Thursday, September 19, 2013

Karma

Ok ini cerita yang perlu aku tulis walaupun aku tak tahu bagaimana nak menulisnya tanpa ada rasa bongkak dan sombong. Ianya kisah aku dan kktentuan Tuhan yang aku rasa sering bermain dengan aku seolah-olah.ianya membuatkan aku rasa god play trick on me. In a sweet way. .

Kisahnya bermula begini; beberapa minggu yang lalu aku dapat satu job yang hari-hari aku berdoa supaya aku tak dapat job macam tu. Satu hari aku dapat surat dari Pusat Sukan yang di SK kan kepada aku untuk mencari 50 orang student bagi program larian Anak Bangsa. Its a dirty job but somebody's got to do it. 1) Mana ada nak cari 50 student untuk aktiviti larian? Student fakulti ini bukanlah terkenal dengan sifat sportynya. Mereka (dan siapa sahaja) pasti lebih suka terbaring atas katil pagi Sabtu dan tambahan lagi call timenya pukul 4 pagi! Pukul 4 pagi- Sepanjang 10 tahun aku kerja disini inilah program call time at pukul 4 pagi yang aku pernah dapat.

Ah ini masalah tempat yang aku kerja ni. Ghairah membuat program sampai kadang-kadang mereka tak terfikir samada student memang perlukan program itu ataupun tak. So bila takut takde student untuk memeriahkan majlis, maka student dikerah atas nama 'wajib'. Dan aku yang tak berapa rebel pun akhirnya terbabit dalam aktiviti-aktiviti paksaan ini.

Well anyway, akhirnya aku paksa student part 1 untuk program ini. 10 markah untuk kelas aku, kata aku. Semua wajib hadir. Ketika ini yang aku paling risaukan adalah mereka boleh bangun pukul 4 pagi atau tidak...ini universiti Melayu, displin mereka bukanlah kuat sangat macam kuncu-kuncu Chin Peng.

Nak jadi cerita, aku dihalang dari bawak budak part one sebab mereka ada modul kena attend. So aku end up takde orang yang boleh memenuhi event itu. Jumaat makin larut dan aku takde choice kecuali berserah. Ada few beberapa budak yang memang berminat untuk join tapi jumlah mereka tak sampai 50 orang. Aku sms 40 orang pelajar part 1

Aku tidur malam tu tak lena. Dalam kata mudah, aku tak boleh tidur memikirkan nasib aku pada keesokan paginya. Pukul 3, tanpa ada rasa sedikit pun ngantuk aku pergi mandi dan mempersiapkan diri untuk pergi ke fakulti.
Aku sampai difakulti tepat call time pukul 4 pagi. Beberapa student sudah sedia menunggu, tapi jumlahnya hanya beberapa kerat. Ini termasuklah pelajar yang ditugaskan untuk jaga check point. Pelajar yang nak menyertai larian itu tak sampai pun 10 orang.  Hanya ada aku seorang pegawai pengiring, pelajar SMF seorang pun tak nampak batang hidung. Pukul 4 lebih bas bergerak. Dalam bas aku terbayangkan aku kena hembur dengan pegawai dari Pusat Sukan  atau Datok Dollah sebaba gagal sediakan 50 orang student.

But then something happen.....

Sekali lagi nasib baik mengendeng aku. Sebelum bas tu sampai dipersimpangan jalan, ianya rosak. Kami terpaksa berjalan balik ke fakulti dan naik van. Sebab van hanya boleh menampung pelajar yang sikit, aku merelakan diri untuk ditinggalkan supaya pelajar lain boleh ke Putrajaya.

Sekali lagi tuah . Dan tuah itu dari siapa? Sepanjang perjalanan aku terbayangkan Tuhan tersenyum pada aku-doa aku dimakbulkan. Sekarang aku ada reason kenapa aku tak dapat menyediakan pelajar ke Putrajaya;sebab bas rosak. Ah! Tuhan selalu menyebelahi aku,fikir aku. Tuhan sayangkan aku, fikir aku.

Aku pun balik naik motor aku dalam kegelapan malam. Aku bayangkan aku terus terbaring atas katil  dan bermalas-malasan di pagi Sabtu dan kemudian bangun, pergi beli suratkhabar dan nasi lemak. Terima kasih Tuhan kerana mendengar rintihan aku.

Ya aku selalu terselamat dari benda-benda mengarut dan kena buli macam ni-dan akhirnya, Takdir serta Qada dan Qadar merahmati aku. Sejak dari dulu lagi.  Aku rasa sangat dirahmati dan Tuhan sangat sayangkan aku.

Motor aku terus meredah kegelapan malam. Sikit demi sedikit aku rasa tayar motor aku makin mengimpis. Akhirnya angin tayar motor aku memang kaput, tayar motor aku pancit dan aku menolak motor dalam gelap malam.

Bagai kata Hector of Troy "  Sometimes god bless you in the morning and curse you at night". Aku pandang keatas langit dan aku bayangkan Tuhan sedang giggles pada aku, manis.

3 comments:

Jenny said...

sebenarnya entri ni bagi motivasi pada saya. terim kasih.

saat omar said...

yea Jenny Forrest Gump

Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri said...

kah kah kah...