Wednesday, October 20, 2010

The American


Sekarang partnes in crime aku dalam menonton wayang gambar hanya tinggal Ajin sorang.

Shah Moloko selalu terbang tinggi dan tak sangat suka menonton wayang (unless kalau ada Wamat)

Jaja pula sebagai ibu tak boleh diajak kepawagam kerana tugasannya sebagai ibu yang memaksa dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti seperti breastfeeding dan menukar lampin.

Kawan2 yang lain telah mati ketika Perang Iraq 1991.

jadi lelaki macam aku ni tinggallah berkelana sorang-sorang.
Kebanyakan dari masa menonton wayang aku hanya ditemani oleh aku, dan aku sendiri.

Hari tu Ajin merajuk dengan aku sebab aku tengok Buried tak ajak dia.
jadi bila dia ajak aku menonton wayang pada Rabu semalam, aku tak boleh kata tidak.

Aku boleh gerak dari opis pukul 4.30 dan tiba di Cathay Cineleisure untuk tayangan wayang pukul 5.30 dan pulang semula kerumah pada pukul 8 malam.

Its a rushing game but it worth the run.

Cuma aku ada 1 masalah. hari Rabu ada mesyuarat fakulti.

Mesyuarat Fakulti memang jarang diadakan;hampir 3 kali sahaja dalam setahun dan kali ini ada amanat penting yang boss nak sampaikan. Ada perubahan pucuk pimpinan. Aku tak boleh miss yang ni.
Satu-satu cara untuk aku berjaya menonton filem itu adalah jika mesyuarat itu boleh tamat tepat pada pukul 4.30 petang.

Kini tiba masa untuk pilihan filem yang ditayangkan.

Kami ada 2 pilihan; The Other Guy dan The American.
Satu filem komedi dan satu filem George Clooney.

Ajin pilih The American.

Now i should tell u something secret about George Clooney.

I hate him. I told u before. Simple as that. Aku benci George Clooney tanpa reason. Aku benci semua tentang dia. Minyak wangi yang dia pakai. Baju dia. Dagu lekuknya. Suara machonya dan juga rambut putihnya dan ..... -oh u get what im trying to say right?

kadang-kadang aku merasa bersalah juga pada George Clooney kerana membencinya tanpa sebab. tapi itulah aku. Manusia absurd yang tanpa reason. Kau tak perlu sebab untuk menyukai seseorang dan kau juga tak perlu sebab untuk membenci seseorang. Adil kan?

Tapi kebencian aku pada George Clooney hanya pada peranannya sebagai pelakon sahaja. Kalau aku terjumpa George Clooney ditepi jalan dan motorsikalnya rosak serta memerlukan bantuan aku, sudah tentu aku akan membantunya tanpa sifat prejudis.

Theres only one way supaya kebencian yang tak berasas ini boleh hilang. I pray to god George Clooney not making a great decent movies.
tapi tahun lepas George Clooney ada terlibat dengan dua filem yang menarik; Fantastic Mr Fox dan juga Up In The Air. Damnit!

OKjangan salah anggap ye. Aku bukannya haters ok. AKu cuma tak suka George Clooney sorang.

Err...George Clooney dan Brad Pit.

Dan err....Vin Diesel. Yang lain semua aku suka. terutama Michael Cerra.

Well anyway, since ini adalah pilihan Ajin, I obey. George Clooney darling, here I come!

Aku tak fikir The American adalah filem George Clooney. Ianya adalah filem Anton Corbijn , tukang gambar yang suka ambik gambar U2, Depeche Mode dan Kurt Cobain itu.So its going to be a pleasure picture I think.

Budak-budak Kelantan dalam Budak Kelantan sudah tentu suka filem ni.

----------
pada pukul 2.30 meeting bermula tepat pada masanya. Seperti biasa ianya dipengerusinya oleh Dr Hatta.

Meeting berjalan lancar. tak banyak hal berbangkit. Everybody in comfort zone. Aku sibuk melihat jam. Mengikut jangkaan aku, meeting ini boleh tamat sebelum 4.30. yahoo!

Sedikit demi sedikit hal akademik dibincangkan. Aku hanya ralit melihat jam di handphone. Ini sepatutnya mesyuarat tertutup, tapi bila bercakap semua yang hadir menggunakan microphone yang boleh kuat kedengaran sampai keluar. kalau ada pelajar yang nak tahu apa pensyarah mereka bincangkan, mereka boleh duduk diluar bilik mesyuarat dan mendengar segala perbalahan.

tapi hari ini tak ada isu yang nak dibalahkan. Mesyuarat yang julung julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar, aman, tertib dan teratur. Sesekali semua ketawa nak bagi nampak mesyuarat berjalan dengan cool.

2.45 petang......mesyuarat membincangkan tentang hal peperiksaan, OBE, ISO dan lain-lain lagi.

3.40 petang.....Mesyuarat berbincang tentang speaker.

4.20.....masih tak ada tanda-tanda meeting akan tamat. Aku mula gelisah. Aku tahu boss pasti akan biarkan berita penting pada akhir mesyuarat. Boleh tak dia lakukan itu semua dalam masa sepuluh minit?
kalau mesyuarat tamat lebih dari pukul 4.30 aku kena keluar. Ajin sudahpun membeli tiket wayang. Aku akan pura-pura keluar ketandas dan tak akan balik terus.

4.25........Boss masih belum bagi que untuk bagi keputusan gempar itu. Aku terus gelisah. Cukupkah lima minit untuk dia huraikan segala-galanya? bagaimana jika mesyuarat masih tak tamat lepas pukul 5 petang? Sudah tentu Ajin akan terus merajuk pada aku kalau aku tak muncul tepat pada masanya. Selama ini reputasi aku sebagai lelaki yang menepati masa tak pernah diusik. Adakah hari ini harinya dimana aku akan dilabel sebagai lelaki yang tak patuh pada janji?

4.30.....Boss mula announce dia akan pergi Haji. Dan beberapa saat kemudian, dia announce yang dia tak akan pegang title Boss lagi. Ah! jadi memang benar khabar-khabar angin itu rupa-rupanya!
jam dah pukul 4.35. Bagaimana harus aku keluar ketika ini? its insult for him. Everybody sit silence on their chair. execuse aku untuk ketandas pun tak sesuai ketika ini. Lagipun aku memang nak dengar kata-kata akhirnya dalam mesyuarat terakhir yang dipengerusikannya.
Sempatkah aku ke Damansara?

4.35......Boss mula berucap dalam sessi mohon maaf dan sebagainya.

4.40.......Boss mula announce penggantinya. Its offical we here new Dean! So the rumour has its truth! semua bertepuk tangan. Ini bukan berita yang mengejutkan kerana khabar2 angin ini dah pun bertiup 2 minggu yang lepas. tapi ini pengisyhtiharan yang rasmi dari Boss. semua bertepuk tangan lagi, termasuklah aku, sambil menengok handphone ditangan. Aku menarik nafas lega.
Ada harapan untuk menonton wayang petang di Damansara. yeah!

4.45....Boss announce mesyuarat ditangguhkan. Aku orang pertama keluar dari bilik mesyuarat.
Aku berlari mendapatkan motor aku dan aku terus memecut ke Cathay Cineleisure 70 km sejam.

George Clooney boy here I come! jerit aku kuat-kuat.

sampai diatas, Ajin dah pun beratur nak beli popcorn. yeslah! aku pun membayangkan aku menghulur tangan berkongsi kotak popcorn Ajin.

sebelum memberi tiket untuk dikoyak oleh pekerja Melayu itu, aku ketandas dahulu. Ini adalah pertama kali aku buang air besar di Cathay Cineleisure ini. Biasanya aku ketandas hanya untuk kencing sahaja.

Beberapa minit kemudian aku keluar,sambil membasuh tangan disinki aku berasa lega -Nasib baik Ajin pilih The American. Sebab semalam aku dah tengok The Other Guy sorang-sorang.

6 comments:

Jef Hadi said...

jadi,

lu suka george clooney tidak di akhirnya?

SHAH MOLOKO said...

Oh I miss Wamat dude! Tengok wayang dengan Wamat dapat special seat...I miss going for movies wit u like those days....

George Clooney...the answer is SASTRABOY- he still hate him....haha...I know you Georgie boyyyy...

saat omar said...

Tak baik benci membenci sesama manusia...aku cuba avoidlah George Clooney ni next time.

Line up RED macam best. John Malkovich, Morgan Freeman dan Bruce Willis. Should watch that also.

razin salleh said...

aku ade kasi komen masa tgk wayang tu: george clooney ni cam sean connery pon ade sikit sikit...

either u like it or hate him!

Jef Hadi said...

haha. ok, whether pipel like him or not, u still dont.

haha. tengs moloko!

saat omar said...

Korang ni lurus bendul ah...post ni bukan cakap pasal George Clooney. Post ni nak bagitau aku dapat Dekan baru... adoi.