Sunday, October 17, 2010

revisit Lot 10


Review tentang MEDEA? Oh mestilah ada review. Kalau tak orang tak tahu aku pergi menonton teater ini di Actors Studio Lot 10.

Actually ini bukan review pun. Aku tak reti sangat critical review ni.
Ini hanya pengalaman pada petang Ahad ketika hujan mulai renyai-renyai.

Lot 10? ah tak bertahun aku tak menjejekkan kaki dibangunan berwarna hijau ini. Kali terakhir aku kesini mungkin 10 tahun dahulu, atau lebih. Ketika itu daya penariknya adalah kedai buku Page One. dan bila Page One berpindah ke Kinokuniya KLCC, aku tak rasa aku punya sebab yang baik untuk ke Lot 10 lagi.

besi tepi dinding dan besi diatas lantainya tak ubah seperti 20 tahun dahulu. dan baunya tetap sama; Tulip plus Apple (where I get this idea I have no idea) Cuma yang berubah adalah kedainya sahaja. Kini kedai-kedai yang mendiami Lot 10 ini dibina atas industri anti obese. kedai buang lemak berleluasa. Manusia mencari duit kerana berfikir dengan menjadi kurus manusia akan kelihatan lebih cantik.

Bunyinya seperti tempat yang baik untuk aku. No sir, Theres only poster thin girls but no thin man.

Lot 10 tak welcome aku. Lot 10 sekarang semakin tua dan dilupai.

Like stesyen radio, dulu yang hype kini hanya picisan. Dulu FM Stereo. Then Time Highway Radio. Kemudian ERA. Kemudian apa entah. Dan sekarang Sinar Fm yang ambik spot numero uno radio di Malangsia.

Sama juga dengan shopping kompleks. Mula-mula Ampang Park (70an dulu) Kemudian Pertama Kompleks. Lepas tu The Mall (my fav shopping compleks of all) then Bukit Bintang Plaza. Then Lot 10. Kemudian One Utama dan ....macam-macam lagi. Sekarang? maybe Curve or Pavallion.
So whatever happen to the old shopping complex? They become Actors Studio.

Kali terakhir aku kena Lot 10 ketika Page One masih berada dibangunan itu (sebelum kedai itu dan bossnya lelaki India bermisai putih itu berpindah ke Kinokuniya) lepas itu takde reason kenapa aku terus melenggang ke Lot 10.



Setelah penat tercongok-congok mencari Actors Studio, akhirnya aku terus ke rooftop. There, the beautiful Actors Studio laysActors studio terletak diatas rooftop. AKu berlari naik keatas ketika hujan mulaia turun.

Bertemu dengan beberapa familliar faces. "semua tunggu nak tengok show last" Jerit aku tak habis-habis mengharapkan simpati mereka untuk ketawa dengan jenaka yang sama. Thats and other silly jokes just to buy time.

Kemudian aku ke kaunter dan bayar duit tiket. Tempat duduk hampir penuh, kata gadis penjual tiket itu. Aku dapat tempat paling hujung sekali.

rasa gumbira juga melihat ramai non Malay menonton teater Malay.

Show mula pukul 3 dan tamat sejam setengah kemudian. Aku rasa pelakon utama itu boleh diberi ruang yang lebih untuk dia melemparkan tenaganya. Emosinya masih lagi tersekat.

Im glad I can watch Zulkifli Zain berlakon live. gayanya minimal dan bersahaja, tetapi sudah cukup untuk membuatkan aku inzal.

Key of the performance of course the chorus. tapi ada masa-masa kau (disini bermaksud aku) ingin mereka tinggalkan stage dan beri ruang kepada Azizan Mahzan. Dan bila aku berfikir tentang itu, seolah-olah pengarah boleh baca fikiran aku dan keenam-eman chorus itu berlari meninggalkan stage lol.


hari itu hari terakhir pementasan. Selepas bertepuk tangan aku terus keluar. bersalam dengan Fifi yang sedia menunggu dipintu dan mengucapkan tahniah kepadanya. Dia tersenyum tengok aku datang. "Thanks for support" katanya. dan aku balas "of course I will support, always" kataku. Thats a sweet pre show intercourse.
Diluar hujan mulai seroyat. Matahari mulai naik. ianya satu pemandangan yang cantik. Sesuai untuk melamar isteri. Kalau ada kawan-kakwan mungkin aku akan duduk ditepi bangunan melihat kesesakan Bukit Bintang pada waktu petang. Tapi aku datang seorang diri. Segan pulak nak feeling lama-lama.

Next time aku akan kesini lagi. Itu sudah pasti. dengan Jaja, dengan Mak, dengan Naufal dan Fahan. Insyallah.


Balik atas motor tiba-tiba terlintas difikiran aku nak buat dokumentari tentang Faridah Merican. It will be our own Crumbs i think.

Aku singgah di Dataran Merdeka seperti biasa dimana kawan-kawan Mat Rempit mulai menunggu. Malam itu kami racing dari Dataran sampai ke Gombak.
Gua tinggalkan mamat tu 5 tiang.

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

Aku beli Jam Tangan proper aku dengan menggunakan gaji pertama aku kat Lot 10. I bought 2 watches for me & Chema almost 10 years ago.

Both watches still in tip top condition- we still wear it to work until this very day. Very sentimental itew jam..

Aku dah lama xnonton teater dude!

Jef Hadi said...

nak masuk teater. haha.

statement last paling harok. haha. 5 tiang bai!

saat omar said...

try Actors Studio kat Lot 10, Shah..pemandangan yang indah dan sudah tentu teater yang baik2...

welcome to teater sastraboy