Sunday, February 28, 2010

Denzel, Orang Tua dan Butang Excellent


Orang review Book of Eli lu pun nak review movie yang sama. Eh suka hati akulah….Tapi ni bukan review filem. Ni pengalaman menonton filem ok.

Aku ada 2 pilihan. The Book of Eli atau From Paris With Love. Atau dalam kata lain; aku ada 2 pilihan, Denzel ataupun John?.

Kalau filem FPWL tak menarik sekurang-kurangnya aku boleh ‘layan’ arkitektur dan interior Parisnya, BOE adalah filem Apocalypse. Kalau tak menarik nak layan apa? debu? Warna akan jadi sama dari awal filem sampai akhir.

Akhirnya aku pilih Book of Eli. Bukan sahaja sebab Denzel, tapi sebab Gary Oldman. Dia ni makin ‘tua’, makin kurang. Tapi kalau dia berlakon jadi jahat… kita harus tengok. Lupakan pasal Sirius Black. John Travolta kena tunggu sikit lagi. Paris can wait.

Aku pun beratur nak beli tiket. Orang ramai macam biasa sampaikan aku ingat ni hari Sabtu. Tapi kita mesti ingat, beratur nak dapat tiket pun part of pleasure watching movie actually. It’s a package. Kerana bila dah sampai kekaunter tu kita akan rasa “Yes! Ive made it !” macam orang yang panjat Gunung Kinabalu.
Aku beratur tak lama. Tak sampai 5 minit aku dah sampai kaunter.
”Buku Eli satu ” Kata aku buat lawak bodoh.
Gadis didepan kaunter tu tak senyum pun. Rasanya aku bukanlah orang pertama yang buat lawak tu kat dia hari ni.
”Book of Eli satu? Pilih seat bang”
Aku pun tunjuk kerusi biru muda yang aku minat. Sejam lagi aku akan duduk dikerusi itu, fikir aku. Suatu hari nanti komputer akan lebih advance. Mereka akan scan gambar kita ketika kita berdiri nak belu tiket dan letak gambar kepala kita pada seat yang kita pilih. Baru cute! Suatu hari nanti Insyallah....

Harganya sepuluh ringgit. Aku bayar dan aku tekan Excellent pada button smiley face tu. ”Execellento!” jerit aku kuat-kuat ,saja nak bagi tau pada yang tengah beratur aku dah laksanakan tugas aku menilai pekerja kaunter itu. Dan dia memang excellent orangnya. Aku doakan gadis tu naik gaji. Sekurang-kurangnya dia dapat boyfriend yang hensem macam Denzel nanti, Insyallah.

Aku melihat jam, aku ada lagi sejam sebelum aku boleh jumpa Denzel dan Gary. Aku pikir maybe aku boleh turun ke Borders dan browsing buku-buku dan majalah. Its part of the package watching movie disini actually. A must. Tambah lagi aku pun menonton filem yang bertajuk buku…..tapi takdelah smapai aku nak pergi The Library kan? Heh…

Bila aku turun escalator ada satu tangan mencuit bahu aku. Its Ajin! Bila aku berpusing aku nampak kawan-kawan Ajin yang lain. Alamak, kata hati aku. Aku tak dapat nak lari lagi kali ni. Aku kena bersemuka dengan mereka-mereka ni. Alahai lecehnya. Kalau ada yang ni mesti yg lagi sorang tu pun ada. Dan kalau yg sorang tu ada mesti yang lagi satu tu ada. Adoi! Boringnya. Kalau ikutkan hati aku nak aku lari je. Tapi aku takde choice. Aku ikut je kemana mereka pergi. Nanti nampak tak cool pulak.
Kami minum disebuah kedai dihujung bangunan. Dalam hati meronta-ronta nak blah. Nasib baik ada iphone Joe, boleh aku godek-godek sikit. Sabar Denzel, sabar Gary, sejam lagi kita akan bertemu juga.

Sejam kemudian aku gerak naik keatas.

Filem ini bermula dengan Denzel makan kucing. Actually ini pun sebenarnya clue untuk the actual twist at the end of the movie.

Memang sunyi jadi Eli. Temannya hanya ipod , itupun akhirnya ia habis bateri.

Eli terus berjalan dan berjalan. Dia menuju kebarat. Bagi menambahkan aksi Eli bertarung ala-ala influence mangga yang violence; putus tangan putus kepala putus semua dan darah dalam black n white(kerana mereka bertarung diterowong gelap) meyakinkan kita bahawa Eli ni bukan calang-calang orangnya. Teringat pada watak Hussein Abu Hasaan dalam sebuah filem Melayu yang diarahkan oleh seorang pengarah Filipina. Sama, lebih kurang je dua orang ni. Perfect Stranger.

Eli pun terus berjalan dan berjalan....akhirnya dia tiba di Tapah Road...oops sorry, disebuah pekan yang tak bernama. Eli berhenti kerana nak charge bateri iphonenya. Dan seperti yang dijangkakan disini Eli bergaduh sekali lagi. ”I dont want trouble” kata Eli. Tapi Eli bohong, satu bar tu dia penggal kepala dengan pedang rambonya. Dan betapa ironiknya sebelum tayangan filem ini bermula, penonton disajikan dengan gezek promom filem Karate Kid versi baru. Anak Will Smith dan bukannya Ralph Machio ! Maka aku pun beranggapan bahawa mungkin agaknya, Eli ini adalah watak yang sama dalam filem Karate Kid itu.

Kehebatan Eli menarik minat Gary Oldman. Siapa Gary Oldman dalam filem ini? Gary Oldman adalah seorang lelaki memakai cermin mata nerd yang suka membaca buku. Satu bakat yang rare pada masa itu. Ramai manusia tak reti membaca. Kerana pandai membaca, maka Gary Oldman pun mencari buku. Sebuah buku sahaja yang dia cari sehingga sanggup hire bikers jahat pakai google ala-ala Hells Angel untuk mencari the only holy book yang survive itu. Bila diberi buku Da Vinci Code, Gary Oldman menyuruh buku itu dibakar sahaja kerana ianya bukanlah buku yang dia cari. Oh betapa subtextnya babak itu.

Gary Oldman bukanlah satu watak jahat yang sadis sangat. Pada isterinya, dia hadiahkan sebotol syampu. Probably the only shampoo left in the world katanya. Macamana kau nak benci dengan watak yang macam ni?
Bila terpegun dengan kehandalan Eli bermain pedang Rambo, Gary Oldman menawarkan Eli untuk bekerja dengannya. Tapi Eli adalah tipikal hero yang akan menolak pelawaan sesiapa sahaja. Dia ada missionnya sendiri. Dia perlu pergi ke Barat.

Bila Gary Oldman dapat tahu buku yang dicari-carinya selama ini ada ditangan Eli, maka berlakulah adegan aksi yang lebih hebat. Semuanya kerana untuk merebut buku itu. Kemuncak adegan tembak menembak, bazooka dan segala jenis senjata canggih berlaku dirumah pasangan tua yang suka makan daging manusia.

Dan akhirnya, yang baik menang dan yang jahat mengigit jari.

Antara babak yang aku suka dan yang menyentuh hati adalah pada babak akhir bila semua holy book, setiap religion didunia ini disimpan baik dirak yang sama. Kalau tak silap aku, inilah pertama kali dalam sejarah Hollywood buku-buku Holy disusun sebelah menyebelah.

Sekali imbas Book of Eli sebuah filem apocalypse, macam Road Warrior, Costner’s The Postman, Terminator 2 dan lain-lain. Ada persamaan dari segi idea, dust dan juga warnanya. Tapi sebenarnya BOE memabwa mesej yang lebih dari sekadar anti war movie. Tapi akhirnya bagi aku filem ini lebih sama dengan Ray Bradsbury’s novel dan Truffaut’s Fahrenheit 451

Atau, lebih adil, Book of Eli lebih dekat dengan Syamalan’s The Sixth Sense. Kenapa aku berkata begitu? Kerana ketika kau menuruni escalator itu kau akan cuba membayangkan beberapa babak awal yang membuatkan karakter itu bertindak seperti itu. Dan kau akan cakap “oh patutlah dia ni, patutlah dia tu” blab la bla.

Yes its a twist movie. Kalau beli DVD letakkan filem ini disebelah Fight Club, Usual Suspect dan juga The Sixth Sense. Atau boleh juga letak disebelah Leon the Professional walaupun Gary Oldman takdelah jahat sangat dalam filem ini.
Yang jahat sekarang adalah Siti Nurhanim Aziz dan teman lelakinya.

Wednesday, February 24, 2010

Mother India, James Cameron dan Lykke Li's Youth Novel


3 orang bersembang tentang filem bila mereka menonton Oscar secara live disebuah restoran.
Orang pertama adalah Cina Taiwan.
Orang kedua adalah India Mumbai.
Dan orang ketiga adalah Melayu Malaysia.
Salah seorang dari mereka akan mendapat title ‘bothoh’ dari tokey restoran ini dihujung cerita nanti.

“Tahun ni sebab manusia sucks. Mereka akan bagi award the best film pada watak kartun!”Kata Lelaki India Mumbai memulakan bicara. Dihadapan mereka penuh dengan pinggan2 kosong yang mereka lantak sebelum show bermula.
“Hanya sebab thaun ni SLumdog Millionaire tak bertanding kau cakap tahun ni tak best?” Kata Cina Hong Kong.
”Eh sekurang-kurangnya kami India ada contribute pada Oscar ok”
“Contribute apa? Director filem tu orang British ok”
“Slumdog filem India ok!”
SLumdog tu filem British lah!” Kata CIna tu.
Suasana mulai menjadi riuh.
“Slumdog asal novel oleh penulis India. Penulis lagu, orang Mumbai Pelakon utama Orang India, Heroin pun orang Mumbai. Orang jahat pun orang Mumbai. Gambar AMitha Batchan pun ada dalam filem tu ok!”
“Kita orang dah lama Hollywood recognise ok. Sejak John Woo lagi. Tengah 90an lagi. Lu orang apa? baru nominated best Foreign film sahajah"

"John Woo tu Hong Kong ok, bukan Taiwan"

"Alah kita sama je, Adik beradik macam Malaysia dan Singapura je. kamceng dua-dua. Mumbai movie baru dapat pencalonan best foreign filem, kita orang sudah lama dah"

"Mana baru? Kita bukan saja Lagaan tau, kita dah masuk nominated best foreign sejaka Mother India lagi ok. Filem hitam putih lagi ok. Masa tu Taiwan kamera pun takde" Balas lelaki dari Mumbai itu. Mereka terus berdebat lagi.

Lelaki Melayu tu tak boleh nak cakap apa, filemnya tak pernah lansung tercalon di Oscar.


“Filem Taiwan terpaksa pakai guna gay untuk dapat award best director ”Kata lelaki Mumbai kasi panas.
“Itu sebab Gladiator beat Crouching Tiger Hidden Dragon. Orang putih takkan kasi filem period China untuk menang against Roman sandal movie” katanya.

“Hong Kong film takkan dapat beat Bollywood film ok. U rule by violence. We Bollywood menynari dunia dengan tarian dan famili subject. U Hong Kong hanya penuh dengan gang dan kung fu. Haiya!Bollywood film is a rip off Hollywood musical, West Side Story, Sound of Music and Singin in the rain”
“Hong Kong movie rip off Japanese movie”
“Kami tak tiru Jepun. Jepun lawan pakai pedang, kungfu kami lawan pakai tangan. Kau tu yg tak original”
“Siapa kata kami tak original. Shah Rukh Khan menari atas keretapi tiru filem Hollywood yang mana satu?”
Lelaki Melayu tak tahu nak cakap apa;dia tak tahu filem Melayu tiru filem mana.
Mereka terus berdebat filem mana yang lebih baik sehingga membuatkan lelaki Melayu itu pening kepala.
“Diamlah bothoh!” Tiba-tiba lelaki Melayu itu bersuara.Lidahnya pendek, jadi bila dia nak sebut 'bodoh' , ianya menjadi 'bothoh'.
“Kaulah bodoh, filem engkau tak pernah pun masuk Oscar. Haha! “kedua-dua lelaki itu ketawa kuat, tak ubah macam gangster dalam filem Melayu.
“Eh kamu semua bothoh ok!Hollywood tu sell out ok. Semua filerm yang menang semua stereotype. Janglah ukur kehebatan kamu melalui recognition Hollywood ni. Propaganda semua, bothoh” kata Lelaki Melayu tu.

.
”Dia bagi Taiwan menang sebab nak dapat perhatian dari audience China punya ekonomi sekarang ada boom! Dan Slumdog pula, mereka bagi India menang sebab mau kasitau sama Amerika walau ada recession, tapi mereka hidup mewah berbanding orang di India ok. Semua tu propaganda. Dakyah semuanya. Seni tak perlu dipertandingkan. Seni tak perlu diberi bintang. Itu semua dakyah. Bothoh ah korang ni. ”
Kata-kata lelaki Melayu itu membuatkan Lelaki Cina Hong Kong/Taiwan dan India Mumbai itu termenung.
Kemudian lelaki Cina Hong Kong/taiwan itu pun berkata.
”Ye betullah kata kau, aku yang bodoh. Oscar ni semua propaganda. Aku tak perlu support Oscar mulai sekarang. Biarlah aku pulang dulu” Kemudian dia bangun dan beredar dari situ.
”Aku pun setujulah. Oscar ni konspirasi semua. Cara USA nak ambil hati orang-orang Asia dan bekas negara jajahan British macam negara aku ni. Aku tak akan menyertai Woddy Allen dan juga Sean Penn tak akan tengok Oscar lagi” Lelaki Mumbai itu pun turut beredar meninggalkan lelaki Melayu itu keseorangan.
Lelaki Melayu tersenyum kerana dia berjaya mempengaruhi dua-dua orang itu. Dengan penuh gaya dia berjaya membuktikan yang filem Melayu juga tidak kurang hebatnya berbanding filem-filem negara Asia yang lain.. Dalam hati lelaki Melayu itu berkata, bodohnya mereka ini.
Kemudian tokey restoran itu datang kepada lelaki Melayu tersebut.
”Eh lu tau ka sekarang siapa yang bothoh?”
”Merekalah bothoh. Mereka pergi awal mereka tak dapat tengok siapa menang best film! Haha”
”Sebenarnya lu lah yang bothoh!”
Mendengar itu lelaki Melayu itu terus naik angin.
“Lu makan boleh sebarang makan tokey, cakap jangan sebarang cakap! Apasal aku yang bothoh?” Tanya lelaki Melayu tu marah. Dia masih tak dapat membaca subtext tokey restoran itu.
“Sekarang dia dua orang sudah balik, ini makan minum lu lah yang kena bayar!”
Lelaki Melayu tepuk dahi, baru sedar dia takde duit nak bayar apa yang dia dah makan.

Di peti tv, Steven Spielberg sekali lagi membuka envelope dan mengumumkan pemenang untuk filem terbaik. James Cameron pula sekali lagi berteriak yang dia adalah king of the world. Lelaki Melayu tak dapat tengok ini sebab dia ada didapur tengah basuh pinggan.

Untuk menghiburkan lelaki Melayu itu, tokey itu pasang Lykke Li’s Youth Novel dan mereka menari bersama-sama berpegangan tangan.

Monday, February 22, 2010

Lu Pikirlah Sendiri the Poster



Mula-mula aku notis juga ‘kesilapan’ pada poster filem Lu Pikirlah Sendiri. Kedudukan Mila disebelah Nabil dirasakan tidak kena. yang sepatutnya berada disitu adalah Putri. Kemudian aku ubah pikiran aku. Ya kenapa tidak.

Konfliknya mudah. Pelakon utama kena ada dalam poster filem. Poster teater tak payah. Siapa cakap? Semua filem Tom Cruise post-Days of Thunder ada muka besarnya (kecuali Magnolia) kerana apa? Dia dibayar mahal.Dia attrack utama. Orang pi wayang bukan nak tengok filem Born on the forth of July, tapi sebab nak tengok filem baru Tom Cruise. Orang pi tengok wayang bukan sebab nak tengok Jerry McGuire, tapi sebab nak tengok another film by Tom Cruise. Sebab itu muka Tom Cruise penuh poster, menampakkan gigi taringnya yang comel dan juga lesung pipitnya.
Dan kemudian Schwarzenegger pun sama. Dalam T2. Gambar dia sebijik besar. Ini bukan idea baru. Dalam T1 pun pakai muka sebijik juga. Begitu juga dengan lain-lain. Sebelum tu Stallone pun letak muka dia sebijik jugak. Sama macam Chuck Norris dan lain-lain. Orang bukan nak tengok Invasion of USA atau Missing in Action, orang nak tengok another war-fighting movie by Chuck Norris.
Kemudian Julia Robert pakai style yang sama, Jim Carrey, Bruce Willis dan lain-lain lagi. Semuanya adalah 20juta US dollar actor per movie.

.
Itu Hollywood style, mereka menjual personaliti. Jual identiti.tak perlu banyak muka. One face to rule the earth.

.
Selain dari jual muka hero sebijik, ada beberapa poster filem Hollywood yang letak duo,. Antara yang paling famous adalah Pretty Woman, Julia Roberts dan Gere menunjukkan betapa intimnya mereka bersandar antara satu sama lain sambil Julia Roberts bertindak nakal dengan menarik tali leher Gere. Tali leher lambang ekslusif, maka bila ianya out of position Julia Roberts mencadangkan agar Gere lebih terbuka kepada idea dan pengamatan baru terhadap sesuatu isu (dalam hal ini isu jual tanah dan juga perasaan cinta) Poster ini bagi aku bila ianya keluar adalah antara idea baru dalam grakfik Poster Filem. Kerana ianya totally berbeza dari poster filem2 Hollywood tahun 1980an yang kompact. Pretty woman hanya ada seorang lelaki dan seorang perempuan dalam kedudukan full figure dengan backgorund kosong-putih. Dulu (1908an) takde poster macam ni. Kalau dulu semua karakter nak sumbat dalam Poster. Dan figura mereka pun bukannya full figure, ada yang letak kepala ada yang letak tangan, kaki dan sebagainya.

.
Lu Pikirlah Sendiri tergolong dalam poster macam ini. Bahkan ada persamaan jelas antara poster filem ni dan poster Pretty Woman. Bahkan, pemahaman kita pada poster-poster filem seperti Pretty Woman itu membawa kita kepada kefahaman menilai poster Lu Pikirlah Sendiri ini, dan bila poster LPLS ini tak menepati pemahaman kita terhadap konsep poster yang kita sedia fahami, kita rasa ada yang tak kena dengan poster Lu Pikir ini….
Watak Putri patut diletakkan disitu kerana dia watak utama? Dan akhirnya kita akan bertanya semula apa itu watak utama? Cukupkah sekadat mnjadi watak utama mampu membuatkannya. Adakah kerana karakter kecil (?) Mila membuatkan dia tak layak untuk muncul dalam poster ini?

.
Ianya ibarat persoalan asas dalam falsafah popular iaitu, ayam dulu ka telur dulu ka? Atau bayang ikut objek atau objek ikut bayang….Itu yang define everything dan itu yang boleh diangkat menjadi persoalan ketika ini. Watak Mila menjadi penting kerana dia appear dalam poster ini atau lakonan serta kemunculannya dalam filem itu yang memberikan ‘lesen’ kepada Mila (atau mana-mana karakter sekalipun) untuk jadi ‘penting’ dengan muncul dalam poster minimal ini. Ah Lu jawablah sendiri!
.
Mungkin bukan karakter Putri yang ingin dihighlightkan oleh director, Tapi sebaliknya, hubungan antara abang dan adik dan juga tanggungjawab sebagai abang untuk menjaga keluarganya yang ingin dipaparkan oleh pengarah. Jadi dengan meletakkan Mila disebelah nabil telah menukar pesepsi terhadap filem ini. Ianya bukanlah kisah cinta antara dua remaja semata-mata. Ianya adalah kisah tentang struggle seorang abang untuk membesarkan adik dan keluarganya (walaupun itu tak ditekankan sangat dalam filem ini)
Wallahualam.

Kesimpulannya aku tak rasa salah kalau Mila ada sebelah Nabil dalam poster LPLS. Kerana antara awek dan adik kandung, mana lagi penting?


(member kena backing beb)

Wednesday, February 17, 2010

Najwa Karam: The Best of Lebanese and the golden ratio












Taken from Stars News Januari 10, 2010.
Najwa Karam considered a first class terrorist by Israelis
January 10, 2010 12:01 am AllArabStars.Com Stars News

The famous Lebanese artist Najwa Karam received death threats from Israeli authorities, where they described Najwa as being a danger to the Israeli people and that she is also a first class terrorist.
The threats started after a series of live concerts that Najwa held recently in the Jordanian capital Amman and many of the Palestinian fans came to see her.
During her performances Najwa sang many patriotic songs and the Israelis believe that she is calling out for extremist acts against the Israeli people and civilians. They are also accusing Najwa of encouraging her fans to hate Israel.
As for Najwa, she said that she won’t pay any attention to these threats and that she will continue her musical journey. She also adds that she will stay on the same path even though that would cost her to die as a martyr."
Life is all about to try something different./Hidup ini adalah untuk mencuba sesuatu yang baru.
Good art tumbuh dimerata tempat, kata seorang falsafah Cina zaman feudal dahulu.
And art, if it doesn’t find u , u have to go looking for them.
.
Aku mencari, dan aku bertemu dengan Najwa Karam.
.
Najwa Karam hanyalah sebilangan dari penyanyi arab wanita yang popular. Ini termasuklah Ummi Kalsum, Fairuz, nancy Ajram, Warda, Samira Said, dan masyalllah banyak lagilah. Dan kehebatan serta kelunakan suara mereka ini masyallah…seperti yang dikatakan oleh Bob Dylan sendiri. Katanya SheShe's great. She really is. Really great." . Kalau Bob Dylan, yang memperkenalkan ganja kepada The Beatles dah puji Ummi Kalsum, maka pujian itu haruslah diambil serius ye.

Ada beribu juta penyanyi arab. Arab sebuah negara yang besar. Adda abnyak penanyi bagus.
How to define a good singer? For me a good singer always the emo one. Tanya Thom Yorke kalau tak percaya. Dan Jeff Buckley yang menjadi inspirasi Radiohead ketika membuat album The Bends.
Dan perempuan mana yang paling emo dalam dunia ni kalau bukan perempuan Arab?
Kalau tak percaya tengok berita, bagaimana lagaak fizikal mereka ketika saudara mara mereka mati kena tembak dengan Yahudi? Orang melayu ada meratap macam tu? Orang Putih ada macam tu? Takde. Orang Arab sama je ratap hibanya. The verdict is Emo people always sing better.
Whats
Najwa Karam ghanyalah sebilangan dari penyany iarab wanita yang popular. Ini termasuklah Ummi Kalsum, Fairuz, nancy Ajram, Warda dan masyalllah banyak lagilah. Dan kehebatan serta kelunakan suara mereka ini masyallah…seperti yang dikatakan oleh Bob Dylan sendiri. Katanya SheShe's great. She really is. Really great." . Kalau Bob Dylan, yang memperkenalkan ganja kepada The Beatles dah puji Ummi Kalsum, maka pujian itu haruslah diambil serius ye.
Kembali kepada Najwa Karam. Album pertama beliau berjudul Ya Habayed (my loved one) lagu yang sama yang membuatkan aku teruja kepadanya. Album ini sditerbuitkan pada tahun 1989. Dan setakat ini beliau telah merakamkan 18 buah album. Album yang melonjakkan nama Najwa Karam adalah dari album keempatnya yang berjudul Naghmet Hob (also romanized as Naghmat Hob) pada tahun 1994. Album pertama Najwa Karam dari label Rotana yang terkenal itu. Ianya album yang melonjakkan nama najwa Karam sebagai bintang di persada muzik Arabic. Tak complete kalau berbicara tentang muzik Lebanese tanpa bercakap tentang najwa Karam.
Aku ada alasan aku sendiri kenapa aku tertarik dengan muzik Arab. Yang pertamanya memang aku nak expendkan minat pada muzik agar ianya berbagai genre. Dan yang paling utama sekali adalah, muzik arab ada sentimental valuenya pada aku. Entah kenapa ia mengingatkan aku pada bulan Ramadhan. Dan akhirnya muzik ini menggamit aku pada satu zaman kerinduan. Mungkin juga dari segi psikologinya mungkin ketika lapar membuatkan alunan muziknya terasa ebih sedap atau lebih mendayu. Mungkin. Tetapi ada sesuatu tentang muzik arab yang dekat dengan diri aku. Feels close to home. Dan suaranya? Masyallah..suara penyanyinya memang …. Even penyanyi sekarang ini sebenarnya sama taraf dan sama level dengan penyanyi classic orang ptuih (dan juga orang hitam) seperti Nina Simone, Dusty springfield, dan termasuklah Queen of Soul sendiri Aretha Franklin.
Nilai sentimental adalah elemen utama kenapa aku leibh teransang dengan muzik Arabic ini. Seperti contoh ianya berlaku ketika aku masih kecil.Dikampung, rumah aku berjiran dengan seorang nenek yang mengajar budak-budak mengaji Quran. Dan biasanya selepas tamat mengaji dia akan memasang lagu-lagu Arab yang aku pun tak tahu siapa penyanyinya. Ini diselit sekali sekala dengan kumpulan2 nasyid tahun 80an dan juga termasuklah Ahmad apa entah aku lupa. Bunyi itu terus mengingatkan aku pada zaman ketika aku naif. Dan setiap kali aku mendengar lagu Arab, setiap kali itu juga aku terimbau zaman kecil aku yang pure.

Shah, kalau pergi tanah Aerab tu cuba usha-usha CD Najwa Karam ni ye :)

Tuesday, February 2, 2010


Being the second (2) movie directed by Quentin, ada banyak pendua dalam Pulp Fiction. Dan bukan itu sahaja, ianya kadang-kadang muncul sebagai karma, atau terbalikan kepada watak berlawanan. Kau might called it semiotic or whatever it is. Aku memanggilnya sebagai pengimbang tara yang menghubungkan antara satu karakter dengan karakter lain.
Its like yin and yang. Dalam membicarakan good and evil and so on and so forth.

1) Bila Vincent Vega bercakap dengan Jules dalam lift bila membicarakan tentang Antoni Samoan ”Still i would say, play with matches and u get burn” And in later scene kita melihat Butch didalam bar, bersebelahan Vincent, memesan rokok dan matches. Butch=bermain api dengan menipu Marsellus Wallace dalam perlawanan boxing itu. And in the end Vincent Vega mati ditangan Butch.
.
2) “I gave a million ladies a million foot massage” kata Vincent Vega pada Jules. Tetapi dengan Mia, bukan itu yang terjadi, sebaliknya dia terpaksa mencucuk jarum didada isteri bossnya itu kerana overdose.
.
3) “Describe what Marcelles Wallace looks like? Does he looks like a bitch?” jerit Jules pada Bret (Marcelles Wallace doesn’t like to get fuck except by Mr Wallace”) jerit Jules lagi sebelum menembaknya dengan rakus. Mungkin kerana dosanya itu, bossnya, Marcellus Wallace akhirnya ‘dibitch’kan dan di’fuck’kan oleh Zed dan kawannya dikedai barangan terpakai murahan.
.
4) “Im fuckin foot master!” kata Jules pada Vincent ketika mereka berdebat tentang foot massage, ini mungkin clue awal yang Jules akan “walk to earth’ macam Caine dalam siri Kungfu bila membicarakan tentang rancangannya untuk berhenti jadi hitman.
.
5) Marsellus Vallece lelaki Black berkhawin dengan perempuan putih (mia) sementara Quentin berkhawin dengan perempuan negro.
.
6) Vincent Vega tertembak black kid dalam kereta (tak sengaja), Vincent Vega mati ditembak Butch (tak sengaja) bila pembakar roti panas.
.
7) Jules minum sprite Bret tanpa kebenarannya tapi tak kena marah, Jules minum kopi Quentin kena marah (Death Nigga Storage Scene)
.
8) 2 kali Jules baca ezeikel dari Bible; Satu pada Bret yang baca Bible (tapi mati kena tembak) sementara pada Pumpkin yang tak baca Bible, kena tembak.
.
9) Bret tahu tentang matric system (kena tembak) Jules tak tahu pada matric system (selamat sebab quit ‘walk to earth’ like Caine in Kungfu)
.
10)Sejak awal scene lagi Jules menunjukkan dia ingin berhijrah , bila dia menyebut dia akan ke Amsterdamn (Vincent: “Its illegal for cops to search you”)
11)Ada 2 jamban yang Vincent Vega pergi;1 jamban di restoran ketika rompakan Honey Boney sedang berlaku (Dia terselamat) dan yang kedua ketika dirumah Butch (mati kena tembak)
.
12)Quentin buat kopi 2 kali. Kali yang pertama dia tak suka dengan pujian Jules, dan yang kedua dia tersenyum bila Wolf suka dengan kopinya.
.
13)Dikhabarkan bahawa semua jam dalam filem ini disetkan pada masa yang sama. AKu lupa nak tengok waktunya.


14)Basically semua ada pasangan (2) masing-masing. Jules dan Vincent, marsellus dan Mia, Bruce dan that France woman. Even Zed pun ada kapel (lelaki yang mati kena samurai tu). Wolf pun ada pasangannya. yang takde pasangan rasanya The Gimp leather berantai tu.
.
15) Kalau P Ramlee banyak main dengan nombor 3, Aku rasa Quentin memang obses dengan nombor 2. Setakat ini semua filemnya ada 2 perkataan; Reservoir something, Pulp something, Jackie something, Kill something ,and of course the latest Inglorious Bastard.
.
16) dan banyak lagi yang aku mungkin aku terlepas pandang.

Dan kalau itu tak cukup lagi, Pulp Fiction bermula dengan A (Amsterdamn) dan berakhir dengan Z (Zed’s dead baby, Zed’s dead)

Hanging behind the counter of video rental must gave Quentin a lot time to think eh?

Aku masih ingat lagi kali pertama aku menonton Pulp Fiction.Ketika itu aku masih lagi menuntut di institut. Sebelumnya memang aku terdengar war-war kehebatan Reservoir Dogs ini, tapi aku tak ambil pusing sangat sebab gangster pada aku adalah lelaki-lelaki dari Goodfellas itu. Tapi Pulp Fiction? John Travolta? Ya aku underestimate Quentin pada mulanya.
Tapi atas cadangan Aldrain, aku sewa juga video Pulp Fiction ini dikedai video kegemaran aku, Etak Video di Teluk Intan.
Dan malam itu aku menonton Pulp Fiction sampai pagi. I was blown away .
Aku rasa dunia telah berputar tanpa menunggu aku. Aku rasa aku tertinggal kapal. Something cool is happening and i miss it.The world have turn and left me here. Tak pernah ada filem yang kasi impak begitu hebat pada aku selain dari filem ini. Aku tak boleh tidur. Sepanjang malam aku rasa wow. Aku tak boleh tidur sampai kesubuh memikirkan tentang filem ini.

Tapi aku tak akan menyertai Pulp Fiction-deserve-the best film-award-more than Forrest Gump club. Kedua-dua filem ini kuat bagi aku. The thing is American wont let the same movie won Cannes and Oscar at the same time. The first and the last movie to achieve that is Altman’s M.A.S.H.
So whats next from America? Avatar as the best film in 2010?