangsia.

Sama juga dengan shopping kompleks. Mula-mula Ampang Park (70an dulu) Kemudian Pertama Kompleks. Lepas tu The Mall (my fav shopping compleks of all) then Bukit Bintang Plaza. Then Lot 10. Kemudian One Utama dan ....macam-macam lagi. Sekarang? maybe Curve or Pavallion.
So whatever happen to the old shopping complex? They become Actors Studio.

Kali terakhir aku kena Lot 10 ketika Page One masih berada dibangunan itu (sebelum kedai itu dan bossnya lelaki India bermisai putih itu berpindah ke Kinokuniya) lepas itu takde reason kenapa aku terus melenggang ke Lot 10.



Setelah penat tercongok-congok mencari Actors Studio, akhirnya aku terus ke rooftop. There, the beautiful Actors Studio laysActors studio terletak diatas rooftop. AKu berlari naik keatas ketika hujan mulaia turun.

Bertemu dengan beberapa familliar faces. "semua tunggu nak tengok show last" Jerit aku tak habis-habis mengharapkan simpati mereka untuk ketawa dengan jenaka yang sama. Thats and other silly jokes just to buy time.

Kemudian aku ke kaunter dan bayar duit tiket. Tempat duduk hampir penuh, kata gadis penjual tiket itu. Aku dapat tempat paling hujung sekali.

rasa gumbira juga melihat ramai non Malay menonton teater Malay.

Show mula pukul 3 dan tamat sejam setengah kemudian. Aku rasa pelakon utama itu boleh diberi ruang yang lebih untuk dia melemparkan tenaganya. Emosinya masih lagi tersekat.

Im glad I can watch Zulkifli Zain berlakon live. gayanya minimal dan bersahaja, tetapi sudah cukup untuk membuatkan aku inzal.

Key of the performance of course the chorus. tapi ada masa-masa kau (disini bermaksud aku) ingin mereka tinggalkan stage dan beri ruang kepada Azizan Mahzan. Dan bila aku berfikir tentang itu, seolah-olah pengarah boleh baca fikiran aku dan keenam-eman chorus itu berlari meninggalkan stage lol.


hari itu hari terakhir pementasan. Selepas bertepuk tangan aku terus keluar. bersalam dengan Fifi yang sedia menunggu dipintu dan mengucapkan tahniah kepadanya. Dia tersenyum tengok aku datang. "Thanks for support" katanya. dan aku balas "of course I will support, always" kataku. Thats a sweet pre show intercourse.
Diluar hujan mulai seroyat. Matahari mulai naik. ianya satu pemandangan yang cantik. Sesuai untuk melamar isteri. Kalau ada kawan-kakwan mungkin aku akan duduk ditepi bangunan melihat kesesakan Bukit Bintang pada waktu petang. Tapi aku datang seorang diri. Segan pulak nak feeling lama-lama.

Next time aku akan kesini lagi. Itu sudah pasti. dengan Jaja, dengan Mak, dengan Naufal dan Fahan. Insyallah.


Balik atas motor tiba-tiba terlintas difikiran aku nak buat dokumentari tentang Faridah Merican. It will be our own Crumbs i think.

Aku singgah di Dataran Merdeka seperti biasa dimana kawan-kawan Mat Rempit mulai menunggu. Malam itu kami racing dari Dataran sampai ke Gombak.
Gua tinggalkan mamat tu 5 tiang.

Wednesday, October 13, 2010

Michaelangelo Antonioni






Antara Fellini dan Antonio aku lebih suka dengan Antonioni. Michaelangelo Antonioni.

Steve Jacobs menulis yang karya Anton ada persamaan dengan Mark Rothko dan Pollock. Ada unsur-unsur Flatlines dan juga emptiness.

Marh Rothko yang turut kagum dengan La Notte pernah memberikan hadiah lukisannya sebagai tanda persahabatan.

La Notte antara filem Europe yang akan tetap menjadi pujaan hatiku. Mungkin untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Why people watch movie? Kerana mereka memerlukan space. Ruang. Dan dalam filem-filem buah tangan Antonioni, dia memberikan ruang secukupnya untuk kita.

In laventure dia main benda yang sama.

In La Noote begitu juga.

Dalam Red Desert pun begitu juga.

Eclipse pun sama.

Termasuklah Blow Up, Passenger.

Ditangan Hollwood perempuan yang bersiar-siar seorang diri akan disiat-siat oleh pembunuh Psiko serial killer.

Ditangana Antonioni perempuan yang bersiar-siar seorang diri akan menikmati keindahan muka bumi dan arkitekture.

Fellini? Filemnya sentiasa meriah. Dalam 81/2 Direktor yang mengalami konflik diri, tetapi sentiasa riuh rendah dengan watak-watak yang berwarna warni. Fellini takut membiarkan watak utamanya kesepian seorang diri.

Sunday, October 10, 2010

*


Stately plump Saat Omar menuruni tangga itu.
Hari Ahad- dan yang biasa melintas dikepala aku adalah untuk membeli suratkhabar mingguan dan membacanya.

Thats my kind of typical SUnday morning. Suratkhabar, suratkhabar dan sduratkhabar.

Walaupun akhirnya aku sendiri yang akan membebel "bayar RM2 ini je cerita?!" jerit aku dalam hati.

Tapi aku tak pernah serik. Sunday morning bukan sunday morning kalau tak baca paper sambil tertonggeng depan tv.
pertama kali melintas dikepala aku adalah suratkhabar.

Suratkhabar dipagi Ahad adalah satu ketagihan.

Mereka ini percaya satu cara untuk bagi Melayu kaya adalah dalam bidang seni. Iaitu dalam bidang Lakonan dan Nyanyian.
Tanpa industri hiburan manusia bernama Melayu ni mungkin tak akan kaya, berharta dan banyak duit.
Dan utnuk menjaga itu mereka akan mejaja gossip-gossip manusia-manusia cantik ini.

jadi for 30 years tajuk beritanya adalah sama
"Sipolan Sipolan deny hubungan dengan datuk"
"Kami tak bercinta, kami hanya kawan"
Dan juga review tentang perkhawinan artist.....eh kalau kita tahun 80% perkhawinan artist akan berakhir dengan penceraian, then why bother to celebrate it?

Well anyway, thats one reason I read Sunday paper. For the gossip.
Melayu akan tersentuh hati dan percaya dengan ini.
Aku salah seorang dari padanya.
I cant handle. Its very addictive.

Dulu ada reason untuk .Ada Astora Jabat. Ada Kisah Benar.
Dan yang paling seronok adalah ruangan sasteranya. Ada polemik dari Affendi Hassan yang lantang mengkritik Sasterawan Negara. Itu aku memang tak boleh miss.
Every Sunday ada sahaja polemik Sastera.

Sekarang suratkhabar tu dah kurang kick. Makin berhati-hati.

But for some reason , aku masih membacanya tiap pagi Ahad.



Aku memberanikan diri meninggalkan Jaja dan Isfahan yang baru 3 bulan. pada Jaja aku katakan aku keluar untuk menonton teater. tapi sebenarnya aku lebih dari itu. Aku keluar untuk bertugas.

Ianya seperti perjalanan yang sempurna. Singgah sebentar di Amcorp Mall. Membeli beberapa majalah second hand kerana itu saja yang aku mampu.

Petang ini cuaca indah. Kali ini bangunan tinggi DBP nampak fungsinya. Dari tempat duduk aku, ianya kelihatan begitu indah sekali bila mendongak keatas . Ini pemandangan totok moden yang aku tak jemu untuk mengalaminya.

Persembahan pun bermula. Zarul(sebab aku tak kenal karakter) Berdiri jauh diatas tangga Auditorium. Tapi suaranya sampai. a glimpse of that sudah cukup menjanjikan yang ianya akan menjadi satu persembahan bertenaga.

Naskah klasik memang memerlukan fokus yang kuat. dan ini masalah aku bila menonton teater. Aku akui aku lambat pick up dalam hal ini. Sirih Bertepuk Pinang Menari pun memerlukan lebih dari 3 show untuk aku betul-betul dapat tangkap whats the show is all about. Ah sign of ages kata mereka.

secara keseluruhannya Oedipus adalah brilliant.
Zarul magnifecent! Aku berbangga dia penyokong Liverpool. (kena puji Zarul lebih sebab nak kasi dia kurang sedih akibat performance Liverpool yang terumbang ambing kebelakangan ni...so to put his performance as magnificent aku rasa taklah keterlaluan sangat)

Cuma yang kesal banyak pensyarah tak datang tengok.
Pelajar ni bukan mintak duit. Masuk pun free. Mereka perlukan bantuan dan moral support.

Penting juga untuk datang dan bagi sokongan moral.
Ada bioss baru akan masuk. dia pun tak pernah datang tengok teater. Selama 10 trahun aku disini tak sekali pun dia datang support Diploma Showcase. Mungkin busy.
harap dia cuba meluangkan masa. Bukan apa, mungkin ternampak kelibat bakat-bakat pelakon baru.
A new Farid Kamil will born. Who knows?

Kitaadabanyakbakat disini. Kita ada lebih cantik dari Fouziah Ghous.
Kami ada pelajaryang lebih kelakar dariCatFarishdanSenario.
Kami ada pelakon yang lebih baik dari Aaron Aziz.Buatapanakcariorangluar?keradihutandisusukananakdirumahmatikelaparan.UjusthavetocometowatchusperformKalaupensyarahsendiripuntaktengokbakatstudent2 merekasendirisiapa lagi?ewahsedapjeakumengata orang ye.

Tamat saja persembahan aku terus dahagakan mee goreng dan milo ais.
Aku terus kekedai makan dihujung tandas. tandasnya terlalu buruk , kotor dan hodoh sampai aku tak lalu nak makan mee gooreng yang dihidangkan pada aku. Tandasnya terlalu kotor sampai boleh buat shooting Saw the Next Generation disitu.

Should I go home and forget Jerjak? Jaja sms katanya dia nak demam dan Isfahan asyik nak menangis.

Aku decide to go straight to Auditorium Muzium Negara. Art first, Family second.

Jerjak needs my support. lagipun dah lama aku tak menonton teater ni.
Ketika skirp ini ditulis Saddam Hussein masih hidup.

Syahrul penulis yang jelas pengkhususannya dalam tema yang dipilih.
Semacam ada persamaan minat dan tema Syahrul dengan Faizal Tehrani. . But of course Syahrul lebih kuat jenaka dan absurdnya.

Yaya is another good actress yang boleh diketengahkan. Kalau diberi peluang aku rasa dia boleh pergi jauh lagi. Diana Danielle? oh Come on! Yaya lebih hebat magiknya ok.

Lepas show aku terus pulang. Sempat bergurau senda dengan Mr Chess Skinner* sebentar. jam pukul 9lebih.





* Mr Chess Skinner adalah internal examiner untuk HOST Showcase. Beliau berasal dari Canada. Lelaki yang tak faham Bahasa Melayu, tapi dilantik untuk memberi penilaian teater dalam Bahasa Melayu. Di TEKA, tak ada yang mustahil.

Monday, October 4, 2010

HOST : 8 hingga 10 Oktober 2010 di Audi Muzium Negara dan Perkarangan DBP


Pengarah/Pelakon yang terlibat dengan HOST


HOST atau Honours Stage adalah projek akhir bagi pelajar jurusan Degree teater Fakulti Seni Persembahan atau kini dikenali sebagai Fakulti Tek Krea Art.

Pelajar-pelajar ini adalah batch pertama dalam jurusan degree teater di fakulti ini.
dan HOST ini adalah yang julung julung kali diadakan.
Our first baby, kata orang putih.

ada 4 persembahan yang bakal berlansung .

1) RUMAH KEDAI DIJALAN SELADANG
tarikh: 8 Okto 2010
waktu: 5 ptg & 8.30 malam
Arahan: Siti Nurul Suraya Mohd Yusuff

2) DIMANA BULAN SELALU RETAK
Tarikh: 9 Okt 2010.
Waktu: 3 ptg & 8.30 malam
Arahan: Boniface Babai
Tempat: Auditorium Muzium Negara

3) JERJAK
tarikh: 10 Okt 2010
Waktu: 3 ptg & 8.30 ptg
Arahan: Mohd qawiem Hamizan
Tempat: Auditorium Muzium Negara

4) OEDIPUS
tarikh: 9 & 10 Okt 2010
waktu: 5 ptg.
Arahan: Fasyali Fadzly Saipul Bahri
Tempat: Perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Tiket berharga RM5.

Semua dijemput hadir. Jadi pada hujung minggu ni stop dulu layan Zombo com dan hadirkan diri tuan puan ke Auditorium Muzium Negara dan Perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyaksikan teater-teater arahan anak-anak muda yang bersemangat waja ini.

Tak ada alasan nak pergi Open House hujung minggu sebab raya dah habis ok. :)

=

Ah weekend yang dinanti-nantikan setelah penat bekerja pada weekdays.

Hari Sabtu aku kerumah bapak saudara. Dalam 4 adik beradik ayah aku, cuma tinggal yang ni seorang saja lagi yang masih hidup.Aku panggil dia Che Tayid. satu orang kampung panggil dia Tayid.

Aku tak tahu kenapa orang panggil dia Tayid sebab nama dia Mohd Ali.Kalau ayah aku meninggal kerana kencing manis, Che Tayid pun dipotong kakinya kerana sakit yang sama. jari kakinya yang lima kini tinggal 3. tapi dia masih boleh berjalan dan memandu kereta.Aku respek Che tayid aku ni.

Bukan sahaja kerana dia bapa saudara aku, tetapi kerana skillnya bercakap. Dan juga skillnya bersembang.
Dia memang suka bersembang. Kalau pergi rumahnya, boleh duduk berjam jam lamanya hanya mendengar dia berborak dan melayan dia borak..Dan bila dia berbual, aku boleh terpaku dan mendengar setiap bibit katanya. I told u man, thats a very rare talent.

Dan dia bukan sahaja pandai dan suka bersembang, tapi dia juga pandai untuk take effort dan mendengar borak yang lain (as opposite to other people yang kalau bersembang hanya kata-kata dia je yang nak kita dengar kan?)kalau kau berjumpa dengan dia kau pun akan suka dengan dia.Aku hairan kenapa skillnya itu tak sampai kepada aku.

Aku,seperti yang kamu tahu paling tak suka bercakap. Tak suka berbual. Tak suka bersembang,But hey, im the best listener u ever met. Jangan main-main!

Actually aku try jugak avoid kerumah dia sebab dia selalu bila time solat, dia suruh aku mamkan dia. Ah gila! Budak UiTM pun aku tak pernah imamkan dalam sembahyang berjemaah, inikan pulak orang yang pandai agama macam dia.jadi kalau nak pergi rumah dia biasanya aku akan pergi waktu petang lepas Asar dan pulang sebelum Maghrib.

Kadang-kadang sifat berterus terang Che tayid ni membuatkan aku gelisah juga dengannya. Pernah dulu masa aku form 4, dia sound aku sebab katanya kita sebagai keluarga tak rapat. Dia refer kakak aku yang tak pernah jenguk anaknya di Taiping masa sepupu aku tu bersekolah disitu. Memang terkedu aku dibuatnya.Masa tu aku baru je makan malam dirumahnya.
Mungkin sebab itu aku lebih berhati-hati bila dengan dia. Dalam diam aku hormati sikapnya yang berterus terang itu.

Che Tayid memang terkenal dikalangan keluarga kami sebagaai orang yang cuba merapatkan asabiah sesama keluarga. hampir 10 tahun dulu dia memulakan projek mencari salasilah keluarga kami. dengan usaha dia dan anaknya dia buat pokok salasilah keluarga.dan pada hari Raya tahun tersebut, satu perjumpaan keluarga yang besar-besaran diadakan.Mungkin kerana takada supportdari keluarga yang lain, projek salasilah che tayid itu nampak tak ada susulan.Sebab itu walaupun dah bertahun tinggal di KL, tapi namanya masih lagi disebut-sebut di kampung kami, Kampung Permatang Pelanduk dan Pulau Besar, Kg Gajah.

Pada hari perkhawinan anaknya, 2 bas dari kampung disewa oleh penduduk kampung untuk datang ke KL. Lu khawin sape yang datang?

Dia dulu kerja UM. Jaga library. Tapi dia baik dengan Prof Khoo Khay Kim dan lain-lain akademik otai itu. Banyak juga masalah peribadi mereka yang dia selesaikan.Tapi sekarang dia dah pencen dia tinggal di Kg Melayu Subang.

pernah dapat Pingat jasa Kehormat dari Sultan Selangor.Gambar dan pingat itu terpampang megah dirumahnya.I think he deserve that. Dalam keluarga kami mungkin dia yang pertama dapat pingat dan anugerah-anugerah macam tu kot.

Sekarang ayah aku takada, semua usaha-usaha untuk merapatkan keluarga kami bergantung kepada aku.Mungkin kita ada 2-3 generasi lagi sebelum kita betul-betul lupa dengan saudara mara kita kot.Entahlah. Aku harap itu tak terjadi.


Aku cuba add Che Tayid dalam facebook kalau dia ada akaun.