Thursday, September 12, 2013

Dimana Jalut sekarang?

Aku Sunnah Wal Jamaah. Tapi aku hormati juga pendirian para pengikut syiah. Mereka juga menyembah tuhan yang satu dan bukannya yang lain. Terima kasih juga atas segala kecoh-kecoh mazhab ni kerana aku dapat suka membaca sedikit sebanyak susur galur mazhab-mazhab ni.

Dulu aku ada seorang kawan, Jalut nama glamernya. Dia ni suka kutuk Syiah. Aku masa tu pun tak faham sangat apa dia cakap/maksud dia. Tapi dia suka sangat kutuk Syiah dan angkat Sunnah. Dia kata masa Khomeini mati,(Dia sembang ni masa dia atas motor gipangnya) jasad pemimpin yang paling ditakuti oleh Regan admint tu  dimalukan jenazahnya sebab ramai  orang kerumun dan tarik kain kapannya sampai berbogel  sebelum terjatuh dalam kuburnya. Aku cuba jugak cari footage tu kat you tube, tapi tak nampak jelas. Yang kelihatan hanyalah beberapa footage gambarnya sahaja.

Aku rasa kalau seseorang tu mendalami agama akhirnya dia memang akan menimbulkan persoalan2 macam ni dan juga akhirnya chose side.

Jalut Jalut. Ah dimana Jalut sekarang?






.

No comments: