Monday, October 4, 2010

=

Ah weekend yang dinanti-nantikan setelah penat bekerja pada weekdays.

Hari Sabtu aku kerumah bapak saudara. Dalam 4 adik beradik ayah aku, cuma tinggal yang ni seorang saja lagi yang masih hidup.Aku panggil dia Che Tayid. satu orang kampung panggil dia Tayid.

Aku tak tahu kenapa orang panggil dia Tayid sebab nama dia Mohd Ali.Kalau ayah aku meninggal kerana kencing manis, Che Tayid pun dipotong kakinya kerana sakit yang sama. jari kakinya yang lima kini tinggal 3. tapi dia masih boleh berjalan dan memandu kereta.Aku respek Che tayid aku ni.

Bukan sahaja kerana dia bapa saudara aku, tetapi kerana skillnya bercakap. Dan juga skillnya bersembang.
Dia memang suka bersembang. Kalau pergi rumahnya, boleh duduk berjam jam lamanya hanya mendengar dia berborak dan melayan dia borak..Dan bila dia berbual, aku boleh terpaku dan mendengar setiap bibit katanya. I told u man, thats a very rare talent.

Dan dia bukan sahaja pandai dan suka bersembang, tapi dia juga pandai untuk take effort dan mendengar borak yang lain (as opposite to other people yang kalau bersembang hanya kata-kata dia je yang nak kita dengar kan?)kalau kau berjumpa dengan dia kau pun akan suka dengan dia.Aku hairan kenapa skillnya itu tak sampai kepada aku.

Aku,seperti yang kamu tahu paling tak suka bercakap. Tak suka berbual. Tak suka bersembang,But hey, im the best listener u ever met. Jangan main-main!

Actually aku try jugak avoid kerumah dia sebab dia selalu bila time solat, dia suruh aku mamkan dia. Ah gila! Budak UiTM pun aku tak pernah imamkan dalam sembahyang berjemaah, inikan pulak orang yang pandai agama macam dia.jadi kalau nak pergi rumah dia biasanya aku akan pergi waktu petang lepas Asar dan pulang sebelum Maghrib.

Kadang-kadang sifat berterus terang Che tayid ni membuatkan aku gelisah juga dengannya. Pernah dulu masa aku form 4, dia sound aku sebab katanya kita sebagai keluarga tak rapat. Dia refer kakak aku yang tak pernah jenguk anaknya di Taiping masa sepupu aku tu bersekolah disitu. Memang terkedu aku dibuatnya.Masa tu aku baru je makan malam dirumahnya.
Mungkin sebab itu aku lebih berhati-hati bila dengan dia. Dalam diam aku hormati sikapnya yang berterus terang itu.

Che Tayid memang terkenal dikalangan keluarga kami sebagaai orang yang cuba merapatkan asabiah sesama keluarga. hampir 10 tahun dulu dia memulakan projek mencari salasilah keluarga kami. dengan usaha dia dan anaknya dia buat pokok salasilah keluarga.dan pada hari Raya tahun tersebut, satu perjumpaan keluarga yang besar-besaran diadakan.Mungkin kerana takada supportdari keluarga yang lain, projek salasilah che tayid itu nampak tak ada susulan.Sebab itu walaupun dah bertahun tinggal di KL, tapi namanya masih lagi disebut-sebut di kampung kami, Kampung Permatang Pelanduk dan Pulau Besar, Kg Gajah.

Pada hari perkhawinan anaknya, 2 bas dari kampung disewa oleh penduduk kampung untuk datang ke KL. Lu khawin sape yang datang?

Dia dulu kerja UM. Jaga library. Tapi dia baik dengan Prof Khoo Khay Kim dan lain-lain akademik otai itu. Banyak juga masalah peribadi mereka yang dia selesaikan.Tapi sekarang dia dah pencen dia tinggal di Kg Melayu Subang.

pernah dapat Pingat jasa Kehormat dari Sultan Selangor.Gambar dan pingat itu terpampang megah dirumahnya.I think he deserve that. Dalam keluarga kami mungkin dia yang pertama dapat pingat dan anugerah-anugerah macam tu kot.

Sekarang ayah aku takada, semua usaha-usaha untuk merapatkan keluarga kami bergantung kepada aku.Mungkin kita ada 2-3 generasi lagi sebelum kita betul-betul lupa dengan saudara mara kita kot.Entahlah. Aku harap itu tak terjadi.


Aku cuba add Che Tayid dalam facebook kalau dia ada akaun.

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

Haha...saya pun suke bersembang...aku & Che Tayid nie boleh jadi 'sparring partner' NIH ;)

saat omar said...

ye I think both of u will like each other

Anonymous said...

Wow ! Amazing blog to follow I would suggest to follow my all friends and family to follow his blog . Vivacious Blog - Full life and energy. Keep Posting, wedding dress with sleeves PS3 Accessories Louboutin Shoes Christian Louboutin Heels Beach Wedding dresses